Friday, December 30, 2011

First we need love- Zain Bikha

Bismillaah...





Aku lewat 1 2 3 4 5 hari untuk bercerita tentang detik2 manis menghadiri konferens islam antarabangsa Twins of Faith yang julung2 kalinya diadakan di Malaysia. Weekdays. Selalu sangat ada kekangan masa untuk menulis panjang. Tapi percayalah, rasa teruja, rasa syukur, rasa kehangatan berkumpul brothers and sisters berbagai bangsa berbagai rupa hampir dari seluruh dunia belum lagi hilang. Di lab, kami masih lagi tak berhenti menyebut2 tentang hebat dan manisnya pengalaman yang dikutip. Setiap hari mesti ada nama syeikh yang naik seperti,' eh semalam kan macam ternampak syeikh yahya dekat UM' atau 'Eee bestnya budak UIA! Syeikh Alaa al Sayed bagi khutbah jumaat kat tempat diorang!' ataupun 'Esok kan event Home Sweet Home tu? Bestnya orang yang dapat pergi'. Sambil terkenang talk Syeikh Alaa yang kelakar tapi bermakna.

Dan betapa rindu akan suasana serta pengisian para syeikh di sana. Begitu juga dengan hiburan yang dihidangkan- berupa 'edutainment' istilah barunya. Aku dan kakak cantik berjaya pengaruh budak2 lab yang lain untuk dengar poem recitation oleh bro Boona Mohammed (For the Love, Signs, Heroes). Dan seperti yang dijangka, mereka sangat kagum.

*senyum puas*


Aku tak tahu nak mula dari mana. Mungkin dari rasa 'goosebumps' yang aku terima beberapa hari sebelum berlangsungnya event. Atau mungkin dari detik hati aku secara automatik tak henti2 ucap 'subhanallah' sebaik saja masuk dewan. Atau dari detik hati hangat dengan rindu pada Rasulullah dan sahabat2 bila mana nama2 mereka disebut2 dalam setiap ceramah yang diberi lalu hidung mengeluarkan bunyi 'srrott srrott' dan tangan tak henti seka air mata.

Subhanallah. Serius terasa macam ni 'ganjaran dunia' yang Allah nak bagi sebab gigih jaga mama untuk hampir sebulan. haha overwhelmed!


Apa pun banyak input yang aku dapat (alhamdulillah) daripada talk dan workshop yang dijalankan. Aku nak kongsikan beberapa quote sentap yang aku dapat di sana;

1. 'Don't judge others by a moment of their life!' (Syeikh Yahya Ibrahim, 2011). I used to judge people dulu2. Dan sekarang ada antara mereka yang jauuuuuh lebih baik daripada aku. Lesson learned.


2. 'Forbid the evil by showing the right' (3:110) (Syeikh Yahya Ibrahim, 2011).


3. ' We are going to build a nation builder not a nation breaker!' (Syeikh Alaa al Sayed, 2011).


4. 'The right of a child before we even married is to choose the right spouse' (Syeikh Alaa al Sayed, 2011).


5. 'So sisters, where are you from Khadijah?' (Syeikh Alaa al Sayed, 2011).


6. 'Where our ansars? Who will help us?' (A sister who just reverted to Islam).


7. Non muslim => not yet muslim. (Syeikh Hussain Yee, 2011).


8. 'You may have every title, every big short degree, but you still can't explain: Aliff-Lam-Meem' (Boona Mohammed, 2011)


9. 'Woman is like the sun. You energize people around you' (Dr Harlina Siraj, 2011).


Paling aku ingat bila Dr Harlina beritahu bahawa the complete cycle of knowledge consists of acceptance-> practice -> spread. Hanya dengan cara ini ilmu2 baru akan sampai kepada kita semula. Contoh mudah dalam dakwah dan tarbiyah ni, kamu tengok mereka2 yang kamu pernah sampaikan ilmu dahulu, orang2 yang kamu kenalkan tarbiyah kepadanya, orang2 yang kamu ajak ke majlis2 ilmu. Mereka sekarang ini adalah antara source of knowledge kamu. Dari mereka kamu banyak dapat input2 baru walaupun dulu kamulah yang memimpin tangannya saat dia mula2 bertatih dalam DnT ini. Kan?


Begitu juga dari talk Dr Harlina aku belajar yang perempuan tidak terbatas tugasnya hanya di rumah. Mengambil contoh kehidupannya sendiri yang masanya banyak dihabiskan bersama masyarakat. Katanya, suatu hari nanti dia akan lepaskan anak2nya kepada masyarakat. Dari masyarakat sekeliling anak2nya akan banyak belajar dan tak mustahil dibentuk sikap dan cara fikirnya. Maka dari sekarang dia cuba untuk bentuk atau didik masyarakat terbaik untuk anak2nya membesar. Usahanya itu mengingatkan aku dengan firman Allah dalam ayat 47:7. Dr Harlina kata lagi, apabila kita cuba buat keputusan untuk tidak berbuat sesuatu, atau untuk tidak mengambil sesuatu tanggungjawab atas alasan2 tertentu, bayangkan nanti bila di hadapan Allah, adakah alasan2 ini cukup kuat untuk melepaskan kita dari azab dan murkaNya? Subhanallah, serius bergetar hati aku.


Ahh, untuk menulis semua terlalu banyak. Betapa aku harap kamu ada di depan aku dan aku akan berceloteh panjang semua pengalaman dan ilmu yang aku kutip di sana. Macam adik2 dekat sini yang jadi bulat matanya bila aku cerita pengalaman dua hari di ToF. Tambah bersinar bila aku ceritakan yang dalam event ini ada satu workshop dipanggil Pure Matrimony iaitu suatu ruangan untuk muslimin dan muslimat yang single mencari jodoh. hehe ok tipu, mereka kecil lagi. Tak terkesan =p.



Perasaan syukur yang disimpulkan =)

Apapun aku tak boleh lupa pengalaman bertemu barisan sisters dari Korea yang cantik berhijab. In fact, semua sisters sangat cantik walaupun yang berniqab sampai aku jadi ralit melihat mereka. Seorang sister foreigner cantik yang fasih berbahasa melayu. Seorang ayah yang sambil mendukung anak kecilnya sementara menunggu si ibu siap solat maghrib, sambil refresh hafalan ayat qurannya. Ha, kau mampu? Subhanallah. huhu dan paling menyejukkan hati adalah melihat ribuan anak muda, ibu2 muda, ayah2 muda berkumpul beramai2 di sini. Dan berasa sangat2 blessed bila dalam ramai2 tu aku boleh spot few semestians duduk sama dalam konferens. Allahuakbar =).


Oh ya, ada hasil tangkapan menarik daripada salah satu booth jualan (gambar bawah). Terima kasih sangat untuk booth yang menjual, abaya, baju2 muslimah yang cantik2 belaka kerana menjual dengan harga yang sangat mahal. Selamat duit poket.

*Tangan di dada mata ke atas, mulut herot sikit ke tepi*
hehe





Aku mula rindu saat keluar dari dewan PICC Putrajaya pada hari terakhir konferens. Dan sekarang masih lagi rindu.

Friday, December 23, 2011

SATU DUA TIGA

Bismillaah...




SATU

Pagi itu adalah seperti pagi2 yang biasa di wad. Rutin pukul 7 pagi, staff nurse akan datang ke kubikel mama untuk tukar cadar, pampers dan baju mama. Dan aku seperti biasa juga akan duduk sebentar di ruang menonton tivi sementara menunggu kerja2 mereka selesai. Bezanya pagi itu aku belum sempat menghabiskan bacaan al-mathurat usai Subuh kerana menguruskan mama. Makanya, aku bawa al-mathurat bersama ke ruang tivi untuk menyambung bacaan. Menariknya, sewaktu aku mula mahu menyambung bacaan, aku terdengar suara lelaki cina ini yang memang awalnya berada di situ terkumat-kamit membacakan sesuatu. Di tangannya ada beberapa helai kertas penuh dengan printed chinese character.

Aku pantas membuat kesimpulan yang lelaki ini sedang memulakan harinya dengan doa. Senyum dalam hati. Dia mengingatkan aku dengan seorang sami Buddha dari China yang aku jumpa sewaktu penerbangan terakhir aku dari Sabah. Sami yang tidak fasih berbahasa Inggeris tetapi masih mampu memberi satu pengajaran yang bermakna buat aku. Dari dia aku belajar bahawa aku tak perlu takut atau ragu2 untuk membuka mushaf hijau aku di depan awam. How ironic is that? Sejak bertembung dengan sami itu aku jadi tenang membuka mushaf aku di mana2.


Aku jeling lelaki itu sekilas. Dia masih tunduk, meneruskan bacaannya dengan khusyuk. Aku juga, tak mahu kalah, tunduk meneruskan bacaan.


Dan hari itu aku juga belajar: manusia, siapa pun dia, dalam susah tak pernah gagal kembali kepada Tuhan.


DUA

Aku selalu percaya bahawa antara orang yang terkuat dan berkuasa di dunia ini adalah orang yang masih mampu memberi dalam keadaan sempit. Pada aku memberi adalah salah satu terapi yang menenangkan apabila ditimpa musibah. Kerana dari situ timbul fikiran 'kalau dalam waktu begini aku masih mampu memberi, maka ujian ini sebenarnya belum apa2'. Di samping mengikut teladan Rasulullah sendiri sebagai manusia yang paling hebat ujiannya tetapi dalam masa yang sama adalah manusia yang paling pemurah sifatnya. Skop memberi itu juga luas tidak tertakluk kepada perkara2 material semata. Menjadikan sesiapa saja mampu memberi. Doa, senyuman, sokongan juga satu pemberian yang mungkin pada sesetengah manusia kelihatan kecil tetapi pada sesetengah yang lain ia adalah CPR yang mampu menyambung nyawanya semula.

Dan juga peringatan demi peringatan.

Semalam, seorang makcik, datang jauh dari Kedah, menceritakan kesusahannya menampung kos perjalanan, perawatan anaknya yang kompleks (masalah hati, masalah kepala) yang menelan belanja ratusan ribu ringgit, datang pada aku menghadiahkan minyak gamat. Khas untuk mama katanya. Lenguh2 kaki mama tu harap boleh kurang bila diurut dengan minyak tersebut.


Terdiam.


Dalam kekurangan, Allah beri juga kemampuan untuk dia memberi. Ahh, serius terkesan.



TIGA

Bosan sudah membaca coretan berlatarkan wad kan? Baiklah, esok (hari ini) aku akan ke program ini (rujuk gambar bawah). Untuk berjumpa orang baru dan orang2 lama dalam suasana yang baru. Semoga langkah dalam redha dan lindungan Allah. Dan semoga ada perkongsian2 yang bermanfaat kelak. InshaAllah.











Wednesday, December 21, 2011

Bismillaah...




Wednesday, December 14, 2011

Baklava

Bismillaah...


Dalam wad ni, atas katil nombor berapa entah tapi terletak paling hujung sebelah tingkap ada seorang popo (nenek) terbaring antara sedar dan tidak di situ. Aku tak pernah dengar suara dia. Yang selalu keluar cuma bunyi batuknya yang berkahak serta bunyi nafas kasar yang turun naik selepas itu. Tapi bukan itu saja yang aku perasan tentang popo. Aku perasan tak ada siapa pun datang melawat popo, tengok popo hari2. Selang sehari pun tak ada. Seminggu pun tak. Popo seorang diri selalu. Kadang2 bosan mengiring kanan, dia mengiring kiri. Bosan kiri balik semula ke kanan. I always wonder apa yang ada dalam fikirannya.


Sebenarnya dua minggu sebelum tu, nurse2 dalam wad ni ada bercerita. Bercerita tentang anak popo. Anak popo yang tak mahukan popo. Anak popo yang bila ditelefon, dan diberitahu yang ini panggilan dari hospital, soalan pertama yang keluar, 'mak saya sudah mati ka?'. Bila nurse tu menidakkan dan beritahu kemungkinan popo ni perlu dibawa pulang, respon yang diterima adalah berunsur terkejut campur rasa tak senang. Hmm...kasihannya popo.


Habis cerita tentang popo. Nak cerita pasal mama. Pagi tadi, kepala mama dibedah lagi. Dibuka semula jahitan, dicuci (istilah kampungnya) untuk buang air di kepala, dijahit semula. Untuk yang kesekian kalinya. Untuk yang kelima kalinya kalau dicampur pembedahan pertama bulan puasa lepas. Pembedahan keempat adalah untuk buang nanah di kepala, nanah yang mula menjangkiti sel2 otak mama yang dah mati.


Mama, untuk pengetahuan pembaca luar lingkaran kerabat kenalan di facebook dan alam nyata, disahkan menghidap kanser otak (Glioblastoma multiforme). Sah dalam rekod perubatan Syawal yang lepas. Sekarang masih lagi terbaring, tapi alhamdulillah sedar dan respon dengan baik, cuma masih lumpuh sebelah kiri. Kalau cerita tentang simptom, mama cuma menunjukkan simptom sakit kepala yang sangat2 seminggu sebelum doktor mengesahkan mama ada tumor yang perlu dibuang dari kepala.

Itupun 'nasib baik' sakit kepala tu sampai buat muka mama herot sedikit persis seorang yang terkena minor strok. Cakap mama jadi kurang jelas dan air liur atau makanan meleleh keluar dari mulut sebelah kiri, kalau tak, tunggu mama pengsan, muntah2 kot baru mama setuju nak buat check-up di hospital. Seminggu tu sajalah simptom tu mula keluar lalu buat aku fikir betapa hebatnya pembunuh senyap bernama kanser ni. Ibarat ninja si pembunuh upahan yang menggunakan jurus sembunyi dalam bayang dalam pekat malam, yang tahu2 saja dah menghunus katana ke leher. erk, macam tak relevan pulak ninja dan katana kan? ahh apa2lah.


Tapi itulah, ujian ini bukan untuk mama seorang, bahkan untuk semua, kami bersebelas (7 + mama baba + mak mbah) terutamanya. Aku secara peribadi terasa sangat sedang ditarbiyyah secara langsung dari Allah tentang sabar, tentang ikhlas, tentang syukur. Setiap hari aku struggle very hard untuk perbaharu segala yang disebut di atas sebab aku tak mahu menjadi orang yang rugi di dunia, rugi di akhirat. Sakit di dunia, merana di akhirat. Sayang, kalau ujian yang diturunkan semata untuk meninggikan darjat tetapi akhirnya menjadi penyebab azab di sana hanya kerana kita tak bersabar sedikit lagi. Akhirnya, kita hilang percaya dan semakin jauh dari Tuhan. Ahh mohon dijauhkan walaupun bisikan2 syaitan yang melemahkan acapkali cuba dihembus ke dalam hati. Setengah mati juga mempertahankan benteng iman yang ada sedikit cuma ni.


Bila orang pesan aku perlu banyak minum air, aku capai botol mineral dan teguk airnya sebelum dahaga datang. Bila orang pesan yang aku perlu banyak makan, aku makan dengan banyak yang bila ditegur kawan aku katakan yang aku perlukan tenaga yang banyak- ulang-alik hospital, kerja siang, berjaga malam. Kawan terus mengiyakan. Tapi lebih dari itu 'makan dan minum' yang banyak perlu disuap di sini *tangan rapat ke dada kiri*. Di sinilah yang paling perlu banyak diisi. Yang dalam ini, yang namanya ruh. Kuat yang ini, come hell or high water, i'll survive. InshaAllah.


Lagi satu, aku ada terapi ini. Hadiah dari kawan. Untuk catatan harian. Tentang mama.





P/s: Pertama kali merasa baklava aku perasan yang manis hidup aku jauh lagi dari manisnya baklava. Nantilah, di 'sana'. Kamu pun kan?

p/s/s: oh ya, kalau ada siapa2 ada pengalaman berkenaan brain cancer ni sudi2lah kongsi ye. Mungkin dari sudut orang yang sakit atau dari sudut orang yang menjaga pesakit. Kongsi apa saja, kalau ada doa2 tertentu, tentang menu makanan yang sesuai ke, pantang larang, atau apa2 jelah sila drop dalam komen ok. Semoga Allah membalas yang terbaik untuk kamu.

Friday, December 2, 2011

Manusia dan kegilaan tanpa batasan

Bismillaah...








Aku harap aku segila ini.

Thursday, December 1, 2011

2005

Bismillaah...






I've moved on, but somehow miss the past.



p/s: photo taken here

Sunday, November 27, 2011

Muhammad Ammar.cepatlah bangun.lama sangat tidurnya.

Bismillaah...


Kali pertama melihat ibu tunggal menangis. Aku rasa nak peluk ibu tu kuat2. Goncang2 anak lelaki dia supaya cepat2 bangun. Sembilan tahun hidup tanpa suami,besarkan anak sendiri. Masalah demi masalah datang. Katanya air matanya hanya mampu dibawa ke tempat tidur.

Sama macam kisah aku waktu mama menjalani pembedahan pertama dulu. Bila yang lain menangis terhinjut2 bahu,aku masih mampu lagi tahan. Sampailah lampu tidur terpadam. Basah mata ni aku dan Allah sajalah yang tahu dalam gelap tu. Cuma bila masuk pembedahan ketiga ni (dalam masa tiga bulan sejak pembedahan pertama) aku rasa macam sudah capai limit aku. Tak mampu dah nak terima kejutan dari mama. Entah berapa bahu aku dah basahkan.

Mungkin ibu tu pun macam tu. Kebetulan aku datang dalam keadaan dia betul2 rasa nak meraung, maka dia lepaskan pada aku. Katanya dia redha, tapi dia tetap minta dengan Allah supaya cepat2 sembuhkan anaknya. Dia takut tak mampu bertahan. Dalam keadaan itu, aku cuma mampu gosok2 bahunya perlahan. Diam, tak mampu mencari perkataan terbaik melainkan 'bersabarlah...'. Terlalu berat penderitaannya untuk diangkat oleh sebaris dua ayat penenang dari aku.


Helpless.Nasib baik tak panik.hehe


Semoga Allah cepat2 bangunkan Muhammad Ammar. Lama benar tidurnya. Hiburkan hati ibu itu ya Tuhan.

Monday, November 21, 2011

Mama, bukalah mata

Bismillaah...


Tak seperti debar penonton final bola sepak Malaysia vs Indonesia yang aku yakin sudah sampai penghujungnya. Debar aku kekal sampai esok. Pagi, menurut jangkaan.


Dalam filem Peter Pan, apabila satu manusia tidak percaya akan kewujudan pari-pari, maka manusia itu telah membunuh satu pari-pari. Tetapi dalam kisah benar kita manusia, satu manusia tak percaya wujudnya keajaiban Tuhan, maka manusia itu telah membunuh satu hati. Hatinya sendiri.


“Rasulullah saw. bersabda: Allah Taala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jamaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari.”

(Hadis riwayat Abu Hurairah r.a)




Aku tak percaya adanya pari-pari.
Dan aku percaya tidak ada pari-pari yang mati.

Sunday, October 30, 2011

Random hujung minggu

Bismillaah...


Hari ni rasa sedikit segar. Akhirnya setelah sekian lama dapat juga curi2 masa keluar untuk bookhunting. Setelah lebih 3 bulan aku kira. Aku keluar seorang2. Sebab biasanya kalau keluar untuk misi bookhunting tak ada siapa yang sesuai untuk diajak bersama. Yang sesuai sibuk pula. Kalau aku tetap juga ajak yang tak sesuai maka aku akan ditinggalkan sendiri di kedai buku, sambil yang tak sesuai keluar window shopping kasut dan baju2 dan aksesori2. Maka aku fikirkan lebih baik pergi seorang. Senang. Baca bismillahi tawakkal tu 'alallah, baca ayat kursi, jalan.


Hasilnya,dapat 7 buah buku. Yang paling seronok dapat dua buku memoir dari Frank McCourt, dapat Beduk Diketuk, dapat Fiqh Awlawiyyat dan dapat buku Apa Ertinya Saya Menganut Islam. Yang terakhir ni dah baca tapi bukan kepunyaan sendiri. Merasa betapa penting buku ini aku beli juga untuk rujukan sendiri. Puas.


Aku perasan, dalam nak memilih2 buku tu aku akan ralit tengok kanak2 di kedai buku. Kebanyakan mereka yang aku jumpa petah2 belaka. Masing2 nampak cerdik dan aktif. Ambil buku tu, tunjuk buku ni. Ada juga yang diam je. Tapi sebab sedang baca buku di tangan. hehe. Nanti aku pun nak selalu2 lah bawa anak2 ke kedai2 buku, library. Tanam minat membaca awal2. Umat yang malas membaca umat yang binasa. Kata orang bijak pandai. Aku angguk2 membenarkan.


Oh ya, tadi nampak kawan yang lama tak jumpa dari jauh. Dalam sesak2 manusia di karnival buku KL Sentral. Berdebar. Pandang tempat lain. Mungkin dia mungkin tidak. Tak tergerak nak mesej, pastikan. Bukan. Memang tak nak mesej. Sebab kalau betul macam mana? Cepat2 lari. Rupa2nya masing2 pun perasan kehadiran masing2. Tapi masing2 pun tak daya nak mesej atau apa waktu tu. Biar lepas macam tu je. Walhal selama bertahun berkawan 2 3 pertemuan, semua secara kebetulan. Ralat. Sebab dia tetap kawan yang baik. Telefon tanya khabar mama. Turun KL masih tanya kalau mama masih di hospital. Nak datang ziarah mungkin. Tak ada rezeki. Masing2 mengiyakan.


Dan sekarang jadi rindu semua kawan2 lama. Yang jauh yang dekat. Hujan pun main peranan untuk perasaan melankolik ni. Mesej di inbox, canangkan rindu di status facebook. Semua main guna hujung jari. Tapi sampai jugalah ke hujung hati. Kawan2 saya yang baik dan cantik2, semoga sentiasa menjadi hamba Allah yang baik mana2 juga kamu semua berada. Saya ikhlas rindu ='(.


Tak apalah, sekarang buku2 sedang berselerak atas katil. Aku nak ambil satu dan baca. Err tapi mungkin kena tangguh dulu sebab ada jurnal yang belum habis dihadam. Esokkan Isnin.


Fuhh. Berpeluh.







......

Bismillaah...



Love her as in childhood
Though feeble, old and grey
For you'll never miss a mother's love
Till she's buried beneath the clay


(Frank McCourt, Angela's Ashes)






An Iraqi boy who sleeps beside his 'mother' (which he drew himself) who died in the war. Perhaps he just missed his mother's warmth.

Thursday, October 6, 2011

Aal Izz Well.InshaAllah

Bismillaah...


 It's All Good

  Wipe your tears, come what may,
You will be the one to say,
I'll be alright, I'll be okay,
Keeping my all worries at bay,
Finding the white within the grey.

We're not here to stay anyway,

It's a journey. Remember that everyday,
And that we'll arrive safely home one day,
And we work, we hope, and we pray,
That we'll be among those who obey.

You'll be alright, you'll be okay,

Allah is with you, you won't go astray.







Despite of being a cheerful person as i could be in the lab, i still got this 'be happy' note secretly put in my drawer. Subhanallah...




p/s: poem taken from here

Wednesday, September 14, 2011

Jazakumullah Khairan Kathira

Bismillaah...


Balik ke rutin yang lama. Meja studi di bilik hampir seluruhnya berdebu. Diuji dengan sakit yang tiba2 menimpa mama, rutin harian berubah 180 darjah. Sedar tak sedar sudah hampir sebulan sejak mama didiagnosis menghidap brain tumor. Tapi alhamdulillah keadaan semakin baik. Ribut sudah semakin reda. Langit dah semakin cerah. Alhamdulillaah. Macam yang baba selalu ulang dan ulang sepanjang di hospital- 'Allah is great, Allah is great'.


Kalau mahu bicara soal hikmah di balik ujian yang Allah bagi ni terlalu banyak aku kira. Tetapi kebanyakannya adalah betapa manisnya kasih sayang orang sekeliling terhadap mama,terhadap kami. Aku tahu untuk semua  kita, menerima berita musibah menimpa orang yang kita sayang adalah perkara terakhir yang kita mahu terjadi. Atau secara tepatnya, yang kita tidak mahu terjadi langsung. Tetapi kadang2 kuasa 'kun fayakun' Allah itu lebih besar, maka tidak ada apa yang dapat kita lakukan melainkan serahkan kembali semua kepadaNya serta sentiasa kuat dan berfikiran positif.


Dan alhamdulillaah, orang2 yang sentiasa mengalirkan kasih sayang dan mengirimkan doa ini adalah salah satu sumber kekuatan, sumber untuk terus sabar, terus positif.


Besar maknanya menerima kunjung ziarah dari teman2 mama, anak2 murid mama, kawan2 belajar mama. Sepertinya aku dapat melihat fasa demi fasa hidup mama sejak belajar hingga sekarang melalui mereka2 ini. Berkenalan dengan mereka, bersembang panjang dengan mereka, bersilaturrahim dengan mereka adalah sesuatu yang aku kira rezeki yang hebat Allah turunkan pada aku. Apalagi fasa hidup mama di semesti adalah sesuatu yang bersifat mutual dengan fasa hidup remaja aku. Teman2 mama adalah cikgu2 aku. Anak2 murid mama adalah kawan, senior atau junior aku. Mereka sudah seperti satu keluarga besar.  Yang panggil mama mak, umi, ibu, mama. Yang sanggup datang dari jauh nak jenguk mama. Yang sebaik sahaja touchdown di Malaysia terus datang ziarah mama. Yang menangis tengok mama. Yang tahan airmata tengok mama. Ahh, kalian buat aku menyesal tak memilih guru sebagai profesion utama awal2 dulu. Sikit. hehe =).


Maka yang aku terima adalah yang manis2 sahaja. Aku sampai merasakan tidak ada ruang untuk aku mengeluh atau persoalkan Tuhan mengapa ujian ini yang dikirim. Dan setiap jawapan 'aku OK' untuk setiap soalan 'Ana OK?' dari kamu adalah benar2 menyatakan aku OK. Malah mungkin lebih dari OK.


*senyum*


Hebat kan kasih sayang Allah?
Allah is great. He's the greatest.


Untuk setiap doa dan kasih sayang, semoga Allah melimpahkan kebaikan yang sebanyak2nya kepada kalian. 


Wednesday, September 7, 2011

31,3

Bismillaah...



"Acik redha...acik sayang anak acik.Acik tengok anak acik cantik sangat.Cantik sangat..."


31 Mei 2010

Malam tersebarnya kisah tragedi berdarah Mavi Marmara aku menangis sungguh2 atas sejadah. Ada rasa hiba, ada rasa kerdil, ada rasa cemburu dan tak tinggal rasa benci. Namun, dalam banyak2 rasa itu rasa cemburu dan rasa kerdil kerana tidak terpilih untuk berada bersama2 di atas kapal itu lebih mengatasi. Kerana pada aku mereka yang syahid di atas kapal itu sama saja seperti aku. Cuma orang biasa, menjalankan rutin2 biasa di negara yang aman dan jauh dari bunyi tembakan senjata tetapi akhirnya dipilih Allah untuk syahid ditembus peluru musuh. Subhanallah.


Dan aku masih ingat esoknya, rutin harian aku bersama Cik Pipit bersarapan bersama2 dalam BET lab (waktu zaman praktikal) berubah sedikit- Cik Pipit ajak aku bersarapan di surau. Sampai di surau, Cik Pipit aku lihat baru selesai menunaikan solat Duha. Hidung merah, mata merah. Aku macam boleh agak kenapa. Siap telekung dilipat, Cik Pipit hamburkan rasa marahnya pada tentera Israel laknatullah dengan suara tersekat2 menahan tangis. Itupun air matanya tetap turun mengalir laju. Aku cuma mampu diam mengetap bibir sambil teringat tangisan senyap aku malam tadi. Al fatihah untuk mereka2 yang pergi malam itu.


3 September 2011

Sayu rasa menerima berita kematian jurugambar Noramfaizul Mohd Nor dalam misi kemanusiaan Malaysia ke Somalia. Tambah sayu apabila berita mengatakan Allahyarham meninggalkan dua orang anak yang masih kecil lagi. Walau cuma melihat melalui kaca tv, mendung rasa di lapangan terbang TUDM menyambut jenazah arwah  tetap dirasa sama. Sedikit terkilan apabila peristiwa kematian arwah turut mahu dijadikan isu politik oleh segelintir pihak. Aku cuma percaya begitulah yang telah ditetapkan Tuhan akan masa, tempat dan bagaimana ajal menjemputnya. Dan Dia memilih dengan cara yang paling misteri. 


Melihatkan dua tragedi berdarah di atas, aku jadi tertanya akan bagaimana saat akhir aku nanti. Dalam keadaan bagaimana aku ini sewaktu dipulangkan padaNya. Rezeki paling besar seorang hamba itu pada aku apabila dapat pulang kepadaNya dalam keadaan saat2 akhirnya masih beriman, apalagi dalam keadaan sedang beribadah, membantu saudara semuslimnya yang lain. Kerana yang akhir itu yang selalunya menjadi pengukur bahagia atau tidak kita di sana. Namun akhir yang baik itu tetap dibentuk oleh permulaan dan pertengahan yang baik. Mungkin boleh diselidik akan hayat mereka2 di atas. Manusia2 biasa yang sepertinya dari kalangan kita juga tetapi dipilih Allah untuk pulang dalam keadaan terbaik yang Allah boleh beri kepada hambaNya. 


'Mak,ana nak pergi Gaza laa'
'mmh..jangan nak mengada2!'


Teringat aku akan salah satu syarat untuk menyertai misi kemanusiaan ke Palestin adalah apabila pergi jangan pernah fikir untuk kembali!



Peluang itu tipis (rujuk dialog atas), tetapi harapan masih ada. Doa dan terus doa.
Untuk saudara2ku di sana, walau tangan tak mampu mencapai, doa tetap segera sampai.
Aku rindu kalian.

Sunday, August 28, 2011

.

Bismillaah...


Ini Ramadhan pertama yang tidak sekali pun berpeluang berbuka di rumah.
Dan Aidilfitri pertama sambut dengan apa yang ada di hospital.

Thursday, August 18, 2011

Gigil

Bismillaah...


Selepas isya' sebelum teraweh tadi,aku baru sedar ini;
Apabila orang luar yang kita sayang,ditimpa musibah,lekas benar kita percaya dan simpati.
Tetapi bila musibah menimpa orang dalam yang jauh lebih besar lagi sayang kita padanya,kita susah nak terima dan harap benar itu cuma mimpi.





ahh...hampir benar kita dengan sepuluh malam terakhir kan?semoga dipanjangkan umur.

Wednesday, August 10, 2011

Kurma dan air mata syukur=)

Bismillaah...



'Ana ada x usrah untuk lelaki. cmne nak join?'



Dan hari ni mama beritahu dalam telefon yang adik aku seorang ni turun berbuka di IJN Kuala Lumpur bersama budak2 tahfiz.

Rezeki apa yang lebih hebat dari ini?terima kasih ya Allah!=')





Nota hati: Orang2 yang ikut jalan tarbiyyah bukanlah orang2 yang lebih baik dan dijamin masuk syurga. Tetapi minimum, mereka ingin berubah menjadi lebih baik, di sisi Allah.

Friday, August 5, 2011

'Musafir'

Bismillaah...


Baba text tadi. Jauh dari Singapura. Tanya berbuka apa, makan apa. Lepas tu baba pesan jaga solat, doa banyak2. Habis pesan, penutup, baba kata 'baba sayang ana'.




Kadang2 bila aku balik rumah,aku perhati segala nikmat yang aku dapat di rumah. Makan sedap, katil empuk siap dengan comforter, bilik tidur siap dengan kipas dan aircond. Tinggal nak pilih yang mana satu untuk sejukkan badan. Ada mama untuk dipeluk. Ada baba yang kelakar dan banyak bagi nasihat. Ada adik-beradik yang cool dan selalu bikin ketawa. Tempat bermanja kadang2, tempat gaduh jarang2, lelaki2 yang aku tak kisah jadi selekeh atau gila2 atau being goofy.

Melihatkan nikmat2 ini, buat aku berfikir kembali akan niat asal aku keluar dari rumah. Tentang kenapa aku sanggup meninggalkan kesenangan, berpisah dengan kesayangan untuk berada di tempat aku berpijak sekarang ini. Sedangkan tempat ini bukan lebih selesa pun, makanan bukan lebih sedap pun, orang2nya bukan lebih mampu menyayangi pun. Tetapi aku gagahkan juga kaki ke luar dari ‘syurga’ menuju ke tempat yang walaupun err…tak adalah begitu ‘neraka’ tetapi tetap cukup untuk memberi aku tekanan dan sakit kepala.ehe

Kenapa eh?

Akhirnya, jawapan akan kembali kepada niat. Langkah paling mula sebelum langkah yang pertama dimulakan. Niat perlu sentiasa diluruskan, dibetulkan. Diiringkan dengan istighfar. Semoga tak lari jauh dari mencapai redhaNya. Nikmat2 yang aku renungkan tadi selalu2nya buat aku refleks kembali niat asal aku berada di sini.

Dan selalunya bila aku keluar dari rumah dan menoleh ke belakang, aku jadi terfikir akan apa yang aku tinggalkan, apa yang aku korbankan. Yang selalu keluar di kepala,bahawa pengorbanan ini belum cukup. Syurga Firdaus itu bakal menuntut lebih lagi. Pujuk2 hati jangan gentar. InshaAllah, dengan niat yang betul, kefahaman yang mantap, tekad yang bulat apapun akan menjadi ringan. Yang orang lihat pahit kita dan Allah sahaja yang tahu betapa manis.

Dan ‘syurga’ itu akan sentiasa menjadi tempat untuk kita melepaskan lelah,mengumpul kembali tenaga. Bukan melemahkan. Merehatkan bukan melekakan. Dan hanya orang2 yang keluar berjuang sahaja dapat merasakan nikmatnya syurga dunia itu. Jadi berusahalah dengan keras di jalanNya. Berjalanlah sejauh mana pun. Biarpun ke hujung dunia. Jangan khuatir, kita sentiasa ada tempat untuk kembali=).








Balas aku,'sayang baba jugak!'



p/s: Ramadhan ini, aku harap aku dapat kefahaman dalam agama lebih dalam lagi. Belajar berkorban lebih ikhlas lagi. inshaAllah.

Wednesday, August 3, 2011

Inspirasi (edited)

Bismillaah...


Yang selalu memberi inspirasi adalah seorang yang seluruh dunia merasakan dia manusia yang hebat melainkan dia, seorang yang seluruh dunia merasakan dia bijak melainkan dia, seorang yang seluruh dunia merasakan dia cantik melainkan dia.

Yang selalu memberi inspirasi adalah seorang yang kala manusia meletakkan dirinya di tempat yang tinggi,dia berjaya meletakkan hatinya di tempat yang paling rendah.





Seorang yang merdeka dalam sujudnya.



"Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang2 yang sombong lagi membanggakan diri"

(QS. Luqman:18)






Sedikit sekali yang mampu menjadi inspirasi itu. Aku mahu menjadi yang sedikit itu.

Tuesday, July 19, 2011

Kala ini, sepuluh-sepuluh jari terlampau kebas tak tahu kenapa

Bismillaah...


Diari kuning dan muka surat-muka surat kosongnya yang semakin menipis. Adakah isinya benar2 berisi? Kisah aku dewasa dari 2008 hingga sekarang hidup dalam diari ini. Busuk aku,jahat aku,hidup dalam diari ini. Aku tak pernah berhenti menulis diari sejak sekolah rendah lagi. Ironinya,diari2 lama,habis tahun,aku bakar. Pelik tak?huhu cuma diari kuning ni yang aku mahu simpan. Terlalu signifikan mungkin. Erm, bukan mungkin lagi, memang benar2 signifikan. Aku berkira-kira mahu beli diari baru. Ada satu aku berkenan corak polkadot emas. Cuma sayang,bukan latar oren. Aku berniat mahu warna oren kali ini.


Aku perasan,aku banyak menulis. Untuk catatan peribadi sahaja, aku ada tiga buku nota. Dan semuanya 'hardcover'. Menunjukkan betapa istimewa mungkin. Satu buku nota oren- untuk catatan fikiran spontan, satu lagi buku nota warna pelangi, berbulu2 hadiah dari Myra (2005), cenderahati Kota Singa, buat aku rekodkan quote2 pilihan. Penting buku nota ini sebab aku bukan seorang yang gemar 'highlight' atau garis ayat2 yang aku suka dari buku2 yang aku baca. Pernah buat dulu, tapi terasa sudah 'kotorkan' buku-buku tersebut. Sayang. Dan akhir sekali, diari kuning, sebagai penyimpan mohor-mohor besar 'diraja'. Oh ya, kalau boleh tambah, diari maya ini a.k.a blog.


Menulis blog ini pun, untuk entri yang ke berapa ratus sudah, sikit2 ada pengalaman manis. Jumpa kawan lama, yang sejak habis sekolah rendah sampai sekarang tak bersua muka pun, gigih mencari di facebook. Katanya, jumpa blog ini dulu baru cari aku. Kenal kawan baru, juga di facebook, yang bila aku 'approved friend request' bertanya,'Ni Ana berjalan dalam hujan ke?Alhamdulillaah, akhirnya betul jugak=)'. Dan tak kurang juga tiba2 mesra dengan senior2 sekolah yang dulu walhalnya cuma 'Assalamualaikum kak' sebagai komunikasi hari2. Walaupun mesranya cuma di alam maya sebab belum sempat bertemu muka, tetapi cukup baiklah berbanding dulu=). Ataupun yang tak pernah tegur waktu sekolah, tiba2 bagi hadiah. Belum lagi cerita tentang tulisan2 mereka yang menjadi inspirasi.


Alhamdulillaah=)


Setakat ini, kebaikan menulis yang aku dapat, peribadinya, aku semakin kuat memerhati sekeliling, semakin banyak berfikir tapi juga semakin kuat sensitifnya. Yang akhir ni tak tahula kenapa. Sebab mula jadi terlalu diam mungkin. Tapi serius sedang cuba sungguh2 nak jadi peramah macam baba- bagi salam, say good morning, dekat siapa2 je. Sembang dengan siapa2 je. Sebab aku perasan ilmu2 baru boleh dapat dengan cara ni. Pengalaman baru, perasaan baru pun=)


Doakan saja.
Supaya ana tak diam sangat dan tak berhenti menulis.
=)



Friday, July 8, 2011

Patah hati

Bismillaah...


"Sorry,saya ikut awak dari tadi.saya taktau nak cakap macam mana.erm...boleh kita berkenalan?"

"Huh?"



Jejak aku ke situ untuk mencari seseorang. Lelaki jujurnya. Berketayap. Selalu duduk melunjur kaki sebelah di kaki lima. Sambil tangannya memegang bekas kosong untuk diisi ikhlas manusia2 yang lalu-lalang. Lelaki ini sifatnya suka mendoakan mereka2 yang menghulur barang sepuluh sen dua. Tak kiralah apa nilai pun. Dia akan mengucapkan terima kasih lalu mendoakan mereka dengan kuat, "Terima kasih dik! semoga panjang umur,murah rezeki!". Selalunya doa itu menenangkan jiwa aku. Satu terapi bagi aku.


Diuji Allah dengan sakit kepala dan perasaan yang sempit (hati gundah,jiwa kacau) entah kenapa aku rasa aku perlukan doa lelaki itu. Aku tak kisah kalau dikata aku membayar untuk doanya. Kalau boleh aku 'demand' supaya didoakan aku tenang hatinya lebih bagus. Aku benar2 perlu doanya untuk redakan sedikit perasaan yang kacau ini. Tetapi malang, lelaki yang selalu aku gelar pakcik itu tak ada. Lebih malang lagi lelaki lain pula yang muncul.

Aku tak minta yang ini ya Allah!


Aku ketap bibir,tahan air mata. Lelaki itu 'hantar' aku betul2 sampai depan tren dengan pandangan helpless. Sebab aku diam,bisu. Tapi dalam hati menjerit,'aku tak mintak kau lah!'


"Bye,sorry..."


Masih tetap diam,tak memandang sampai pintu tren tertutup.










Dan balik itu,aku menangis semahu2nya.




p/s: pulangkan semula kata2 nasihat aku. aku perlukannya lebih dari kamu waktu ini.

Tuesday, July 5, 2011

Kemahuan jiwa waktu ini



I only feel close to you when i'm under open sky
I only feel guided when i'm free to question why
Only when i smell the earth upon my face
Will i ever be free to FLY from this place

(Out Seeing the Field. Daud Wharnsby Ali)







Untuk terbang tinggi.

Wednesday, June 22, 2011

Qurrata a'yun

Bismillaah...





Habis mendengar syarahan ini dari bro Nouman Ali Khan (yang tak pernah mengecewakan), aku jadi begitu sungguh2 mengamalkan doa dalam surah Al-Furqan ayat 74. Kerana katanya doa supaya dikurniakan anak2 sebagai penyejuk mata itu tidak tertakluk kepada anak kandung kita semata tetapi untuk seluruh keturunan, generasi masa depan. Dan betapa besarnya nikmat 'qurrata a'yun' itu digambarkan dengan jelas melalui kisah Asiah dan ibu Nabi Musa.

Begitu Allah telah mengajarkan kita doa yang terbaik untuk masa depan yang terbaik, mengapa tidak kita amalkan?Dan untuk yang selama ini sudah biasa menyelitkan doa ini dalam bacaan doa selepas solat harap dapat lebih memaknai lagi selepas mendengar syarahan di atas. Untuk masa depan, untuk generasi masa depan.


InsyaAllah.
=)





Buat masa sekarang, biar ini dulu yang menjadi penyejuk mata. hehe

Aww~

Tuesday, June 14, 2011

...

Bismillaah...



"Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri,semuanya telah tertulis dalam kitab (lauh mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya.Sungguh,yang demikian itu mudah bagi Allah.Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu,dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu.Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri"

(57:22-23)




Sedikit kepenatan untuk lima hari ini. Fizikal dan emosi. Dan untuk kesekian kalinya aku sedar bahawa aku ini seorang yang lemah hatinya. Semoga musibah semalam tak berulang lagi pada mana2 saudara perjuanganku yang lain. Cukuplah...





Rasa macam nak balik minggu ni. Rasa sangat perlukan pelukan mama untuk recharge semula energi. hmm

Wednesday, June 8, 2011

Wan Hanzalah=)

Bismillaah...


Ini tiba2.
Perasaan yang tenang muncul apabila melihat sepupu sendiri sudah selamat bergelar bapa. Walaupun pada saat kelahiran, si bapa ini jauh nun di Perancis. Sibuk dengan urusan pelajarannya di peringkat Master. Tetapi rasa gembira dan syukurnya tetap terasa sampai ke sini.

Teknologi bro. hehe.

Apa yang buat aku rasa teruja sangat adalah kerana sepupu aku ini menamakan anak pertamanya Wan Hanzalah.

Hanzalah.

Kalau kamu rajin menyelak sirah nabi, kamu pasti pernah terserempak dengan nama ini. Hanzalah adalah salah seorang sahabat nabi. Salah seorang jurutulis nabi. Hanzalah syahid di medan perang dan dimandikan mayatnya oleh malaikat yang turun dari langit. Tentang kenapa beliau dimandikan oleh malaikat cuba kamu cari.

Selamat berkenalan dengan Hanzalah=).

Satu cita2 aku bila dah berkeluarga nanti, aku nak namakan anak2 dengan nama para sahabat. Harapannya nanti supaya mereka sedikit sebanyak menurut langkah para sahabat. Supaya mereka bangga dengan nama yang mereka bawa. Supaya mereka faham harapan besar ibunya pada mereka ada di sebalik nama2 itu. Nama2 mulia yang selama hidupnya cuma menegakkan kalimah Laailaahaillallah di muka bumi.

Nanti biar ada Abu Ubaidah, ada Mus'ab, ada Talhah, ada Bilal.
Biar juga ada Fatimah, ada Asiah, ada Nusaybah, ada Khadijah.





Eh, amboi, kemaen nak sampai lapan ye?haha=p
Lapan contoh nama saja.


Apa pun aku nak beritahu yang aku seronok sangat melihat ramai saudara-mara, kawan2 dekat, senior2 sekolah yang sudah melangkah ke alam yang baru. Ke arah menghalalkan hubungan, ke arah menyempurnakan separuh agama. Bila melihat rata2 mereka sibuk memuat naik gambar2 tunang, gambar2 kahwin rasa macam tenangnya...seronoknya. Entahlah, mungkin kerana sebelum ini aku rasa sangat terkejut dan sedih bila membaca berita seorang bayi yang baru lahir dicampak dari tingkat lima dekat Sentul- tempat yang aku ulang-alik hampir setiap hari. Sekurang2nya bila melihat mereka2 yang berkahwin ini rasanya,terjaminlah nasib anak2 yang lahir akan datang. Dilahirkan dengan baik, dididik dengan baik. InsyaAllah. Semoga Allah mudahkan.



p/s: Dulu suka benar dengan nama Jebat Iskandar.hee~


Wednesday, June 1, 2011

"That's my boy!"

Bismillaah...









Abi: ASSALAMUALAIKUM!

Ahmad: WAALAIKUMUSSALAM! Sehat Abi?

Abi: Alhamdulillah. Masih "fit" lagi.

Kedengaran Ummi ketawa terbahak-bahak di background.

Ahmad: (Ketawa) Ummi tergolek-golek ke tu?

Abi: Almost. How's study, son?

Ahmad: Alhamdulillah. I'm doing my very best.

Abi: Good. That is all that I expect of you. Buat apa cuti ni?

Ahmad: Ada program dakwah kat Melbourne. Pastu ada satu lagi kat Sydney bulan depan.

Abi: You seem to be very active in that. Tak kacau study ke?

Ahmad: Well, you taught me good time management. I think I can manage.

Abi: That's my boy. Bukan pe, Abi risau study Ahmad jatuh je. Ingat apa yang MARA cakap time pre-departure briefing dulu: Fokus kat study. Maklum la, MARA hantar Ahmad ke Australia untuk study. Takut study fail je.

Ahmad: Oh, Ahmad tak terpikir plak yang tu. Yang Ahmad pikir ialah Allah hantar Ahmad ke dunia untuk dakwah. Takut dakwah fail je.

Abi: (Ketawa) That's my boy!

MARA: ...




***




Hope that one day I will also be able to say 'that's my boy!' to my son. Indeed, everything begins with tarbiyah...=)

p/s: The conversation excerpted from here






Sunday, May 29, 2011

PASUM 2011



Bismillaah...






Hari ni rasa cemburu. Melihat anak2 muda yang masih punya banyak masa untuk melakar mimpi. Yang masih punya semangat yang segar serta harapan yang menggebu2. Yang masih punya banyak ruang untuk membentuk diri jadi manusia apa tahun2 ke hadapan. Maaflah,aku bukan apa.Cuma terfikir untuk menanyakan diri sendiri sama ada aku gembira dengan keadaan sekarang adalah suatu yang tidak relevan lagi. Tapi tadi sedikit terpujuk kerana rata2 mereka yang aku jumpa mengatakan aku masih.sangat.muda. Ahh...perjalanan masih jauh rupanya.


Tinggal mencari hikmah.

Dan adik2,akak sudi berkongsi cerita=)

Semoga Allah redha.ameen~




Friday, May 27, 2011

KL

Bismillaah...


Terbaru, seorang labmate, Iranian, nyaris diculik di tempat letak kereta PWTC. Mujurnya, dia pemegang tali pinggang hitam seni karate.Penjahat durjana tu dapat ditumpaskan akhirnya. Cuma yang lecehnya lepas tu kenalah turun naik mahkamah. Dalam ceritanya, labmate aku itu lemparkan beg tangannya ke tepi kerana sangkanya lelaki itu mahu merompak dan harapnya dia dilepaskan. Tetapi rupanya dia ada niat jahat yang lain. Mendengar bahagian ini caused a big 'Gulp' to me.


Kisah tukang simbah asid yang merebak hampir seluruh stesen LRT KL ni masih belum ada kesudahannya. Penangkapan masih belum berlaku. Suratkhabar senyap. Mungkin kerana belum ada kes terbaru. Dan sekarang aku memang prejudis dengan mana2 mat motor di atas jalan. Tak kira bukan EX5 atau Yamaha. Mana tau kalau mereka tukar jenis motosikal pula. Tak mustahil bukan?


Seorang akhawat berkongsi cerita. Katanya, penjahat/penculik/perompak sekarang ada yang menggunakan kanak2 dalam modus operandinya. Terbaru katanya, ada lelaki pertengahan usia akan mengetuk cermin kereta nak minta tolong hantar seorang budak pulang ke rumahnya. Pesan akhawat tersebut jangan sesekali buka cermin kereta apa lagi benarkan lelaki itu masuk. Lain jadinya nanti. Tiba2 teringat seorang akhawat meletakkan sifat aku sebagai 'baik sangat' adalah satu kelemahan. Mulanya aku terfikir macam mana sifat 'baik sangat' (walhal aku tak adalah rasa aku baik sangat pun) dikatakan kelemahan? Tapi betullah kalau dikaitkan dengan situasi di atas, rasanya sifat 'baik sangat' tersebut akan menyebabkan timbul rasa kasihan dan mahu menolong. Akhirnya aku akan menjadi mangsa.


Jadi, kena belajar untuk tak menjadi 'baik sangat'- mudah percaya,mudah simpati,mudah terpedaya,tak pandai kata 'tidak'. Kena jadi sederhana,kena jadi bijak. Kena pandai menilai,baca riak2. Ahh...payah.


Aku merasakan sebagai perempuan harus sentiasa peka dengan sekeliling dan ambil langkah berjaga2. Macam bawa 'pepper spray' ke mana2. Bawa payung sebagai senjata. Belajar seni mempertahankan diri sikit2. Aku dah tak boleh nak harap kemahiran silat cekak aku yang dulu. Tapi rasanya, boleh kot belajar menyerang titik2 kelemahan (weakness spots) lelaki. Seperti halkum, rahang, kemaluan, ketiak, rusuk dsb. Sekurang2nya lah. Boleh belajar di youtube mungkin? hehe


Kita boleh saja mengeluh bahawa dunia ni dah tak selamat. Mana2 pergi ada yang berniat jahat. Tapi fikirkan juga apa tindakan kita. Jahat manusia sekeliling itu di luar kawalan kita. Apa yang kita boleh kawal adalah usaha kita. Maka, tingkatkanlah kepekaan, sikap ambil tahu dan juga ilmu. Tak lupa juga berdoa.

Semoga Allah melindungi. Ameen.




p/s: Manusia semakin bijak dan bodoh.


Tuesday, May 17, 2011

Teacher



Bismillaah...




" I have maintained regular correspondence with many of the boys of Deoband long after I left the madrasah. One year later, some of the photos that I took were put on display at the Rotterdam Museum of Ethnology where I also presented a lecture entitled ' A Day in the Life of Deoband'. Later, I wrote to one of the boys, Nawab and informed him thus:


Dear Nawab,
You will be pleased to know that last week I was in Rotterdam, which is a city in the Netherlands, and I gave a talk about your school. I showed them the photos I took, including the one I took of you, me Shabab Bhai, Fairuz amd Muhammad. They were very pleased with the exhibition and I hope you will be proud to know that your photo is hanging on display in a museum in Europe.


Days passed, and then weeks. Finally, I received a reply from Nawab, who wrote thus:


Dearest respected and beloved Ustaz Fareesh al-Muhammad al-Noor, May Allah bless you and guide you in your work, and may Allah always protect you in your travels.

My friends and I are happy to hear that your research has been published and one day we hope that Allah will help us visit you in German (sic). Sadly I do not have a photo of you to remember by, but Allah is kind. Whenever I need to think of you, I close my eyes, and I see you again.

Then my heart swells with love; and my eyes, they drown in tears.
Your most respectful student,

Nawab "


(Farish A.Noor, Qur'an and Cricket)




One of the most beautiful 'moments' I've ever read between student and teacher=)
Happy belated teachers' day.

Monday, May 16, 2011

Song From A Secret Garden- Alexander Rybak

Bismillaah...





" Of course, there must be lots of magic in the world,but people don't know what it is like and how to make it. Perhaps the beginning is just to say nice things are going to happen until you make them happen "

" Sometimes since I've been in the garden I've looked up through the trees at the sky and I have had a strange feeling of being happy as if something were pushing and drawing in my chest and making me breath fast "

( Colin, The Secret Garden, 1910-present)


Karya seabad Frances Hodgson Burnett yang benar2 melekat di hati =).
Ahh,kalau lah aku boleh dapatkan 'The Little Princess' pula.

Saturday, May 14, 2011

63

Bismillaah...





We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosque and our house and our school
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight




Note: 63 years of Nakhba Palestine (1948 - 2011)

Thursday, April 28, 2011

Reebok


Bismillaah...






Weehooo!!!Alhamdulillaahhh!!
Dah ada kasut sukan baru!Sekarang terasa macam nak berlari,menghambur atas mana2 padang hijau sambil jerit "aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!".haha entah kenapa itu pula yang terbayang di kepala sekarang.

Tiba2 teringat waktu kali pertama menjejakkan kaki ke desa catal kundasang. Tempat ternak lembu susu hitam putih. Atas padang hijau nun atas bukit sana. Nyaman dan mengujakan. Aku teringat yang aku jerit 'wooooooo!' ke luar tingkap 4WD sebaik ternampak rumput hijau luas terbentang depan mata. Sungguh2 melaungkan 'Wooooo!' atau 'Whoaaaa!'. Memang jakun habis. Macam budak bandar masuk kampung lagaknya. Tak dikisahkan langsung dengan budak kaca mata yang duduk di seat hadapan atau abang driver yang gigih tekan minyak, apa lagi abang bujang sam yang pendiam.

Aish,tahun satu yang gila2. Memang memalukan.

Ok, aku pun tak tahu apa kaitan memori itu dengan kasut sukan baru ni. Mungkin perasaan terujanya yang sama? Sungguhlah aku lupa bila kali terakhir aku beriadah. Kali terakhir aku cek, aku dah tak mampu nak grip bola basketball lagi (waktu di kedai sukan). Sedih kan?

Elok kasut Reebok ni dalam tangan, ms adorable mesej;

"Ahad ni jom p sunway?Main extreme sport? Hehe..."

Tu diaa...delicious punya offer. Tapi malangnya ada jemputan walimah pula perlu dipenuhi. Kemudiannya ms adorable berkata lagi,

"Nanti, bila aku dah masuk bilik baru tu, every weekend kita gi panjat Bukit Gasing nak? Dengan nabilah sekali"

"Haa...nak2!"


Aku jujurnya terbayang Broga Hill yang terkenal tu. Mungkin boleh buat shooting video klip seperti di bawah:




Belum lagi ajakan roommate berjogging petang2 dekat taman depan Amcorp mall. Seronoknya dikelilingi orang yang mengamalkan gaya hidup sihat ni. Alhamdulillaah...=)


Tak sabarnya nak berlari, berjogging, melompat, mendaki dengan kasut baru ni.
Weeeeee~~
=p


"Allah lebih menyayangi orang Mukmin yang kuat (sihat) dari orang Mukmin yang lemah"
Hadith riwayat Muslim




Jom beriadah! Anda mampu mengubahnya!

Wednesday, April 27, 2011

Bisik-bisik

Bismillaah...


Tersenyum kala membaca kisah seorang blogger ini. Katanya, dia menyedari bahawa dia mampu bercakap2 dalam hati tanpa siapa pun mendengar tika usianya mencapai enam tahun. Waktu itu, dia kira cuma dia ada kuasa seperti itu. Maka segala marah, segala seranah dia lepaskan dalam hati. Dia puas menyumpah manusia dibenci luar pengetahuan manusia tersebut.

Tapi kepuasannya tak lama. Sampailah waktu yang dia rasa marahnya sama Tuhan. Dia ingin memaki, menyeranah sama seperti yang dilakukannya pada manusia tapi tak dapat. Kerana dia tahu Tuhan maha mendengar. Tuhan tahu setiap apa yang digemakan di dalam. Maka dia frust, merasa hilang privasi. Seperti diarinya dicuri.

"Ala, mesti Allah dengar. Allah ni sikit2 nak dengar!"

Hehehe...
Aku tersengih membaca. Comel pula rasanya membaca kisah dia frust sebegitu. Lebih comel lagi punca frustnya itu adalah daripada keyakinannya yang sungguh terhadap sifat Allah yang maha mendengar. Walaupun umurnya waktu itu masih sangat hijau. Subhanallah...Itulah peri pentingnya Islamic Education yob. atenye kamu...huhu =p


Syukurnya Allah maha mendengar. Kalau bukan Allah siapa lagi nak dengar jeritan batin minta diselamatkan waktu kerasnya aku sakitkan hati orang2 yang aku sayang, selambanya aku melakukan dosa berulang2, atau teganya aku menzalimi diri sendiri atau orang lain, Allah maha mendengar betapa dalam hati aku merayu2 minta diselamatkan. Benar2 mahu diselamatkan. Dan dalam situasi yang lainnya, kala di depan manusia kelihatan aku senyum 'tarapapa yeah' waktu musibah, tapi dalam hati hanya Allah sajalah yang tahu betapa aku mengadu, merendah bahawa akulah insan paling lemah dan mohon diberi pinjam kekuatan. Kadang2 tak reti nak luah cerita hati sendiri sebab kadang2 pada aku nak menyusun ayat bagi orang faham apa yang aku rasa tu merupakan satu proses yang rumit. Makanya, aku mahu didengar tanpa perlu bersuara.

Dan Allah yang maha mendengar itu selalunya memberi kekuatan dengan cara yang paling halus dan santun, jauh dari yang aku bayangkan =).

Tak apalah kalau tak ada privasi pun. Privasi aku adalah rahsia2 aku dengan Dia.




"Dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah. Sungguh, Dia Maha Mengetahui segala isi hati"

(67:13)

ya Allah,ini rahsia kita berdua ya.terima kasih kerana mendengar=)

Friday, April 22, 2011

Embah 2

Bismillaah...


Bakal menghabiskan weekend ini di KPJ Ipoh. Embah sudah beberapa hari 'warded' di sana disebabkan gastrik. Mama cakap gastrik embah severe. Perut embah sampai ada tujuh luka. Enam sudah kering tinggal lagi satu luka yang err...masih berdarah?

Tak tahulah.
Aku nak tanya detail lagi tapi sebenarnya bila mama sebut pasal luka di perut embah aku rasa ngilu sangat. Ngilu sampai telinga. Terbayang luka2 di perut embah yang ditoreh asid gastrik (betulkan kalau aku salah). Aduhh. Tambah lagi mama cakap embah tiap2 hari perlu dimasukkan darah sebab kurang kandungan hemoglobin dalam darah embah. Hmm...

Baba cakap semua orang kena balik hari ni juga. Bagi embah semangat. Baba tak ada masa sekarang sebab minggu ni minggu baba di 'rig'. Jadi aku batalkan terus janji2 dengan kawan untuk ke KLIBF'11 dan kedai buku di amcorp mall. Tak apalah, itu bila2 boleh. Ada umur, ada jodoh kita buat janji baru. Ok?



Aku nak balik. Nak salam embah, cium tangan embah.
Semoga embah lebih semangat. Semoga embah cepat sembuh.
Doakan embah aku ya!
Terima kasih!
=)

Wednesday, April 20, 2011

Warm and beautiful

Bismillaah...









Heal and you will be healed
Break every border
Give and you will receive
Its Nature's order


....let's start healing



Subhanallah...
It's so warm and beautiful.
My heart moved...do yours?


Let's start healing people!=)

Nina=)

Bismillaah...








Wishes made on shooting stars
When I was still a child
Summer walks on well worn
Paths where blueberries grew wild

Rows of white washed houses lined
The streets, then paved with sand
Early mornings at the
Lake, fishing pole in hand

Swimming in the afternoons till
The sun began to fade, then we'd
Talk about the following day
And all the plans we made

Memories of my childhood
Put smile upon my face
For now and then I visit
Lingering in this special place


(Childhood Memories by Dawn Enderson)



Thursday, April 14, 2011

Kiss the rain by Yiruma

Bismillaah...




Baba kata rahmat hujan itu dapat dilihat dari sifatnya yang turun sebutir2, merintik2 mendarat ke bumi.

Tap tap tap atau tik tik tik

Lembut dan santun gayanya kan?
Baba kata lagi, cuba bayangkan kalau air hujan itu turunnya mencurah2 seperti curahan air dari baldi.

Bushhh!! bushhh!! bushhh!! atau deburr!!deburr!!deburr!!

Kasar dan keras bunyinya kan? Kalau begitu gayanya, tidak sesuailah lagi istilah 'bumi ditimpa hujan' melainkan 'bumi dihempas hujan'.
Ish, macam bunyi mala petaka kan? Iyalah, dah bunyinya pun 'bushh' (baca:mantan presiden amerika) memanglah petaka.ehe



"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, Dia memperlihatkan kepadamu kilat untuk (menimbulkan) ketakutan dan harapan, dan Dia menurunkan air dari langit, lalu menghidupkan bumi dengan air itu sesudah matinya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mempergunakan akalnya"

(30:24)




Ahh hujan itu rahmat. Siapa yang perlukan payung? Berlari atau berjalan, ayuh kita redah!



Umbrellas we should shut
In the rain we should walk

-Sohrab Sepehri-





and yeah...please don't forget to smile =)

Kisah aku

kawan satu payung=)

Siapa kena timpa hujan?=)