Thursday, February 23, 2017

Tentang souvenir

Bismillaah...





Pashmina naik kapal terbang



"Ana dari dulu tak berubah. Samaaa je"

"Ermm...benda baik,susah nak ubah"


"HAHAHAHA"


Selepas empat tahun, minta maaflah kelakar kita masih hambar.
Terima kasih kerana sudi bersungguh ketawakan.

Terima kasih juga sudi ziarah hantar buah tangan.









Nota kaki: Sebenarnya setiap kali berjumpa kawan2 lama yang tiga empat lima tahun tak jumpa memang selalu dapat komen macam ni (rekod paling dahsyat bila kawan paling akhir jumpa masa sekolah rendah beritahu wajah aku tak berubah. Sama macam dulu). Kadang bila rasa2 positif seronoklah sebab 'owh, maknanya aku nampak lima tahun lagi muda'. Tapi kadang bila negatif datang terasa,'heh, takat ni je kau boleh pergi Ana? Tak boleh nak lawa lagi?' HAHAHAHAHAHA


k, sendu.

Tuesday, February 21, 2017

Tentang sukarelawan

Bismillaah...



Hujung minggu baru2 ini berpeluang mengikuti program sukarelawan bersama Muslim Volunteer Malaysia (MVM). Ia merupakan program menyantuni anak2 autistik dari Akademi Autisme INSANI. Aku secara personal sangat bersyukur dan teruja diberi peluang untuk menyumbang sedikit tenaga dalam program ini. Memandangkan aku sendiri mempunyai seorang sepupu lelaki autistik (sekarang berusia 24 tahun). Pengalaman ini aku kira sebagai sesuatu yang sangat berharga.

Waktu sepupu aku yang bernama Afnan itu mula disahkan sebagai kanak2 autistik, usia aku waktu itu ada dalam lebih kurang lapan ke sembilan tahun. Jujurnya, dalam usia sebegitu, melihat Afnan membesar tak sama seperti adik2 aku yang lain aku jadi takut dan menjauhkan diri. Afnan ada satu sikap 'clingy' pada aku bila saja aku ada di depan matanya, yang kalau tak dilayan dia akan menangis. Jadi aku rimas. Satu sebabnya, kalau aku layankan 'clingy'nya juga aku tak faham apa yang dia mahukan kerana dia tak mampu bertutur waktu itu, dan akhirnya dia tetap akan menangis. 

Pernah aku beri sedikit perhatian pada adiknya, diseret adiknya (umur baru merangkak) jauh dari aku. Menangis pun tak adiknya kerana terlalu terkejut. Aihh... Jadi untuk beberapa lama bila mana Afnan balik ke kampung aku lebih suka menyendiri dalam bilik. 

Mengingatkan memori2 itu aku cuba ambil peluang ini untuk melihat 'Afnan' yang kecil dari sudut pandang aku yang sudah dewasa. Cuba memahami perwatakan Afnan suatu ketika dulu walaupun sudah lebih dua puluh tahun berlalu. Kanak2 yang datang dari akademi pada hari itu berusia lima hingga ke lapan tahun. Setiap sukarelawan ditugaskan untuk menjaga seorang kanak2 sepanjang lawatan ke Farm in the City. 

Antara yang paling tak terlupakan, baru beberapa minit bertemu dengan kanak2 ini yang datang bersama guru2 dari akademi aku dah berjaya memujuk diam seorang kanak2 autistik yang menangis. Adam namanya. Program belum pun bermula, dia sudah menangis tak tahu mahukan apa. Awalnya dia dipimpin cikgunya ke sana sini dalam keadaan dirinya tak rela. Kerana sibuk mahu menguruskan sesuatu, cikgunya meminta sukarelawan lain untuk menjaganya sebentar. Tantrumnya bertambah kuat. Dia menangis sambil meronta minta dilepaskan. Sukarelawan yang ditugaskan berusaha menteteramkan dengan memeluk dari belakang dalam keadaan berdiri.

Aku yang melihat situasi itu teringat tips komunikasi dengan kanak2 yang dikongsi di FB. Katanya, kalau mahu berkomunikasi dengan anak2 kecil kita mesti meletakkan diri kita satu level dengan anak itu, literally. Maka aku buat. Aku melutut di hadapannya, pegang kedua bahunya sambil mata pandang tepat ke matanya.

"Adam, sabar sekejap ya. Kejap lagi cikgu datang"

Sebaik Adam menangkap pandangan mata aku, dia langsung memeluk aku erat. Ehhh??
Semua jadi terkejut. Haha.
Aku apatah lagi. 
Adam meletakkan kepalanya ke bahu aku sambil aku menepuk2 belakangnya yang mulai tenang. Sekejap itu dia diam. 

Tapi sayang, Adam ditugaskan bawah jagaan sukarelawan yang lain. Waktu itu aku langsung menangkap anak yang lain bernama Haikal. Haikal tidak ada penjaga yang ditugaskan kerana namanya dimasukkan saat2 akhir. Kebetulan, anak yang diletakkan di bawah jagaan aku menarik diri maka aku bertanggungjawab untuk menjaga Haikal. Pertama kali memeluk Haikal dan meletakkan dia di ribaku dia memicit2 dan bermain dengan jari-jemariku satu2. Aku langsung jatuh hati. Hihi 

Haikal, menurut cikgunya tidak bersifat interaktif dan sangat sensitif dengan bunyi. Boleh dikatakan sepanjang lawatan tersebut Haikal menutup kedua telinganya sambil dia mengeluarkan bunyi sendiri. Humming, mumbling dengan bahasanya sendiri. Paling dia dilihat terseksa sewaktu menonton The Parrot Show. Bunyi burung kakak tua yang kuat itu merimaskannya. Pertunjukan tak sempat habis dia dah mula memalingkan badannya ke aku lalu memeluk erat sambil kakinya ditolak2 mengisyaratkan untuk kami pergi jauh dari situ. Begitu cara kanak2 autistik berinteraksi, mereka lebih menggunakan bahasa tubuh berbanding verbal.

Mujur Haikal kurang sikit hypernya berbanding kanak2 yang lain. Itupun, dia hampir mencelupkan mukanya ke kolam ikan. Persamaan kanak2 di sini dan Afnan-pantang jumpa air. Mujurnya juga, mereka ini mengikuti sesi terapi di akademi maka sedikit terlatih untuk mendengar arahan. Kami cuma perlu memanggil nama mereka dengan tegas dan memberi arahan dengan ringkas tetapi tegas. Jadi kebanyakan waktu yang Haikal terlepas lari dari tangan, aku cuma perlu memanggil namanya dengan agak kuat dan dia akan berhenti.

Ada dua momen yang Haikal benar2 respon dengan apa yang aku katakan. Pertama, waktu kami sedang melihat anak2 ayam, aku pegang bahunya menghadap aku sambil memandang tepat ke matanya. Aku tanyakan ini apa? Matanya melilau memandang tempat lain. Aku tegaskan suara memanggil namanya. Haikal pandang tepat ke mata aku lalu aku ulang soalan yang sama.

"Haikal, ini apa?"
"Ayam"

Perlahan dia menjawab. Wahh. Rasa macam dah jumpa 'key' untuk anak2 autism ini memberi respon kepada kita - eye contact!

Kali kedua bila mana aku meminta Haikal untuk membelai seekor arnab. Aku tunjukkan dahulu dan minta dia mengikutnya. Dia awalnya takut2 tapi sebaik saja tangannya menyentuh bulu arnab yang gebu itu bibirnya automatik tersenyum. Matanya membulat teruja. Dia jadi membelai arnab itu berkali2. Untuk Haikal yang langsung tidak pedulikan sekeliling momen itu sangat magik bagi aku. Oh, lupa, Haikal juga akan respon setiap kali aku meminta dia untuk high five atau give me ten! Itu favourite dia.

Masa tiga jam yang dihabiskan bersama mereka ini terasa pendek. Aku bukan perhatikan Haikal saja, aku turut memerhatikan anak2 yang lain. Ada yang takut rama2 (sama macam afnan), ada yang sangat hyper sampai hampir nak terjun kolam, ada yang siap cuba tolak kawannya masuk ke dalam kolam. Mujur tangan2 sukarelawan ni cekap2 belaka. Ada yang main rampas makanan kawannya sehingga hampir bergaduh. Ada juga yang clingy dengan kawannya. Tingkahnya sama seperti apa yang Afnan lakukan kepada aku - suka nak lentokkan kepala, picit2 muka, tarik tag nama (in my case dulu, rantai). Kata cikgunya, anak ini memang nak berkawan dengan yang seorang ni saja tapi macam tulah cara dia 'berkawan'. Dan ya, dia juga masih belum mampu bertutur.

Penat. Cukup penat. 
Tiba2 kagum dengan cikgu2 yang terpaksa menjaga tiga empat anak sekali dalam satu masa. Mungkin juga lebih. Kuatnya mereka.
Sama juga dengan mak ayah mereka. Sepanjang menyaksikan Pakki dan Cikda membesarkan Afnan aku jadi insaf betapa tingginya kesabaran yang diperlukan. Melayankan tantrum, melayankan meltdown yang tak tahu masa dan tak tahu punca sehingga ke saat ini kamu bayangkanlah ujiannya.

Semoga Allah terus memberi kekuatan.



Haikal doing what he's best at - ignoring me. pffttt



Alhamdulillah for the experiences. Moga ada kesempatan yang lain lagi. 

Tuesday, February 14, 2017

Tentang melepaskan


Bismillaah...







"Letting go is not easy
There's nothing quiet like swimming in the ocean
Just like how it's natural for your feet to find gravity
It's natural for you to let go
And find your true purpose in life again
The sea is the sea
And you are just you
I have to let go
But sometimes I find myself waking up at the beach again"

-Yuna-




1. Perasaan itu seakan seimbang. Serasa mahu melepaskan tetapi dalam masa yang sama aku masih punya banyak energi untuk terus berjuang. Bingung.

2. Pun begitu masih lagi bersyukur Allah izinkan ketenangan itu didapatkan dari juzuk2 quran dan sujud demi sujud.

3. Aku masih meminta dengan tamak kepada Yang Maha Kaya, berharap Dia memakbulkan SEMUA cita dan cinta.

4. Mimpi2 yang hadir setiap malam masih mimpi yang sama. Yang apabila kau jaga tetap mimpi adalah sifatnya. Kesal.

5. Masih lagi meminta dengan tamak.

Kisah aku

kawan satu payung=)

Siapa kena timpa hujan?=)