Monday, August 18, 2008

Bila kamu memanggil,aku akan berhenti..

Lututku sakit
Luka berdarah
Kerana tersadung tersalah langkah
Aku berhenti
Berehat di tepi
Memandang ke depan
Dengan hati yang sepi

Aku di sini
Aku sendiri
Memeluk tubuh
Yang makin rapuh
Menunggu kamu
Menghulurkan tangan
Bersama segaris senyuman
Yang menghangatkan
Memimpin aku
Menuju ke depan

Menunggu dan terus menunggu…

Akhirnya aku melangkah sendiri
Biar perlahan aku mahu ke depan
Namun sesekali aku menoleh
Mengharap bayang kamu
Hadir di belakang
Mendepangkan tangan
Bersedia menyambut aku
Jika aku terjatuh lagi

Aku berjalan dan terus berjalan
Biar gerakku pincang
Biar rentakku sumbang
Aku teruskan
Dan ada air hangat yang mengalir
Bersama peritnya luka
Ahh,aku perlukannya

Kerana aku tahu kamu memerhati
Dari kejauhan itu
Tanpa cuba mencapai aku
Maka aku terus melangkah
Biarpun luka semakin parah
Dengan satu JANJI tersemat di hati
BILA KAMU MEMANGGIL
AKU AKAN BERHENTI

-Yasashii manazashi ne anata ni...aitai

Saturday, August 16, 2008

'I am a modern people but with conservative minded'

Bismillaah..


120808

Event:Kuliah Prinsip Amalan Dan Pengurusan

Tempat:DKP 3

Masa:2.00-4.00 ptg


Dr Vivin Vincent tak pernah gagal menjadikan kuliahnya menarik.Tak pernah gagal membuat pelajarnya ketawa mendengar celotehnya.Walaupun pada awal kuliah hari itu dia melangkah masuk ke kelas dengan mood yang sedikit 'swing' dan beberapa kali mengulang formula ciptaannya-science student=D.U.M.B dengan suara yang tinggi dan menyakitkan hati, menyebabkan semangat belajar aku hampir-hampir terbang dan mood aku hilang.Menyebabkan aku duduk dalam posisi yang 'layu' dengan ekspresi 'malas' terpampang jelas di muka.Namun,itu tidak lama.Dalam masa kurang dari setengah jam Dr Vivin berjaya membuatkan aku duduk tegak kembali,memandang 'straight' ke mukanya kerana kuliah hari itu seperti minggu-minggu yang sebelumnya menarik seperti biasa.

SOCIAL RESPONSIBILITY AND MANAGERIAL ETHICS.Terlalu banyak yang dikupas oleh Dr Vivin untuk tajuk yang ini.Contoh-contoh yang diberikan terasa begitu dekat kerana hampir setiap hari terhidang di depan mata.Namun aku menulis di sini bukan berniat untuk mengulas panjang isi kuliah Dr Vivin.Cuma ada satu bahagian daripada kuliah hari itu yang benar-benar menarik perhatian aku.Satu bahagian.Menarik tapi menyedihkan.Menarik tapi menakutkan.

Waktu itu Dr Vivin sedang mengulas mengenai etika berpakaian dan seperti biasa bila tiba soal pakaian, pelajar perempuanlah yang selalu ter'kena'.Dr Vivin melahirkan rasa hairan dan peliknya melihatkan pelajar perempuan sekarang yang rata-ratanya lebih suka memakai a-six year-old-size-shirt.Spontan dengan itu Dr Vivin bertanya:

'Ok this is for girls only,now tell me who feels like wearing this kind of clothes,a-six-year-old cloth is totally wrong because it againts my belief,it againts my religion or whatsoever.Raise up your hand'

dan dia bertanya lagi:

'Who feels like it's ok for me.I don't have any problem with it,raise up your hand'


soalan terakhir:

'Who says that she don't know.Raise up your hand'

Malangnya aku duduk di barisan kedua paling hadapan jadi aku tak dapat melihat berapa ramai yang mengangkat tangan untuk setiap soalan.Tapi perempuan yang duduk di depan aku which obviously wearing 'that kind of shirt' didn't raise her hand for any of the questions.Sebabnya..??Entah..Mungkin dia cuma tak nak mengambil bahagian dalam 'survey' tersebut.Atau dia sendiri tak pasti dia berada di bahagian mana walaupun pakaiannya jelas menunjukkan dia positif untuk soalan nombor dua.Atau mungkin dalam hatinya dia berkata,'fikir sendirilah Dr Vivin.You clearly see the way i dress,you should've guessed which quest would i raise my hand'.Heh..andaian aku.Wallahualam.

Tapi apa yang membuatkan aku tersentak dan berasa malu bila ada pelajar muslim yang mengangkat tangan untuk soalan ketiga-I DON'T KNOW dan serentak dengan itu Dr Vivin menuding jarinya ke arah pelajar tersebut sambil mengeluarkan ayat yang bagi aku sangat sarcastic,sangat menyakitkan (walaupun mungkin dia tak berniat macam tu) dan seharusnya setiap muslim yang mendengar berasa malu.Terutamanya pelajar perempuan tersebut.

'You're a muslim but also you don't know ya?'

Frasa YOU'RE A MUSLIM itu yang sebenarnya membuatkan aku tersentak.Perempuan itu yang ditanya tetapi aku yang merasa terpukul.YOU'RE A MUSLIM..Untuk beberapa ketika ia berulang-ulang dalam kepala.YOU'RE A MUSLIM..

Yes,i am a muslim..

Soalan yang ditujukan Dr vivin kepada pelajar tersebut menunjukkan yang dia 'aware' the way that a muslim girl should dress.Kalau pun dia tak tahu detail 'dress code' seorang perempuan muslim tapi yang pastinya dia mungkin telah membuat jangkaan awal yang semua pelajar perempuan muslim dalam kuliah hari itu akan mengangkat tangan untuk soalan pertama.Tapi the result sangat memalukan.Tak semua mengangkat tangan untuk soalan pertama.Ramai yang terpinga-pinga atau melihat-lihat kawan di sebelah sebelum mengangkat tangan.Kenapa ya?Aku memandang situasi ini sebagai satu situasi yang menyedihkan dan menakutkan.Marah?Geram?Itu pasti.Rupa-rupanya ramai antara saudara-saudara aku yang masih lagi kabur,tak dapat melihat bagaimana sebenarnya imej yang harus dibawa oleh seorang perempuan muslim.Dan kekaburan itu berpunca dari siapa?Dari apa?Lu pikirlah sendiri..heh

Tapi pada fikiran aku kekaburan itu datangnya dari sikap individu itu sendiri.Sama ada sikap tidak mahu mengambil tahu, atau tahu tapi buat-buat tak tahu (ha,yang kedua ni aku hangin sikit!).Kalau aku diajukan soalan mengapa aku menutup aurat-bertudung menutup dada,berpakaian longgar,berstoking,ber'arm socks',jawapannya mudah kerana aku mahu cuba sedaya-upaya mengikut apa yang digariskan dalam al-quran walaupun jelas pada mata yang memandang bahawa aku belum cukup sempurna dalam menutup aurat,masih banyak lagi yang perlu diperbaiki tapi aku berusaha.Biarpun nampak rimas,panas,selekeh,tak up-to-date,tak stylo (pada mata sesetengah orang) aku akan terus mencuba.No kompromi!Kurang dari itu sebenarnya aku memikirkan bahawa aku satu-satunya 'puteri' dalam keluarga.Aku adalah maruah mama dan baba.Pesan mama dan baba supaya aku menjadi anak yang solehah yang sentiasa mendoakan mereka dan sentiasa menjaga maruah walau di mana aku berada sentiasa tersemat di hati.Itu tanggungjawab aku.Itu bakti aku kepada mereka sebagai seorang anak kerana sehingga aku berkahwin dosa aku akan turut ditanggung oleh baba.Aihh..aku tak sanggup mengheret baba ke pintu neraka!Nauzubillah!

Sebaik sahaja seorang perempuan melangkah keluar dari rumahnya,maka berduyun-
duyun syaitan datang mengiringinya,'menghiasnya' supaya cantik di mata lelaki
-halaqah 2007-

Aku cuba untuk tidak emosi di sini.Kalau nak diikutkan hati yang marah mungkin bahasanya menjadi kurang enak.Pelik bagaimana seorang muslim menjadi tidak tahu atau ragu-ragu tentang suatu perkara yang bagi aku cukup simple untuk difahami,paling basic dalam Islam-aurat seorang perempuan itu adalah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan.Mungkin mereka ada masalah sendiri.Mungkin juga kerana mereka tidak peka pada ayat ini:


Katakanlah kepada wanita yang beriman:"Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kehormatannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau hamba-hamba yang mereka miliki, atau orang gaji daripada lelaki tua yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang beriman supaya kamu berjaya.
(24:31)


Nah,siapa wanita beriman itu?Saya2!Kamu2!Kita2!Makanya ayat ini untuk kita wahai perempuan-perempuan yang beriman.Atau kamu mahu mengaku bahawa kamu tidak beriman?Berani,cubalah!Dan kamu akan tergolong dalam manusia yang paling rugi di hari akhirat kelak.

Kalau kamu yang membaca ini sempurna auratnya maka sampaikanlah pada mereka yang belum sempurna.Sebaliknya kalau kamu tergolong dalam golongan 'tak tahu' tak ada alasan lagi selepas ini.Ayat di atas sudah cukup jelas.Selamatkan diri kamu maka kamu akan selamatkan ayah kamu,saudara-saudara lelaki kamu dan juga suami kamu dan tidak mustahil, lelaki-lelaki ajnabi yang sering kamu selisih tiap-tiap hari.

'I am a modern people but with a conservative minded'-Dr Vivin, bila mengulas soal berpakaian seorang perempuan.Nak je aku akan tangan dan berkata,'Well dr,a lot of people here need your conservative minded,you don't have to say sorry,instead you should feel sorry'..ehe.Mungkin aku akan dilempang secara berjemaah jika aku suarakan statement di atas atau paling kurang mendapat tenungan maut dari puluhan pasang mata orang2 yang siapa-makan-cili-dialah-yang-terasa-pedasnya.uhu..

'Wear clothe that is protecting you,not that is exposing you'-Dr Vivin
haa..yang ni aku angguk dan senyum..=)


-aihh..frust dgn fesyen baju zaman sekarang-baju dah labuh lengan pulak pendek,lengan dah panjang baju pulak pendek,baju dah labuh lengan dah panjang,sendat la pulaakk..aish.

Monday, August 11, 2008

Hujan..

Bismillaah...

Hujan turun renyai-renyai.Mengingatkan aku pada orang-orang yang aku sayang.

'Ya Allah,permudahkanlah urusan adikku Anwarul Iman.Kurniakanlah dia kejayaan di dunia dan akhirat'

'Ya Allah selamatkanlah...Berikanlah dia petunjuk dan hidayah-Mu.Selamatkanlah orang-orang yang aku sayang.Selamatkanlah kami ya Allah'

ameen

Saturday, August 9, 2008

OK aku faham..

Bismillaah..


Ok..semalam aku pergi ke rumah Sam.Pergi ambil barang yang perlu dibawa untuk family day hari ni (pagi sampai petang tadi).Sambil tu niat nak ziarah mak sam.Lama tak jumpa sejak aku menumpang raya rumah sam tahun lepas.Jadinya bila dah sampai rumah sam biasalah kami dijamu2 (aku,amid dan semi).Dijamu dgn kuih 'jatuh bangun' (kata amid) ngan kuih apa tah lagi satu tu.tapi sedapla dua2 kuih ni.1st class!Tak caye tanya budak2 yang meeting family day malam tu.Kuih sam disapu bersih.huhu terutamanya kuih 'jatuh bangun'.hehe

Tak cukup dengan tu kami dijamu pulak dgn nasi.Perggh..bes gile.Dalam hati,alhamdulillah hari ni save budget makan malam.huhu dan part paling best bila mak sam kata aku dah gemuk sikit.yes!aku hepi.Aih,perkataan 'gemuk' boleh buat aku gembira.Bukan senang nak cari perempuan yang boleh senyum riang bila orang kata 'awak nampak gemuk sikitla'-aku dalam seribu.huhu

Sebelum maghrib,sebelum hari mula gelap kami balik.Rumah sam dekat je dengan UMS.20 minit perjalanan kot.Kami tunggu bas di tepi jalan besar.Sepanjang waktu menunggu tu boleh dikatakan kami asyik gelak je.Kelakar tengok gelagat pemandu-pemandu di Sabah yang peramah habis.Haha.Entah berapa kali kami kena 'pinn!' (bunyi hon),kena lambai,kena 'peace'.OK..Kami faham mereka memang peramah.Dan setiap kali, kami bagi senyuman yang paaaaaaaaaling manis.huhu Tapi yang paling tak tahan bila kami nampak ada satu bas ni macam nak berhenti ambil kami.Sam dah pesan jangan naik bas tu,mahal,tambang kena bayar singgit.Baik ambil 'van penumpang'(main taram je nama dia ne.huhu).Tambang 50 sen je.Jadi kami pun buat dekk jela.Tapi bila bas ni makin dekat dengan kami dia 'pinn2!'.Buat bingit jek.Aku buat dekk.Amid dah geleng2 tanda tak nak naik bas tu.Sam dengan semi tengok je dengan muka 'zero'.Rupa-rupanya kami kena 'dummy'.Bas tu bukan nak berhenti ambil kami tapi dia just nak lalu 'dekat' dengan kami.Bas tu dah penuh pun dengan budak-budak Politeknik yang semuanya berbaju biru.Kecoh sekejap tempat kami tunggu bas tu dengan bunyi hon bas dan siulan-siulan budak-budak lelaki tu.Walaupun untuk beberapa saat je kesannya kami gelak entah untuk berapa lama baru dapat berhenti.haha.Memang sengal.Masing-masing buat ekspresi-'apakah?'.hahaha Nasib baik kami memang dah decide tak nak naik bas tu kalau tak mesti malu habis.Ingatkan bas berhenti nak ambil penumpang,rupanya bas 'dummy' nak sapa penumpang.huhu.


Baiklah aku faham..orang sabah memang peramah.huhu

Thursday, August 7, 2008

Painkiller lagi...

Yakinlah pada Tuhan
Tidak semua yang dirancang menjadi kenyataan
Kerana itu fitrahnya
Atau tiba-tiba sahaja halangan mendatang
Kita harus percaya
Ini tidak bermakna berakhir segala-galanya
Dan akhirnya kita akan muncul di tangga teratas
Jadi biar apa pun yang kita lakukan
JANGAN MENGALAH
Kita mesti teruskan usaha
Biar bagaimanapun hidup kita beredar
Kerana apa yang menanti kita di hadapan sana
Tiada siapa yang tahu
Kita harus percaya
Bahawa yang baik itu pasti akan menang
Dan tak lama lagi
Ada sebab untuk kita bergembira
Jadi, biar apa pun yang kita lakukan
JANGAN MENGALAH!





-INI sajak kegemaran aku.Bila aku rasa sedikit 'down' aku akan baca sajak ni (maksud aku baca la.Baca dalam hati,bukan deklamasi tau.pehh,xdapat bayangkan sedih je bersajak.huhu) dan rasa 'down' tu akan surut sedikit.Sajak ni dipetik dari novel JULIA.Novel kegemaran aku juga.Novel untuk subjek KOMSAS tingkatan 5.

Pelik,tapi benar.Sajak ni sebenarnya diberikan pada aku oleh seseorang yang tinggalkan luka paling dalam di hati (eceh!).Macam dia tau suatu hari nanti yang dia akan lukakan hati aku makanya dia hadiahkan sajak ni terlebih dahulu supaya nanti sajak ini boleh kurangkan sedikit sakit yang dia bagi.Mungkin.Perancangan ALLAH.Kebetulan itu tak pernah wujud betul tak?Perancangan-perancangan ALLAH yang teliti dan misteri inilah bagi aku yang membuatkan hidup itu lebih menarik.Pernah aku terfikir kenapa hidup kalau akhirnya mati?Kenapa sayang kalau akhirnya hilang?Kenapa ketawa kalau akhirnya luka?Kenapa bertemu kalau akhirnya berpisah?Kenapa?

Kamu ada jawapan?

ALLAH ada jawapannya dan kalau kamu meminta DIA akan memberi dengan cara-Nya sama ada kamu sedar atau tidak.Ini mengikut pengalaman aku sendiri.Satu konsep yang aku pegang jika diuji aku redha,jika diuji aku sabar maka hikmahnya akan datang sendiri.Bagaimana untuk merasa tenang apabila diuji?Bersangka baik dengan ALLAH.Bukankah ujian itu tandanya ALLAH sayang.Aku sendiri yang meminta,'Ya ALLAH dekatkanlah diri aku pada-Mu' dan jika hanya dengan ujian aku lebih dekat pada-Nya maka aku terima.Dan aku punya banyak perkara untuk aku berasa bersyukur.Kerana walau seberat mana pun ujian aku masih mampu mengenyangkan perut yang lapar,masih mampu ketawa,masih sihat,masih bernafas,masih mampu menuntut ilmu,masih mampu bersolat dengan aman berbanding dengan ujian-ujian yang dibentangkan oleh ALLAH untuk mereka di luar sana dan kalaupun ditakdirkan ujian untuk aku adalah yang paling berat antara segala ujian maka aku tetap harus bersyukur untuk iman yang masih ada.Biarpun senipis kulit bawang.Kerana jika iman itu ditarik aku tak punya apa-apa.Kisahnya sahabat-sahabat nabi yang terdahulu yang menjadi kekuatan kepada mereka untuk melawan musuh adalah iman mereka yang kental kan?Tentu kamu masih ingat kisah bilal bin rabah r.a yang dipakaikan baju besi dan dijemur di tengah panas,ditindih dengan batu.Waktu itu apalah yang dia ada.Fizikalnya terlalu lemah dan di kelilingnya tak ada siapa yang membantu.Dia hanya menyebut 'ahad..ahad'.SUBHANALLAH..Itulah iman.Imannya yang berikan dia kekuatan.Imannya merupakan sumber energi untuk dia terus bertahan.Bayangkanlah hidup tanpa iman,hidup tanpa ada kepercayaan pada ALLAH,masyaALLAH xtergambar!Dan kalau aku punya banyak masa untuk mengeluh,'aduh,panasnya arini' 'alamak,hujan la pulak','aaaa banyaknya keje!!!' seharusnya aku luangkan lebih banyak masa lagi untuk aku bersyukur kerana terlalu,teramat,tersangat banyak perkara yang perlu aku bersyukur sebelum aku mengatakan,'betapa malangnya nasib aku hari ini'.



-Dan kalau dalam aku diuji aku masih dapat solat dengan aman,tenteram,khusyuk maka aku berkata,'tak apa ya ALLAH aku masih selamat'=)














Sunday, August 3, 2008

Aku 'copy' je yang ini.

PENGENALAN

Rejab 1429 telah pun melabuhkan tirai. Sya'ban kini dan Ramadhan menanti. Semakin terasa dekatnya diri ini untuk bertemu dengan bulan mulia lagi penuh rahmat itu. Namun seringkali dilupai bahawa di penghujung bulan Rejab berlaku suatu peristiwa yang besar dan penuh bermakna bagi seluruh umat Islam khususnya. Peristiwa yang dimaksudkan ini ialah peristiwa Israk Mikraj yang berlaku pada malam 27 Rejab tahun ke-11 daripada kerasulan Nabi Muhammad S.A.W menurut jumhur ulama.Terdapatnya sedikit khilaf dalam menentukan tarikh dan waktu sebenar berlakunya peristiwa Israk Mikraj ini sebenarnya. Namun itu bukanlah suatu perkara yang perlu dipanjangkan pedebatannya. Apa yang terlebih penting adalah peristiwa ini benar-benar berlaku kepada Rasulullah S.A.W. kerana ia ada dinyatakan oleh al-Quran al-Karim dan diceritakan sendiri oleh Rasulullah S.A.W. dalam hadisnya yang telah diriwayatkan oleh para ulama secara sahih lagi mutawatir sehingga tidak boleh dipertikaikan lagi.Matlamat penting daripada peristiwa Israk Mikraj ini adalah pengajaran yang besar apabila Rasulullah S.A.W. dijemput oleh Allah SWT menjadi tetamuNya pada malam yang sangat bersejarah itu. Para ulama telah mencapai kata sepakat bahawa sesiapa yang meragui atau langsung tidak mempercayai peristiwa Israk Mikraj ini maka hukumnya adalah kafir.Sungguhpun peristiwa luar biasa Israk Mikraj yang terjadi itu nampak mustahil dapat dijangkau oleh alam pemikiran manusia namun selaku umat Islam maka wajib percaya dan yakin bahawa Israk Mikraj yang ditempuhi serta dialami oleh Nabi Muhammad S.A.W. adalah benar dan berlaku dengan roh dan jasadnya sekali. Imam Nawawi menyatakan bahawa perkara sebenar yang telah disepakati para ulama dan begitu juga para sahabat bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah diIsrak dan dimikrajkan oleh Allah Taala dengan roh dan jasadnya sekali.Israk dan Mikraj adalah dua peristiwa yang amat besar dan luar biasa yang dialami oleh Nabi Muhammad S.A.W. dan dianggap sebagai satu penganugerahan yang tinggi nilainya dari segi kerohanian. Kedua-dua peristiwa itu adalah kurnia Allah Taala kepada baginda untuk memperlihatkan tanda-tanda keagungan dan kekuasaanNya. Segala-galanya boleh berlaku dengan kehendak dan kekuasaan Allah Taala selaku Pencipta dan Pentadbir alam semesta.

PENGERTIAN ISRAK DAN MIKRAJ

Israk bererti perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. dari Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Bait al-Maqdis Palestin. Peristiwa ini ada terakam di dalam Al-Quran.

Firman Allah Taala bermaksud:Maha Suci Allah yang telah menperjalankan hambaNya (Muhammad) pada suatu malam dari Masjid al-Haram (di Mekah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin) yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
(Surah al-Israa: ayat 1)

Sementara itu Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. dari Masjid al-Aqsa ke Sidrat al-Muntaha di langit ketujuh dekat singgahsana Allah Taala sepertimana yang digambarkan oleh Al-Quran.

Firman Allah Taala bermaksud:Dan sesungguhnya (Muhammad) telah melihat (Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) pada waktu yang lain. (iaitu) Sidrat al-Muntaha. Di dekatnya terletak syurga tempat tinggal (Jannat al-Makwa). (Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) ketika Sidrat al-Muntaha itu diliputi oleh sesuatu yang meliputinya. Penglihatannya (Muhammad) tidak berpaling daripada yang disaksikannya itu dan tidak (pula) melampauinya. Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) TuhanNya yang paling besar.
(Surah an-Najm: ayat 13-18)

Dapatlah disimpulkan di sini bahawa peristiwa Israk Mikraj adalah sebagai satu perjalanan kilat Nabi Muhammad S.A.W. pada malam hari di atas kehendak dan keizinan Allah Taala dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa dan kemudian naik ke langit sampai ke Sidrat al-Muntaha bahkan menembusi tujuh lapis langit lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.

SEBAB KEPADA ISRAK MIKRAJ

Bulan Rejab iaitu tahun ke-11 dari kerasulan Nabi Muhammad S.A.W. disifatkan oleh ahli sejarah sebagai tahun dukacita bagi baginda berikutan dengan dua musibah yang menimpa baginda secara berturut-turut. Iaitu kehilangan dua insan yang baginda sayangi berikutan kewafatan Khadijah (isteri baginda) dan kemudian disusuli pula dengan pemergian Abu Talib (bapa saudara baginda).Musibah yang menimpa itu mempunyai pengaruh besar terhadap diri Nabi Muhammad S.A.W. Baginda merasakan ruang untuk pergerakan dakwah di Makkah semakin sempit dan keselamatan diri turut terancam. Keadaan ini mendorong baginda untuk berpindah ke Thaif dengan harapan agar penduduknya menerima seruan dan bersedia membantu perjuangannya. Namun segala harapan baginda hancur kerana penduduk Thaif bukan saja tidak mahu memberi perlindungan kepada baginda malah baginda dicaci dan dihina dan pelbagai lagi.Nabi Muhammad S.A.W. kembali semula ke Makkah dengan perasaan hampa dan dukacita. Lalu Allah Taala menganugerahkan Israk Mikraj yang antara lain bertujuan untuk menghibur dan memantapkan iman Nabi Muhammad S.A.W. Sebab kepada Israk Mikraj ini adalah antara sebab musabab berlakunya peristiwa ini namun semuanya di atas kehendak dan ketetapan dari Allah Taala.

PERJALANAN ISRAK DAN MIKRAJ

Telah disebut pada suatu ketika Nabi Muhammad S.A.W. sedang duduk di tepi Kaabah lalu datanglah malaikat Jibril A.S. dengan seekor Buraq untuk membawa Nabi Muhammad S.A.W. dalam peristiwa Israk Mikraj ini. Dari segi bahasa Buraq bererti kilat cahaya. Ia sejenis makhluk menyerupai haiwan. Saiznya besar sedikit dari khimar dan kecil sedikit dari baghal. Buraq dijadikan oleh Allah Taala dari cahaya. Ia boleh melangkah sejauh mata memandang.Setelah itu berangkatlah Nabi Muhammad S.A.W. dengan ditemani oleh malaikat Jibril A.S. menuju ke Bait al-Maqdis dan baginda solat dua rakaat di situ dan menjadi imam kepada para nabi lain. Setelah selesai solat maka Nabi Muhammad S.A.W. telah dihidangkan dua bejana yang mengandungi dua jenis minuman iaitu satu bejana mengandungi susu dan satu bejana lagi mengandungi arak. Setelah itu Nabi Muhammad S.A.W. mengambil bejana yang mengandungi susu dan tindakan baginda memilih bejana mengandungi susu mendapat sanjungan dari Jibril A.S. kerana menepati fitrah manusia. Kemudian baginda dan Jibril A.S. meneruskan Mikraj ke langit pertama hingga ke tujuh.

KEJADIAN SEPANJANG ISRAK MIKRAJ

Di sini Allah Taala memperlihatkan pelbagai gambaran kejadian aneh dan pelik sebagai balasan dari Allah Taala kepada hamba-hambaNya mengikut apa sahaja perbuatan yang telah dilakukan. Di antara yang kejadian yang diperlihatkan kepada baginda sepanjang Israk dan Mikraj adalah:

Baginda melihat orang yang bercucuk tanam mengeluarkan hasil yang banyak dan cepat. Inilah gambaran orang yang membelanjakan harta di jalan Allah Taala.

Baginda mencium bau yang amat wangi dari kubur Masyitah. Ceritanya: Sedang Masyitah menyikat rambut anak Firaun maka sikat yang digunakan itu terjatuh lalu Masyitah menyebut: Dengan nama Allah. Bertanyalah anak Firaun kepada Masitah tentang tuhan selain bapanya. Masyitah menjawab: Tuhanku dan tuhan bapa kamu adalah Allah. Anak Firaun memberitahu bapanya akan hal ini lalu Masyitah diugut oleh Firaun supaya kembali ke agama asalnya. Masyitah enggan dan tetap dengan pendiriannya. Lalu Firaun mencampakkan seorang demi seorang anaknya ke dalam air yang mendidih sehingga tiba giliran anak terakhirnya yang sedang disusui olehnya. Masyitah merasa sangat bimbang dan kesian akan anak kecilnya itu lalu Masyitah cuba melengah-lengahkan masa. Dengan kuasa Allah Taala maka bayi tersebut dapat berkata-kata lalu menyebut: Wahai ibuku! Sesungguhnya azab akhirat itu jauh lebih pedih dari azab dunia maka usahlah ibu menjauh-jauhkan diri kerana ibu di pihak yang benar. Lalu Masyitah melepaskan bayinya dan Firaun dengan segera mencampakkan bayi itu ke dalam didihan air. Masyitah berkata: Aku mempunyai permintaan iaitu supaya engkau (Firaun) mengumpulkan semua tulang dan menanamnya. Firaun berkata: Aku akan melakukannya. Lantas Firaun pun mencampakkan Masyitah ke dalam air didihan itu.

Baginda melihat sekumpulan manusia berpakaian compang-camping sambil memakan sampah-sarap serta rumput. Itulah gambaran golongan manusia yang enggan mengeluarkan zakat dan tidak bersedekah kerana sayangkan harta yang dimiliki.

Baginda melihat sekumpulan manusia yang mempunyai perut yang besar sehingga tidak terdaya lagi untuk bangun dan berdiri. Inilah gambaran manusia yang memakan hasil daripada perbuatan riba.

Baginda melihat sekumpulan manusia yang asyik memakan daging mentah dan busuk sedangkan di sisi mereka juga terdapat daging yang telah dimasak dan berkeadaan baik. Inilah gambaran manusia yang telah melakukan zina dalam hidup mereka sedangkan mereka sudah pun mempunyai isteri yang telah dikahwini secara sah.

Baginda turut melihat sekumpulan manusia yang sedang memecahkan kepalanya sendiri. Inilah gambaran manusia yang terlalu sibuk dengan hal-hal keduniaan sehingga lalai menunaikan kewajipan bersolat.

Baginda melihat sekumpulan manusia yang memotong lidahnya sendiri secara berterusan. Inilah gambaran manusia yang dalam hidup mereka suka menabur fitnah dan berbohong apabila berkata-kata.

Baginda melihat wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup membantu. Inilah gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya.

Baginda melihat wanita tergantung pada rambutnya serta otaknya menggelegak dalam periuk. Inilah gambaran balasan wanita yang tidak menutup auratnya.

Baginda melihat wanita berkepala seperti babi dan badannya seperti kaldai dan menerima berbagai-bagai balasan. Inilah gambaran wanita yang suka membuat fitnah dan bermusuh dengan jiran dan membuat dusta.

DIFARDHUKAN SOLAT LIMA WAKTU

Daripada pelbagai kejadian yang disaksikan sendiri oleh Rasulullah S.A.W. ini ada suatu hal yang amat besar dan penting yang melibatkan proses peribadatan umatnya iaitu perintah Allah Taala agar melakukan ibadat solat fardu.Sewaktu tiba di Sidrat al-Muntaha maka Rasulullah S.A.W. telah menerima perintah Allah Taala iaitu perintah melakukan ibadat solat untuk seluruh umatnya sebanyak 50 waktu sehari semalam. Sebaik sahaja menerima perintah tersebut tanpa banyak bicara baginda dan Jibril A.S. bersiap sedia untuk turun ke bumi.Pada masa inilah baginda bertemu dengan Nabi Musa A.S. yang bertanyakan hal itu kepada baginda. Setelah mendengar penjelasan Nabi Muhammad S.A.W. maka Nabi Musa A.S. berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu dan mintalah sedikit keringanan kerana bilangan tersebut tidak akan terdaya dilakukan oleh umatmu.Nabi Muhammad S.A.W. dan Jibril kembali mengadap Allah Taala. Jumlah bilangan waktu solat telah dikurangkan kepada 40 waktu. Apabila berjumpa Nabi Musa A.S. kemudiannya maka Nabi Musa A.S. meminta baginda kembali menemui Tuhan untuk meminta dikurangkan lagi jumlah tersebut. Setelah beberapa kali Nabi Muhammad S.A.W. berulang alik menemui Allah Taala dan pada akhirnya Allah Taala telah mengurangkan bilangan solat fardu tersebut menjadi 5 waktu sahaja.Apabila kembali semula maka Nabi Musa A.S. masih merasakan umat Nabi Muhammad S.A.W. masih tidak terdaya untuk melakukannya dengan bilangan 5 itu. Nabi Muhammad S.A.W. menyatakan bahawa beliau tidak akan mengadap Allah Taala lagi untuk memintaNya mengurangkan bilangan solat itu kerana baginda merasa malu untuk berdepan dengan Allah Taala.

PERTIKAIAN KAFIR QURAISY

Tiada alasan untuk menolak hakikat peristiwa Israk Mikraj yang dilalui oleh Nabi Muhammad S.A.W. dengan roh dan jasadnya sekali kerana baginda telah diIsrak dan diMikrajkan oleh Allah Taala. Sekalipun peristiwa Israk Mikraj itu adalah perkara luar biasa di sisi akal manusia tetapi bagi Allah Taala Yang Maha Berkuasa maka Dia boleh melakukan apa jua perkara yang dianggap pelik menjadi perkara biasa dan tiada yang mustahil bagiNya.Kalaulah peristiwa Israk Mikraj itu sekadar mimpi Nabi Muhammad S.A.W pergi ke Bait al-Maqdis dan juga mimpi naik ke langit tujuh maka kaum musyrikin Makkah tidak akan marah dan mempersenda baginda kerana mimpi adalah perkara biasa bagi semua orang. Bilamana kafir Quraisy menentang habis-habisan dan berusaha mati-matian menyangkal peristiwa Israk Mikraj yang berlaku dengan roh dan juga jasad Nabi Muhammad S.A.W. ini bererti dengan sendirinya mereka mengakui bahawa baginda telah diIsrak dan diMikrajkan dengan roh dan jasadnya sekali. Ini kerana mimpi bukanlah suatu yang luar biasa dan tidak menyebabkan orang bersengketa mempertikaikan jika ada orang yang mendakwa sedemikian rupa.Sekiranya Nabi Muhammad S.A.W itu sekadar mimpi naik ke langit sahaja maka tidak ada mustahaknya orang-orang kafir Quraisy mencabar baginda untuk membuktikan kebenaran ceritanya dengan menanyakan baginda berkenaan rupabentuk Masjid al-Aqsa serta jumlah pintu dan tiangnya dan juga perkara-perkara yang berkaitan dengan masjid tersebut.Pertanyaan kafir Quraisy mengenai keadaan rupabentuk Masjid al-Aqsa dengan tujuan untuk memerangkap Nabi Muhammad S.A.W. kerana mereka yakin seratus peratus bahawa baginda tidak pernah menjejakkan kaki ke Bait al-Maqdis. Sebaliknya apabila semua pertanyaan telah dijawab dengan betul maka mereka menjadi panik dan bingung. Mereka tahu bahawa Nabi Muhammad S.A.W. sebelum peristiwa ini sememangnya tidak pernah pergi ke Bait al-Maqdis tetapi mereka hairan bagaimana baginda boleh menjawab semua pertanyaan berhubung Masjid al-Aqsa itu dengan tepat. Mereka telah hilang punca dan mereka terpaksa membuat tuduhan bahawa Nabi Muhammad S.A.W. adalah seorang ahli sihir.Sememangnya tiada dalam ingatan Nabi Muhamamd S.A.W. tentang rupabentuk Masjid al-Aqsa kerana baginda sekadar dibawa singgah sebentar oleh Jibril A.S. untuk menunaikan solat dua rakaat. Bagaimanapun Allah Taala tidak akan membiarkan RasulNya terperangkap dalam percaturan jahat puak musyrikin Makkah yang cuba hendak memalukan baginda. Allah Taala datangkan Masjid al-Aqsa ke hadapan Nabi Muhammad S.A.W. Justeru itu Nabi Muhammad S.A.W. dapat melihat Masjid al-Aqsa dengan jelas sehingga mudah untuk baginda menjawab semua pertanyaan puak musyrikin.Orang yang beriman akan terus beriman dan makin bertambah kukuhlah iman mereka. Manakala orang yang tidak beriman akan terus kufur bersama kekufuran mereka. Semuanya telah dibentangkan di depan mata.

PENUTUP

Dari segala apa yang telah saya nyatakan ini maka sudah tentulah pelbagai pengajaran dapat diambil dari peristiwa Israk Mikraj ini. Ia bukanlah hanya sekadar cerita untuk didengar dan dibaca semata-mata namun jauh dari itu ia dapat dijadikan pedoman hidup selama kita di dunia ini. Semoga kita semua mendapat manfaat dari tulisan ini. InsyaAllah.‘Memberi dan Berbakti’Wallahualam.



*buluh adalah nickname bagi salah seorang moderator agama iLuvislam. Nama sebenar penulis adalah Muhammad Rashidi Abdul Wahab. Artikel dipetik dan disunting dari blog beliau, http://buluh.iluvislam.com

Update untuk mama dan baba

Bismillaah..

Assalamualaikum mama dan baba..
Ni ana nak cerita perkembangan terbaru pasal diri ana sejak mula sem 3 ni.Biar ana mula dengan cerita kolej kediaman ana yang terbaru ni.Kolej kediaman E.kolej paling hujung dalam UMS.Tapi merupakan kolej yang paling cantik jugak.Hehe.Ana memang suka duduk sini.Meriah.Kafe dia sangat besar dan banyak pilihan makanan.Pegawai-pegawai HEP dia pun baik-baik.Murah dengan senyuman dan peramah.Antara faktor lain ana suka kolej ni sebab ramai kawan-kawan satu kos dengan ana duduk sini jugak.Dan diorang semua baik-baik.Ana ingat lagi muka-muka 'excited' diorang bila diorang dapat tahu ana masuk kolej E untuk sem ni.Dan diorang banyak tolong ana waktu nak memohon masuk sini dan masa ana nak pindah masuk sini diorang ada tawar diri nak tolong angkat barang tapi ana tolak dengan baik sebab yang tu ana dah mintak tolong kawan yang lain.Kawan dari kolej yang lama.Aah,diorang pun baik jugak.Ana ingat lagi masa 1st week ana duduk kolej ni dua hari ana sakit perut-senak dan ceri-beri lepas makan nasi goreng pataya dari salah satu kafe kat sini.Sakitnya sampai nak bangun pun xlarat.Nak cakap pun tak mampu.Sudahnya ana sms kawan ana yang duduk satu blok dengan ana,tanya dia kalau dia ada ubat.Dia kata ada, tapiwaktu tu dia ada kerja kat SST dan mintak ana amik sendiri je.Tapi ana masa tu betul-betul tak larat nak buat apa-apa.Apa lagi nak gerak ke bilik dia kat tingkat atas.Jadi ana pasrah je baring atas katil,tidur.Tak lama lepas tu dapat mesej dari dia tanya ana da ok belum.Ana jawab tak ok lagi,sakit sangat.Bila ana balas mesej dia macam tu, dia terus turun bilik ana bawak ubat.Lepas je ana makan ubat tu lega terus sakit ana.Alhamdulillah.Dan lepas tu boleh je sembang baik punya dengan dia.Siap gelak-gelak lagi.Hehe. Ish,pendek kata kawan-kawan ana memang baik-baik la.Jadi mama dengan baba jangan risau ye =)
Ana suka jugak bilik ana.Meja ana tepi tingkap dan tingkap tu menghadap bukit (kalau boleh dipanggil bukit) jadi ada banyak pokok-pokok hijau.Segar je.Pagi-pagi lepas bangun tidur dan solat subuh ana bukak tingkap tengok pokok-pokok.Udaranya fresh!huhu Ana suka jugak blok ana ni.Sebab ramai kawan-kawan satu kos dengan ana duduk sini jugak.Kawan-kawan ana kat sini pandai-pandai.Jadi kalau ada apa-apa yang ana tak faham senangla ana nak tanya diorang.Kan?huhu
Em tapi kan mama baba,ana selalu kena tinggal sorang-sorang dalam bilik.Bilik ana ni bilik untuk empat orang.Dua orang roommate ana ni senior.Diorang selalu busy.Balik tukar baju je.Yang sorang lagi junior ana tapi dia pun tua setahun dari ana.Dia pun tak selau dalam bilik.Selalunya dia duduk dekat rumah dia.Rumah dia dekat je.45 minit dari sini.Lagipun dia baru je kahwin.Jadi kena la selalu balik teman suami dia.Emm mudanya kahwin kan.Dia cerita suami dia tu sebenarnya dah 18 tahun memendam perasaan kat dia.Dari sekolah rendah lagi.Ternganga ana dengar cerita dia.Ada ke lagi lelaki macam tu.Setia nak mati.Abang Din kata,'ala dia anti sosial tu.Tak sembang dengan perempuan' bila ana cerita kat dia dalam ym.Tapi hati manusia lain-lain kan.Mana kita tau.Tapi ana kagum habis la.Mama dengan baba doa la ana jumpa lelaki yang baik ye (eceh!=p).Hehe..Disebabkan selalu kena tinggal ana tak rapat sangat dengan roommate ana.Nombor telefon diorang pun ana tak tau.Lupa je nak mintak.Dan ada rasa tak best jugak.Mula-mula ana fikir-fikir jugak kenapa ana rasa tak best.Bestla kan duduk bilik yang besar sorang-sorang.Bebas.Lama lepas tu baru ana dapat figured out why.Sebabnya bila balik dari kuliah tak ada siapa yang nak dengar cerita ana apa yang jadi kat kuliah hari tu.Tak ada siapa nak gelak dengar cerita-cerita ana dengan coursemate ana.Macam kat bilik lama dulu.Macam satu hari tu ana kena kutuk dalam lab sebab kantoi tak basuh labcoat dari sem satu.Kawan-kawan ana yang lelaki pun basuh.Siap iron lagi.Tajam je lengan dia lepas kena iron sampai cuit sikit pun boleh luka.isk,melampau.huhu.Diorang semua gelakkan ana,usik ana sepanjang lab tu.Apa taknya labcoat ana la nampak paling kelabu dan ada warna-warni kesan gram staining sem lepas.Pai yang duduk sebelah ana bagi ceramah free dengan pelat-pelat bahasa dia tu nak jugak dia ceramah ana panjang-panjang.Solehan conteng-conteng ana punya manual tulis dengan huruf besar 'CUCI BAJU'.Cett..Naim dengan Ridwan bising-bising tanya kuat-kuat 'Kenapa,ana ko tak cuci labcoat ke?Eii..'.Kuang assam boi tol!Wat ana malu jadi perempuan je hari tu.huhu.Jadi weekend ni ana tekad basuh labcoat tu.Ana clorox,basuh dan rendam dengan softlan.huhu Tak sabar nak tunggu lab tengok labcoat siapa lagi berseri.hehe ana siap nak buat announcement dalam friendster lagi.Tengoklaa.huhu.
Kolej ana yang baru ni lain sikit dari kolej yang lain.Pagi-pagi nak naik bas kena beratur panjang-panjang.Panjang sangat sampai beratus-ratus meter.Bayangkan la dari bus stop sampai depan blok ana,malah lebih lagi.Perghh..panjang tak hingat.Yela student ramai kan kelas pagi.Beratus-ratus.Tapi tak apa la bas banyak.Cuma kalau malas nak tunggu ana dengan member-member satu kos jalan kaki je la.Naik bas kat kolej sebelah.Lagi jimat masa.Badan pun makin fit kot.Hari-hari exercise.huhu Kolej ni je yang beratur panjang-panjang camtu bila nak naik bas sebab kolej ni markas PALAPES jadi disiplin sangat ditekankan.Boring gakk..huhu

Mama baba sampai sini je dulu ye.Dah panjang sangat ana tulis nanti boring pulak mama dengan baba nak baca.Nanti next entri ana cerita pasal subjek-subjek ana pulak.Ok?Ok?

Mama baba...ana rindu..='(

Saturday, August 2, 2008

Empangan yang pecah

post ni terpaksa aku delete sebab isinya boleh mendatangkan salah faham...ni berdasarkan komen kawan aku.

Kisah aku

kawan satu payung=)

Siapa kena timpa hujan?=)