Thursday, January 21, 2010

Biasalah tu...huh?

Bismillaah



Hari ni aku solat cukup lima waktu

Hari ni aku keluar masih lagi dengan tudung menutup kepala

Hari ni satu lagi muka surat al quran dapat aku habiskan

Hari ni aku masih lagi ISLAM


Tapi esok belum tentu solat itu cukup limanya

Esok boleh saja tudung itu terbang entah ke mana

Esok tak mustahil al quran itu cuma dipandang sebelah mata

Dan esok (nauzubillah) boleh2 saja ISLAM itu tertanggal terus selamanya


Allah punya kerja,siapa tahu?



Tadinya aku disentap dengan pemikiran sendiri-bahawa hilangnya roh dalam ibadah kita sehari2 mungkin kerana kita menganggap ibadah2 tersebut suatu rutin,suatu kebiasaan bukannya suatu nikmat yang harus disyukuri setiap saat.Oleh kerana gagalnya kita untuk bersyukur,maka kita merasa cukup dengan sekadar menunaikan solat itu dengan niat,mencukupkan rukun dan mencukupkan bilangan sehari2.


Oleh kerana kita gagal bersyukur maka kita merasakan cukuplah kita sekadar bertudung,menutup kepala tanpa peduli aurat pada anggota tubuh yang lain.

Oleh kerana kita gagal bersyukur maka kita merasakan cukuplah kita membaca al quran sekadarnya,memilih surah2 tertentu untuk dibaca.Jauh sekali mahu bertadabbur,menggali isi makna ayat2 cinta dari Allah.

Dan oleh kerana kita gagal bersyukur maka kita merasakan cukuplah ISLAM itu dalam kad pengenalan semata2 tanpa mahu membawa ia sebagai cara hidup kita yang mutlak.

Soal mengapa kita gagal merasa syukur,itulah,seperti yang aku katakan tadi kerana kita menganggap setiap yang ibadah yang kita lakukan ini sebagai kebiasaan,sebagai rutin semata2.


Biasalah aku solat cukup lima.

Biasalah aku keluar pakai tudung.

Biasalah aku mengaji hari2 lepas maghrib.

Dan biasalah tu kalau aku masih ISLAM hari ni.

Apahal tiba2 aku nak murtad pulak?

Gilo apo?



Eh2…

Beb,luar biasa sebenarnya bila kita mampu solat cukup lima kerana raaaaaaaaamai umat Islam di luar sana yang bilangan solatnya cuma dua,cuma tiga,cuma satu malah ada juga yang sifar!Adalah luar biasa sebenarnya bila kita mampu cukupkan rukun solat sedang ada saudara kita rukun solat yang pertama pun tak setel lagi kerana tidak ada ilmu (hah,rukun solat yang pertama apa?haa).

Dan betapa ramai yang tidak berilmu ini,tidak tahu solat ini teringin sangat2 untuk bersolat,mengecap nikmatnya solat tapi kita yang ada kemampuan solat sesempurnanya kerana cukup ilmunya gagal merasai nikmat tersebut,gagal mendapat manfaat solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.Alangkah ruginya!Ohh~

Maka poinnya di sini,tidak ada yang biasanya tentang solat.Solat itu luar biasa kerana hanya segelintir manusia sahaja yang Allah pilih untuk menghadap Dia pada waktu2 yang telah ditetapkan lima itu.Kalau kita mampu merasakan bertuahnya kita kerana terpilih diberi kemampuan untuk bersolat dalam sibuknya kita melayan urusan dunia,melayan kerenah hawa maka aku yakin saat kita mengangkat takbir itu akan menjadi saat paling menusuk jiwa.Sujud kita itu akan menjadi suatu ketenangan,akan menjadi suatu moment yang kita merasakan sangat dekat pada Tuhan.

Begitu jugak halnya dengan tudung di kepala.Kalau kita pandang sekeliling,tidak ramai saudara2 perempuan kita yang ada kemampuan untuk menyorokkan rambut ikalnya.Tak perlu pusing 360 darjah mencari,cukuplah berhenti di sudut 45 maka kita akan melihat model2 sunsilk,rejoice dan head and shoulder live di depan mata.Suatu hal yang menginsafkan bila aku tau salah seorang dari model2 tanpa niat ini tahu yang dia salah,maklum kewajipan bertudung tapi tak ada kemampuan.Tak ada kekuatan.Persekitaran tak membantu dan sebagainya lalu dia menjerit2 dalam hati melalui hari2 dengan rasa berdosa dan penyesalan.Belum lagi kisah orang yang tak bertudung disalah anggap sebagai non muslim.

Tapi kita yang dengan mudahnya bertudung,berlilit2 di kepala gagal menghargai nikmatnya tudung.Gagal menghargai identiti muslimah yang kita bawa.Kita masih lagi berpakaian ketat,berlengan pendek,berjeans sendat.Belum lagi masuk soal pergaulan yang makin kita lupa batas2nya.

Aku tuding lima2 jari pada aku muslimah2 sekalian.

Dan untuk ISLAM sendiri mungkin kerana kita gagal melihat betapa kosongnya hidup2 manusia yang tidak diberi hidayah dan betapa peritnya hidup orang yang masih tercari2 makna kehidupan makanya kita gagal bersyukur.Disebabkan kita gagal bersyukur maka kita rasa cukuplah aku masih ISLAM masih mengaku yang Allah itu Tuhan.Tak sembah berhala dan sebagainya.Dan mungkin disebabkan kurangnya bersyukur kita dengan akidah yang kita ada maka amat payah untuk kita menyebar2kan kebaikan.Untuk meletakkan sepotong hadis atau ayat al quran atau seruan2 yang mengingati Tuhan pada status Facebook sekalipun terasa berat.Dek kerana kita gagal merasa nikmatnya ISLAM yang kita dapat tanpa apa2 bayaran ini,mengakibatkan kita gagal untuk berkongsi nikmat tersebut bersama orang lain.


Gagal memiliki masakan mampu memberi?Tak gitu?

hmm...


Mungkin hari ni kita boleh mula bersyukur dengan menganggap nikmat2 yang ‘biasa’ itu sebagai sesuatu yang luar biasa.Mula merasakan kita2 ini sebagai manusia terpilih kerana tak semua manusia itu mendapat hidayahNya.Takut2 kalau kita gagal bersyukur hari ni esok lusa Allah akan tarik segala nikmat 'biasa' yang kita ada.


Makanya akhir kalam,

Selamat bersyukur semua orang! =)


p/s: ok, 'task' untuk pembaca2 yang baik hati.Bagi aku satu dalil syukur.Dok belek2 dari tadi tak jumpa2 gak.Aku lupa ayat yang mana.Kalau tahu tolong khabarkan.Terima kasih!


Thursday, January 14, 2010

Dan yang paling setia



Bismillaah...


Kalau ada satu nama yang bertanggungjawab atas rasa cinta aku kepada ibu tunggal maka aku tanpa ragu akan meletakkan nama mama.

Mama tentu2nya bukan ibu tunggal,tetapi melihatkan mama yang begitu cekap,bertungkus lumus menguruskan kami2 sekalian pada waktu ketiadaan baba 2 minggu di laut aku sikit2 boleh bayangkan jerih perih mama2 tunggal waktu ketiadaan ‘baba’ err…untuk selamanya.Lagi2 bila tiba waktu2 kecemasan yang kebetulan baba tak ada, macam waktu abg din eksiden,adam masuk hospital serta waktu mirul,aufa dan adam terlantar bertiga sekaligus selepas bersunat (hehe) atau jugak waktu arep demam meracau2,semput dan sebagainya.

Aku?

Owh,aku tak pernah susahkan mama tak kena pada masa.hehe.

Yelah tu =,=

Waktu mama telefon mengingatkan aku yang adam sudah ada luggage sendiri,mama meluah rasa tak seronoknya nak menghadap rasa sunyi yang bakal datang.Kami bertujuh tak ada.Baba pun dua minggu kerja,tak ada.Balik sekolah,hilang sudah ‘kawan gaduh’.Sunyi.

Dan aku mula fikir bahawa manusia paling setia itu mama.Mungkin sebab mama tak ke mana2 dan ke mana jauh kami pergi,bila kami pulang mama akan sentiasa ada.Menanti.Sejak meninggalkan ‘teen’ untuk nama usia, aku mula ‘melihat’ mama dengan betul dan mula terbayang rupa2 aku di masa depan lalu develop rasa tak mampu.Tak mampu buat yang terbaik,sangat2 baik seperti mama.


Ada orang risau bila fikir mahu melahirkan anak bukan kerana risau sakitnya bila tiba masa bersalin tapi kerana takut dia tak mampu jadi ibu yang baik.Maka faham kerisauan aku?


Berjalan laju seperti mama sendiri aku tak mampu.Memandu dengan cekap seperti mama sendiri aku belum mampu.Masak dengan sedap?Lagilaa.Bak kata iman,aku penyebab adam kurus.Cis,sangat tak berasas!huh =p.Cekapnya mama menguruskan segala urusan waktu ketiadaan baba pernah mendapat pujian atau kekaguman yang bersungguh dari orang luar (yang ni mama pun taktau).Mama sangat2 reliable.Itu kenyataan yang tak patut ada siapa2 nafikan.


Bermula dari itu (atau mungkin lama sebelum itu lagi) aku mula appreciate ibu tunggal.Apa lagi yang berjaya menyumbang kepada masyarakat dengan ‘melahirkan’ anak2 yang berkualiti.Tabik spring satu kali!


Dan baba sendiri selalu memuji mama atas setiap pendapat yang bernas.


Isteri cerdik yang solehah?Yeah,that’s it!




Nanti kamu kata,apa ni ana angkat2 mak sendiri.


Maka pergilah kamu ‘angkat’ mak masing2.Lagi2 yang lelaki.Kuliah ustaz israq kelmarin mengingatkan lelaki2 yang hadir bahawa selamanya mereka berbakti kepada emak masing2.Tidak seperti anak perempuan yang bila bersuami maka ketaatan itu beralih pada suami,lelaki tetap pada ibu ayah sendiri.Apa lagi ibu.Dan kalau hal2 menguruskan ibu ayah,tak ada kompromi sebenarnya.Mandatori jatuh kepada anak2 lelaki.Kalau dah terbeban terus pada anak perempuan sedang saudara lelakinya ada, itu dah boleh jadi dosa besar.


Makanya anak lelaki mungkin boleh mula dengan menelefon lebih kerap ibu masing2 berbanding anak perempuan.Sekecil2 perkara yang mampu dibuat waktu sekarang untuk melatih diri sentiasa berasa bertanggungjawab di masa depan mungkin.


Untuk enam saudara lelaki aku, we’ll see how.Harapnya Allah kurniakan aku suara yang lantang kalau2 ada siapa2 yang terlupa atau buat2 lupa tanggungjawab masing2 tanpa lepas pandang suami sendiri.



‘Abang,kita dah lama tak jenguk mak kat kampung.Kita amik cuti seminggu duduk rumah mak nak?’



Aku agak2 suami aku akan panjatkan syukurnya tinggi2 dalam sujud kerana beristerikan aku.hahaha.Ok2 mau bayangkan,angankan memang mudah.Tunggu saja pelaksanaannya nanti.Pastinya payah.ehe.


Jujurnya,aku rasa aku tak pernah jadi anak yang baik untuk mama.Kadang2 aku bayangkan kalau aku masa depan mendapat anak perempuan serupa aku yang sekarang sepertinya aku mendapat ujian paling besar dalam hidup.


Entahlah.


Tapi bagi setiap ujian untuk mama baba yang didatangkan dari aku sebagai asbab aku doa supaya ia jadi suatu ‘kifarah dosa’ untuk mama baba selagi mana mereka redha dan berlapang dada.InsyaAllah.


Ada satu pesanan yang aku tak pernah lupa dari seorang guru praktikal PJK di semesti suatu masa dulu.Macam katanya,don’t take your mother’s words for granted hanya kerana dia sentiasa ada sebab once dia tak ada,kita cuma boleh bayangkan rupa dia dan situasi kita bersama dia waktu tu tanpa mengingat sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut dia.Macamnya,bila kita bayangkan balik waktu2 bersama dia kita seperti menonton satu filem bisu dan waktu tu kita macam nak buat apa saja untuk patah balik masa untuk dengar kembali suara dia.


Pengalaman dia mungkin.Peringatan untuk kami semua waktu tu.Dan aku ingat air mata aku laju turun kerana membayangkan kata2 cikgu tu.



Apa pun aku takkan lupa satu kata2 ini dari mama.



“Ana anak mama yang manis…”

hehe =p

Kisah aku

kawan satu payung=)

Siapa kena timpa hujan?=)