Saturday, January 29, 2011

Interlok

Bismillaah...







Kalau ia dijelmakan dalam bentuk manusia, aku bayangkan ia berkata,

"Benarlah seperti kata tuan2, life begins at 40" (Interlok, 1971 hingga kini)

heh.

Tuesday, January 25, 2011

'One day I'm gonna whistle?'


is the cutest part of this video=)



Plus, the part of she's yawning too! XD...LOL!

Saturday, January 22, 2011

52 tahun

Bismillaah...


Selonggok(?) manusia terkapar
Siapa yang mengaku bertanggungjawab?
Bila semua pihak menghindar
Biarlah saya yang menanggungnya
Semua atau sebahagiannya

(Ustaz Rahmat Abdullah, 1953-2005)



by sarpmurat deviantart


Setiap kali menonton,setiap kali itu belajar benda baru. Makanya nonton ga pernah jemu =)



Friday, January 21, 2011

Hati yang berbunga=)

Bismillaah...


Melihatkan anak2 muda dengan gencarnya berdakwah menggunakan apa yang ada kind of inspired me.

It's so....refreshing(?)

Tak tahulah.tak terkata perasaan itu sebenarnya.

Hati aku berbunga2.

Syukur ya Allah...=)






Yosh!akan bekerja keras hari ni!
ayuh!

Thursday, January 20, 2011

Titik

Bismillaah…


Aku tahu yang setiap pilihan itu ada consequence nya.

Aku akan menangis dengan banyak. Sikit masa lagi.

Itu consequence pilihan aku.

Aku maklum itu.

Tapi status seorang kenalan di facebook buat hati aku senyum waktu ini.


Hidup ini bisa dihujani renyai.

Hidup juga bisa diharung badai,

Sabarlah tenanglah seperti sungai,

Masih mengalir di tanah tinggi ataupun landai




Tatkala melihat hebatnya rezeki yang Allah beri kepada hamba yang lainnya- otak yang bijak, sahsiah yang mantap, kerjaya idaman, jodoh pilihan sejak zaman sekolah, pasangan yang hebat, dan seterusnya seterusnya. Mereka tidak mendapatkannya dengan mudah bukan?

Sebab aku cuma punya usaha yang keras dan juga Tuhan.

Titik.

Wednesday, January 19, 2011

Maya Angelou

Bismillaah...



Tadi petang, aku bertemu dengan kawan2 lama. Berupa dua puisi inggeris kegemaran aku sejak dari zaman sekolah. Tetapi semakin melupakannya tahun2 kebelakangan ini. 'If' hasil tulisan Rudyard Kipling dan 'The Road Not Taken' hasil tulisan Robert Frost. Reunion yang sangat mengujakan aku kira. Sambil2 itu berkenalan pula dengan teman2 baru (maya angelou buat aku senyum sampai ke telinga). Akhirnya, aku membuat keputusan untuk membuat folder khas untuk mereka. Sekarang ini, misi mencari semula puisi2 lama atau baru yang pernah aku baca. Mungkin dari khalil gibran,jalaludin rumi,usman awang,pemuisi tanpa nama dan err...pak samad tentunya!ya pak samad!=P


Ok, kenapa puisi pertama yang terlintas adalah Sonnet 18?
hmmm...
=P

Saturday, January 1, 2011

'Dua tahun' di Penang

Bismillaah…


Entri sempena tahun baru?

Mungkin…This is just a quick post.

Sekarang ni dekat Penang. Pukul 12:09 malam.Sudah masuk tahun 2011.But I bet tomorrow mesti masih tersasul2 lagi ingat sekarang masih 2010. Biasanya memang macam tu. Susah nak terus ‘biasakan diri’ dengan tahun baru.huhu…

Dekat luar meriah bunyi dentam dentum mercun. Manusia2 yang sibuk celebrate tahun baru la tu. Semangat eh korang.

Esok ada majlis kahwin untuk dihadiri. Itulah tujuan utama bermusafir ke sini pun. Esok juga seorang classmate dari form 1 sampai form 5 bakal mengikat tali pertunangan dengan pilihan hati/keluarganya. Belum hilang rasa terkejut dua tiga hari lepas untuk berita ni dan rasa nak tahniah sejuta kali kepada beliau. Hehe… dah besar kan kita?=)

Semoga selamat dan berjalan lancar semuanya.

Sebut pasal musafir ke Penang ni, saja2lah hebohkan di facebook sebelum bergerak pagi tadi




Terbaik kan kawan2 aku? =_='

Ameeennn (with big 'A' hehe)


p/s: mahu lebih matang di masa depan.ehe
p/s/s: macam mana la nak betulkan masa dalam blog ni.

Kisah aku

kawan satu payung=)

Siapa kena timpa hujan?=)