Thursday, December 10, 2015

T




Bismillaah...


"Sesungguhnya orang2 yang bertaqwa itu apabila mereka dibayang-bayangi fikiran jahat (berbuat dosa) dari syaitan, mereka pun segera ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya"

(Al-A'raf, 7:201)



Antara nasihat yang tak pernah jemu diputar ulang pada diri dan mereka yang lainnya adalah setinggi mana pun cita2 kita ini terhadap dunia jangan pernah meletakkan ia lebih tinggi daripada cita2 kita untuk menjadi manusia bertaqwa. 


Saintis, doktor, ahli politik, cikgu tadika, tukang sapu sampah


Masih kosong dan kosong nilainya di sisi Allah tanpa iman dan taqwa, tak kiralah berapa banyak kosong pun yang kita kumpulkan dalam akaun simpanan kita. Tanpa iman, tanpa taqwa kita masih lagi rendah darjatnya di sisi Allah walaupun pada pandangan manusia kita kelihatan mulia.


Kerana lihat saja apa yang nilai taqwa itu mampu lakukan pada diri melalui firman Allah di atas. Membayangkan (menginginkan) perbuatan maksiat saja sudah menyalakan 'red alert' dalam diri orang bertaqwa, jauh sekali nak melakukannya. 


Jauh dan payahnya laluan menuju taqwa itu adalah fakta yang telah lama kita akur setelah menghadam kitab2 sirah, setelah kita tadabbur firman demi firman-Nya. Namun bukan alasan untuk kita mengatakan ia mustahil lalu dengan mudah berputus asa. 


Terus dan teruslah bermujahadah. Walaupun dalam proses tersebut entah berapa kali terpaksa kita kutip diri kita yang jatuh hampir ke jurang neraka. Tetap saja terus. Moga moga Allah redha.




Saturday, October 10, 2015

Bismillaah...





Kalau manusia itu jenisnya ada tiga;

1) yang meletakkan ruh di atas nafsunya
2) yang nafsu dan ruh itu saling tarik-menarik lalu seimbang
3) yang meletakkan nafsu di atas ruh



Nak sambung...tapi arghh tak ada idea.
Dah, nak keluar, tengok manusia.

Turun naik keretapi.
Tonton dengan akal dan hati.



















Friday, June 5, 2015

Bismillaah...


Baba lebih dua dekad yang dulu, masih lagi baba yang sekarang.
Alhamdulillah

Tuesday, May 5, 2015

Peluang Kedua

Bismillaah...





Dua hari selepas kejadian yang hampir meragut nyawa, aku dilihat masih begitu bersyukur dengan hangatnya mentari pagi, biru langit rasa luar biasa cantik dan angin petang terasa nyaman ke hati. Baru tersedar yang nikmat2 ini bukan nikmat biasa. 

Hari pertama selepas detik cemas tengah malam itu, melihatkan  langit, mata jadi hangat tiba2. Terasa sekali bahawa bernafasnya aku pagi itu bukan kerana pagi itu adalah pagi2 biasa seperti sebelumnya, tetapi kerana Allah masih berkehendak untuk aku hidup walaupun malam sebelumnya boleh saja kalau kemalangan itu dijadikan asbab kematian. Tetapi aku dan Adam selamat dari celaka tanpa sedikit pun luka. Allahuakbar!


Tidak ada trauma kerana keesokan paginya aku mulakan semula perjalanan ke kampung yang tertangguh semalam dengan memandu Ali tanpa masalah. Cuma sedikit 'down' dari sudut emosi kerana merasakan sudah menyusahkan begitu ramai pihak- baba, Arep, pelancong2 dalam bas yang dihentam terutamanya- disebabkan aku, perjalanan mereka jadi tertangguh berjam2.


Walaupun hati aku kuat mengatakan bahawa apa yang terjadi bukan berpunca dari kelajuan aku (tetapi faktor jalan raya yang cederakan tayar), tetapi sebagai langkah berjaga2 aku angkat juga tangan kanan, ikrar dalam hati untuk jauhkan diri dari lorong kanan untuk beberapa waktu ini. Sebab tiba2 semua nak keluar testimoni bahawa Ana memandu memang laju, maka itu jadi punca utama kemalangan berlaku. Urmm...


Berlapang dada. 
Kerana faktanya, kebanyakan kelajuan, membunuh.





p/s: bersyukur untuk peluang kedua


Friday, February 27, 2015

Lalalala

Bismillaah...


Aku selalu fikir manusia2 asing di sekeliling aku ni tak pernah perasan akan kewujudan aku. Di bangunan fakulti inilah yang aku maksudkan. Aku tak kisah. Hubungan kami ni tak ada nama. Kalau ada pun aku nak namakan hubungan ni sebagai hubungan selisih. Sebab berjumpa tu kalau selisih saja. Selisih di lif, selisih di tandas, selisih di surau.Tak lebih dari itu.


Tetapi antara manusia2 yang aku biasa bertemu cuma di jalan ni, ada yang tolong tekankan nombor tingkat makmal aku dalam lif tanpa aku beritahu, yang mana dalam masa yang sama aku tidak tahu tingkat mana duduk letak makmalnya. Ada antara mereka yang perasan akulah yang selalu bermalam berhari2 di surau bawah. Pemilik kereta Kenari merah, bernombor plat sekian sekian. Katanya, kelibat kereta aku buat dia rasa selamat datang ke makmal seawal Subuh-momen paling gelap dan sunyi sekitar makmal. Tetapi rupa dan nama perempuan itu tak pernah aku ingat sampai hari ini.


Ada juga yang tolong pulangkan telefon tangan ke makmal selepas cuai keciciran di surau. Sedangkan namanya aku tak pernah tahu dan di makmal mana dia bekerja pun aku masih keliru. Ada pula yang tiba2 memanggil nama aku dan bertanyakan bila waktu maghrib masuk sedang dalam kepala aku tak mampu recall di mana aku berjumpa perempuan ini? Macam mana nama aku boleh keluar dari mulutnya?


Maka sebenarnya bukan mereka yang tak perasankan kewujudan aku, tetapi akulah yang tak kisahkan kewujudan mereka. Kalau dalam khalayak tu mungkin jasad aje yang nampak bersama, tetapi fikiran lalalala dalam dunia sendiri.


Habis kalau tak perhati umat, nak beri apa pada umat?
Urut2 dahi sendiri.





Sunday, February 8, 2015

K

Bismillaah...





"Nak calon suami macam mana?


"Yang solat jemaah tak tinggal, yang hafaz surah lazim, lancar surah Al-Anfal, yang rapat dengan keluarga, yang ringan tulang, yang manis mata memandang, yang kemas serba serbi, yang tak berkira, yang itu, yang ini, yada yada yada.....terakhir, mampu terima kita seadanya"


Ironinya.

Menetapkan syarat malaikat (bukan main) untuk pasangan,
tetapi dalam masa yang sama kriteria seadanya untuk diri sendiri.

Seadanya bagaimana?

Hidang lauk tunjuk, air ikat tepi?
Tidur lepas Subuh, bangun tengah hari?
Duha tak pernah, tahajud tak sudi?
Solat fardhu saja hujung2 atas alasan tak syarie.
Baju kotor berbakul2,kemas bilik 3 bulan sekali.




Kelakar.


***



"Hah, nak calon suami macam mana?"


"Yang sudi karang  dan taipkan  thesis master kita"
*batting eyelashes


"Maap ye. Itu bukan suami. Itu balaci"

Saturday, February 7, 2015

Hati di Kuburan

Bismillaah...








Menziarahi kubur itu melembutkan hati, menitiskan air mata, dan mengingatkan kepada kehidupan akhirat. Dan janganlah kamu berkata-kata dengan perkataan yang batil/keji. (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 27/47, no. 13000. al-Hakim, al-Mustadrak, 3/421, no. 1342. Hadis daripada Anas B. Malik)



Melawat ke kuburan. Pertama kali pergi sendirian. Malah di kuburan itu hanya aku jasad bernyawa.

Petang itu angin bertiup seada-ada. Nyaman.
Langit biru cerah, kurang tompok2 awan.
Kawasan kuburan seperti baru dibersihkan. Semoga Allah merahmati manusia yang menginfaqkan masa dan energi untuk ini.

Sunyi.

"Sejahtera ke atas kamu wahai para penghuni kubur"

Aku berhenti sejenak di pinggiran. Sambil mata melaut memandang sekalian nisan. Tangan diangkat ke atas mendoakan keselamatan setiap penghuni di bawah.


Perlahan2 langkah diatur ke kuburan dua manusia tercinta. Hati sedang berat dengan rindu.

Mama, embah, Ana datang.

'Almarhumah Fathiah bt Hj Abd Rashid'
Langkah dihentikan.

Dua nama di atas ini sedang berjiran di daerah yang jauh dari kita. Benar2 bersebelahan.
Apalah perasaan ketika itu. Membuak2 hati penuh rindu. Habis dihambur dengan air mata dan doa.


Dua tahun ini, dua nama kesayangan dipahat atas nisan.
Sekelip mata.

Entahlah apa magiknya tanah kuburan ketika itu, atau asbab berada di sisi mama dan embah, jiwa yang lelah berlumba dengan masa seakan sedang direhatkan. Untuk seketika aku merasakan masa seolah berhenti sebentar. Tenang.


Sebab tahu sedang diingatkan, dunia yang sedang kita usahakan dengan bersungguhan waktu ini adalah semata untuk dibawa bertemu Tuhan. Jadi apalah kiranya kesusahan yang sebentar dibandingkan dapat melihat wajah-Nya?


Dan rindu yang separuh mati ditanggung ini jadi tersenyum bila memikirkan. Kalau orang berkasih2 tak dapat bertemu,cukuplah melihat bumbungnya. Tetapi kisah kita ini ma, cukuplah dapat melihat nisannya. Paling kasihan keluarga mangsa tragedi MH370. Kalau rindu jadi tak tahu mana nak tuju. Kalau hidup, mana jasadnya. Kalau mati, mana kuburnya. Maka apa patut Ana tidak bersyukur?


Tinggal dulu ma,embah.
Balik berlumba dengan masa.
Sampai nanti Allah tetapkan masa berhenti.
Moga dapat kerehatan abadi.





p/s: nota untuk manusia yang selalu intai2 berita kita dari sini semata kerana tidak ada media sosial lainnya, kalau kamu terkejut dengan perkhabaran embah diambil selama2, lalu teringin bertanya lanjut, ketahuilah nombor yang di dalam simpanan kamu itu sudah luput fungsinya. Pandai2lah cari asalkan berjumpa. Aku tak nak terima jemputan hari besar kamu dari mulut kedua dan ketiga nanti. tak special kata orang minang.



Thursday, January 22, 2015

Question


Bismillaah... 













Question :
Which one is worse?

Wednesday, January 14, 2015

Jariyah

Bismillaah...




”Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.“
 QS. Al-Imran (3), Ayat 185



Menerima berita kematian seorang senior (beza dua tahun) sekolah dua hari lepas. Kematian yang puncanya masih lagi dalam siasatan (baca:autopsi). Khabarnya meninggal dalam tidur.


Aku tidak pernah mengenalinya secara dekat. Cuma tahu nama dan rupa. Terakhir bertemu tahun 2012 dalam konvensyen Twins of Faith. Mengecam rupa dari jauh. Ah, ada juga budak SEMESTI sangkut menjadi sukarelawan program sebegini. Alhamdulillah.


Apa yang aku nak kongsikan tentang dia bukan riwayat hidup semasa hayatnya tetapi kisah selepas kematiannya. Dia muslim yang baik inshaAllah. Setiap yang mengenalnya, senior atau junior cuma menyebut yang baik2 saja tentangnya. Kalau diziarah laman sosialnya di FB tidak ada satu perkara yang melalaikan pun yang terpapar. Semuanya peringatan demi peringatan. Satu yang aku kagumkan, kalau dia kongsikan satu2 video atau gambar berunsur nasihat, begitu nampak kesungguhannya untuk berkongsi-setiap satu video dan gambar 'reminder' disertakan dengan 'caption' yang panjang berupa seruan atau nasihat. MashaAllah.


Satu perkara yang buat aku tersentuh and made me humble adalah usaha kawan2nya memanjangkan peringatan2 ini kepada yang lain sebagai satu usaha menambah jariyahnya di sana. Subhanallah! Allah jugalah sebaik2 pemberi ilham dan menggerakkan hati.


How I wish my friends, my family would do the same after i died. 


May Allah gather him with the soliheen and grant him jannah. Ameen




notakaki: Teringat waktu berada di sisi Almarhum Iman Shafiq di saat2 akhirnya. Selamat berehat keduanya.

Monday, January 12, 2015

With balloons

Bismillaah








My so called stress reliever.
But not until they asked me to finish the degree with Nobel award.


Argggh.
Stress balik!






Sunday, January 11, 2015

Kereyta Lowri Ottomen

Bismillaah...




"Lukish kereyta. Cepat2 "

Petak  bumbung. Petak badan. Dua tayar. Ekzos dan asap.
Siap.

" Agi. Kereyta agi"

Petak bumbung. Petak badan. Dua tayar. Ekzos dan asap.
Siap.

"Lukish minyak. Kat kereyta. Minyak"

Terdiam.

Apa? Minyak?

"Minyakkk. Kat kereyta. Cepattt."

Disua2 tangan kita ke papan  hitam.

Ooo. Petrol pam ke?

Petak. Garis2 pembahagi. Salur minyak. Tanda nama PETROL.
Siap.

"Kereyta agi"

"Pokok"

"Orang banyak2"

"Lowriiii"

Siap!

"Yeayyy. Samaaaa!"


Bakat terpendam : guru taska.





p/s: Lukisan terpadam  antaranya - ottomen melawan raksasa, beruang, rama2, kumbang dan bunga

Saturday, January 10, 2015

2015

Bismillaah...



Ini random.
Tapi aku rindu nak main basketball dengan Mus'ab lagi.

Melihat tangan kecilnya lincah mengawal bola (dribble?) I just can't stop smiling. 
Mus'ab baru berumur tiga tahun dan dia sudah sehebat itu. Bayangkan nanti umurnya enam belas tujuh belas tahun, sebaris Karim Abdul Jabbar mungkin? Tak? Shaquille O'neil then?

Haha.

Angankan anak orang. Apa saja kau dapat?


Kelmarin bercerita2 dengan anak HQ tentang benda2 kepunyaan paling kesayangan. Dari situ, aku melihat betapa perkara2 kecil, dengan modal tak seberapa mampu mengesankan hati asalkan datangnya dari orang tersayang. Ada adik seorang ini, begitu 'berpegang' kepada pensel mekanikal pertama miliknya hadiah dari ayah. Bertahun2 kekal di tangan.


Dan semalam dapat luang sedikit masa dengan famili, berlima kami adik beradik yang ada, campur mak dan keluarga Pakkin. Mereka cadangkan 'movie nite' di rumah - Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Tulisan buya HAMKA tahun 1938 yang ditayangkan layar Indonesia.


Tak pernah dalam sejarah kami adik-beradik duduk bersama menonton filem cinta tragis. Ini pertama kali. Surprisingly, it's not awkward at all. haha Patut arkibkan momen tersebut dalam kertas kecil, lipat, dan masukkan dalam 'happiness jar'. 


I smiled a lot yesterday.
A lot.
=)




Kisah aku

kawan satu payung=)

Siapa kena timpa hujan?=)