Friday, February 27, 2015

Lalalala

Bismillaah...


Aku selalu fikir manusia2 asing di sekeliling aku ni tak pernah perasan akan kewujudan aku. Di bangunan fakulti inilah yang aku maksudkan. Aku tak kisah. Hubungan kami ni tak ada nama. Kalau ada pun aku nak namakan hubungan ni sebagai hubungan selisih. Sebab berjumpa tu kalau selisih saja. Selisih di lif, selisih di tandas, selisih di surau.Tak lebih dari itu.


Tetapi antara manusia2 yang aku biasa bertemu cuma di jalan ni, ada yang tolong tekankan nombor tingkat makmal aku dalam lif tanpa aku beritahu, yang mana dalam masa yang sama aku tidak tahu tingkat mana duduk letak makmalnya. Ada antara mereka yang perasan akulah yang selalu bermalam berhari2 di surau bawah. Pemilik kereta Kenari merah, bernombor plat sekian sekian. Katanya, kelibat kereta aku buat dia rasa selamat datang ke makmal seawal Subuh-momen paling gelap dan sunyi sekitar makmal. Tetapi rupa dan nama perempuan itu tak pernah aku ingat sampai hari ini.


Ada juga yang tolong pulangkan telefon tangan ke makmal selepas cuai keciciran di surau. Sedangkan namanya aku tak pernah tahu dan di makmal mana dia bekerja pun aku masih keliru. Ada pula yang tiba2 memanggil nama aku dan bertanyakan bila waktu maghrib masuk sedang dalam kepala aku tak mampu recall di mana aku berjumpa perempuan ini? Macam mana nama aku boleh keluar dari mulutnya?


Maka sebenarnya bukan mereka yang tak perasankan kewujudan aku, tetapi akulah yang tak kisahkan kewujudan mereka. Kalau dalam khalayak tu mungkin jasad aje yang nampak bersama, tetapi fikiran lalalala dalam dunia sendiri.


Habis kalau tak perhati umat, nak beri apa pada umat?
Urut2 dahi sendiri.





6 comments:

mer said...

Assalammualaikum, nak bg tahu apa sebenarnya dalam cerita di atas ni?adakah cerita ni memaksudkan nak salah kan diri sendiri sbb terasa tidak menyumbang apa2 pada umat?

Bercakap pasal hubungan selisih, apakah perselisihan itu melibatkan eye contact sahaja tanpa seutas kata pun dari bibir atau eye contact dan diakhiri bbrapa kata sbg contoh terimakasih, sama2 ata senyuman..

Yela,, saya maksudkan, sbg contoh somebody tekan button lift, mesti balas eye contact sedekah senyuman dan sedikit ucapan...=)

mer said...

Whiskey Niner Delta ... .... ......... ...

papa echo romeo oscar delta uniform alpha
Kilo echo niner alpha romeo india

Kalau selalu tak perasan org sekeliling..agak2 kod kat atas tu boleh perasan tak??

mer said...

Saya perasan=)

mer said...

Awak ni suka berfikir kan??setiap kali ada sesuatu atau peristiwa yg berlaku awak mmg suka menulis semula apa yg awak fikirkan tu?=)gaya bahasa dalam citer kat atas mcm ada bakat ahli psikologi..agak nyrrr mesti ada diari personal kan n tak tahulah berapa bnyk lagi awak tak tulis dalam blog ni..

mer said...

assalammualaikum author, saya selalu ja suka menyibok kat blog ni..ini kali saya ada permintaan sikitlah..boleh tak author garapkan satu penulisan berkaitan mengapa ALLAH selalu uji kita..walhal topik ni selalu sahaja saya dipedengarkan di corong corong tv radio dan bibir2 kawan saya, tapi saya terasa ingin berkongsi dengan author dan mendapatkan nasihat dan pandangan author berhubung dgn topik ni.saya amat menghargainya.sebelom ni kan author saya selalu jer komen kat blog ni dgn menggunakan nama (anon)..this time author, saya bg nama nickname ja..maklum balas author amat dihargai

arcane said...

gmbr best

Kisah aku

kawan satu payung=)

Siapa kena timpa hujan?=)