Tuesday, December 30, 2008

TAKNAK...

Bismillaah..

Saya saaaayang rumah saya..saya tak nak balik sabah..TAK NAK!!

Saturday, December 27, 2008

I'm running

Bismillaah...

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA



Ku langkahkan kaki ini
Di hangat mentari pagi
Ku syukuri hari ini, aku masih berdiri

Dan aku tinggalkan masa kelabu
Dan lalu mulakan jalannya kerna-Mu

Semangat optimis diri jalan hari dengan pasti
Selama jantung berdetak, selama itupun

Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti

Terjatuh bangkit aku kembali
Susah payah aku tak peduli
Kerna hidup hanya sekali

Akbar:
Dengarkanlah teman seloka hiburan
Tak perlulah kita asyik nak berlawan
Kita semua kawan tak boleh berlawan
Kalau kita renggang kita ketinggalan

Bebaskan dirimu dari dibelenggu
Teruskan langkahmu ayuh kita maju
Mari bersamaku nyanyi lagu ini
Jangan difikirkan resah yang di hati

Semua itu hanya dimindamu
Tak perlu kau sangsi tak perlu kau ragu
Segala-galanya pastikan berlalu
Mentari kan muncul mendung kan berlalu

Cat Farish:
Suka duka perkara biasa
Kita pasti lalu bezanya pada waktu
Bila berlari kenalah berstrategi
Jangan ikut hati, ikut hati nanti mati
Biarlah terlambat atur jalan cermat
Pelan-pelan kayuh jgn sampai otak penat
Sentiasa bawa diri hati-hati hari-hari beri erti pada diri
Jangan berhenti kejar mimpi senyuman diberi tanpa semua benci menghantui hati
Biarkan saja, takdir semua nyata
Bersyukurlah masih lagi bernyawa

Firdaus:
Dan aku tinggalkan masa kelabu
Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti

Takkan berhenti
Berlari wujudkan mimpi
Terus berlari
Agar hidup ini bererti

Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi…
Berlari..

Pensel dan pemadam


Bismillaah..

'Ana,nak tengok magik tak?'
Aku diam sambil mata menurut gerak-geri dia.Dia mengambil sebatang pensel lalu menconteng-conteng sesuatu di atas kertas.Selepas itu,satu objek berwarna putih ditenyeh2 atas contengan tersebut dan..
'Ha tengok!Hilang kan?'
'Waaa..magiknya!'

Itu aku suatu masa dulu.Saat2 mula diperkenalkan dengan pemadam.Jakun betul.Waktu tu aku belum masuk sekolah lagi.Apa yang membuat aku teringat2 waktu tersebut adalah kerana quote ini 'people always make mistakes,that's why pencil comes with eraser'.Makes sense isn't it?
Manusia memang selalu buat silap.Tapi realitinya tak semua kesilapan boleh mengaplikasi hubungan pensel dan pemadam.Kesilapan manusia kadang tak semudah itu dilenyapkan.Cuba lihat dengan teliti pensel dan pemadam itu sendiri.Kalau pun pemadam dengan mudah dapat melenyapkan kesilapan pensel tapi bekas contengan itu masih ada.Bekas yang menunjukkan si pensel pernah buat silap di situ.Apa pun kesannya pasti ada sehinggakan kadang2 kita dapat membaca kesilapan yang telah dibuat pensel melalui bekasnya walaupun tulisan pensel itu telah dipadamkan sepenuhnya.Boleh bayangkan?Kalaupun kita cuba untuk tidak meninggalkan sebarang bekas dengan menenyeh2 kuat pemadam tersebut,silap perkiraan kertas pulak yang menjadi mangsa.Boleh terkoyak.Apa yang aku cuba sampaikan di sini kesilapan tu selalunya tidak memberikan natijah yang baik.Setiap kesilapan yang kita lakukan pasti ada kesannya yang kadang2 turut dirasa oleh orang lain.Cukuplah kes Bukit Antarabangsa menjadi bukti dan pengajaran buat semua.Ok?

Aku sendiri untuk 20 tahun masa yang Allah izinkan aku hidup di muka bumi ni ada kesilapan yang aku harap aku tak pernah buat.Yang kesannya entah untuk berapa lama baru akan hilang sepenuhnya atau mungkin tak akan hilang langsung.Menyesal?Tipu kalau aku kata aku tak ada perasaan tersebut.Tapi jauh di sudut hati aku yakin aku perlukan kesilapan itu.Sebab itu guru terbaik aku.Manusia yang bijak itu kan yang selalu belajar dari kesilapannya dan manusia yang bodoh itu ialah manusia yang tak mahu belajar dari kesilapan orang lain.Kita yang mana ye?

Bersyukurlah kita ini bukan pensel yang silapnya selalu dapat dilihat melalui bekasnya,tapi kita ini manusia yang Allah selalu tutupkan aibnya..sayangnya Allah pada kita kan?



p/s: aku nak tulis baaaanyak lagi.lama tak menulis banyak yang aku nak share dengan kamu semua.tapi...nantilah.queue internet rumah aku ni panjang sangat.hehe.entri di bawah ni ialah cubaan aku untuk mencarut dalam blog tapi tak boleh.tak diizinkan tuhan.haha..tak adalah..tu entri trial aku untuk sesuatu yang aku baru belajar tapi tak jadi.malas nak padam.biarlah jadi kenangan.=)

Thursday, December 18, 2008

Tuesday, December 2, 2008

Doa diam2

Bismillaah..

Nabi Musa a.s hanya selepas berdoa selama 40 tahun barulah doanya dikabulkan Allah...

Nabi Nuh a.s doanya supaya anak dan isterinya turut beriman menyembah yang esa tidak pernah diperkenankan Allah...

Maka si ana yang jelas-jelas bukan siapa2 apa patut berputus asa dari berdoa?Apa patut gugurkan keyakinan dia terhadap rahmat Allah?Apalah perlunya mengeluh resah kalaupun hingga kini doanya tidak berjawab.Kerana Dia itu penuh rahsia maka seharusnya kamu tenang.

Jadi jangan nak mengada!Teruskan berdoa,doa diam2,ok ana?Kerana dia sangat perlukannya.

p/s:selamatlah semua..selamatlah..

Sunday, November 30, 2008

sembang dengan arep 1


Bismillaah...

"Aku dr semalam nak cakap something dengan ana ni tapi tak cakap2"

"Hah,apa die yang ko nak cakap tu"

Diam

Tunggu aufa keluar bilik dan selepas tu...

"Ha cakapla apa yang ko nak cakap ngan ana semalam"

"Tak ada apa2"

"Sengal"

"Tak ada rr..aku clash ngan awek aku"

Hahaha..ketawa dalam hati...

"Tu ah ko menggatal dgn awek bawah umur mana tak gf ko lari"

"Bukan sbb tu la,cite aku ni macam cite veer-zara ko tau tak"

"Ehh..apsal plak?"...sambil buat muka

"Yela,veer-zara mak die nak tunangkan perempuan tu dengan orang lain kan?aku pun macam tu jugak.mak die nak tunangkan die dengan orang lain"

Aku diam sambil layan komputer...

"Kita tak bolehkan kacau tunang orang?'

"Mana boleh!dosa"

"Ha,tula aku dah tak contact dah dengan dia"

Bagusla...dalam hati

"Habis,gf ko nak ke kena tunang?"

"Tak nak la..tapi aku dah tak contact dah dengan die"

Habis di situ...patutla sejak arep balik dari utm aku dapat rasa aura yang tak best dari dia.putus cinta rupanya.hahaha...gf dia yang konon cantik macam aca septriasa tu dah kena kebas.isk3...hehehe tak apalah arep,sekurang-kurangnya ko dah dapat jam tangan fossil kan untuk hadiah hari jadi.perggh..tak paham aku budak2 sekarang.

Malam esoknya arep layan vcd veer-zara sorang2...hahaha tak tahan tengok adik aku layan hindustan..adehh

p/s:aku suka=)

Sunday, November 23, 2008

Merapu 1-Ohh~



Bismillaah

'Ana semalam kau tiada kami rasa ke'tiada'an kau tu'

'Uik,asal plak?'

'Bila kau ada kami rasa ke'ada'an kau.Bila kau tiada kami rasa ke'tiada'an kau tu ba'

'???'

'Yala,nda dapatla kami dengar bersin si ana yang cute tu.hahaha'

'Ohh~~'

Fakta tentang bersin aku:

>mula menjadi trademark sejak di semesti lagi waktu naik upper form.
>selalu mencabar bersin dak boye dalam kelas sebab lepas boye bersin je mesti aku
ikut bersin.tapi tak boleh lawan bersin beliau yang bisa gegarkan satu floor form 5
waktu tu.ampun boye..hee~
>waktu di matrik selalu terbersin waktu kuliah2 besar menyebabkan ramai yang
tertoleh2 ke belakang mencari siapa gerangan empunya bersin
>selalu menerima beberapa kuntum senyuman dari budak2 kuliah di matrik bila2 saja
aku bersin (lepas mereka tahu bahawa aku lah gerangannya).rajin betul mereka mencari
aku semata2 nak senyum lepas aku bersin.hahaha
>'alahaii'...adalah respon dari budak2 lelaki kuliah hayat 2 bila saja dengar bunyi
bersin aku
>'comelnya bunyi ana bersin'...adalah respon dari budak2 perempuan kuliah hayat 2
bila saja aku bersin
>'bunyi apa tu?' adalah respon dari cikgu kimia hayat 2 (tak ingat nama beliau) waktu
dia sedang mengajar dalam kuliah ganti sebelum exam menyebabkan kuliah dihentikan
selama 10 saat untuk memberi laluan mereka2 di dalam kuliah gelakkan aku secara
berjemaah.cett..aku takkan lupa yang ini
>'ana bersin tak cukup ATP' pulak adalah respon dari coursemate2 lelaki aku di UMS
sambil2 mereka mengajuk2 bunyi bersin aku.dasar jeless..huu~
>inilah setakat yang aku ingat.nanti kalau ada lagi aku tambah.hehe

sekian 'rapuan' dari aku.

p/s:ingat nak upload dalam entri ni bunyi bersin aku tu macam mana.tapi err..tak
payahlah sebab tak ada pun.hahaha..kamu ada trademark?

Monday, November 17, 2008

tip tap tip tap..dub dab dub dab...

Bismillaah...

Kalau
tip tap tip tap tip tap
Bunyi hujan jatuh ke bumi
Maka
Dub dab dub dab dub dab
Bunyi cinta jatuh kehati


Sempat menghadiri satu ceramah berkenaan CINTA pada minggu exam yang lalu.Tajuk ceramah-Ayat2 Cinta-Tipikal kan?
Aku tak mahu berkongsi banyak di sini.Cuma satu pesanan kekasih Allah yang aku nak titipkan.

Baginda Rasul bersabda:


'Jika kamu mencintai setiap manusia yang ada di bumi,maka segala apa yang ada di langit akan mencintaimu'

Dan aku tertarik dengan jawapan ustaz berkenaan dengan soalan ini:

'Bagaimana caranya kita nak mengukur setakat mana cinta kita kepada Allah?'

Macam tu la lebih kurang..

Dan ustaz tu menjawab dengan begitu sempoi...

(Rasanya berdasarkan satu sabda Rasulullah atau kata2 siapa aku tak ingat.Maaf sangat.Aku tak terniat pulak nak bawak buku nota aku waktu tu)

Ustaz tu jawab,'Bila mana kita nak buat kebaikan Allah permudahkan dan bila kita nak buat kejahatan Allah sulitkan maknanya cinta kita kepada Allah berada pada tahap yang selamat.Tapi bila kita nak buat baik Allah sulitkan dan bila kita nak buat jahat Allah permudahkan itu satu tanda kita dalam keburukan'

Begitulah lebih kurang maksudnya...


Jadi renung2 balik diri kita.Kalau2 rasa kita ni bila nak buat benda2 tak baik tu mudah sangat jalannya tapi bila nak buat benda baik ada saja halangannya.Mungkin bermaksud kita dah jauh lari dari hidayah Allah.Contoh:

Kalau nak pergi jemaah wayang,jemaah bola transport tersedia siap dengan driver lagi.Kalau yang bola pulak siap dapat t-shirt free sokong team masing2.Barula mantap jemaah tu

Tapi kalau nak pergi jemaah surau ke masjid ke,tayar motor pancitla,kain pelikat tak jumpa la, takut selipar jamban lesapla,pagoda kena gigit tikusla.Macam2 alasan.aihh..

Kalau nak tengok konsert free senang2 pulak tembus talian hot fm,hangat pulak password yang korang bagi

Tapi kalau nak tengok ceramah free kat masjid badan pulak tiba2 rasa hangat.Rasa macam nak demam je.Demam angin kus kus la tu.huhu

Dan lagi...kalau nak tengok match bola di astro pukul 2 3 4 pagi pun sanggup bangun.Ringan je rasa badan tu bersemangat habis nak sokong team favourite.Habis game tidur balik lepas tu bangun waktu subuh gajah.

Tapi kalau nak bangun qiamullail tu punyalah payah.Letak la serombong kapal sebelah telinga pun( macam spongebob).Haghamm…tetap tak jalan.Perghh..Ibaratla..huhu


Dan macam-macam lagi.Korang fikir la sendiri.Tapi pada aku sebenarnya cinta kita pada Allah berada pada tahap bahaya bila mana kita buat sesuatu yang bertentangan dengan agama tanpa sikit pun rasa bersalah,rasa berat atau rasa takut walau seberat mana pun dosa yang kita buat tu.Sebab kalau itu terjadi seolah2 Allah dah mengabaikan kita,tak pedulikan kita lagi.Nauzubillaah.Semoga kita sentiasa dalam rahmat kasih sayangnya.Ameen

Kalau
Tip tap tip tap tip tap
Bunyi hujan jatuh ke bumi
Maka
Dub dab dub dab dub dab
Bunyi cinta jatuh ke hati

Tapi
Kalau cinta diseluruhi ILLAHI
Tak perlukan bunyi
Kamu tahu sendiri=)

p/s:aku dah selamat sampai ke syurga.save and sound...rumahku syurgaku..hee~


Sunday, November 2, 2008

Pesanan Indah...


Bismillaah..

Pesanan indah baginda Rasul..

"Peliharalah titah perintah Allah nescaya Dia akan memelihara engkau (sepanjang waktu), peliharalah larangan Allah nescaya engkau dapati Dia selalu di hadapanmu.Apabila kamu meminta, hendaklah kamu meminta kepada Allah dan apabila engkau memohon hendaklan memohon pertolongan Allah.Ketahuilah, seandainya umat manusia sepakat untuk memberi sesuatu manfaat untukmu,mereka tidak dapat memberinya melainkan mengikut apa yang telah Allah tetapkan untukmu dan sekiranya mereka sepakat untuk menimpakan engkau dengan sesuatu keburukan tidaklah mereka dapat melakukannya melainkan dengan sesuatu yang Allah Ta'ala telah tentukan ke atas dirimu, KERANA TELAH TERANGKAT PENA DAN TELAH KERING KERTAS (telah ditentukan semuanya)"

p/s:kalau dibaca arabnya lg syahdu.bahasanya indah lagi..=)

Thursday, October 30, 2008

Aaaaaaaaaaaaaaaaaa...


Bismillaah..

Iya
Usah dimarah aku
si perindu
si perisau sepertimu
Iya
usah dibelai aku
dengan kata mereda jiwa
kerna aku sedang tenggelam
jangan cuba digapai
kerna aku sedang puas
mencipta rindu
merasa sakit
merengguk pahit
yang dalam pahit manisnya ada
aku yang benci akan sepi
kerna takut akannya
tidak cuba tunduk
dengan ketawa
tidak cuba akur
dengan tersenyum
aah hujan di luar sudah lama berhenti
langit itu sudah kering tangisnya
langit aku?
tangis si langit tampak airnya
tangis si hati hanya jiwa merasa


Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Mama baba ana RINDUUUUU!!!


Noktah.

p/s:luahan homesick dari aku.di’trigger’ oleh aqilah=)

Saturday, October 25, 2008

+_+

Bismillaah..

Apa yang aku cari sebenarnya?

...bingung...

Sunday, October 19, 2008

Aku ke yang bersalah?


Bismillaah...


Aku tak tau macam mana nak luahkan apa yang aku rasa sekarang.Bersalah?Kesal?Entah.Salah aku atau salah dia.Maaf,aku pada awalnya tak anggap dia muslim waktu aku mula2 kenal dia.Pertama sebab cara dia berpakaian.Dia tak menutup aurat macam biasanya perempuan muslim amalkan.Keduanya tak menutup aurat dia tu bukan setakat tak pakai tudung tapi bajunya atau apa2 saja yang melekat di badannya betul2 macam apa2 yang melekat di badan seorang non muslim.Fesyennya,saiznya tak ada beza dengan non muslim.Dan bila dia berdiri bersama2 non muslim aku tak nampak apa bezanya mereka.Ketiganya cara dia bergaul dengan lelaki.Berpegang tangan,bermesra walaupun tidak nampak begitu keterlaluan, tetap haram dalam islam.Dan menurut kata kawannya,lelaki tu 'couple'nya.Seorang chinese jurusan medik (eh2 cam pernah dengar situasi ni.Heh).Maaf yang ni aku tak dapat nak pastikan.Tapi kalau dilihat dari body language masing2 mungkinla..ada kemungkinan mereka ber'couple'.Lagipun perkara macam ni biasa di sabah.Jadi tak dapat beza mana satu couple mana satu 'teman tapi mesra'.Jadi berdasarkan faktor2 di atas bila ada seorang kawan bagitau yang dia ini muslim aku jadi terpempan sekejap.Banyak kali aku tanya pada kawan ni.'Betul ke?'.'Serious ke?'.Takkanla..Saat tu jugak aku dihimpit rasa bersalah teramat.Allah,aku tak kenal saudara sendiri.Dan bila ada orang bagitau macam tu aku masih lagi tak percaya.Tak tau la kenapa.Menambah2 lagi rasa bersalah aku.Hinggakan terdetik dalam hati,ahh lebih baik dia non muslim daripada muslim tapi...
aaa susahnya hati aku ni nak terima..Aduii..Dia cantik,serious tapi sayang cantiknya di mata manusia tapi jelik dipandang Allah.Apa perasaannya kalau ada yang bertanya 'excuse me,awak ni muslim ke?'.Sebab aku membayangkan kalau aku lah yang ditanya soalan macam tu aku akan...aihh sakit!


Allah selamatkan dia,selamatkan aku...


tak nak rasa bersalah macam ni lagi..tolong..sakit.tak tau nak describe macam mana but it's really hurt bila kita tak dapat nak bezakan antara 'saudara sendiri' dan 'orang lain' dan akhirnya saudara sendiri menjadi orang asing.
Allah, islam makin kepudaran rupa..


p/s:aku yang baru mula nak kenal wajah sebenar dunia.

Saturday, October 18, 2008

(-_-)


Bismillaah..

Walaupun aku dan mereka berpijak di bumi yang sama,bernafas dengan udara yang sama,menuntut ilmu yang sama tapi aku tak boleh nak harap mereka rasa apa yang aku rasa,fikir apa yang aku fikir,bertindak cara aku bertindak.

Kami berbeza mengikut cara kami sendiri.

Dan kadang2 perbezaan itu meletihkan...(-.-)

Dan sesungguhnya..sesungguhnya lah kan..aku yang manusia ni terkadang letih dengan manusia sendiri..
p/s:mode-emosi

Wednesday, October 15, 2008

Santapan buat sang mata..

Bismillaah...



Pagi ini aku bangun seawal 3.35 pagi (*alhamdulillah,kaedah baba berjaya^-^).Selesai tahajjud aku tertidur di atas sejadah.Macam biasanya aku,kan mama?hehe.Niat nak sambung studi terus lepas tu tertangguh.Betul-betul waktu azan subuh berkumandang aku terjaga.Alhamdulillah.Nasib baik tak terbabas.Usai subuh aku teruskan niat nak studi mandarin.Dalam sedang studi mandarin untuk test hari ni terdetik hati aku nak jenguk ke luar tingkap sekejap.Subhanallaah...Pagi ini aku dihidangkan dengan indahnya alam ciptaan Tuhan.Sarapan pagi untuk sepasang mata.Bertuah kamu sang mata.Dengar tu keroncong si perut menandakan dia iri dengan kamu.Kantungnya belum diisi dengan sarapan tapi kamu sudah mendahuluinya.Dan sesungguhnya sang mata, sarapan kamu pagi ni enak betul.emmm..nyum..nyum..hehe



Lihat tu sang mata,garis-garis merah di kaki langit ditambah dengan jalur2 putih si awan,apa yang kamu rasa?Enak kan?Eh,lihat lagi di sana,pelik tapi benar,sepertinya ada camar terbang seiring bertiga.Camar putih itu terbang menghala ke arah bukit botak kegemaran kamu.Camar bukan biasanya kamu lihat di laut?Tapi di sini?Ahh apa yang dihairankan UMS kan bersebelahan dengan laut.Emmm anggap saja penambah perasa sarapan kamu sang mata.Bertambah enak kan adanya camar?=).Dan di balik bukit botak kegemaran kamu itu si awan yang gempal bagai cuba menyorok di situ.Tapi tetap terlihat dek kerana terlalu gebunya ia.Maaf ya awan,kamu juga sarapan sang mata hari ini.Ahh usah bimbang,tidak terjejas pun kamu malah menggalak hati berzikir subhanallah.















Si awan yang malu-malu








Dan ini pula dinner kamu malam sebelumnya.Betul kan?=) nyum..nyum..1st class!









Santapan buat sang mata.Terima kasih Allah=)

"Awan kalau dapat kucapai...maka saktilah hamba"

-Bagaikan Puteri-


*Kaedah baba sebelum tidur:
1.Sebelum tidur ambil wudu'

2.Baring dalam posisi mengiring ke kanan (sunnah Rasulullah)

3.Baca ayat Kursi dan 4 Qul

4.Tidur dengan niat nak bangun pukul berapa dan niat untuk buat
apa.


Insya-Allah berkesan..

p/s:Orang kata dari mata turun ke hati.Jadi jaga pandangan kamu ye=)

Friday, October 10, 2008

Dan bila tibanya saat kita berseorangan...


Ayat2 Cinta...


Bismillaah…


Baru selesai menonton movie ayat2 cinta.Dah berkurun rasanya movie ni tersimpan dalam laptop tapi baru hari ni dapat tengok sampai habis.busy?mungkin…oh ya malam selasa kelmarin aku cuma tidur untuk tiga jam.Selesaikan 4 esei Mr Vivin yg mereka uar2kan kena hantar keesokan harinya.Maka bersilatlah aku menyiapkan assignment2 tersebut .Bersilat sampai 4 pagi,tidur sekejap,kemudian sambung semula pukul 7 pagi.Battle continue.uhuhu.Dan hari itu dugaan aku bukan sedikit nak selesaikan assignment Mr Vivin ni.Balasan aku mencabar Tuhan.Beberapa urusan aku tidak lancar hari itu.Bukanlah payah untuk diselesaikan tapi cukup untuk mengingatkan aku bahawa Tuhan itu siapa dan aku ini siapa.Jadi jangan buat lagi ana,tolong, aku merayu.ok?


Berbalik pada movie ayat2 cinta.Ada satu perasaan indah menjentik2 tangkai hati bila menyaksikan hubungan yang benar2 di atas landasan islam dipertontonkan.Hinggakan waktu menonton saat2 fahri dinikahkan dgn aisyah mata sebelah kanan aku jadi kabur sedikit dan perlahan-lahan..eh eh ada air mata yg mengalir.Sebelah kanan je tau.Sebelah kiri tak ada apa2.Macam yg sebelah kanan feeling habis tgk scene tu tapi yg sebelah kiri tak ada perasaan pun.Hehe.Scene itu pada aku subhanallah sgt cantik,sgt indah.Ada rasa berbunga2 dalam hati.Tak tau kenapa ada rasa macam tu.Perubahan hormon kot (ahaha=p).Hehe,bukanlah,cuma waktu tu aku rasa indahnya fahri dan aisyah..indahnya pernikahan..indahnya islam.


Aku teringat pesan mama bila timbul soal jodoh (ha,siapa yg timbulkan tu?=P)-lelaki yg baik untuk perempuan yg baik,perempuan yg baik utk lelaki yg baik.Aku jelas mama sampaikan apa yang termaktub dalam al quran.Surah An nur ayat 26 kan?Teringat sebelum tu mama pernah sampaikan perkara yg sama pada aku melalui SMS-‘…nak dapat suami yang soleh,ana kena jadi perempuan yg solehah dulu’.Aha,dgr tu.Simple bunyinya tapi sgt payah nak laksanakan.Pada aku, usaha untuk menjadi perempuan yg benar2 solehah itu adalah suatu jihad.Pengorbanannya besar .Sepadanlah dgn ganjaran yg dijanjikan,malah lebih besar lg.Tapi pernah terniat dalam hati untuk hadiahkan mama dan baba seorang menantu yang baik.Oleh kerana dia akan menjadi satu2nya menantu lelaki maka seharusnya dialah yg terbaik bukan yg terhampeh (ehehe).Usaha dan usaha,doa dan terus berdoa.Persiapkan diri.Jodoh itu bukan sesuatu yg perlu aku risaukan siapa orgnya,bagaimana bentuknya,bila hadirnya sebab itu semua terletak dalam genggaman Allah.Aku hanya perlu persiapkan diri,berusaha menjadi perempuan yang baik dan berdoa ditemukan dengan lelaki yg baik (mama dgn baba dokan ye.kamu pun=)).Itu yg aku faham dari kata2 mama.Dan lebih dari itu,aku percaya dgn janji Allah sesuai dengan ayat ini


‘…Dan siapakah yang lebih benar perkataannya daripada Allah?'

(4:87)


A woman’s heart should be so lost in God that a man has to find God in order to find her=)

salah satu ciri perempuan solehah kan?Credit to myra;)

Dan jadilah aku anak yang baik,yang menyuap cermat nasihat2 mamanya ke dalam mulut tanpa tercicir satu pun,dikunyah2 lumat agar mudah dihadam dan akhirnya menjadi sebati dgn darah daging sendiri.Biar sentiasa dibawa ke sana ke mari sampai mati =).
p/s:tiba2 terasa yg niqob itu indah=)
tapi rasanya jalan cerita novel Ayat2 Cinta lebih bagus dari filem.mana yg baik kita ambik,
mana yg buruk jgn ragu2 nak buang.servis filter kamu selalu ok?=)

Thursday, October 2, 2008

Salam rayee=)

Bismillaah..

KEtupat
LemANg kuKUs
REndAng RusA
RenDAng DagING
rENDang AyaM
LOpEs De SquEra
sAte AyaM-SetarAF sATe kAjANG yg FAmoUS TU=)
sUP dAgiNG
kEK cHoc SupERmoiST cubAAn pERtaMA aNa yg GAgAL (MaaF ye SY x PerNAh bERJAya UTK cuBAAn PERTama=/.Yup,xPerNAH ada DAlAM reKOd LG)
Kek OREn
Kek CarrOT
aIr RIbeNA
mAnggA koRDiAl
OrEN 'BiNG'
bISkuT Oat YG cRUncHY
bISkut CHOc CHIp
TarT NeNas
dAN beRAnekA JeniS KUIh 'TunjUK' sERTa kEREpek-mERepEK..eHee..

Nak RAsa?JEmputla dataNG RUmaH YE.seMentARa stok MasIH adA...HeHe

SeLAmAT hARi rAyA SemuA oraNg,MaaF zaHIR bAtin
Ha,nk BAgitAU TAhun ni Baju Raya SY aDA WaRna uNGU,hiTAM+PUtiH DAn BiRU kElAut2An.aDa yg SEdonDOn?HUhu..


-iSK..aSAl beR'SaYA2' PUlaK NI?
Da Dua TAhUN x SAlAM TaNGan BaBa WakTU rAYa='(

Monday, September 22, 2008

Percaya Dia percaya aku

Bismillaahirrahmaanirrahiimm..

Percaya kata janji-Mu
Kerna ku yakin apa digenggam-Mu...

Mama suruh aku yakin.Jadi aku kena yakin.Biar sesusah mana pun aku kena yakin dgn apa yang aku mintak.
Mama,ana sebenarnya memang rasa susah sangat kadang2.isk3..=(

Bila fikir2 balik mungkin kegagalan demi kegagalan aku yang lepas berpunca dari sikap kurang yakin aku.Even benda tu dah ada dalam mulut tinggal nak kunyah nak telan aku masih boleh terfikir 'eh,betul ke ni?betul ke apa yg aku bakal dpt ni?Macam tak percaya'
Phrase macam tak percaya tu kdg2 macam dah jadi motto hidup aku.Entahla..

Aku kena belajar untuk percaya,untuk yakin.Bukan pada sesiapa pun pada Tuhan dan diri sendiri jugak..Aku kena belajar untuk percaya yang aku deserve untuk apa yang aku telah usahakan..hmm..percaya.

Percaya Dia percaya aku..

Friday, September 19, 2008

Kurus dan nafsu..

Bismillaahirrahmaanirrahiim...

Bulan puasa ni badan aku makin kurus..emm setidak-tidaknya aku rasa macam tu walaupun mungkin orang lain nampak sama je.Dan aku buat assumption ni berdasarkan naluri sendiri.Tak timbang pun.hehe tapi rasanya aku memang makin kurus.
Bila tengok badan aku yang makin sekeping ni terdetik dalam hati aku,kan best kalau nafsu aku pun ikut makin kurus..Selamat dunia akhirat insya-Allah..Kan best kalau nafsu makin kurus iman makin menggebu.Kan best kalau penggunaan kata senipis kulit bawang tu digunakan untuk nafsu-nafsu yang senipis kulit bawang bukan iman yang senipis kulit bawang.Kan best,kan?kan?
Tapi siapalah antara kita yang dgn yakinnya boleh berkata iman kita di tahap ini atau ini.Bagi aku iman itu adalah sesuatu yang payah untuk diukur.Atau mungkin tak boleh diukur.Nak tau tahap iman kita,mungkin melalui ujian-ujian yang disediakan Allah.Macam kita yang selalunya berhadapan dengan exam untuk tahu tahap kefahaman kita dalam sesuatu subjek tu kan.Macam tu lah.

Em sekarang ramadhan dah masuk bahagian maghfirah,bahagian pengampunan.Banyak-banyakkan istighfar ok?Moga dosa-dosa kita sama-sama diampunkan.Dan bila tiba sepuluh malam terakhir kita sama-sama cari malam lailatulqadar,nak tak?Literary meaning-makin lipat gandakan lagi ibadah yang sedia ada.Insya-Allah tak ada penyesalan untuk ramadhan yang bakal pergi ni.

Dan sepanjang ramadhan ni hujan turun dengan meriahnya kat sini.Bak kata seorang kawan dgn santainya 'aku rasa Allah nak tolong kita hadapi ramadhan kali ni'-maksudnya,instead bagi cuaca yang panas membahang Allah bagi hujan yang sejuk dan menyamankan.Kurang sikit letih.Terima kasih Allah.Dan kelmarin aku,syaza,cik ayu dan dib ambil gambar banyak-banyak dalam hujan.Posing2 lebih kurang sudahh.Takut menyampah pulak orang-orang sekeliling yang dok usha2.huhu We really enjoyed the rain!=) alhamdulillah..

-Err kalau orang yang kurus fobia dgn kegemukan guna istilah aneroxia kan.Kalau org yang sedia kurus dan takut dgn kekurusan guna istilah apa ye?Err..

Monday, September 15, 2008

Turning point

In the name of ALLAH...

Gagal merancang merancang kegagalan..

Ramadhan is my turning point..insya-ALLAH
Mama,baba doakan ana ye=)

Saturday, September 13, 2008

Ramadhan dan LELAKI AGUNG..

Bismillaahirrahmaanirrahiim..


Ramadhan kali ini begitu meresahkan.Berlalunya juzuk-juzuk quran,helaian demi helaian itu meresahkan.Berakhirnya sejuzuk quran menandakan berlalunya satu hari ramadhan.Aku gelisah kerana itu.Tak tahu kenapa.Kalau ramadhan itu bisa dijelmakan sebagai seorang manusia pasti sudah aku peluk erat tanpa gagal.Biar dia rimas asal dia tahu yang aku tak mahu dia berlalu.
Dan ramadhan ini bulan rindu bagi aku.Rindu untuk lelaki agung.Entah kenapa rasa rindu itu begitu kuat sehingga aku menangis tak kira waktu.Selalunya rasa rindu itu hadir hanya jika aku mendengar kisah-kisah agung tentangnya,mendengar bait-bait indah memujinya tapi ramadhan ini sedang aku duduk khusyuk menelaah pun hati aku boleh sesak tiba-tiba.Diasak-asak rindu yang mendalam kepada kekasih ALLAH yang satu itu menyebabkan bacaan ku tergendala seketika kerana melayan esak tangis yang menggila.Ahh..aku punya pengalaman yang pelik bersama ramadhan kali ini.Pelik kerana ini kali pertama aku begitu kerana selalunya aku hanya menangis begitu bila rasa keharuan datang tatkala mendengar sirahnya.Lebih dari itu aku bersyukur.Syukur kerana aku melampiaskan rindu ini kepada yang berhak lantaran hati aku ini yang belum layak dirantai mana-mana lelaki kerana belum ada sebarang ijab dan kabul antara aku dan mereka.Ya,hanya engkau saja yang berhak terhadap rindu ku ini wahai kekasih ALLAH.
Ya Rasulullah..rindu aku pada mu datangnya bersama kebimbangan.Datangnya bersama kegusaran.Aku bimbang tidak dapat bertemu mu,ya Rasul.Aku takut kau tidak akan mendengar suara ku yang memanggil2 engkau di mahsyar nanti.Merayu2 memohon agar cahaya di wajah mu dibiaskan sedikit kepada ku.Aku takut...sesungguhnya aku takut..kerana aku banyak menyakitimu.Melanggar ajaran mu.Lupa kepada mu.Layakkah aku menerima syafaatmu?Layakkah aku menerima pancaran cahaya gemilang mu?

Sebelum soalan itu benar2 terjawab di sana nanti,selawat dan salam ku hadiahkan pada mu selalu.Semoga engkau di sana menyambut salam ku dengan senyuman.



ALLAH..aku rindu='(

-Untuk ramadhan yang bakal pergi,bolehkah dia menjamin bahawa kelak bila dia kembali bersama putaran waktu, aku masih berada di sini menyambutnya dengan hati yang lapang?Ahh..aku mahu mencipta kenangan terindah bersama ramadhan kali ini kerana tiada jaminan untuk perkara di atas.Sekian..=)

13 Ramadhan 1429H

Friday, September 5, 2008

....

Kau Sahabat Kau Teman



Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami

Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan

Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan

Kau sahabatku kau teman sejati



Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti

Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami

Memori indah kita bersama terus bersemadi

Kau sahabatku kau teman sejati



Sudah ditakdirkan kau pergi dulu

Di saat kau masih diperlukanTuhan lebih menyayangi dirimu

Ku pasrah diatas kehendak yang Esa



( korus )

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia

Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu

Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini

Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu

Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan

Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau

Bagai semalam kau bersama kami



( korus )

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana

Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan

Moga di sana kau bersama para solehin

Kau sahabatku kau teman sejati





-paah..ini untuk lima tahun kita yang bersama..

Thursday, September 4, 2008

Paah...='(

Bismillaahirrahmaanirrahiim...


Hari ini aku belajar betapa kerdilnya menjadi seorang ‘aku’ di hadapan Allah.Hari ini aku belajar untuk ke sekian kalinya bahawa tak semua yang kita harapkan menjadi kenyataan.Hari ini juga aku belajar yang harapan itu mudah saja diwujudkan dan dengan mudah saja dilenyapkan.

Dan hari ini…paah ‘pergi’ untuk selama-lamanya…

Ironinya,baru beberapa jam lepas aku menyangka yang aku sudah menyampaikan khabar gembira di friendster,menyatakan kepada rakan-rakan batch bahawa paah semakin pulih,bahawa kita tak perlu risau dan hanya teruskan berdoa…dan beberapa minit yang lepas aku pula dibalas dengan berita sedih oleh beberapa kawan yang paah sudah tiada.

Ironinya,sebelum itu aku menghantar pula entri di bawah menyatakan betapa syukurnya aku
bahawa paah ada harapan untuk pulih,mungkin akan ‘discharge’ dalam masa 2 minggu sambil aku berkira-kira yang aku mungkin tak sempat menjenguk paah di hospital pada cuti raya nanti memandangkan mungkin paah telah selamat pulang ke rumah…iya,paah telah pulang,pulang ke tempat asalnya.Ahh..aku memang tak berkesempatan langsung bertemu paah rupanya.

Ironinya,dalam masa kurang lebih 24 jam aku percaya bahawa Allah telah menunjukkan sedikit demi sedikit Dia mengabulkan doa aku mengharapkan paah akan pulih seperti biasa,’she’ll be fine,jz matter of time’. dan sekarang aku terpaksa menerima hakikat bahawa doa aku itu mustahil untuk dikabulkan.Allah knows best.

Allah…Allah…Allah..
Mungkin ini caranya Kau mengingatkan aku bahawa manusia sekerdil aku sehina aku hanya mampu merancang,berharap,berdoa tapi akhirnya tetap saja Engkau yang menentukan.
Dan yang paling pasti inilah caranya Kau mengingatkan kami tentang kematian.Bahawa kematian itu pasti dan akan datang dengan pelbagai cara,mungkin dengan cara yang paling kurang kita jangkakan.3 tahun dahulu sewaktu kami masih bersama berjihad di semesti siapa yang menyangka bahawa paah akan menghidap penyakit itu dan mati kerananya?

Perginya paah dalam bulan ramadhan,bulan penuh keberkatan,dalam keadaan sabar menanggung sakit,dalam keadaan gugur dosa-dosanya kerana penyakit yang ditanggung…insya-Allah..
Perginya kita bagaimana pula kawan-kawan?

Hari ini kita menggunakan perkataan ‘arwah’ untuk paah…hari esok?
Hari ini kita menangis untuk teman yang telah pergi…Hari esok?Mungkinkah kita yang akan ditangisi?

Ahh..umur yang ‘baru 20’ ini tak mampu menjadi tembok penghalang si malaikat maut pencabut nyawa rupanya…

Dan untuk kawan yang kamu masih boleh dengar ketawanya,suaranya,yang masih boleh kamu sentuh dan menyentuh kamu,yang masih boleh kamu pandang dan memandang kamu.Hargailah…kerana apabila Allah mengambilnya dari kamu hatta dalam mimpi pun kamu tak akan mampu mencapainya kembali.

Semoga paah tenang di sana…disambut aman dua ‘penjaga’ sebelum bertemu Tuhan yang Esa.

~Al Fatihah~
3 Ramadhan 1429H

she'll be fine...alhamdulillah=)

Bismillaahirrahmaanirrahiim...

'paah recovering...sakit sbb baring,bhgn bwh bdn luka...bhgn atas dah kering..took time,mayb 1/2 month..ad patient b4 mcm paah,tp dah discharge..doc in charge of d ward i knew her..my facy last sem.she's very gud...so dun wory...she'll be fine,jz matter of time'

Terima kasih Allah untuk berita ini=)
..and thanks to lee of course=) (^-^) V

Kawan sekolah aku-farah fatin jamil menghidap sakit pemphinus vulgaria.
Semoga Allah ampunkan dosa-dosanya.

Thanks kepada yang sudi berkongsi kerisauan dengan aku=)



~Selamat berpuasa semua=)

Monday, August 18, 2008

Bila kamu memanggil,aku akan berhenti..

Lututku sakit
Luka berdarah
Kerana tersadung tersalah langkah
Aku berhenti
Berehat di tepi
Memandang ke depan
Dengan hati yang sepi

Aku di sini
Aku sendiri
Memeluk tubuh
Yang makin rapuh
Menunggu kamu
Menghulurkan tangan
Bersama segaris senyuman
Yang menghangatkan
Memimpin aku
Menuju ke depan

Menunggu dan terus menunggu…

Akhirnya aku melangkah sendiri
Biar perlahan aku mahu ke depan
Namun sesekali aku menoleh
Mengharap bayang kamu
Hadir di belakang
Mendepangkan tangan
Bersedia menyambut aku
Jika aku terjatuh lagi

Aku berjalan dan terus berjalan
Biar gerakku pincang
Biar rentakku sumbang
Aku teruskan
Dan ada air hangat yang mengalir
Bersama peritnya luka
Ahh,aku perlukannya

Kerana aku tahu kamu memerhati
Dari kejauhan itu
Tanpa cuba mencapai aku
Maka aku terus melangkah
Biarpun luka semakin parah
Dengan satu JANJI tersemat di hati
BILA KAMU MEMANGGIL
AKU AKAN BERHENTI

-Yasashii manazashi ne anata ni...aitai

Saturday, August 16, 2008

'I am a modern people but with conservative minded'

Bismillaah..


120808

Event:Kuliah Prinsip Amalan Dan Pengurusan

Tempat:DKP 3

Masa:2.00-4.00 ptg


Dr Vivin Vincent tak pernah gagal menjadikan kuliahnya menarik.Tak pernah gagal membuat pelajarnya ketawa mendengar celotehnya.Walaupun pada awal kuliah hari itu dia melangkah masuk ke kelas dengan mood yang sedikit 'swing' dan beberapa kali mengulang formula ciptaannya-science student=D.U.M.B dengan suara yang tinggi dan menyakitkan hati, menyebabkan semangat belajar aku hampir-hampir terbang dan mood aku hilang.Menyebabkan aku duduk dalam posisi yang 'layu' dengan ekspresi 'malas' terpampang jelas di muka.Namun,itu tidak lama.Dalam masa kurang dari setengah jam Dr Vivin berjaya membuatkan aku duduk tegak kembali,memandang 'straight' ke mukanya kerana kuliah hari itu seperti minggu-minggu yang sebelumnya menarik seperti biasa.

SOCIAL RESPONSIBILITY AND MANAGERIAL ETHICS.Terlalu banyak yang dikupas oleh Dr Vivin untuk tajuk yang ini.Contoh-contoh yang diberikan terasa begitu dekat kerana hampir setiap hari terhidang di depan mata.Namun aku menulis di sini bukan berniat untuk mengulas panjang isi kuliah Dr Vivin.Cuma ada satu bahagian daripada kuliah hari itu yang benar-benar menarik perhatian aku.Satu bahagian.Menarik tapi menyedihkan.Menarik tapi menakutkan.

Waktu itu Dr Vivin sedang mengulas mengenai etika berpakaian dan seperti biasa bila tiba soal pakaian, pelajar perempuanlah yang selalu ter'kena'.Dr Vivin melahirkan rasa hairan dan peliknya melihatkan pelajar perempuan sekarang yang rata-ratanya lebih suka memakai a-six year-old-size-shirt.Spontan dengan itu Dr Vivin bertanya:

'Ok this is for girls only,now tell me who feels like wearing this kind of clothes,a-six-year-old cloth is totally wrong because it againts my belief,it againts my religion or whatsoever.Raise up your hand'

dan dia bertanya lagi:

'Who feels like it's ok for me.I don't have any problem with it,raise up your hand'


soalan terakhir:

'Who says that she don't know.Raise up your hand'

Malangnya aku duduk di barisan kedua paling hadapan jadi aku tak dapat melihat berapa ramai yang mengangkat tangan untuk setiap soalan.Tapi perempuan yang duduk di depan aku which obviously wearing 'that kind of shirt' didn't raise her hand for any of the questions.Sebabnya..??Entah..Mungkin dia cuma tak nak mengambil bahagian dalam 'survey' tersebut.Atau dia sendiri tak pasti dia berada di bahagian mana walaupun pakaiannya jelas menunjukkan dia positif untuk soalan nombor dua.Atau mungkin dalam hatinya dia berkata,'fikir sendirilah Dr Vivin.You clearly see the way i dress,you should've guessed which quest would i raise my hand'.Heh..andaian aku.Wallahualam.

Tapi apa yang membuatkan aku tersentak dan berasa malu bila ada pelajar muslim yang mengangkat tangan untuk soalan ketiga-I DON'T KNOW dan serentak dengan itu Dr Vivin menuding jarinya ke arah pelajar tersebut sambil mengeluarkan ayat yang bagi aku sangat sarcastic,sangat menyakitkan (walaupun mungkin dia tak berniat macam tu) dan seharusnya setiap muslim yang mendengar berasa malu.Terutamanya pelajar perempuan tersebut.

'You're a muslim but also you don't know ya?'

Frasa YOU'RE A MUSLIM itu yang sebenarnya membuatkan aku tersentak.Perempuan itu yang ditanya tetapi aku yang merasa terpukul.YOU'RE A MUSLIM..Untuk beberapa ketika ia berulang-ulang dalam kepala.YOU'RE A MUSLIM..

Yes,i am a muslim..

Soalan yang ditujukan Dr vivin kepada pelajar tersebut menunjukkan yang dia 'aware' the way that a muslim girl should dress.Kalau pun dia tak tahu detail 'dress code' seorang perempuan muslim tapi yang pastinya dia mungkin telah membuat jangkaan awal yang semua pelajar perempuan muslim dalam kuliah hari itu akan mengangkat tangan untuk soalan pertama.Tapi the result sangat memalukan.Tak semua mengangkat tangan untuk soalan pertama.Ramai yang terpinga-pinga atau melihat-lihat kawan di sebelah sebelum mengangkat tangan.Kenapa ya?Aku memandang situasi ini sebagai satu situasi yang menyedihkan dan menakutkan.Marah?Geram?Itu pasti.Rupa-rupanya ramai antara saudara-saudara aku yang masih lagi kabur,tak dapat melihat bagaimana sebenarnya imej yang harus dibawa oleh seorang perempuan muslim.Dan kekaburan itu berpunca dari siapa?Dari apa?Lu pikirlah sendiri..heh

Tapi pada fikiran aku kekaburan itu datangnya dari sikap individu itu sendiri.Sama ada sikap tidak mahu mengambil tahu, atau tahu tapi buat-buat tak tahu (ha,yang kedua ni aku hangin sikit!).Kalau aku diajukan soalan mengapa aku menutup aurat-bertudung menutup dada,berpakaian longgar,berstoking,ber'arm socks',jawapannya mudah kerana aku mahu cuba sedaya-upaya mengikut apa yang digariskan dalam al-quran walaupun jelas pada mata yang memandang bahawa aku belum cukup sempurna dalam menutup aurat,masih banyak lagi yang perlu diperbaiki tapi aku berusaha.Biarpun nampak rimas,panas,selekeh,tak up-to-date,tak stylo (pada mata sesetengah orang) aku akan terus mencuba.No kompromi!Kurang dari itu sebenarnya aku memikirkan bahawa aku satu-satunya 'puteri' dalam keluarga.Aku adalah maruah mama dan baba.Pesan mama dan baba supaya aku menjadi anak yang solehah yang sentiasa mendoakan mereka dan sentiasa menjaga maruah walau di mana aku berada sentiasa tersemat di hati.Itu tanggungjawab aku.Itu bakti aku kepada mereka sebagai seorang anak kerana sehingga aku berkahwin dosa aku akan turut ditanggung oleh baba.Aihh..aku tak sanggup mengheret baba ke pintu neraka!Nauzubillah!

Sebaik sahaja seorang perempuan melangkah keluar dari rumahnya,maka berduyun-
duyun syaitan datang mengiringinya,'menghiasnya' supaya cantik di mata lelaki
-halaqah 2007-

Aku cuba untuk tidak emosi di sini.Kalau nak diikutkan hati yang marah mungkin bahasanya menjadi kurang enak.Pelik bagaimana seorang muslim menjadi tidak tahu atau ragu-ragu tentang suatu perkara yang bagi aku cukup simple untuk difahami,paling basic dalam Islam-aurat seorang perempuan itu adalah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan.Mungkin mereka ada masalah sendiri.Mungkin juga kerana mereka tidak peka pada ayat ini:


Katakanlah kepada wanita yang beriman:"Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kehormatannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau hamba-hamba yang mereka miliki, atau orang gaji daripada lelaki tua yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang beriman supaya kamu berjaya.
(24:31)


Nah,siapa wanita beriman itu?Saya2!Kamu2!Kita2!Makanya ayat ini untuk kita wahai perempuan-perempuan yang beriman.Atau kamu mahu mengaku bahawa kamu tidak beriman?Berani,cubalah!Dan kamu akan tergolong dalam manusia yang paling rugi di hari akhirat kelak.

Kalau kamu yang membaca ini sempurna auratnya maka sampaikanlah pada mereka yang belum sempurna.Sebaliknya kalau kamu tergolong dalam golongan 'tak tahu' tak ada alasan lagi selepas ini.Ayat di atas sudah cukup jelas.Selamatkan diri kamu maka kamu akan selamatkan ayah kamu,saudara-saudara lelaki kamu dan juga suami kamu dan tidak mustahil, lelaki-lelaki ajnabi yang sering kamu selisih tiap-tiap hari.

'I am a modern people but with a conservative minded'-Dr Vivin, bila mengulas soal berpakaian seorang perempuan.Nak je aku akan tangan dan berkata,'Well dr,a lot of people here need your conservative minded,you don't have to say sorry,instead you should feel sorry'..ehe.Mungkin aku akan dilempang secara berjemaah jika aku suarakan statement di atas atau paling kurang mendapat tenungan maut dari puluhan pasang mata orang2 yang siapa-makan-cili-dialah-yang-terasa-pedasnya.uhu..

'Wear clothe that is protecting you,not that is exposing you'-Dr Vivin
haa..yang ni aku angguk dan senyum..=)


-aihh..frust dgn fesyen baju zaman sekarang-baju dah labuh lengan pulak pendek,lengan dah panjang baju pulak pendek,baju dah labuh lengan dah panjang,sendat la pulaakk..aish.

Monday, August 11, 2008

Hujan..

Bismillaah...

Hujan turun renyai-renyai.Mengingatkan aku pada orang-orang yang aku sayang.

'Ya Allah,permudahkanlah urusan adikku Anwarul Iman.Kurniakanlah dia kejayaan di dunia dan akhirat'

'Ya Allah selamatkanlah...Berikanlah dia petunjuk dan hidayah-Mu.Selamatkanlah orang-orang yang aku sayang.Selamatkanlah kami ya Allah'

ameen

Saturday, August 9, 2008

OK aku faham..

Bismillaah..


Ok..semalam aku pergi ke rumah Sam.Pergi ambil barang yang perlu dibawa untuk family day hari ni (pagi sampai petang tadi).Sambil tu niat nak ziarah mak sam.Lama tak jumpa sejak aku menumpang raya rumah sam tahun lepas.Jadinya bila dah sampai rumah sam biasalah kami dijamu2 (aku,amid dan semi).Dijamu dgn kuih 'jatuh bangun' (kata amid) ngan kuih apa tah lagi satu tu.tapi sedapla dua2 kuih ni.1st class!Tak caye tanya budak2 yang meeting family day malam tu.Kuih sam disapu bersih.huhu terutamanya kuih 'jatuh bangun'.hehe

Tak cukup dengan tu kami dijamu pulak dgn nasi.Perggh..bes gile.Dalam hati,alhamdulillah hari ni save budget makan malam.huhu dan part paling best bila mak sam kata aku dah gemuk sikit.yes!aku hepi.Aih,perkataan 'gemuk' boleh buat aku gembira.Bukan senang nak cari perempuan yang boleh senyum riang bila orang kata 'awak nampak gemuk sikitla'-aku dalam seribu.huhu

Sebelum maghrib,sebelum hari mula gelap kami balik.Rumah sam dekat je dengan UMS.20 minit perjalanan kot.Kami tunggu bas di tepi jalan besar.Sepanjang waktu menunggu tu boleh dikatakan kami asyik gelak je.Kelakar tengok gelagat pemandu-pemandu di Sabah yang peramah habis.Haha.Entah berapa kali kami kena 'pinn!' (bunyi hon),kena lambai,kena 'peace'.OK..Kami faham mereka memang peramah.Dan setiap kali, kami bagi senyuman yang paaaaaaaaaling manis.huhu Tapi yang paling tak tahan bila kami nampak ada satu bas ni macam nak berhenti ambil kami.Sam dah pesan jangan naik bas tu,mahal,tambang kena bayar singgit.Baik ambil 'van penumpang'(main taram je nama dia ne.huhu).Tambang 50 sen je.Jadi kami pun buat dekk jela.Tapi bila bas ni makin dekat dengan kami dia 'pinn2!'.Buat bingit jek.Aku buat dekk.Amid dah geleng2 tanda tak nak naik bas tu.Sam dengan semi tengok je dengan muka 'zero'.Rupa-rupanya kami kena 'dummy'.Bas tu bukan nak berhenti ambil kami tapi dia just nak lalu 'dekat' dengan kami.Bas tu dah penuh pun dengan budak-budak Politeknik yang semuanya berbaju biru.Kecoh sekejap tempat kami tunggu bas tu dengan bunyi hon bas dan siulan-siulan budak-budak lelaki tu.Walaupun untuk beberapa saat je kesannya kami gelak entah untuk berapa lama baru dapat berhenti.haha.Memang sengal.Masing-masing buat ekspresi-'apakah?'.hahaha Nasib baik kami memang dah decide tak nak naik bas tu kalau tak mesti malu habis.Ingatkan bas berhenti nak ambil penumpang,rupanya bas 'dummy' nak sapa penumpang.huhu.


Baiklah aku faham..orang sabah memang peramah.huhu

Thursday, August 7, 2008

Painkiller lagi...

Yakinlah pada Tuhan
Tidak semua yang dirancang menjadi kenyataan
Kerana itu fitrahnya
Atau tiba-tiba sahaja halangan mendatang
Kita harus percaya
Ini tidak bermakna berakhir segala-galanya
Dan akhirnya kita akan muncul di tangga teratas
Jadi biar apa pun yang kita lakukan
JANGAN MENGALAH
Kita mesti teruskan usaha
Biar bagaimanapun hidup kita beredar
Kerana apa yang menanti kita di hadapan sana
Tiada siapa yang tahu
Kita harus percaya
Bahawa yang baik itu pasti akan menang
Dan tak lama lagi
Ada sebab untuk kita bergembira
Jadi, biar apa pun yang kita lakukan
JANGAN MENGALAH!





-INI sajak kegemaran aku.Bila aku rasa sedikit 'down' aku akan baca sajak ni (maksud aku baca la.Baca dalam hati,bukan deklamasi tau.pehh,xdapat bayangkan sedih je bersajak.huhu) dan rasa 'down' tu akan surut sedikit.Sajak ni dipetik dari novel JULIA.Novel kegemaran aku juga.Novel untuk subjek KOMSAS tingkatan 5.

Pelik,tapi benar.Sajak ni sebenarnya diberikan pada aku oleh seseorang yang tinggalkan luka paling dalam di hati (eceh!).Macam dia tau suatu hari nanti yang dia akan lukakan hati aku makanya dia hadiahkan sajak ni terlebih dahulu supaya nanti sajak ini boleh kurangkan sedikit sakit yang dia bagi.Mungkin.Perancangan ALLAH.Kebetulan itu tak pernah wujud betul tak?Perancangan-perancangan ALLAH yang teliti dan misteri inilah bagi aku yang membuatkan hidup itu lebih menarik.Pernah aku terfikir kenapa hidup kalau akhirnya mati?Kenapa sayang kalau akhirnya hilang?Kenapa ketawa kalau akhirnya luka?Kenapa bertemu kalau akhirnya berpisah?Kenapa?

Kamu ada jawapan?

ALLAH ada jawapannya dan kalau kamu meminta DIA akan memberi dengan cara-Nya sama ada kamu sedar atau tidak.Ini mengikut pengalaman aku sendiri.Satu konsep yang aku pegang jika diuji aku redha,jika diuji aku sabar maka hikmahnya akan datang sendiri.Bagaimana untuk merasa tenang apabila diuji?Bersangka baik dengan ALLAH.Bukankah ujian itu tandanya ALLAH sayang.Aku sendiri yang meminta,'Ya ALLAH dekatkanlah diri aku pada-Mu' dan jika hanya dengan ujian aku lebih dekat pada-Nya maka aku terima.Dan aku punya banyak perkara untuk aku berasa bersyukur.Kerana walau seberat mana pun ujian aku masih mampu mengenyangkan perut yang lapar,masih mampu ketawa,masih sihat,masih bernafas,masih mampu menuntut ilmu,masih mampu bersolat dengan aman berbanding dengan ujian-ujian yang dibentangkan oleh ALLAH untuk mereka di luar sana dan kalaupun ditakdirkan ujian untuk aku adalah yang paling berat antara segala ujian maka aku tetap harus bersyukur untuk iman yang masih ada.Biarpun senipis kulit bawang.Kerana jika iman itu ditarik aku tak punya apa-apa.Kisahnya sahabat-sahabat nabi yang terdahulu yang menjadi kekuatan kepada mereka untuk melawan musuh adalah iman mereka yang kental kan?Tentu kamu masih ingat kisah bilal bin rabah r.a yang dipakaikan baju besi dan dijemur di tengah panas,ditindih dengan batu.Waktu itu apalah yang dia ada.Fizikalnya terlalu lemah dan di kelilingnya tak ada siapa yang membantu.Dia hanya menyebut 'ahad..ahad'.SUBHANALLAH..Itulah iman.Imannya yang berikan dia kekuatan.Imannya merupakan sumber energi untuk dia terus bertahan.Bayangkanlah hidup tanpa iman,hidup tanpa ada kepercayaan pada ALLAH,masyaALLAH xtergambar!Dan kalau aku punya banyak masa untuk mengeluh,'aduh,panasnya arini' 'alamak,hujan la pulak','aaaa banyaknya keje!!!' seharusnya aku luangkan lebih banyak masa lagi untuk aku bersyukur kerana terlalu,teramat,tersangat banyak perkara yang perlu aku bersyukur sebelum aku mengatakan,'betapa malangnya nasib aku hari ini'.



-Dan kalau dalam aku diuji aku masih dapat solat dengan aman,tenteram,khusyuk maka aku berkata,'tak apa ya ALLAH aku masih selamat'=)














Sunday, August 3, 2008

Aku 'copy' je yang ini.

PENGENALAN

Rejab 1429 telah pun melabuhkan tirai. Sya'ban kini dan Ramadhan menanti. Semakin terasa dekatnya diri ini untuk bertemu dengan bulan mulia lagi penuh rahmat itu. Namun seringkali dilupai bahawa di penghujung bulan Rejab berlaku suatu peristiwa yang besar dan penuh bermakna bagi seluruh umat Islam khususnya. Peristiwa yang dimaksudkan ini ialah peristiwa Israk Mikraj yang berlaku pada malam 27 Rejab tahun ke-11 daripada kerasulan Nabi Muhammad S.A.W menurut jumhur ulama.Terdapatnya sedikit khilaf dalam menentukan tarikh dan waktu sebenar berlakunya peristiwa Israk Mikraj ini sebenarnya. Namun itu bukanlah suatu perkara yang perlu dipanjangkan pedebatannya. Apa yang terlebih penting adalah peristiwa ini benar-benar berlaku kepada Rasulullah S.A.W. kerana ia ada dinyatakan oleh al-Quran al-Karim dan diceritakan sendiri oleh Rasulullah S.A.W. dalam hadisnya yang telah diriwayatkan oleh para ulama secara sahih lagi mutawatir sehingga tidak boleh dipertikaikan lagi.Matlamat penting daripada peristiwa Israk Mikraj ini adalah pengajaran yang besar apabila Rasulullah S.A.W. dijemput oleh Allah SWT menjadi tetamuNya pada malam yang sangat bersejarah itu. Para ulama telah mencapai kata sepakat bahawa sesiapa yang meragui atau langsung tidak mempercayai peristiwa Israk Mikraj ini maka hukumnya adalah kafir.Sungguhpun peristiwa luar biasa Israk Mikraj yang terjadi itu nampak mustahil dapat dijangkau oleh alam pemikiran manusia namun selaku umat Islam maka wajib percaya dan yakin bahawa Israk Mikraj yang ditempuhi serta dialami oleh Nabi Muhammad S.A.W. adalah benar dan berlaku dengan roh dan jasadnya sekali. Imam Nawawi menyatakan bahawa perkara sebenar yang telah disepakati para ulama dan begitu juga para sahabat bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah diIsrak dan dimikrajkan oleh Allah Taala dengan roh dan jasadnya sekali.Israk dan Mikraj adalah dua peristiwa yang amat besar dan luar biasa yang dialami oleh Nabi Muhammad S.A.W. dan dianggap sebagai satu penganugerahan yang tinggi nilainya dari segi kerohanian. Kedua-dua peristiwa itu adalah kurnia Allah Taala kepada baginda untuk memperlihatkan tanda-tanda keagungan dan kekuasaanNya. Segala-galanya boleh berlaku dengan kehendak dan kekuasaan Allah Taala selaku Pencipta dan Pentadbir alam semesta.

PENGERTIAN ISRAK DAN MIKRAJ

Israk bererti perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. dari Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Bait al-Maqdis Palestin. Peristiwa ini ada terakam di dalam Al-Quran.

Firman Allah Taala bermaksud:Maha Suci Allah yang telah menperjalankan hambaNya (Muhammad) pada suatu malam dari Masjid al-Haram (di Mekah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin) yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
(Surah al-Israa: ayat 1)

Sementara itu Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. dari Masjid al-Aqsa ke Sidrat al-Muntaha di langit ketujuh dekat singgahsana Allah Taala sepertimana yang digambarkan oleh Al-Quran.

Firman Allah Taala bermaksud:Dan sesungguhnya (Muhammad) telah melihat (Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) pada waktu yang lain. (iaitu) Sidrat al-Muntaha. Di dekatnya terletak syurga tempat tinggal (Jannat al-Makwa). (Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) ketika Sidrat al-Muntaha itu diliputi oleh sesuatu yang meliputinya. Penglihatannya (Muhammad) tidak berpaling daripada yang disaksikannya itu dan tidak (pula) melampauinya. Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) TuhanNya yang paling besar.
(Surah an-Najm: ayat 13-18)

Dapatlah disimpulkan di sini bahawa peristiwa Israk Mikraj adalah sebagai satu perjalanan kilat Nabi Muhammad S.A.W. pada malam hari di atas kehendak dan keizinan Allah Taala dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa dan kemudian naik ke langit sampai ke Sidrat al-Muntaha bahkan menembusi tujuh lapis langit lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.

SEBAB KEPADA ISRAK MIKRAJ

Bulan Rejab iaitu tahun ke-11 dari kerasulan Nabi Muhammad S.A.W. disifatkan oleh ahli sejarah sebagai tahun dukacita bagi baginda berikutan dengan dua musibah yang menimpa baginda secara berturut-turut. Iaitu kehilangan dua insan yang baginda sayangi berikutan kewafatan Khadijah (isteri baginda) dan kemudian disusuli pula dengan pemergian Abu Talib (bapa saudara baginda).Musibah yang menimpa itu mempunyai pengaruh besar terhadap diri Nabi Muhammad S.A.W. Baginda merasakan ruang untuk pergerakan dakwah di Makkah semakin sempit dan keselamatan diri turut terancam. Keadaan ini mendorong baginda untuk berpindah ke Thaif dengan harapan agar penduduknya menerima seruan dan bersedia membantu perjuangannya. Namun segala harapan baginda hancur kerana penduduk Thaif bukan saja tidak mahu memberi perlindungan kepada baginda malah baginda dicaci dan dihina dan pelbagai lagi.Nabi Muhammad S.A.W. kembali semula ke Makkah dengan perasaan hampa dan dukacita. Lalu Allah Taala menganugerahkan Israk Mikraj yang antara lain bertujuan untuk menghibur dan memantapkan iman Nabi Muhammad S.A.W. Sebab kepada Israk Mikraj ini adalah antara sebab musabab berlakunya peristiwa ini namun semuanya di atas kehendak dan ketetapan dari Allah Taala.

PERJALANAN ISRAK DAN MIKRAJ

Telah disebut pada suatu ketika Nabi Muhammad S.A.W. sedang duduk di tepi Kaabah lalu datanglah malaikat Jibril A.S. dengan seekor Buraq untuk membawa Nabi Muhammad S.A.W. dalam peristiwa Israk Mikraj ini. Dari segi bahasa Buraq bererti kilat cahaya. Ia sejenis makhluk menyerupai haiwan. Saiznya besar sedikit dari khimar dan kecil sedikit dari baghal. Buraq dijadikan oleh Allah Taala dari cahaya. Ia boleh melangkah sejauh mata memandang.Setelah itu berangkatlah Nabi Muhammad S.A.W. dengan ditemani oleh malaikat Jibril A.S. menuju ke Bait al-Maqdis dan baginda solat dua rakaat di situ dan menjadi imam kepada para nabi lain. Setelah selesai solat maka Nabi Muhammad S.A.W. telah dihidangkan dua bejana yang mengandungi dua jenis minuman iaitu satu bejana mengandungi susu dan satu bejana lagi mengandungi arak. Setelah itu Nabi Muhammad S.A.W. mengambil bejana yang mengandungi susu dan tindakan baginda memilih bejana mengandungi susu mendapat sanjungan dari Jibril A.S. kerana menepati fitrah manusia. Kemudian baginda dan Jibril A.S. meneruskan Mikraj ke langit pertama hingga ke tujuh.

KEJADIAN SEPANJANG ISRAK MIKRAJ

Di sini Allah Taala memperlihatkan pelbagai gambaran kejadian aneh dan pelik sebagai balasan dari Allah Taala kepada hamba-hambaNya mengikut apa sahaja perbuatan yang telah dilakukan. Di antara yang kejadian yang diperlihatkan kepada baginda sepanjang Israk dan Mikraj adalah:

Baginda melihat orang yang bercucuk tanam mengeluarkan hasil yang banyak dan cepat. Inilah gambaran orang yang membelanjakan harta di jalan Allah Taala.

Baginda mencium bau yang amat wangi dari kubur Masyitah. Ceritanya: Sedang Masyitah menyikat rambut anak Firaun maka sikat yang digunakan itu terjatuh lalu Masyitah menyebut: Dengan nama Allah. Bertanyalah anak Firaun kepada Masitah tentang tuhan selain bapanya. Masyitah menjawab: Tuhanku dan tuhan bapa kamu adalah Allah. Anak Firaun memberitahu bapanya akan hal ini lalu Masyitah diugut oleh Firaun supaya kembali ke agama asalnya. Masyitah enggan dan tetap dengan pendiriannya. Lalu Firaun mencampakkan seorang demi seorang anaknya ke dalam air yang mendidih sehingga tiba giliran anak terakhirnya yang sedang disusui olehnya. Masyitah merasa sangat bimbang dan kesian akan anak kecilnya itu lalu Masyitah cuba melengah-lengahkan masa. Dengan kuasa Allah Taala maka bayi tersebut dapat berkata-kata lalu menyebut: Wahai ibuku! Sesungguhnya azab akhirat itu jauh lebih pedih dari azab dunia maka usahlah ibu menjauh-jauhkan diri kerana ibu di pihak yang benar. Lalu Masyitah melepaskan bayinya dan Firaun dengan segera mencampakkan bayi itu ke dalam didihan air. Masyitah berkata: Aku mempunyai permintaan iaitu supaya engkau (Firaun) mengumpulkan semua tulang dan menanamnya. Firaun berkata: Aku akan melakukannya. Lantas Firaun pun mencampakkan Masyitah ke dalam air didihan itu.

Baginda melihat sekumpulan manusia berpakaian compang-camping sambil memakan sampah-sarap serta rumput. Itulah gambaran golongan manusia yang enggan mengeluarkan zakat dan tidak bersedekah kerana sayangkan harta yang dimiliki.

Baginda melihat sekumpulan manusia yang mempunyai perut yang besar sehingga tidak terdaya lagi untuk bangun dan berdiri. Inilah gambaran manusia yang memakan hasil daripada perbuatan riba.

Baginda melihat sekumpulan manusia yang asyik memakan daging mentah dan busuk sedangkan di sisi mereka juga terdapat daging yang telah dimasak dan berkeadaan baik. Inilah gambaran manusia yang telah melakukan zina dalam hidup mereka sedangkan mereka sudah pun mempunyai isteri yang telah dikahwini secara sah.

Baginda turut melihat sekumpulan manusia yang sedang memecahkan kepalanya sendiri. Inilah gambaran manusia yang terlalu sibuk dengan hal-hal keduniaan sehingga lalai menunaikan kewajipan bersolat.

Baginda melihat sekumpulan manusia yang memotong lidahnya sendiri secara berterusan. Inilah gambaran manusia yang dalam hidup mereka suka menabur fitnah dan berbohong apabila berkata-kata.

Baginda melihat wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup membantu. Inilah gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya.

Baginda melihat wanita tergantung pada rambutnya serta otaknya menggelegak dalam periuk. Inilah gambaran balasan wanita yang tidak menutup auratnya.

Baginda melihat wanita berkepala seperti babi dan badannya seperti kaldai dan menerima berbagai-bagai balasan. Inilah gambaran wanita yang suka membuat fitnah dan bermusuh dengan jiran dan membuat dusta.

DIFARDHUKAN SOLAT LIMA WAKTU

Daripada pelbagai kejadian yang disaksikan sendiri oleh Rasulullah S.A.W. ini ada suatu hal yang amat besar dan penting yang melibatkan proses peribadatan umatnya iaitu perintah Allah Taala agar melakukan ibadat solat fardu.Sewaktu tiba di Sidrat al-Muntaha maka Rasulullah S.A.W. telah menerima perintah Allah Taala iaitu perintah melakukan ibadat solat untuk seluruh umatnya sebanyak 50 waktu sehari semalam. Sebaik sahaja menerima perintah tersebut tanpa banyak bicara baginda dan Jibril A.S. bersiap sedia untuk turun ke bumi.Pada masa inilah baginda bertemu dengan Nabi Musa A.S. yang bertanyakan hal itu kepada baginda. Setelah mendengar penjelasan Nabi Muhammad S.A.W. maka Nabi Musa A.S. berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu dan mintalah sedikit keringanan kerana bilangan tersebut tidak akan terdaya dilakukan oleh umatmu.Nabi Muhammad S.A.W. dan Jibril kembali mengadap Allah Taala. Jumlah bilangan waktu solat telah dikurangkan kepada 40 waktu. Apabila berjumpa Nabi Musa A.S. kemudiannya maka Nabi Musa A.S. meminta baginda kembali menemui Tuhan untuk meminta dikurangkan lagi jumlah tersebut. Setelah beberapa kali Nabi Muhammad S.A.W. berulang alik menemui Allah Taala dan pada akhirnya Allah Taala telah mengurangkan bilangan solat fardu tersebut menjadi 5 waktu sahaja.Apabila kembali semula maka Nabi Musa A.S. masih merasakan umat Nabi Muhammad S.A.W. masih tidak terdaya untuk melakukannya dengan bilangan 5 itu. Nabi Muhammad S.A.W. menyatakan bahawa beliau tidak akan mengadap Allah Taala lagi untuk memintaNya mengurangkan bilangan solat itu kerana baginda merasa malu untuk berdepan dengan Allah Taala.

PERTIKAIAN KAFIR QURAISY

Tiada alasan untuk menolak hakikat peristiwa Israk Mikraj yang dilalui oleh Nabi Muhammad S.A.W. dengan roh dan jasadnya sekali kerana baginda telah diIsrak dan diMikrajkan oleh Allah Taala. Sekalipun peristiwa Israk Mikraj itu adalah perkara luar biasa di sisi akal manusia tetapi bagi Allah Taala Yang Maha Berkuasa maka Dia boleh melakukan apa jua perkara yang dianggap pelik menjadi perkara biasa dan tiada yang mustahil bagiNya.Kalaulah peristiwa Israk Mikraj itu sekadar mimpi Nabi Muhammad S.A.W pergi ke Bait al-Maqdis dan juga mimpi naik ke langit tujuh maka kaum musyrikin Makkah tidak akan marah dan mempersenda baginda kerana mimpi adalah perkara biasa bagi semua orang. Bilamana kafir Quraisy menentang habis-habisan dan berusaha mati-matian menyangkal peristiwa Israk Mikraj yang berlaku dengan roh dan juga jasad Nabi Muhammad S.A.W. ini bererti dengan sendirinya mereka mengakui bahawa baginda telah diIsrak dan diMikrajkan dengan roh dan jasadnya sekali. Ini kerana mimpi bukanlah suatu yang luar biasa dan tidak menyebabkan orang bersengketa mempertikaikan jika ada orang yang mendakwa sedemikian rupa.Sekiranya Nabi Muhammad S.A.W itu sekadar mimpi naik ke langit sahaja maka tidak ada mustahaknya orang-orang kafir Quraisy mencabar baginda untuk membuktikan kebenaran ceritanya dengan menanyakan baginda berkenaan rupabentuk Masjid al-Aqsa serta jumlah pintu dan tiangnya dan juga perkara-perkara yang berkaitan dengan masjid tersebut.Pertanyaan kafir Quraisy mengenai keadaan rupabentuk Masjid al-Aqsa dengan tujuan untuk memerangkap Nabi Muhammad S.A.W. kerana mereka yakin seratus peratus bahawa baginda tidak pernah menjejakkan kaki ke Bait al-Maqdis. Sebaliknya apabila semua pertanyaan telah dijawab dengan betul maka mereka menjadi panik dan bingung. Mereka tahu bahawa Nabi Muhammad S.A.W. sebelum peristiwa ini sememangnya tidak pernah pergi ke Bait al-Maqdis tetapi mereka hairan bagaimana baginda boleh menjawab semua pertanyaan berhubung Masjid al-Aqsa itu dengan tepat. Mereka telah hilang punca dan mereka terpaksa membuat tuduhan bahawa Nabi Muhammad S.A.W. adalah seorang ahli sihir.Sememangnya tiada dalam ingatan Nabi Muhamamd S.A.W. tentang rupabentuk Masjid al-Aqsa kerana baginda sekadar dibawa singgah sebentar oleh Jibril A.S. untuk menunaikan solat dua rakaat. Bagaimanapun Allah Taala tidak akan membiarkan RasulNya terperangkap dalam percaturan jahat puak musyrikin Makkah yang cuba hendak memalukan baginda. Allah Taala datangkan Masjid al-Aqsa ke hadapan Nabi Muhammad S.A.W. Justeru itu Nabi Muhammad S.A.W. dapat melihat Masjid al-Aqsa dengan jelas sehingga mudah untuk baginda menjawab semua pertanyaan puak musyrikin.Orang yang beriman akan terus beriman dan makin bertambah kukuhlah iman mereka. Manakala orang yang tidak beriman akan terus kufur bersama kekufuran mereka. Semuanya telah dibentangkan di depan mata.

PENUTUP

Dari segala apa yang telah saya nyatakan ini maka sudah tentulah pelbagai pengajaran dapat diambil dari peristiwa Israk Mikraj ini. Ia bukanlah hanya sekadar cerita untuk didengar dan dibaca semata-mata namun jauh dari itu ia dapat dijadikan pedoman hidup selama kita di dunia ini. Semoga kita semua mendapat manfaat dari tulisan ini. InsyaAllah.‘Memberi dan Berbakti’Wallahualam.



*buluh adalah nickname bagi salah seorang moderator agama iLuvislam. Nama sebenar penulis adalah Muhammad Rashidi Abdul Wahab. Artikel dipetik dan disunting dari blog beliau, http://buluh.iluvislam.com

Kisah aku

kawan satu payung=)

Siapa kena timpa hujan?=)