Thursday, September 4, 2008

Paah...='(

Bismillaahirrahmaanirrahiim...


Hari ini aku belajar betapa kerdilnya menjadi seorang ‘aku’ di hadapan Allah.Hari ini aku belajar untuk ke sekian kalinya bahawa tak semua yang kita harapkan menjadi kenyataan.Hari ini juga aku belajar yang harapan itu mudah saja diwujudkan dan dengan mudah saja dilenyapkan.

Dan hari ini…paah ‘pergi’ untuk selama-lamanya…

Ironinya,baru beberapa jam lepas aku menyangka yang aku sudah menyampaikan khabar gembira di friendster,menyatakan kepada rakan-rakan batch bahawa paah semakin pulih,bahawa kita tak perlu risau dan hanya teruskan berdoa…dan beberapa minit yang lepas aku pula dibalas dengan berita sedih oleh beberapa kawan yang paah sudah tiada.

Ironinya,sebelum itu aku menghantar pula entri di bawah menyatakan betapa syukurnya aku
bahawa paah ada harapan untuk pulih,mungkin akan ‘discharge’ dalam masa 2 minggu sambil aku berkira-kira yang aku mungkin tak sempat menjenguk paah di hospital pada cuti raya nanti memandangkan mungkin paah telah selamat pulang ke rumah…iya,paah telah pulang,pulang ke tempat asalnya.Ahh..aku memang tak berkesempatan langsung bertemu paah rupanya.

Ironinya,dalam masa kurang lebih 24 jam aku percaya bahawa Allah telah menunjukkan sedikit demi sedikit Dia mengabulkan doa aku mengharapkan paah akan pulih seperti biasa,’she’ll be fine,jz matter of time’. dan sekarang aku terpaksa menerima hakikat bahawa doa aku itu mustahil untuk dikabulkan.Allah knows best.

Allah…Allah…Allah..
Mungkin ini caranya Kau mengingatkan aku bahawa manusia sekerdil aku sehina aku hanya mampu merancang,berharap,berdoa tapi akhirnya tetap saja Engkau yang menentukan.
Dan yang paling pasti inilah caranya Kau mengingatkan kami tentang kematian.Bahawa kematian itu pasti dan akan datang dengan pelbagai cara,mungkin dengan cara yang paling kurang kita jangkakan.3 tahun dahulu sewaktu kami masih bersama berjihad di semesti siapa yang menyangka bahawa paah akan menghidap penyakit itu dan mati kerananya?

Perginya paah dalam bulan ramadhan,bulan penuh keberkatan,dalam keadaan sabar menanggung sakit,dalam keadaan gugur dosa-dosanya kerana penyakit yang ditanggung…insya-Allah..
Perginya kita bagaimana pula kawan-kawan?

Hari ini kita menggunakan perkataan ‘arwah’ untuk paah…hari esok?
Hari ini kita menangis untuk teman yang telah pergi…Hari esok?Mungkinkah kita yang akan ditangisi?

Ahh..umur yang ‘baru 20’ ini tak mampu menjadi tembok penghalang si malaikat maut pencabut nyawa rupanya…

Dan untuk kawan yang kamu masih boleh dengar ketawanya,suaranya,yang masih boleh kamu sentuh dan menyentuh kamu,yang masih boleh kamu pandang dan memandang kamu.Hargailah…kerana apabila Allah mengambilnya dari kamu hatta dalam mimpi pun kamu tak akan mampu mencapainya kembali.

Semoga paah tenang di sana…disambut aman dua ‘penjaga’ sebelum bertemu Tuhan yang Esa.

~Al Fatihah~
3 Ramadhan 1429H

3 comments:

cato;patchi said...

Al-Fatihah untuk Arwah..

Semoga Rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan di tempat org2 yang beriman. Ameen.

fitriezwan said...

al-fatihah...

the raihan said...

Alfatihah, may Arwah recieve His utmost blessing, insya Allah.

Kisah aku

kawan satu payung=)

Siapa kena timpa hujan?=)