Monday, November 30, 2009

Sementara darah masih panas,hidup masih ghairah



Bismillaah



Mau mimpi setinggi langit

Damba diam di syurga Firdausi

Langkah jangan selenggang puteri

Biar gagah bak serikandi







Kaki serikandi (huh?): Biar busuk kaki,jangan busuk hati =)

Friday, November 20, 2009

Kalau ini adalah rindu dari lelaki...

Bismillaah…


Bersyukurlah bila berjauh dengan orang tersayang,
Kerana makin jauh makin sayang,
Makin jauh makin terkenang-kenang



Arep

‘Ana apsal ko balik lambat?Bebulu da aku basuh kain ari2’

‘Ala ko mmg bebulu pun kalo tak basuh kain.Apa masalah?’



Iman

‘bile ko nak balek ni..ktrg x upah maid la..balek awal sket bole x..xde org r nk basuh baju, msk,..bla bla bla..de ana sng sket..hahahahahahahahahhaha’

'helo air asia.sy nak batalkan tiket ke kl untuk selama2nya.terima kasih' >.<




Budak lelaki, suka berkias-kias.Menyampah I tau!=p


p/s:

Mama dan baba dah selamat memijak bumi Makkah yang mulia.Dah selamat berkumpul dengan lek ibah di rumah lek mon (lek=makcik dalam bahasa jawa).Alhamdulillaah semua sihat2 belaka.

Adam alhamdulillaah dapat 5A upsr dan jugak anugerah tokoh pelajar.Congrates Ja.haha.Mondok kat kelantan k pasni.hehe

Aufa si budak hitam sibuk buat tour rugby kata mak kat pantai timur.All the best beb!Makin hitam la ko.Aihh

Aku: Dalam baldi ada baju,dalam hati ada rindu...du...du...du~~ uhuk...huk...huk...

Wednesday, November 18, 2009

Yang kedua

Bismillah


Lama tak jejak.Sangat2 lama tak jejak sebab selama ni aku diam2 mengharamkan kaki ke tempat itu.Tapi kali ni aku tewas dengan ‘sajian’ dia yang terbaru.Tarikan yang diberikan sangat kuat.Menonton posternya saja memberikan satu aura.Dan aku didorong rasa ingin tahu amat bagaimana manusia itu diceritakan boleh meramal kiamat.

2012

Ahh..konon2 pujuk diri mau ambil pengajaran.Mereka yang tengok rata2 berkata filem ini mampu menginsafkan kalau ditonton dengan hati dan akal.Tak kurang juga yang kata ini propaganda orang putih mau beritahu yang teknologi mereka mampu selamatkan mereka dari apa saja.Dan yang paling penting…

‘Ms otaku,citer ni ada ‘benda2 kotor’ tak?’

Dan dia bagi jawapan negatif.Lega.

Cukuplah filem Date Movie 2006.Mampu bertahan setengah jam mungkin.Rosak jirim kelabu rosak!Sejak tu aku fobia nak tengok filem omputih.huh (silap tak perasan rating 18SX).

‘Ya Tuhan,kalau ini salah tolong bawak aku keluar dari sini dengan apa cara sekalipun.Sebab aku tau,kalau ada sekali ini akan ada sekali lagi’

Aku tengok baju aku,dan aku tengok baju mereka.Tak sama.Tak ada yang sama pun dengan baju aku.Dah mula rasa lain dan berat mahu balik tapi aku gagahkan jugak masuk ke pintu no 4 dan seat paling belakang.

Dan…

Saat skrin putih itu mula menayangkan preview2 filem yang terbaru aku sikit2 mula faham kenapa wujudnya kaki wayang.Dan aku rasa aku dapat refresh kembali ‘feel’ menonton wayang itu dua tiga tahun yang lepas.Dan agak bahaya sebenarnya bila aku dah mula selesa dengan ‘feel’ tersebut,kan?

Aku absorb dari awal cerita.Sungguh.Cuma beberapa kali aku ‘mampu’ sandar pada kerusi.Dan bila tiba scene ‘kiamat’ tu mula aku menonton sambil gigit jari.Diam,mata tak berkedip.

Kalau ini dahsyat,yang sebenar jauh lagi dahsyat.Kerana yang sebenar,kita tak boleh jangka.

Adrian cakap dia sayang ayah dia.Ayah dia menangis.Mata aku bertakung.

Kawan ayah Adrian tak sempat cakap apa2 dengan anak dia dalam telefon.Anak dia mati bila gempa besar jadi.

Mr President tak nak naik AirForce 1 dan anak perempuan dia nangis berjurai2 air mata.

Deejay’ gila’ tu terus ‘gila’ sampai hujung ‘nyawa’nya dan aku suka watak dia.Kadang2 kita kena percaya cakap orang gila.

Rupa2nya kerajaan bunuh sesiapa saja yang cuba pecah rahsia ‘kiamat sudah dekat’.

Seluruh dunia ‘bersembahyang’ dengan cara masing2.Dan Roland Emmerich ambil langkah bijak untuk tidak musnahkan Mekah atau masjid.Ada dia bagitau kenapa dalam NST.Aku malas nak quote.

Aku larut…larut…dan larut.Sampailah…

Aku perasan handset aku menyala.Ada mesej masuk.

“Alfatihah buat Muhammad syafiq zulkipli@mamak yg meninggal td…”

Innalillaah…tergamam.

“Ya Tuhan,kalau ini salah tolong bawak aku keluar dari sini dengan apa cara sekalipun…”

‘Ms Otaku,lama lagi ke citer ni?’

‘Lama’

‘Aku keluar dulu’

Skrin di handset menunjukkan waktu 16:15.Asar dah lama masuk…Astaghfirullaah…







Ini yang kedua ahli komrad kami diambil Tuhan selepas paah tahun lepas.Untuk dua tahun berturut2 ini entah apa Tuhan mahu tunjukkan.Harap jangan ada lagi tahun depan…Janganlah

Alfatihah

Monday, November 9, 2009

=)

Bismillaah...

Subhanallaah...

Rindu yang satu sudah bersambut...

=)






















Mama dan baba dapat last minute call menunaikan haji
alhamdulillaah...alhamdulillaah...alhamdulillaah

Kisah aku

kawan satu payung=)

Siapa kena timpa hujan?=)