Thursday, March 29, 2012

Rindu seorang anak

Bismillaah.








6 Mac 2012, malam sebelum mama meninggal, aku post video di atas pada timeline facebook. Menggambarkan betapa aku rindukan mama setelah lebih seminggu mama diam tak bersuara. Setelah lebih seminggu mama kaku tak bergerak. Setelah lebih seminggu doktor sahkan mama separuh koma disebabkan kanser mama yang semakin merebak. Mama cuma mampu buka mata sedikit2. Itupun kalau mama terbatuk2 ataupun dialih ke kiri ke kanan sewaktu mandi. Dan aku, sejak doktor dengan serius (sebab biasanya doktor akan bercakap sambil senyum. Cuma satu hari itu tidak) beritahu keadaan mama semakin kritikal, aku cuma mampu bertanya mama dalam hati 'how much time do we have left ma?', sambil berkira2 mahu tangguhkan saja niat untuk sambung master.


Aku tiap2 hari cium mama, bercakap dengan mama. Mengaji di telinga mama sambil pegang tangannya. Setiap masa aku tak lupa bisikkan kalimah 'laailahaillallah' di telinga mama. Bila mama buka mata sedikit, aku senyum pada mama. Aku cium dahinya. Aku lambai2kan tangan sambil tanya, 'mama nampak ana tak?'. Sambil harapkan sedikit respon sama ada kerdipan mata ataupun anggukan kepala. Tapi tak ada. Pandangan mama kosong. Selepas beberapa minit mama akan pejam kembali.


Cuma ada satu malam yang aku takkan lupa. Antara malam2 terakhir aku dengan mama. Malam tu, aku seperti biasa duduk sebelah mama sambil usaha menghabiskan ayat2 dari surah al baqarah. Aku pegang tangan kanan mama macam selalu. Sedang aku mengaji mama terbatuk. Mata mama terbuka sedikit dan sepertinya tepat memandang ke arah aku. Aku, dengan niat hendak menguji sama ada mama sedang melihat atau tak cuba mendekatkan jari telunjuk aku ke mata mama. Mama berkedip. Alhamdulillah!


Buat seketika, aku diam dan cuma tersenyum memandang mama. Tapi entah rasa apa yang menghambat- sayu dan rindu mungkin, mata aku berair tiba2. Aku cepat2 palingkan muka dan kesat airmata. Kembali memandang mama dan tersenyum. Aku beritahu mama dengan positif yang mama semakin baik. Mama tetap diam tak berkedip. Aku lalu meneruskan bacaan. Air mata jatuh setitik dua. Tak lama selepas itu, tangan kanan mama bergerak tiba2. Mama seolah2 mahu mengangkat tangannya. Aku jadi menghentikan bacaan. Dari lengan mama, aku alihkan tangan aku ke tapak tangan mama. Aku minta mama genggam tangan aku. Subhanallah, walaupun lemah, aku dapat rasa jari2 mama bergerak untuk menggenggam tangan aku. Allah saja yang tahu betapa gembiranya hati. Betapa aku bersyukur masihnya ada harapan untuk mama bangun semula.


Tetapi takdirnya, itulah kali terakhir aku merasa genggaman tangan mama. Bila difikirkan semula, benarlah mama dapat melihat aku waktu itu. Cuma tak mampu bersuara. Mama mungkin ternampak untuk pertama kalinya sejak mama sakit aku menangis di depannya. Gerakan tangannya, genggaman jarinya mungkin cuma untuk memujuk aku. Sampai sekarang aku berfikir begitu.


I, miss her.


Ditakdirkan rindu seorang anak yang ini Allah tidak lunaskan di dunia. Sudah 26 hari mama tak ada sejak mama pergi dengan tenang pagi 7 Mac yang lalu. Tapi orang-orang masih datang ke rumah asbab pemegian mama. Ada yang datang nak tengok gambar. Ada yang datang nak minta baju mama buat kenangan. Well i guess others, miss her too. Right? Aku masih lagi cuba membiasakan diri hidup tanpa mama. Kadang2 rasa seperti kehilangan mama ini cuma mimpi. In fact, selepas mama pergi, aku beberapa malam berturut2 mimpi mama masih ada dan aku, setiap hari ulang-alik ke hospital seperti biasa. Sampai waktu entri ini ditulis, aku masih lagi menangis setiap hari mengenangkan mama. Masih lagi belum mampu untuk membuka dan membaca semula diari putih yang menyimpan memori2 terakhir aku bersama mama. Terlalu menyakitkan mungkin. Jujurnya, aku terasa seperti seorang anak yatim selepas kehilangan mama dan merasa kasihan kepada diri sendiri. Sampai ada satu waktu dalam tren, aku menangis bila melihat kemesraan ibu dan anak di depan mata aku.


Aku menangis untuk setiap perkara yang aku hilang daripada mama. Senyumnya, ketawanya, pelukannya dan doanya. Aku terbayang mama menyambut kepulangan aku di pintu rumah. Aku terbayang mama, setiap kali hendak masuk tidur akan singgah di bilik aku. Menjenguk melihat apa yang aku sedang lakukan dan kemudian menutup pintu semula tanpa berkata apa2. Ibarat satu ritual untuk melihat wajah aku dahulu sebelum tidur. Untuk kesunyian aku sekarang, aku terbayang mungkin sesunyi inilah mama apabila kami semua meninggalkannya atas komitmen dengan hidup masing2. Dan mama tetap setia menunggu kami di rumah.


*Kesat air mata*


Aku menangis untuk semua itu. Cuma sekarang aku sedar, apa yang patut aku fikirkan adalah keadaan mama di sana. Tentang kebahagiaan roh mama di sana. Aku masih lagi menangis kerana rindukan mama, tetapi aku lebih2 lagi menangis meminta belas kasihan Allah untuk melindungi mama dari sebarang seksaan. Maka hati selalu menjadi tenang dengan sedekah al fatihah dan bacaan al quran untuk mama. Aku jadi terasa besarnya kasih sayang Allah membenarkan anak2 untuk terus berbakti kepada kedua orang tuanya walaupun sehingga ke liang lahad. Doanya semoga aku dan enam saudaraku yang lain akan terus menjadi anak yang sentiasa taat kepada Allah dan Rasul dan menjadi antara kebaikan untuk mama yang tidak akan terputus di sana.



Dari Anas bin Malik, ia berkata: Saat aku duduk bersama Rasulullah, tiba-tiba ada seorang lelaki dari kaum Anshar yang datang dan bertanya: Wahai, Rasulullah! Apakah masih ada (perkara) yang tersisa yang menjadi tanggungjawabku berkaitan dengan bakti kepada orang tuaku setelah mereka berdua meninggal yang masih boleh aku lakukan?

Nabi menjawab: Betul, (iaitu) ada empat hal: Engkau doakan dan mintakan ampunan bagi mereka, melaksanakan janji mereka, serta memuliakan sahabat-sahabat mereka, juga menyambung tali silaturahm dengan orang yang ada hubungannya dengan ayah ibu. Inilah (kewajiban) yang masih tersisa dalam berbakti kepada orang tuamu setelah mereka meninggal.

(H.R. Abu Daud dan Ahmad)




InsyaAllah. Semoga Allah beri kekuatan.

Wednesday, March 21, 2012

Bismillaah...


Friday, March 16, 2012

Kaulah laguku, kau irama terindah, tak lagi ku dengari.Kau pergi...pergi

Bismillaah...




Belum ada kekuatan menulis seperti orang beriman.
Takut2 tulisan menjadi ratapan.
Tak ada manfaat apa lagi kebaikan.







Menangis jadi kering
Meluah jadi diam



Miss you terribly ma.

Friday, March 2, 2012

Nazar

Bismillaah...



Mama selalunya begini, selalunya kalau aku minta tangan kanan mama paut pada bahu aku kerana aku mahu betulkan duduk baringnya atas katil, mama akan paut erat2. Selepas selesai proses 2 3 saat tu mama akan terus paut aku kejap2 (makin lama makin laju sebab mama makin ringan rasanya). Aku biasanya akan ketawa. Dan tanya,

'mama sayang ana ke?'
'sayanglah'
'Banyak ke sikit?'
'Banyaklah'
'Boleh kira ke tak boleh kira?'
'Tak boleh'
'Sebab apa sayang?'
'Sebab sayanglah. Taktau sebab apa sayang'

Dan aku akan ketawa lagi.


Kalau aku minta mama kiss pun, mama akan pegang belakang kepala aku dan dorong pipi aku ke bibirnya. Satu kali cium, dua kali cium, tiga kali cium. Berulang-ulang. Kepala aku ke depan belakang, ke depan belakang. hehe sambil setiap satu ciuman mama sebut 'muah muah' sebab aku ajar.hehe


Dan aku akan ketawa lagi.


Tapi hari ini dah masuk sepuluh hari mama tak sedar sejak diserang sawan. Sebabkan ubat, sebabkan kanser yang makin merebak. Mama pejam je tak bergerak. Cuma kadang2 mama terbatuk2 sebab banyak kahak dan pernah sekali mama muntah2.


Ya Allah, kalau mama buka mata dan sihat seperti semula, aku bernazar beginilah (sebut dalam hati). Nazar terbesar pernah aku niatkan.


Mohon dikasihani ya Allah. Aku rindu.


p/s: ustaz pesan, banyak2 sedekahkan alfatihah kepada mama. supaya kuat rohaninya. mohon sedekah dari semua.

Kisah aku

kawan satu payung=)

Siapa kena timpa hujan?=)