Friday, March 2, 2012

Nazar

Bismillaah...



Mama selalunya begini, selalunya kalau aku minta tangan kanan mama paut pada bahu aku kerana aku mahu betulkan duduk baringnya atas katil, mama akan paut erat2. Selepas selesai proses 2 3 saat tu mama akan terus paut aku kejap2 (makin lama makin laju sebab mama makin ringan rasanya). Aku biasanya akan ketawa. Dan tanya,

'mama sayang ana ke?'
'sayanglah'
'Banyak ke sikit?'
'Banyaklah'
'Boleh kira ke tak boleh kira?'
'Tak boleh'
'Sebab apa sayang?'
'Sebab sayanglah. Taktau sebab apa sayang'

Dan aku akan ketawa lagi.


Kalau aku minta mama kiss pun, mama akan pegang belakang kepala aku dan dorong pipi aku ke bibirnya. Satu kali cium, dua kali cium, tiga kali cium. Berulang-ulang. Kepala aku ke depan belakang, ke depan belakang. hehe sambil setiap satu ciuman mama sebut 'muah muah' sebab aku ajar.hehe


Dan aku akan ketawa lagi.


Tapi hari ini dah masuk sepuluh hari mama tak sedar sejak diserang sawan. Sebabkan ubat, sebabkan kanser yang makin merebak. Mama pejam je tak bergerak. Cuma kadang2 mama terbatuk2 sebab banyak kahak dan pernah sekali mama muntah2.


Ya Allah, kalau mama buka mata dan sihat seperti semula, aku bernazar beginilah (sebut dalam hati). Nazar terbesar pernah aku niatkan.


Mohon dikasihani ya Allah. Aku rindu.


p/s: ustaz pesan, banyak2 sedekahkan alfatihah kepada mama. supaya kuat rohaninya. mohon sedekah dari semua.

6 comments:

.:: نورحبيب ::. said...

insyaA..kami semua doakn...

adnil linda said...

insyaAllah...sentiasa doakn tok mama ana

thedofi said...

InsyaAllah,kami ada untuk mendoakan.
Teruskanlah teguh dan kuat..

Nor Amalina Binti Mohamed Johari said...

saya doakan insyaAllah.

sabar ye kak ana. Allah menguji pada mereka yg mampu :)

Anonymous said...

salam takziah. im sorry for your loss. tabahkan hati. be strong kak ana.

Anonymous said...

Ana,
Walau kita tak bertembong semasa melawat ibumu di HUKM, dapat ku rasanya sejuknya perut seorang ibu mempunyai anak sepertimu.

Pasti Jannah buatmu Ana... kerana tabah menjaga arwah ibumu. Kuatkan semangat, kekalkan iman. InsyAllah, ketenangan jiwa milikmu.


Aunty RosnahRestu
Kawan Mama SK79

Kisah aku

kawan satu payung=)

Siapa kena timpa hujan?=)