Thursday, December 31, 2009

Jangan menangis Ana

Bismillaah...



Kata Gagal:

‘Aku datang bukan dengan sia-sia.Aku juga ciptaan murni dari Tuhan!’


Kata Kejayaan:

‘Aku ada untuk orang yang selalu percaya denganNya.Jangan terlalu sempit menilai aku!’


Kata Usaha:

‘Tulis dalam diari masehi mu yang baru ana.2010 bakal menjelma!’


Balas aku (untuk usaha):

‘Aku sudah mula menulis sejak terbitnya fajar 1431H =)’

Monday, December 28, 2009

Nak pergi lagi...



Bismillaah…


Alhamdulillaah…alhamdulillaah…alhamdulillaah…

Mama dan baba dah lebih seminggu selamat kembali dari menunaikan haji.Dua-dua pun sihat cuma batuk makin teruk bila sampai Malaysia.Terutama mama.Dan kedua2nya pun makin kurus.Terutama mama jugak.hehe.Sebabnya mama bagitau hari2 berjalan berbelas2 kilometer.Mama selalunya tawaf dekat tingkat paling atas masjidilharam dengan radius paling besar untuk setiap pusingan.Tapi tak terasa pun jauhnya pusingan atau lamanya nak selesaikan tawaf tu.Tau2 dah siap.Penat pun tak sebabnya tingkat atas tak bersesak2 dan sentiasa berangin.Sejuk.


Aku ingat lagi minggu2 sebelum mama dan baba dapat panggilan menunaikan haji di saat2 akhir (tambahan kuota 10 000 tempat ceritanya) ada angin rindu meniup2 ke dasar hati.Rindukan masjidil haram,rindukan masjid nabawi.Rindukan dua bumi suci Allah-Mekah dan Madinah.Tak tau la kenapa.Mungkin sebab waktu tu dah mula orang sibuk2 cerita tentang nak pergi haji.Dah terdengar2 siapa2 saudara mara,mak ayah kawan2 yang dapat pergi haji.Mungkin.Dan bila mama bagitau yang mama dan baba dapat buat haji tahun ni rasa macam…rasa macam…entah.Tak tau nak describe macam mana.Rasa macam happy nak terkeluar jantung pun ada,rasa lega pun ada.Rasa macam rindu yang bersambut?Sakit yang terubat?Hmm…gitulah.Bercampur baur.Semua rasa diluah dengan kalimah alhamdulillaah 3 kali dalam telefon.hehe


‘Ana,madinah sekarang dah lain sangat dari dulu…Banyak bangunan2 baru,hotel 5 bintang.Lepas tu bersihh sangat’


8 tahun dulu menjejak bumi madinah,memang patut kalau madinah itu jauh berbeza dari yang dulu.Mekah juga begitu aku kira.Antara yang seronoknya bila menunaikan umrah atau haji ni kita boleh berjumpa dengan bermacam2 jenis umat manusia.Barulah terasa bahawa Islam itu agama rasmi satu dunia.Pertama kali melihat wanita2 arab selamba melangkahi orang2 yang sedang sujud di raudhah tergamam jugak.Banyak ‘scene’ yang aku lupa sewaktu berada di sana.Cuma mungkin ada dua wajah yang kekal dalam kepala ni sewaktu menunaikan umrah.Pertama,seorang budak lelaki yang tak berwajah manusia normal.Usia lebih kurang 7-8 tahun.Rasanya dari Malaysia jugak.Aku terserempak dengan dia waktu nak niat ihram di bir ‘ali (luar dari tanah haram) kalau tak silap (tak ingat) bawak ke waktu saie.Baba suruh aku jangan pandang dia lama2,takut terlintas yang bukan2 dalam hati.Hikmah menundukkan pandangan.Kedua,seorang lelaki berkulit hitam yang hampir kesemua giginya,atas dan bawah terkeluar,flat.Dia tak mampu pun nak tutup mulutnya dan aku tertanya2 bagaimana dia bercakap dan mengunyah makanan.Subhanallah…


Apa pun aku takkan lupa saat pertama kali melihat kaabah secara live di depan mata.Berjurai2 air mata waktu tu.Macam tak percaya rasanya bila dapat berdiri depan kaabah.Begitu jugak bila berhadapan dengan makam Rasulullah SAW,Saidina Abu Bakar RA dan Saidina Umar Al Khattab RA.Sayu,rindu!Dan jugak waktu aku ‘diselamatkan’ Allah dari petaka.Mungkin jugak petaka mungkin jugak tidak sebenarnya.Apa pun aku hidup dengan selamat hingga hari ni.itu yang penting.Alhamdulillaah.Paling sedih,bila aku cuma dapat membaca doa wida’ dari luar masjidilharam kerana uzur.Syahdu sangat…waktu tu,aku doa sungguh2 aku dapat ke sana lagi.


Oh ya,melihat wajah anak2 arab yang suci memang melekakan.Dengarnya,anak2 sepupu2 aku di sana dah besar2 sekarang.Dah bercampur2 darah dengan arab,dengan Pakistan,pattani pun ada kot.Hilang dah rupa jawa.Muka nak putih gebu,mata nak besar dan rambut nak kerinting.hehe.Kelakar dengar cerita mama yang ada seorang anak sepupu aku ni ajak mama main.Tapi mama tak faham2 apa yang dia cuba cakap.Akhirnya dia fed up,marah2 dan merajuk.Mengadu apa entah dengan mak dia.haha masalah komunikasi.Seorang bercakap ‘bahasa itik’,seorang bercakap ‘bahasa ayam’.huhu mama cakap,seorang anak perempuan kepada saudara aku di sana yang ikut berkelah bersama2 aku di thaif kali lepas dah besar panjang,dah anak dara.’Wes perawan’ kalau dalam bahasa jawanya.Aku tak ingat namanya,tapi maksud namanya aku ingat-‘sungai perak’.Mama kata dia cantik.Aku tak terkejut.Dia memang cantik walaupun baru umur dalam 7-8 tahun waktu tu.Adik lelaki dia pun comel sangat.Dua2 muka iras2 orang arab.Ingat lagi kami boleh bergelak tawa,bergurau sama2 dalam bahasa bisu =).


Seminggu cuti balik rumah terlalu ‘rush’ sebenarnya.Dapat bersama baba cuma satu malam.Malam ni baba sampai Malaysia,esok petangnya dah balik semula ke pelantar.Ahad ini aku naik kapal terbang ke sabah,Isnin esok kapal terbang baba (?) mendarat di KLIA.Macam biasanya aku dan baba.hehe.Ada kawan bertanya tak rindu ke jarang jumpa baba?Aku jawab,dah biasa.Kawan itu balas balik,biasa2 pun bila rindu tak kira masa.Dan aku jawab balik…dah biasa.ehe.


Untuk itu,baba selalu mintak maaf tiap2 kali sebelum aku berlepas walaupun sebenarnya tak perlu.Kita sedang berjihad di medan masing2,kan ba? =)


Mama jugak jetlag untuk beberapa hari.Tambah dengan batuk2 yang teruk tapi masih kena layan tetamu2 yang datang.Tak sempat pun nak buat ‘heart to heart talk’ berdua dengan mama.Baru nak mula,aufa ketuk pintu,


‘Mama,ada orang datang.Orang sebelah’


Sudahnya,bertangguh sampai sekarang.Tak apa,tak apa.Belum begitu penting lagi.Yang dahulu,didahulukan.

Apa yang kena didahulukan?

Graduation project!

Yeah,back to business!



Sudah di Sabah everyone.





p/s: Mendengarkan cerita2 yang sempat didengar dari mama,rasanya aku nak pasang niat,doa sungguh2 supaya aku diberi kesempatan tunaikan haji saat2 aku masih kuat fizikal dan mentalnya.Waktu sihat tubuh badan,jelas ingatan.Kalau dapat buat waktu2 muda belia macam ni alangkah seronoknya.Tapi kemampuan entah bila ada.Emm,boleh masuk dalam target kot kan?

Friday, December 25, 2009

aset alam

Bismillaah...







'...untuk soalan ni sy akan gunakan formula cakerawala dan formula al quran'





Baba cakap kita boleh minta apa saja dari Tuhan.

Doa, ameen dan senyum...=)


oh ya adi putra,kamu memang comel.siapa2 kenal tolong sampaikan salam,terima kasih.hehe

Saturday, December 19, 2009

Spa kepala otak

Bismillaah…


Maaf kepada diri sendiri kerana beberapa waktu kebelakangan ni hilang sudah passion untuk menulis.Mungkin kerana jadual yang terlalu sibuk di lab 5/7 atau kadang2 6/7.Dari pagi seawal jam 9 pagi hingga ke malam selepas maghrib.Kadang2 memang terasa gila.Dua2 belah tangan dan kaki macam sikit2 tunjuk rasa protes.Rasa numb tiba2 waktu buat kerja atau sikit2 menggigil.Walaupun aku cuba slow and steady tapi tak mampu nak tipu diri sendiri yang aku sebenarnya running out of time.Dan kalau projek ini betul2 tarikh penghantaran sepenuhnya hujung bulan dua ini aku…aku…ahh cuma mampu berdoa sungguh2 pada Tuhan jangan sampai aku ‘collapse’ di tengah2 jalan and I pray for the rest of the comrades too.


Every step counted guys insyaAllah =)


Dan untuk masa2 terluang aku cuba isi dengan membaca beberapa buah buku.Tapi sungguhlah untuk menghabiskan kesemua buku2 ini memerlukan disiplin yang tinggi.Aku,dengan memang ada sedikit masalah untuk fokus maka memang ada masalah untuk menghabiskan satu2 buku bila ada dua tiga buah buku lain lagi di depan mata.

Bayangkan ini; bilik aku ada empat meja dan dua katil double decker.Dua meja dan dua katil dalam bilik ni aku memang aku lenjan habis2an.Pada setiap meja dan katil yang aku guna akan ada buku2 yang berbeza.Kiranya kalau aku duduk2 minum teh di meja ini aku akan baca buku yang ini dan kalau aku rasa nak baring2 lepak di katil yang itu maka isi buku itu pulak yang aku ratah.Kalau malam itu aku tidur di katil yang lagi satu maka buku itulah yang menjadi bedtime story aku.Sudahnya, tak ada satu buku pun yang aku boleh habiskan sepenuhnya.Kecuali tiga buah novel ringan yang tak begitu tebal- My Pigman,Rona Bosphorus dan Good Wives.Sekarang sedang usaha menghabiskan Arabian Nights, Angin Dari Gunung (kumpulan cerpen dari penulis2 otai.Memang mantap),Renungan Suci Doktrin 40 Hadis Nabawi dan Jihad Melalui Penulisan.

Ok dari tajuk2 itu sendiri pun kamu dapat tangkap kenapa aku sedikit lambat untuk menghabiskan buku2 itu kan?hehe

Apa pun aku macam sudah jumpa satu cara untuk aku tenangkan diri,lepaskan tekanan dan rehat2kan fikiran; buku dan err..secawan teh ‘O panas yang kaw plus ada umpph.Dan oh ya,suasana perlu sunyi sesunyi2nya.Serius rasa macam hantar kepala otak ke spa.hehe cubalah!






p/s: Selera aku dah jadi selera naga sekarang dan aku semakin cepat lapar.Bayangkan makan mlm aku sebijik epal fuji,nasik ayam,dan ban butter milk licin aku makan tapi tak lama lepas tu lapar balik.Gaa..kata ms Otaku ‘ko makan tak baca doa ke weh?’.Uish…bacalah…aku harap aku akan gemuk sikit.hehe

Sunday, December 6, 2009

Entri seram2 sejuk +_-



Bismillaah…



Masa aku sampaikan pada ms Otaku yang mama dan baba dapat pergi haji tahun ni antara ayat ms otaku sebagai respon berbunyi begini:

‘Ana,alang2 dah mak ko kat sana ko mintakla mak ko doakan jodoh yang baik2 utk ko.hehe’

Aku ketawa sambil mengiyakan.

Mengingatkan itu,dan mengingatkan betapa berkatnya bumi yang sedang mama pijak, aku dengan riang hati menghantar mesej ini pada mama:

‘…ma,ana terfikir alang2 mama dah dekat tanah yang makbul doanya mama doakanlah ana dapat suami yang baik dan soleh,yang memang boleh complete me…ececeh ’

Antara serius dan tidak,sambil bibir menguntum senyum senget aku hantar mesej tersebut kepada mama.

Petang esoknya,usai bertungkus lumus di lab,aku lelap atas katil dengan baju tak berganti dan badan masam tak hingat.

Woo haha!text message!

Nada mesej handset aku hinggap gegendang telinga.

Dalam mamai2 tu aku capai handset dan tekan ‘OK’.Inbox dibuka.

Hjh Mama: ‘…ana ada dengan siapa2?kalu ok mama boleh doakan terus’ (aku gelapkan bahagian2 tak perlu)

Syukurlah aku mamai2 waktu tu,kalau tak mungkin aku akan tepuk dahi sambil gelak sorang2 baca mesej mama.hehe.Taktau kenapa hati aku rasa lucu bila baca mesej mama tu walaupun mesej mama tu tak ada pun ‘haha’,’hehe’,’huhu’ atau ‘huehuehue’ yang selalu mama buat.Sebab mungkin mama bertanya sesuatu yang dia sendiri tahu jawapannya.

‘Tak adala ma.Ana tak ada perasaan kat siapa2 pun.Ana tak rapat pun dgn mana2 lelaki’

Send.

Dan tadi,selepas maghrib,waktu aku sedang aman damai menikmati suapan nasi pertama untuk hari ini handset aku berbunyi.Ada mesej masuk.

Hjh mama: ‘...mama pergi ziarah.Masa kat jabal rahmah mama dan baba berdoa untuk anak2 dapat jodoh orang yang beriman.Makcik Kelantan yang sebilik dengan mama berminat nak berbesan dengan mama (teringat mek jah (bukan nama sebenar) cakap benda yang sama).anak dia kat UTP baya ana jugak.Dulu sekolah Shah Pekan….blablabla’

Palpitation tiba2.

Rasa darah menyerbu ke kepala.Hujung2 jari rasa sejuk.Kaki aku pun turut sama naik sejuk.Nasi putih bergaul ayam lemak kuning tu dah rasa macam pasir bergaul air.Suhu badan macam turun tiba2.Kali ni mesej mama yang tak ada ‘haha’,’hehe’,’huhu’ atau ‘huehuehue’ di hujungnya tu dah mula aku rasa keseriusannya.Mesej ni macam membawa makna,

‘Ini bukan cobaan,ini betul2’

Dan macamnya kalau aku respon,

‘ow,iye?entahla ma,ana serah je pada mama.mana mama rasa baik ana ikut’

maka insyaAllah sesi ta'aruf akan berlaku dan kalau tak ada aral melintang, mungkin kita semua akan merasa nasi minyak kat banglo kuning Taman Mewah yang aku belum sempat pun rasmi lagi cuti sekolah bulan dua belas tahun depan.Aku tag korang pada kad jemputan kahwin aku dalam facebook.ehe.

Aihh mama.

Kalau aku refer benda ni pada iman,iman mesti balas

‘hahahahahaha…rilek sudey.sejuk2 watpe.menggelabah rr’

Kalau arep

‘Takpe na.kalo tak nak cakap taknak.aku support ko’

Ok aku pilih iman.

Imaaaaaannnn!!!



p/s: kenapa rasa macam nak dapat sijil degree tahun depan tu macam ada aura2 dapat sijil nikah ha?ahh menggelabah ana menggelabah.haha

Thursday, December 3, 2009

hiyarkk!!





Bismillaah...




Aku sedang berperang dengan diri sendiri.Aku sedang 'hiyarkk!' berpencak bagai serikandi.

Kalau kamu bayang yang pencak si ana itu yang dipasak2 kakinya,yang disusun2 bunganya,tangan tak henti menepis kanan dan kiri dengan kekuda yang ampuh menyokong.Kamu silap.Itu bukan ana si serikandi.

Ana si serikandi 'pencaknya' tiada bunga.Tiada pasak memasak.Tiada kekuda.Tiada perlu tangan tepis menepis.
Pencaknya ana damai,penuh belaian,pada suara dan jiwa yang memberontak.Lembut memujuk dengan nama Tuhan.

Harapnya

Iya,harapnya.InsyaAllah


Kisah aku

kawan satu payung=)

Siapa kena timpa hujan?=)