Saturday, February 7, 2015

Hati di Kuburan

Bismillaah...








Menziarahi kubur itu melembutkan hati, menitiskan air mata, dan mengingatkan kepada kehidupan akhirat. Dan janganlah kamu berkata-kata dengan perkataan yang batil/keji. (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 27/47, no. 13000. al-Hakim, al-Mustadrak, 3/421, no. 1342. Hadis daripada Anas B. Malik)



Melawat ke kuburan. Pertama kali pergi sendirian. Malah di kuburan itu hanya aku jasad bernyawa.

Petang itu angin bertiup seada-ada. Nyaman.
Langit biru cerah, kurang tompok2 awan.
Kawasan kuburan seperti baru dibersihkan. Semoga Allah merahmati manusia yang menginfaqkan masa dan energi untuk ini.

Sunyi.

"Sejahtera ke atas kamu wahai para penghuni kubur"

Aku berhenti sejenak di pinggiran. Sambil mata melaut memandang sekalian nisan. Tangan diangkat ke atas mendoakan keselamatan setiap penghuni di bawah.


Perlahan2 langkah diatur ke kuburan dua manusia tercinta. Hati sedang berat dengan rindu.

Mama, embah, Ana datang.

'Almarhumah Fathiah bt Hj Abd Rashid'
Langkah dihentikan.

Dua nama di atas ini sedang berjiran di daerah yang jauh dari kita. Benar2 bersebelahan.
Apalah perasaan ketika itu. Membuak2 hati penuh rindu. Habis dihambur dengan air mata dan doa.


Dua tahun ini, dua nama kesayangan dipahat atas nisan.
Sekelip mata.

Entahlah apa magiknya tanah kuburan ketika itu, atau asbab berada di sisi mama dan embah, jiwa yang lelah berlumba dengan masa seakan sedang direhatkan. Untuk seketika aku merasakan masa seolah berhenti sebentar. Tenang.


Sebab tahu sedang diingatkan, dunia yang sedang kita usahakan dengan bersungguhan waktu ini adalah semata untuk dibawa bertemu Tuhan. Jadi apalah kiranya kesusahan yang sebentar dibandingkan dapat melihat wajah-Nya?


Dan rindu yang separuh mati ditanggung ini jadi tersenyum bila memikirkan. Kalau orang berkasih2 tak dapat bertemu,cukuplah melihat bumbungnya. Tetapi kisah kita ini ma, cukuplah dapat melihat nisannya. Paling kasihan keluarga mangsa tragedi MH370. Kalau rindu jadi tak tahu mana nak tuju. Kalau hidup, mana jasadnya. Kalau mati, mana kuburnya. Maka apa patut Ana tidak bersyukur?


Tinggal dulu ma,embah.
Balik berlumba dengan masa.
Sampai nanti Allah tetapkan masa berhenti.
Moga dapat kerehatan abadi.





p/s: nota untuk manusia yang selalu intai2 berita kita dari sini semata kerana tidak ada media sosial lainnya, kalau kamu terkejut dengan perkhabaran embah diambil selama2, lalu teringin bertanya lanjut, ketahuilah nombor yang di dalam simpanan kamu itu sudah luput fungsinya. Pandai2lah cari asalkan berjumpa. Aku tak nak terima jemputan hari besar kamu dari mulut kedua dan ketiga nanti. tak special kata orang minang.



No comments:

Kisah aku

kawan satu payung=)

Siapa kena timpa hujan?=)