Friday, July 8, 2011

Patah hati

Bismillaah...


"Sorry,saya ikut awak dari tadi.saya taktau nak cakap macam mana.erm...boleh kita berkenalan?"

"Huh?"



Jejak aku ke situ untuk mencari seseorang. Lelaki jujurnya. Berketayap. Selalu duduk melunjur kaki sebelah di kaki lima. Sambil tangannya memegang bekas kosong untuk diisi ikhlas manusia2 yang lalu-lalang. Lelaki ini sifatnya suka mendoakan mereka2 yang menghulur barang sepuluh sen dua. Tak kiralah apa nilai pun. Dia akan mengucapkan terima kasih lalu mendoakan mereka dengan kuat, "Terima kasih dik! semoga panjang umur,murah rezeki!". Selalunya doa itu menenangkan jiwa aku. Satu terapi bagi aku.


Diuji Allah dengan sakit kepala dan perasaan yang sempit (hati gundah,jiwa kacau) entah kenapa aku rasa aku perlukan doa lelaki itu. Aku tak kisah kalau dikata aku membayar untuk doanya. Kalau boleh aku 'demand' supaya didoakan aku tenang hatinya lebih bagus. Aku benar2 perlu doanya untuk redakan sedikit perasaan yang kacau ini. Tetapi malang, lelaki yang selalu aku gelar pakcik itu tak ada. Lebih malang lagi lelaki lain pula yang muncul.

Aku tak minta yang ini ya Allah!


Aku ketap bibir,tahan air mata. Lelaki itu 'hantar' aku betul2 sampai depan tren dengan pandangan helpless. Sebab aku diam,bisu. Tapi dalam hati menjerit,'aku tak mintak kau lah!'


"Bye,sorry..."


Masih tetap diam,tak memandang sampai pintu tren tertutup.










Dan balik itu,aku menangis semahu2nya.




p/s: pulangkan semula kata2 nasihat aku. aku perlukannya lebih dari kamu waktu ini.

3 comments:

Thedofi said...

di jalan ini kami tidak meliaht seseorang terlantar kerana kesibukannya memerhatikan dan memikirkan dakwah.
andaipun kondisi ini berlaku,maka ia adalah ujian yang bukan bererti kehancuran namun merupakan jambatan yang akan menghantarkan kondisi yang lebih baik.
Allah akan sentiada melurus dan menuntun kami untuk berja;an dengan keseimbangan..

All da best!! Cheer up ukht!!! =)

Haslina said...

Biarlah mereka toreh hati
hingga sudah tiada darah yang berbaki.
semua itu sementara
dunia ini sementara
dan bunga-bungaan akhirat itu
mewangi buat selamanya.

Haslina, 1672011

anamunawwarah said...

assalamualaikum dua2nya.
jazakillahkhairan kathira
=)

Kisah aku

kawan satu payung=)

Siapa kena timpa hujan?=)