Bismillaah...
Tak seperti debar penonton final bola sepak Malaysia vs Indonesia yang aku yakin sudah sampai penghujungnya. Debar aku kekal sampai esok. Pagi, menurut jangkaan.
Dalam filem Peter Pan, apabila satu manusia tidak percaya akan kewujudan pari-pari, maka manusia itu telah membunuh satu pari-pari. Tetapi dalam kisah benar kita manusia, satu manusia tak percaya wujudnya keajaiban Tuhan, maka manusia itu telah membunuh satu hati. Hatinya sendiri.
“Rasulullah saw. bersabda: Allah Taala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jamaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari.”
(Hadis riwayat Abu Hurairah r.a)
Aku tak percaya adanya pari-pari.
Dan aku percaya tidak ada pari-pari yang mati.
Pilihanraya ke-14
6 years ago
7 comments:
tabahkan hati, kuatkan semangat. sekeluarga.
kamu tu jangan tak makan pulak, cik ana
Berdoa dengan yakin bahawa Allah akan mengabulkan permintaan hambaNya.
Inshaallah, kheir.
Mama nak Ana kuat lagi sikit tu :)
k.ana.. kuat tau.
doa saya sentiasa mengiringi k.ana dan cikgu..
aminn~ insyaAllah. :)
Salam. Kak Ana, tabah ya.
Allah menguji dengan perkara yang mampu hamba dia hadapi. InsyaAllah, kuatkan hati dan yakin pada-Nya.
:)
Semoga kekuatan, kesabaran dan ketenangan diberi Allah kepada kak Ana dan keluarga. Amin~
salaam wbt Ana,
akak baru je follow tentang apa yg berlaku kat mama. akak doakan smoga Ana sekeluarga tabah, sabar, cekalkan hati walau apa pun outcome nya nnt. teruskan berdoa, insyaAllah Allah akan tolong, paling tak pun Allah bantu bagi kekuatan smgt kat Ana sekeluarga. nak share sket a few ayat2 & hadis ikhlas utk Ana =)
“Sungguh mengagumkan urusan orang mukmin, sungguh semua urusannya baik baginya, yang demikian itu tidaklah dimiliki seorang pun kecuali hanya orang yang beriman. Jika mendapat kebaikan (kemudian) ia bersyukur, maka itu merupakan kebaikan baginya, dan jika keburukan menimpanya (kemudian) ia bersabar, maka itu merupakan kebaikan baginya.” (HR. Muslim)
“….. dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang yang benar (imannya). Dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa.” (QS. Al-Baqarah: 177)
“…Allah mencintai orang-orang yang sabar.” (QS. Al Imran : 146)
akak akan terus mendoakan dari jauh insyaAllah. semoga ujian ni menambah takwa dan kasih syg Allah pada Ana sekeluarga, ameen.
Salam semua~
Allahuakbar,terima kasih banyak2 untuk setiap titipan kata2 semangat. inshaAllah,mama akan bangun semula,ceria macam dulu.Cuma Allah sajalah yang tahu bila harinya.
=)
salam ana,
sori terlambat. smoga ana diberi ketabahan dan kesabaran.
p/s: quotes itu best --> satu manusia tak percaya wujudnya keajaiban Tuhan, maka manusia itu telah membunuh satu hati. Hatinya sendiri.
Post a Comment