Sunday, April 10, 2011

Mini

Bismillaah...






Mungkin satu impian kecil aku adalah untuk mempunyai sebuah perpustakaan mini yang boleh diwariskan turun-temurun. Sampai ke cucu-cicit.

Perpustakaan yang penuh dengan buku2 dari pelbagai genre. Dari yang berunsur keagamaan, buku2 rujukan akademik sampailah ke chick-lit novel. Dari penulis yang mendapat anugerah nobel sampailah ke sasterawan negara dan seterusnya penulis2 biasa.

Ok tipu. Tak ada penulis biasa. Semuanya luar biasa.

Perpustakaan mini itu aku bayang aku letakkan di bahagian loteng. Tapi kalau takut tua2 nanti tak larat nak panjat tangga, mungkin aku boleh consider sediakan sebuah bilik khas sahaja.
Mungkin warna temanya boleh jadi oren, hijau atau kelabu. Entah, tak boleh nak bayang lagi. Sebab impian ini datang secara tiba2. Atau lebih tepat, keseriusannya cuma datang minit2 tadi (sebelum ini tentunya harapan mempunyai mini-library sendiri sudah ada. Cuma tak terfikir sampai nak waris ke anak cucu.ehe).


Seperti yang kita semua maklum, setiap impian yang kecil atau besar itu sentiasa ada langkah pertama untuk melaksanakannya. Cuma aku, ada dua; Pertama, mempunyai rak buku sendiri di bilik. Sementara ini buku2 di rumah memenuhi ruang laci meja make-up dan rak di luar bilik. Aku sebenarnya lebih suka kalau buku2 hasil belian aku disimpan secara peribadi dalam bilik. Dan kedua, mula membalut semua koleksi buku yang ada dengan pembalut buku plastik. Yang kedua itu, aku masih menimbang2 kerana aku secara jujurnya sangat suka melihat buku2 itu semakin usang. Menyentuh kulit mukanya yang kadang mengelupas dan berkedut itu semacam menimbulkan keterujaan. Seperti ada nilai sentimental value di situ. Ia tampak lebih berharga dan autentik pada mata aku. Ini cuma aku sedar setelah menerima hadiah berupa novel2 lama dari seorang teman. Yang 65 tahun kelihatan seperti 65 tahun. Aku suka itu.


Cukuplah bercerita.
Semoga impian kecil ini tercapai dengan lurusnya niat.
ameen~



3 comments:

weetameal said...

ok, lets start calculating now.

skrg umur 23 tahun. target 60 tahun. InsyaAllah. Ada 37 years to go. 37 x 12 bulan = 444 bulan. 1 bulan beli/kumpul 2 buku. So, estimation 444bulan x 2 buku = 888buah buku semuanya. itu kalau 2 buku setiap bulan, belum 10buah buku bila dah kerja nanti. Plus dapat hubby yang suka membaca jgk. Ye tak? :) Mahu2 ada 4000 collection.

Anyway, what u aim is what u plan for it. Lets do it now.

Wish u the best :)

anamunawwarah said...

hehe

tak terfikir nak calculate macam tu.sebabnya aku tak pernah target berapa buah buku aku nak beli tiap2 bulan.cumanya aku target 10% dari gaji adalah untuk buku.

tapi bila ko dah kirakan untuk aku macam tu baru aku rasa wow, banyak jugak eh nanti.itupun satu dua buku tiap2 bulan.aku secara puratanya 3-5 buah buku tiap2 bulan.laci dan rak meja studi aku ni pun dah mula cram dengan buku2.

perhaps this mini library is not as mini as i thought it would be.insyaAllah kalau istiqamah.

anyway,thanks bana!

Haslina said...

Wah, impian yang sama!


Moga tercapai :D


p/s; saya tersesat sampai ke sini. salam kenal ;)

Kisah aku

kawan satu payung=)

Siapa kena timpa hujan?=)