Thursday, April 28, 2011

Reebok


Bismillaah...






Weehooo!!!Alhamdulillaahhh!!
Dah ada kasut sukan baru!Sekarang terasa macam nak berlari,menghambur atas mana2 padang hijau sambil jerit "aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!".haha entah kenapa itu pula yang terbayang di kepala sekarang.

Tiba2 teringat waktu kali pertama menjejakkan kaki ke desa catal kundasang. Tempat ternak lembu susu hitam putih. Atas padang hijau nun atas bukit sana. Nyaman dan mengujakan. Aku teringat yang aku jerit 'wooooooo!' ke luar tingkap 4WD sebaik ternampak rumput hijau luas terbentang depan mata. Sungguh2 melaungkan 'Wooooo!' atau 'Whoaaaa!'. Memang jakun habis. Macam budak bandar masuk kampung lagaknya. Tak dikisahkan langsung dengan budak kaca mata yang duduk di seat hadapan atau abang driver yang gigih tekan minyak, apa lagi abang bujang sam yang pendiam.

Aish,tahun satu yang gila2. Memang memalukan.

Ok, aku pun tak tahu apa kaitan memori itu dengan kasut sukan baru ni. Mungkin perasaan terujanya yang sama? Sungguhlah aku lupa bila kali terakhir aku beriadah. Kali terakhir aku cek, aku dah tak mampu nak grip bola basketball lagi (waktu di kedai sukan). Sedih kan?

Elok kasut Reebok ni dalam tangan, ms adorable mesej;

"Ahad ni jom p sunway?Main extreme sport? Hehe..."

Tu diaa...delicious punya offer. Tapi malangnya ada jemputan walimah pula perlu dipenuhi. Kemudiannya ms adorable berkata lagi,

"Nanti, bila aku dah masuk bilik baru tu, every weekend kita gi panjat Bukit Gasing nak? Dengan nabilah sekali"

"Haa...nak2!"


Aku jujurnya terbayang Broga Hill yang terkenal tu. Mungkin boleh buat shooting video klip seperti di bawah:




Belum lagi ajakan roommate berjogging petang2 dekat taman depan Amcorp mall. Seronoknya dikelilingi orang yang mengamalkan gaya hidup sihat ni. Alhamdulillaah...=)


Tak sabarnya nak berlari, berjogging, melompat, mendaki dengan kasut baru ni.
Weeeeee~~
=p


"Allah lebih menyayangi orang Mukmin yang kuat (sihat) dari orang Mukmin yang lemah"
Hadith riwayat Muslim




Jom beriadah! Anda mampu mengubahnya!

Wednesday, April 27, 2011

Bisik-bisik

Bismillaah...


Tersenyum kala membaca kisah seorang blogger ini. Katanya, dia menyedari bahawa dia mampu bercakap2 dalam hati tanpa siapa pun mendengar tika usianya mencapai enam tahun. Waktu itu, dia kira cuma dia ada kuasa seperti itu. Maka segala marah, segala seranah dia lepaskan dalam hati. Dia puas menyumpah manusia dibenci luar pengetahuan manusia tersebut.

Tapi kepuasannya tak lama. Sampailah waktu yang dia rasa marahnya sama Tuhan. Dia ingin memaki, menyeranah sama seperti yang dilakukannya pada manusia tapi tak dapat. Kerana dia tahu Tuhan maha mendengar. Tuhan tahu setiap apa yang digemakan di dalam. Maka dia frust, merasa hilang privasi. Seperti diarinya dicuri.

"Ala, mesti Allah dengar. Allah ni sikit2 nak dengar!"

Hehehe...
Aku tersengih membaca. Comel pula rasanya membaca kisah dia frust sebegitu. Lebih comel lagi punca frustnya itu adalah daripada keyakinannya yang sungguh terhadap sifat Allah yang maha mendengar. Walaupun umurnya waktu itu masih sangat hijau. Subhanallah...Itulah peri pentingnya Islamic Education yob. atenye kamu...huhu =p


Syukurnya Allah maha mendengar. Kalau bukan Allah siapa lagi nak dengar jeritan batin minta diselamatkan waktu kerasnya aku sakitkan hati orang2 yang aku sayang, selambanya aku melakukan dosa berulang2, atau teganya aku menzalimi diri sendiri atau orang lain, Allah maha mendengar betapa dalam hati aku merayu2 minta diselamatkan. Benar2 mahu diselamatkan. Dan dalam situasi yang lainnya, kala di depan manusia kelihatan aku senyum 'tarapapa yeah' waktu musibah, tapi dalam hati hanya Allah sajalah yang tahu betapa aku mengadu, merendah bahawa akulah insan paling lemah dan mohon diberi pinjam kekuatan. Kadang2 tak reti nak luah cerita hati sendiri sebab kadang2 pada aku nak menyusun ayat bagi orang faham apa yang aku rasa tu merupakan satu proses yang rumit. Makanya, aku mahu didengar tanpa perlu bersuara.

Dan Allah yang maha mendengar itu selalunya memberi kekuatan dengan cara yang paling halus dan santun, jauh dari yang aku bayangkan =).

Tak apalah kalau tak ada privasi pun. Privasi aku adalah rahsia2 aku dengan Dia.




"Dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah. Sungguh, Dia Maha Mengetahui segala isi hati"

(67:13)

ya Allah,ini rahsia kita berdua ya.terima kasih kerana mendengar=)

Friday, April 22, 2011

Embah 2

Bismillaah...


Bakal menghabiskan weekend ini di KPJ Ipoh. Embah sudah beberapa hari 'warded' di sana disebabkan gastrik. Mama cakap gastrik embah severe. Perut embah sampai ada tujuh luka. Enam sudah kering tinggal lagi satu luka yang err...masih berdarah?

Tak tahulah.
Aku nak tanya detail lagi tapi sebenarnya bila mama sebut pasal luka di perut embah aku rasa ngilu sangat. Ngilu sampai telinga. Terbayang luka2 di perut embah yang ditoreh asid gastrik (betulkan kalau aku salah). Aduhh. Tambah lagi mama cakap embah tiap2 hari perlu dimasukkan darah sebab kurang kandungan hemoglobin dalam darah embah. Hmm...

Baba cakap semua orang kena balik hari ni juga. Bagi embah semangat. Baba tak ada masa sekarang sebab minggu ni minggu baba di 'rig'. Jadi aku batalkan terus janji2 dengan kawan untuk ke KLIBF'11 dan kedai buku di amcorp mall. Tak apalah, itu bila2 boleh. Ada umur, ada jodoh kita buat janji baru. Ok?



Aku nak balik. Nak salam embah, cium tangan embah.
Semoga embah lebih semangat. Semoga embah cepat sembuh.
Doakan embah aku ya!
Terima kasih!
=)

Wednesday, April 20, 2011

Warm and beautiful

Bismillaah...









Heal and you will be healed
Break every border
Give and you will receive
Its Nature's order


....let's start healing



Subhanallah...
It's so warm and beautiful.
My heart moved...do yours?


Let's start healing people!=)

Nina=)

Bismillaah...








Wishes made on shooting stars
When I was still a child
Summer walks on well worn
Paths where blueberries grew wild

Rows of white washed houses lined
The streets, then paved with sand
Early mornings at the
Lake, fishing pole in hand

Swimming in the afternoons till
The sun began to fade, then we'd
Talk about the following day
And all the plans we made

Memories of my childhood
Put smile upon my face
For now and then I visit
Lingering in this special place


(Childhood Memories by Dawn Enderson)



Thursday, April 14, 2011

Kiss the rain by Yiruma

Bismillaah...




Baba kata rahmat hujan itu dapat dilihat dari sifatnya yang turun sebutir2, merintik2 mendarat ke bumi.

Tap tap tap atau tik tik tik

Lembut dan santun gayanya kan?
Baba kata lagi, cuba bayangkan kalau air hujan itu turunnya mencurah2 seperti curahan air dari baldi.

Bushhh!! bushhh!! bushhh!! atau deburr!!deburr!!deburr!!

Kasar dan keras bunyinya kan? Kalau begitu gayanya, tidak sesuailah lagi istilah 'bumi ditimpa hujan' melainkan 'bumi dihempas hujan'.
Ish, macam bunyi mala petaka kan? Iyalah, dah bunyinya pun 'bushh' (baca:mantan presiden amerika) memanglah petaka.ehe



"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, Dia memperlihatkan kepadamu kilat untuk (menimbulkan) ketakutan dan harapan, dan Dia menurunkan air dari langit, lalu menghidupkan bumi dengan air itu sesudah matinya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mempergunakan akalnya"

(30:24)




Ahh hujan itu rahmat. Siapa yang perlukan payung? Berlari atau berjalan, ayuh kita redah!



Umbrellas we should shut
In the rain we should walk

-Sohrab Sepehri-





and yeah...please don't forget to smile =)

Sunday, April 10, 2011

Mini

Bismillaah...






Mungkin satu impian kecil aku adalah untuk mempunyai sebuah perpustakaan mini yang boleh diwariskan turun-temurun. Sampai ke cucu-cicit.

Perpustakaan yang penuh dengan buku2 dari pelbagai genre. Dari yang berunsur keagamaan, buku2 rujukan akademik sampailah ke chick-lit novel. Dari penulis yang mendapat anugerah nobel sampailah ke sasterawan negara dan seterusnya penulis2 biasa.

Ok tipu. Tak ada penulis biasa. Semuanya luar biasa.

Perpustakaan mini itu aku bayang aku letakkan di bahagian loteng. Tapi kalau takut tua2 nanti tak larat nak panjat tangga, mungkin aku boleh consider sediakan sebuah bilik khas sahaja.
Mungkin warna temanya boleh jadi oren, hijau atau kelabu. Entah, tak boleh nak bayang lagi. Sebab impian ini datang secara tiba2. Atau lebih tepat, keseriusannya cuma datang minit2 tadi (sebelum ini tentunya harapan mempunyai mini-library sendiri sudah ada. Cuma tak terfikir sampai nak waris ke anak cucu.ehe).


Seperti yang kita semua maklum, setiap impian yang kecil atau besar itu sentiasa ada langkah pertama untuk melaksanakannya. Cuma aku, ada dua; Pertama, mempunyai rak buku sendiri di bilik. Sementara ini buku2 di rumah memenuhi ruang laci meja make-up dan rak di luar bilik. Aku sebenarnya lebih suka kalau buku2 hasil belian aku disimpan secara peribadi dalam bilik. Dan kedua, mula membalut semua koleksi buku yang ada dengan pembalut buku plastik. Yang kedua itu, aku masih menimbang2 kerana aku secara jujurnya sangat suka melihat buku2 itu semakin usang. Menyentuh kulit mukanya yang kadang mengelupas dan berkedut itu semacam menimbulkan keterujaan. Seperti ada nilai sentimental value di situ. Ia tampak lebih berharga dan autentik pada mata aku. Ini cuma aku sedar setelah menerima hadiah berupa novel2 lama dari seorang teman. Yang 65 tahun kelihatan seperti 65 tahun. Aku suka itu.


Cukuplah bercerita.
Semoga impian kecil ini tercapai dengan lurusnya niat.
ameen~



Sunday, April 3, 2011

I wanna go home, let me go home -Home-

Bismillaah...




Saya perlu laut lagi, sedut bayu masin lagi, perlu langit biru lagi, perlu bintang kelap-kelip lagi.




Terengganu, 2010

"Forget not that the earth delights to feel your bare feet and the winds long to play with your hair"
~Khalil Gibran~







Saya perlu escapisme.

Friday, April 1, 2011

Soledad

Bismillaah...


I remember when i was young and stupid (i am still young but much wiser right now.ehe), soledad used to be my theme song when i failed my first love.Or is it when my first love failed me? The latter sounds more precise i guess eh?. ehe. I keep repeating the song everyday without fail. Without getting tired of it. As that moment i thought this song described my feeling the best of what i held inside.

Do you know what is soledad means? Soledad, according to wikipedia is a spanish word meaning solitude or loneliness. And guess what, i just knew it merely minutes ago. hehe So now i understand why is that the song feel so attached to me during that 'grave hour' of mine (ok, i was exaggerating,I know). teehee.

It's because i felt lonely. The loneliest feeling i had ever.
Or so i thought.

(Now, allow me to continue this post in malay or later you will find it more and more difficult of what i am going to say. hehe)


Tapi alhamdulillah. Time did heal everything. Dengan izin Allah, of course. Diambil satu diganti satu dengan yang jauh lebih baik. Jangan salah faham, bukan lah Allah mengganti cinta pertama aku itu dengan cinta kedua yang 'they lived happily ever after' kisahnya. Tak. Jauh lebih baik dari itu Allah ganti ia dengan tarbiyah. And to my surprise, tarbiyah ajar aku makna soledad yang sebenar. Makna loneliness yang sebenar. Iaitu rasa keseorangan yang bila kita berjauhan dari Tuhan.

Bila difikirkan semula pengalaman bercinta aku yang pertama dan terakhir, rasa loneliness selepas putus cinta tu terjadi sebab tanpa aku sedar aku sudah hilang satu perjuangan aku dalam hidup. Perjuangan, it's a big word, i know. But you see, tanpa kita sedar bila kita bercinta we always fight for our love. Kita selalu fight untuk pastikan that love terus hidup.

Kita fight diri kita supaya beralah tak nak gaduh2. Kita fight diri kita jangan nak jealous tak tentu pasal. Kita fight diri kita untuk buat our loved one happy. Most of the time kita banyak fight dengan perasaan sendiri. Tak kira sakit macam mana pun,kita nak terus fight pertahankan cinta kita. Apa lagi aku waktu tu ala ala cinta terhalang jugak la kan. Lagi la besar fighting nya.haha So bila that cinta putus, perjuangan pun terhenti. And suddenly you feel so empty as there's nothing you could fight for anymore.

Sama kisahnya dengan hubungan kita dengan Allah. Kita juga berjuang untuk sentiasa hidupkan cinta dalam diri kita kepada Allah. Kita lawan nafsu kita, kita lawan malas kita in order to get and to keep Allah's love. Sakit2 kita hidup kita rasa terisi. Rasa bermakna. Tapi bila tiba-tiba kita merasa futur. Merasa tingkat iman kita jatuh. Lalu kita biarkan diri kita bergelumang dengan segala dosa tanpa ada daya melawan untuk pertahankan cinta kita pada Tuhan, tak ada fighting, tak ada perjuangan, that moment kita merasa kosong. Saat itu aku merasa kosong. Kosong yang sebenar2 kosong.

Hidup tak ada perjuangan, apalah thrillnya. Hidup menyerah kepada nafsu bermakna tak ada perjuangan, bermakna tak ada thrill dan bermakna cinta kepada Allah

putus!

Dari saat itulah kita akan merasa erti kata kekosongan, keseorangan yang sebenar.

Nauzubillah...



***


Peribadi, my first love did teach me that dalam hidup tak semua perjuangan itu bermakna. Perjuangan pun ada yang dinamakan perjuangan yang sia-sia yakni selagi mana redha Allah tak ada bersama2nya. Kalau difikirkan selepas yang pertama banyak saja peluang untuk ada yang kedua ketiga dan seterusnya. But it is because i couldn't bear the fact that i will once again involve in a 'meaningless fight' plus with all the sins that will come along the way, i pass. Once is enough.



Love, it's complicated

Kisah aku

kawan satu payung=)

Siapa kena timpa hujan?=)