Friday, June 26, 2009

Tak lama lagi...

Bismillaah...

Menjadi dewasa tak mudah bila semua orang mengharapkan kamu mencapai jangkaan mereka masing2.Kamu akan dibebankan dengan tanggungjawab,amanah dan jugak masalah.Tetapi itu jauh lebih baik daripada kamu menjadi dewasa tetapi masih dianggap budak2 oleh orang sekeliling, merasakan tak ada satu apa pun yang boleh diharapkan dari kamu dan kamu sibuk hidup bergantung dengan orang lain.Sebab pada aku rasa diperlukan itu lebih besar maknanya daripada rasa memerlukan.Kecuali kepada Tuhan.

***

Untuk beberapa hari ni aku belajar beberapa perkara daripada sedikit kesulitan yang Dia bagi.Kesulitan yang aku terima bertitik tolak daripada aku menarik diri dari team PSM (Pembimbing Suai Mesra).Ujian yang perlu diterima sebagai melalui fasa2 awal dewasa.

1. Masalah atau cabaran selalu membuatkan hidup lebih thrill.

2. Dalam hidup semuanya jadi lebih bermakna bila kita mampu berkongsi.Tak kiralah sama ada berkongsi makanan yang kita dapat (rezeki),ruang,masalah atau kegembiraan.Agak klise kan?tapi yup,itulah yang aku belajar.

3. Aku kena selalu beringat menjadi perempuan,kita akan selalu menarik perhatian lelaki dalam apa jua keadaan.Oleh itu,sifat malu yang lebih tebal daripada tembok kena ada, sesuai pada tempatnya.

4. Perempuan bila berjalan dalam kumpulan selalunya akan menarik perhatian orang sekeliling.Oleh itu,waktu berada dalam public jangan buat lawak2 yang tak senonoh.Tahan diri dan lepaskannya waktu masing2 dah duduk dalam kereta.hehe

5. Kriteria pertama dan selamanya utama dalam memilih tempat tinggal (rumah sewa etc) bagi seorang perempuan bujang yang fragile dan baik (=p) adalah keselamatan,keselamatan dan keselamatan.Selepas itu baru fikirkan kos dan kemudahan.INGAT tu ana!

6. Supaya hidup lebih mudah luaskan social networking dan banyakkan link.Tetapi kalau tak mampu atau tak ada, berkawanlah dengan member yang mempunyai link yang banyak (ehe).Dan yup,jagalah ukhwah.

7. Bila kita ditangkap untuk kesalahan yang pertama kali kita buat itu bermaksud JANGAN BUAT LAGI!oh~ baiklah encik saifudin=)

8. Bila kawan kita cuba untuk menuntut haknya,jangan kita patahkan semangat dia dengan mengatakan terimalah apa yang ada atau apa yang kita dapat.NO!We have to stand for her!Itu yang terbaik walaupun untuk perkara2 kecil.

9. Dalam situasi yang tegang jangan biarkan diri terpengaruh dengan mood orang lain.Diam atau lari jauh2.

10. Untuk setiap perkara yang dimudahkan orang lain sila ucapkan terima kasih.Bagi hadiah kalau mampu.hehe

11. Hilang barang2 penting (purse,handset,jam) atas kecuaian sendiri (tercicir,lupa nak ambil semula bila tinggalkan sekejap di mana2) rasanya lagi sakit dari hilang dicuri orang.Alahai~

12. Duit,duit dan duit selalu menjadi masalah utama.

13. Berhutang berpuluh2 ringgit untuk 2 3 hari boleh buatkan hidup kurang tenang.Kalau beribu2?aihh

14. Yang terakhir tetapi sebenarnya yang paling utama ialah sentiasalah bergantung dan bersangka baik padaNya.InsyaAllah..

Sekian…

5 comments:

linzays said...

kesian en.saifudin jd femes kejap kat blog awk ni.. hu3..
actually, ape yg terjd jgn slalu menunding jri dgn sape2.. nilai dlu silap dri sendri.. itu lg baik.. (bley elakkan mslh kmudian ari..)

LiQiJun said...

life goes on~~

cik nadeeya said...

k.ana!! bestnye bce entry nie.. XD
mcm jdik kt dri sendiri lak.

anamunawwarah said...

lin~
emm ad kaitan ngan insiden2 kite ke lin?hehe tp betulla tu.satu tuding kat org empat ag tuding diri sendiri.

lee~
yup..kalau tak sm dgn mati.hehe

cik nadeeya~
iye?it's a common thing act..=)

weetameal said...

"Saya tidak akan hidup melainkan hari ni saja"

Pd hari ini saja sy akan hidup. Lalu sy mesti bsungguh2 mjalankan ketaatan kpd Tuhanku dan mlaksanakan solat dgn sebaik mungkin. Sy juga mesti bsungguh2 dlm melakukan solat sunat, mbaca alQuran, mbaca buku, mhafaz perkara2 yg bfaedah dan mpelajari kitab yg bmanfaat.

Pd hari ni saja sy akan hidup. Maka sy mesti menanamkan nilai2 yg baik di dlm hati sy. Kemudian sy mesti mbuang semua bibit2 kjahatan yg akan mbawa kpd kebinasaan, spt sombong, bongkak, riak, hasad, dengki, dendam dan buruk sangka.

Pd hari ni saja sy akan hidup, maka sy mesti mberikan manfaat kpd org lain dan selalu bbuat baik kpd mereka. Sy mesti menziarahi org sakit, mghantar jenazah, mberikan petunjuk kpd org yg mngalami kebingungan, mberikan makanan kpd org yg sdg kelaparan. Di samping itu sy juga mberikan jln keluar bg org yg sdg mengalami ksusahan, sy msti membela org yg dizalimi, sy mesti mbantu org yg lemah, sy mesti bertakziah kpd org yg ditimpa musibah. Lalu sy mesti mghormati org 'alim, sy mesti menyayangi org yg di bawah umur sy dan sy memuliakan org lebih tua usianya drpd sy sendiri.

Pd hari ini saja sy akan hidup, maka wahai masa lalu yg telah pergi dan sudah berakhir, tenggelamlah engkau bersama matahari di sebelah barat. sy tidak akan menangisi kenanganmu, sy tidak akan peduli utk mengingatimu walaupun hanya sekejap shj, sbb engkau telah meninggalkan kami, berhijrah drpd kami dan telah menghilang dari bayangan kami, smentara engkau tidak akan pernah kembali selama-lamanya kpd kami.

Wahai masa depan, engkau masih berada di alam ghaib, maka sy tak akan b'interaksi dgn mimpi2 yg slalu mperdaya org. Sy juga tak akan mjual diri ini dgn pbagai bayangan yg belum nyata, dan sy tak akan msegerakan kedatangan atau kelahiran yg masih blum wujud. Sbb hari esok bukanlah suatu alam nyata, sbb ianya belum diciptakn dan ianya belum boleh disebutkan.

Hari ini adalah hari sy yg sebenarnya, wahai umat manusia. Ini merupakan ungkapan yg sgt indah di dlm kamus kebahagiaan, iaitu org yg menginginkan sebuah kehidupan yg lebih indah dan lebih sejahtera.

wallahua'lam~

Kisah aku

kawan satu payung=)

Siapa kena timpa hujan?=)