Menjadi dewasa tak mudah bila semua orang mengharapkan kamu mencapai jangkaan mereka masing2.Kamu akan dibebankan dengan tanggungjawab,amanah dan jugak masalah.Tetapi itu jauh lebih baik daripada kamu menjadi dewasa tetapi masih dianggap budak2 oleh orang sekeliling, merasakan tak ada satu apa pun yang boleh diharapkan dari kamu dan kamu sibuk hidup bergantung dengan orang lain.Sebab pada aku rasa diperlukan itu lebih besar maknanya daripada rasa memerlukan.Kecuali kepada Tuhan.
1. Masalah atau cabaran selalu membuatkan hidup lebih thrill.
3. Aku kena selalu beringat menjadi perempuan,kita akan selalu menarik perhatian lelaki dalam apa jua keadaan.Oleh itu,sifat malu yang lebih tebal daripada tembok kena ada, sesuai pada tempatnya.
4. Perempuan bila berjalan dalam kumpulan selalunya akan menarik perhatian orang sekeliling.Oleh itu,waktu berada dalam public jangan buat lawak2 yang tak senonoh.Tahan diri dan lepaskannya waktu masing2 dah duduk dalam kereta.hehe
5. Kriteria pertama dan selamanya utama dalam memilih tempat tinggal (rumah sewa etc) bagi seorang perempuan bujang yang fragile dan baik (=p) adalah keselamatan,keselamatan dan keselamatan.Selepas itu baru fikirkan kos dan kemudahan.INGAT tu ana!
6. Supaya hidup lebih mudah luaskan social networking dan banyakkan link.Tetapi kalau tak mampu atau tak ada, berkawanlah dengan member yang mempunyai link yang banyak (ehe).Dan yup,jagalah ukhwah.
7. Bila kita ditangkap untuk kesalahan yang pertama kali kita buat itu bermaksud JANGAN BUAT LAGI!oh~ baiklah encik saifudin=)
8. Bila kawan kita cuba untuk menuntut haknya,jangan kita patahkan semangat dia dengan mengatakan terimalah apa yang ada atau apa yang kita dapat.NO!We have to stand for her!Itu yang terbaik walaupun untuk perkara2 kecil.
9. Dalam situasi yang tegang jangan biarkan diri terpengaruh dengan mood orang lain.Diam atau lari jauh2.
10. Untuk setiap perkara yang dimudahkan orang lain sila ucapkan terima kasih.Bagi hadiah kalau mampu.hehe
11. Hilang barang2 penting (purse,handset,jam) atas kecuaian sendiri (tercicir,lupa nak ambil semula bila tinggalkan sekejap di mana2) rasanya lagi sakit dari hilang dicuri orang.Alahai~
12. Duit,duit dan duit selalu menjadi masalah utama.
13. Berhutang berpuluh2 ringgit untuk 2 3 hari boleh buatkan hidup kurang tenang.Kalau beribu2?aihh
14. Yang terakhir tetapi sebenarnya yang paling utama ialah sentiasalah bergantung dan bersangka baik padaNya.InsyaAllah..
Sekian…