Kisah yang aku petik dari sebuah risalah yang dikeluarkan oleh ISEUMS. InsyaALLAH ada pengajaran...
* * * * * * *
Seorang pemuda yang dipilih ALLAH untuk istiqamah dalam menghadiri majlis-majlis ilmu pergi mengikuti suatu pengisian di masjid seperti kebiasaannya.
Pada malam itu, sang mua’lim telah memberi pengisian mengenai ‘ALLAH maha mendengar dan mengikuti petunjuk dari ALLAH melalui intuisi’. Ketika berlangsung pengajian, hati kecil pemuda itu tertanya-tanya,’Adakah ALLAH (SWT) masih berbicara kepada manusia melalui intuisi?
Sesudah usai pengisian, pemuda tadi keluar minum bersama-sama beberapa orang teman di kedai kopi berdekatan. Beberapa orang kawannya telah berkongsi pengalaman peribadi mereka tentang bagaimana ALLAH (SWT) telah memberi petunjuk serta hidayah kepada mereka dalam pelbagai cara, dan akhirnya mereka sedar bahawa yang telah membantu mereka menunjukkan jalan kepada mereka selama ini ialah ALLAH (SWT).
Jam menunjukkan pukul 10 malam ketika pemuda tadi memulakan perjalanannya ke rumah. Ketika dia duduk di bangku empuk kereta sedannya, dia mula berdoa kepada ALLAH, ‘Oh ALLAH..Jika Engkau masih berbicara kepada hati manusia, berbicaralah kepada ku. Aku akan mendengar. Dan aku berusaha sebaik mungkin untuk menuruti perintah-Mu’.
Ketika dia dalam perjalanan ke rumahnya, tiba-tiba hati kecilnya berbisik dengan kuat menyuruh dia berhenti dan membeli seliter susu segar. Dia mengeleng2kan kepalanya dan berkata,”ALLAH,adakah itu Engkau?” Memandangkan tiada siapa menjawab,dia pun meneruskan perjalanan ke rumah.
Namun,tidak lama kemudian, hatinya kembali berbisik menyuruh dia membeli seliter susu.”Baiklah ALLAH jika benar itu pesanan dari-Mu, aku akan beli susu itu.” Nampaknya, ujian ketaatan itu tidaklah sesusah yang disangka. Dan dia juga boleh minum susu itu ketika sampai di rumah nanti. Lalu dia pun memberhentikan keretanya dan membeli susu itu dan kembali meneruskan perjalanannya pulang.
Ketika dia melepasi Jalan 7, tiba-tiba dia mendapat satu perasaan yang kuat, “Turuni jalan itu!”.Ini adalah kerja gila, gumamnya sendirian.Namun, sekali lagi, dia mendapat perasaan yang kuat menyeru agar dia membelok masuk ke Jalan 7. Pada simpang yang seterusnya, dia membelok dan masuk ke jalan itu. Separa bercanda dia berkata,”Baiklah Tuhanku, aku turuti perintah-Mu.”
Dia memandu melintasi beberapa blok sehinggalah tiba-tiba dia merasakan dia patut berhenti. Dia menekan pedal brek, berhenti dan memerhati keadaan di sekeliling kawasan itu.
Di sini ialah kawasan perumahan orang-orang pertengahan. Ini bukanlah kawasan yang paling cantik, namun ia juga bukanlah kawasan orang-orang yang paling miskin.Banyak kedai-kedai telah tutup dan hampir semua rumah telah gelap, menandakan penghuninya sudah masuk kekamar tidur.
Namun sekali lagi, dia merasakan sesuatu berkata-kata dalam hatinya,”Pergi dan berikan susu itu kepada penghuni rumah di seberang jalan.” Pemuda itu memerhatikan keadaan rumah itu. Suasananya gelap.Mungkin penghuninya sudah tidur atau mungkin mereka tiada di rumah. Dia kembali melangkah menuju ke keretanya dan mula kembali masuk ke tempat duduk kereta.
“ALLAH ini ialah kerja gila. Penghuni rumah itu sudah pun nyenyak tidur, dan jika aku kejutkan mereka, sudah pasti mereka akan marah dan aku akan kelihatan seperti orang bodoh.” Namun, dia masih merasakan dia perlu mengikut kata-kata hatinya.
Akhirnya, dia membuka semula pintu kereta, “Baiklah ALLAH, jika ini ialah Engkau, aku akan pergi ke pintu rumah itu dan berikan mereka susu. Aku rela berkelakuan seperti orang gila ini jika itulah yang Engkau mahukan. Aku harap Engkau akan membalasnya kemudian hari, namun jika tiada sesiapa yang menjawab di pintu, aku akan terus beredar dari tempat ini.”
Dia berjalan melintasi lorong kecil itu dan menekan loceng. Dia dapat mendengar sedikit bunyi bising dalam rumah. Satu suara garau memecah kesunyian malam itu,”Siapa tu? Apa yang kau mahu?” Dan pintu rumah itu dibuka dengan cepat sebelum pemuda tadi sempat melarikan dirinya ke kereta.
Seorang pemuda dalam usia empat puluhan tercegat berdiri di belakang pintu bersama t-shirt lusuh. Dia kelihatan agak keliru dan pelik dengan kehadiran seorang tetamu yang tidak dikenalinya di depan pintu rumah pada waktu-waktu malam begini.
“Ada apa?”
Pemuda tadi menghulurkan susu tadi dan berkata,”Ambillah, aku bawakan ini untuk kau.”
Lelaki tadi terus merentap susu tadi dan bergegas lari masuk ke dalam rumah. Kemudian turun dari dalam rumah, seorang perempuan menyambut susu tadi dan pergi ke dalam dapur. Lelaki tadi mengikut rapat perempuan itu, dan dalam dukungan kemasnya duduk seorang bayi kecil. Dan bayi itu menangis kuat sekali. Kelaparan agaknya. Dan air-air hangat mengalir laju dari mata lelaki separuh umur itu.
Dan dalam esak tangisannya, lelaki itu berkata,”Kami baru sahaja selesai solat. Kami terpaksa membayar banyak hutang bulan ini, dan akhirnya kami kehabisan wang. Kami tidak punya apa-apa untuk si kecil ini. Aku baru sahaja berdoa kepada ALLAH (SWT) untuk memberikan jalan kepadaku bagaimana untuk mendapatkan susu untuknya.”
Kemudian, terdengar suara sang isteri menyambut halus dari belakang suaminya,”Aku meminta dari ALLAH agar menghantarkan kepada kami seorang malaikat bersama seberkas susu. Adakah engkau malaikat itu?”
Pemuda tidak menjawab. Dia lalu menyeluk saku, mengeluarkan dompet dan menarik semua duit yang ada padanya ketika itu dan menyerahkannya kepada tangan lelaki tadi. Dan dia berpusing ke belakang berlari ke arah keretanya dengan pecahan-pecahan manik jernih pada hujung matanya.
Dan kini dia tahu bahawa ALLAH (SWT) itu masih mendengar akan doa hamba-hamba-Nya.
Pilihanraya ke-14
6 years ago
No comments:
Post a Comment