'ana ni bila la nak feminin sikit'
Keluhan mama.Jelas dari corong telefon mama mengeluh bila aku bgtau yg hasil daripada shopping nya aku di KK td adalah sehelai t-shirt Bontton berwarna putih.
't-shirt lagi..'
Hehe..nak buat macam mana dah aku berkenan dan kebetulan warna putih belum ada dalam koleksi.
Tapi mama mengeluh bukan x bersebab.Mama dah boring dgn penampilan aku yg asyik berseluar dan ber't-shirt'.
'Ana ni cubala pakai skirt pjg tu pulak.Asyik pakai seluar je x boring ke?'
'Ana ni asyik beli t-shirt je.Kaler hitam je pulak tu.Macam xtukar baju'
'Ana ni cubala try pakai kasut tinggi2 sikit bukan susah'
ngeh2..mama mama..
Bukan aku x teringin tapi terasa canggung pulak bila kenakan gaya macam tu.Memang aku xpernah beli baju ala ala perempuan sendiri.Blouse or baju kurung kebanyakannya pilihan mama.Sebabnya kalau pun hati aku berkenan dgn blouse yg feminin habis tu kononnya bila keluar je dari fitting room pasti niat aku nak beli blouse tu terhapus dgn sendirinya.Tanpa was was.Bukan sekali dua jadi macam ni.x payah la aku statekan di sini apa yg aku nampak dalam fitting room tu:p cukupla aku bagitau kat sini apa yg aku nampak di depan aku waktu tu membuatkan aku rasa xlalu nak memiliki blouse tersebut.haha!
Jadinya aku bgtau mama..
'mama belikanla blouse yg cantik2 untuk ana'
'ala,blouse yg mama belikan tu pun ana xpakai.Ni berlambak ni tinggal kat rumah'
Aku jadi garu kepala.Eh, betul jugak.Memang aku tinggalkan blouse2 tu.Sebabnya beg aku dah penuh dengan t-shirt2 aku yg kaler hitam,pink,merah n biru.huhu..
mama mama..:)
'ala ma, ana bawak t-shirt byk2 sebab ana rasa pakai t-shirt lagi fleksibel.Boleh bawak g mana2.Xkanla ana nak g library je beria2 nak pki blouse.isk'
'ala, padahal org nampak biasa je pun.Apa masalahnya pulak'
Isk,mama ni always got the point.Huhu..betul gak kat sini ramai je yg pakai blouse 'beria' g library even hari sabtu ahad.Org pandang biasa je.Aku pun pandang biasa je.
Tapi mama xtaw even anak perempuan kesayangan die ni cuma berseluar dan ber'tshirt' ada je org ckp die ni ayu.Plus comel lagi.Haha..Err tapi sebenarnya x boleh kira jugak sebab komen2 ni die terima waktu die berbaju kurung.Err..
Ha,tapi mama x tau yg aku tgh berusaha menjadi lebih feminin.Contohnya:
-latest kasut aku tingginya erm..1 inci lebih mungkin, yang bila aku pakai aku mampu menandingi ketinggian mana2 lelaki dalam kelas aku (yg mmg dah kalah tu tunduk jela hehe) dan yang bila aku pakai menyebabkan aku selalu ketinggalan bas menyebabkan aku ada rasa sedikit menyesal membelinya.
*Pernah ni waktu aku terkocoh-kocoh menaiki bas sebelah dari kasut 'perempuan' aku ni tertanggal membuatkan aku hampir tersepit pintu bas sebab nak capai kasut tu balik.Aduss,serius malu!Malang betul aku adalah penumpang terakhir yg naik bas kalau x pasti aku adalah Cinderella pada hari itu yang mana kasut ku itu akan diselamatkan oleh sang putera (yg aku harap adalah seorang yg hensem dan 'gentle' dan dgn begitu bergayanya menyerahkan kasut itu padaku sambil tersenyum puas kerana dapat menyelamatkan kasut kepunyaan seorang gadis yang comel.haha!!) dan pasti nya insiden aku hampir tersepit pintu bas tidak akan terjadi!
-latest sandal aku berwarna bronze.Jenama vincci.Bertumit sedikit menyebabkan aku tidak selalu memakainya disebabkan gaya aku yang kadang2 berseluar trek bila ke mana2 ataupun kalaupun aku berseluar slack aku lebih selesa ber'sneakers' (sedangkan berbaju kurung pun aku boleh ber'sneakers' inikan pulak berseluar jeans atau slack).
-dan aku ada membeli 'compact powder' buat pertama kalinya dalam hidup aku (tahniah kepada Silkygirl!! ) yang mana sehingga kini secalit pun tidak pernah aku oleskan pada pipi.ngeh3..
Waah!berusahanya aku!
(walaupun aku rasa kalau diizinkan ALLAH mama baca entri ini pasti mama akan tersenyum sambil menyembunyikan rasa 'berbuku' di hati..hehe.Betulkah ma?)
Iya,aku kadang2 membazir.Sebab aku kadang2 merasa aku masih tercari2 identiti yang ingin aku bawakan.Yang bila org2 melihat mereka berkata,'ya,itulah ana'.Jadinya aku byk bereksperimen.Suatu hari aku akan berhenti.Pasti.
Suatu hari..
Dan mama..ana anak mama..ana saaaayanggg mama:)
Walau macam mana pun ana, ana anak mama kan?
dan aku tidak risau lagi..:)
Pilihanraya ke-14
6 years ago
4 comments:
kalau ko cari geng, aku ada. kadang2 tgk intan sangat feminin, aku sengih2 sendiri sebab terbayangkan 'kalau lah aku yg mcm tu..' haha. aku still x reti pakai handbag seyh. serius. aku suka beg skolah. hahaha. slagi x timbul masalah ak xrasa perlu nak ubah :)
ngehh..yr rite:)
aku pn xreti sgt.hbag ade pkinya tidak.kdg2 r pki tp salunye x.
eyt, ak pn berbag skola gak kdg2.sep sket!huhu
nee~~ tp ak pnah kna komen..
'muka je ayu tp..' die x hbiskan ayat tu..tapi kalo ad ayat 'tapi' mksd nye pkataan yg seterusnya adlah kontra la kan?sihatkah itu?huhu
haha..x pe lah ana..org yg sayang kita x tgk lah benda2 tu sume :)
eh rupa rupanya ade jugak org tak reti pakai handbag cm aku..
heehe
Post a Comment