Monday, March 31, 2008

Aku suka bila baba call..

Aku suka sgt bila baba call..

Sgt suka bila baba call n cakap ‘baba dalam kereta ni.on the way nk g…’

Sebab aku sgt suka bila fikir yg baba dalam masa ngah drive ngah fokus ngan jalan tu ada masa

ingat kat aku.Lantas tanpa was2 dial number aku..suka2!huhu

Aku sgt2 suka jugak bila baba call waktu baba baru je turun dari flight..

Suka betul bila baba buat gitu..

Rasa baba sweet je bila wat gitu..haha!

Aku teramat suka jugak bila baba call dari tengah2 laut tu..

Lagi suka bila baba call semata-mata nak tanya,

‘ana tgh buat apa?ana dah makan belum?’

Lagi,lagi..

Sgt2 suka bila baba call waktu semua ahli keluarga aku ngah berkumpul..

Buat aku terfikir yang baba terasa ketiadaan aku..

Rasa kosong dgn tiadanya aku di situ..


Rasa ‘incomplete’(ececeh!Perasan lebih2 ‘sang ana’ ni..huhu) aku suka!sgt suka!

Dan bila aku fikir betapa mudahnya orang yg kita sayang buat kita rasa

terharu..gembira..suka..bahagia.

Aku senyum sendiri..

Betapa ‘sayang’ yang ALLAH cipta itu begitu aneh dan unik sifatnya..

Dan sesungguhnya..sesungguhnya kan..

Aku sayang baba aku..

Lelaki kedua selepas Rasulullah..

InsyaALLAH..

Saturday, March 29, 2008

Aku gila kalori

Ermm..
aku xtaw sama ada aku tension atau naluri-nak-gemuk aku yg semakin memuncak..
hari tu aku mengambil kalori dgn sgt byk dgn sekaligus..
handmade choc 4 biji..
sebijik sebelum makan nasi
3 bijik ag lepas makan nasi
sepotong kek coklat
dan 6 bijik ferrero roche

semalam aku dgn rakusnya menyambar dua bar coklat cadbury yg plg besar jual kat giant...
erm..cadbury gold almond + strawberry n cadbury assorted nuts..
cadbury gold hbs dalam sekelip mata je..
perghh..gle ah..

keseimpulannya..

choc?irresistible..heheh

Banyak yg ingin aku tulis

Aku baru hbs midterm…Alasan aku utk gap yg terlalu pjg antara previous entry dgn yg ini.Byk yg ingin aku tulis.Sarat kat dalam kepala ni..hehe kononla..jadi xapalah kn kalau entri aku kali ini pjg benar..sarat dgn cerita..xmengapa kan?kan?Tapi siapalah kamu untuk mengatakan xboleh.Inikan blog aku.Aku punya suka lah..haha..Jadi mengapa pula aku bertanya? Naa..:)
******

Cerita 1: Mana discussionnya?


…Title..ada..intro..ada..objektif..ada..methods..ada..results and analysis..ada..flow chart..ada..question..ada..references..ada..ermm mcm da complete..tapi..erk,mana discussionnya?!!
Ah,sudah..menggelabah aku bila pak syeikh bgtau yg discussion xada utk lab report kimia group ktorg..macam mana boleh jd gini.Kan semua bhgn dah dibahagi2?nak anta jap agi..Gaduh pun xguna.Bincang pny bincang imam besar dpt satu idea untuk selamatkan group ktorg (idea terpaksa dirahsiakan utk kemahsyalatan group aku.huhu)..Ktorg ahli group yg lain terpaksa terima je idea tersebut memandangkan tu je cara yg ada.Hero yg hensem sepakat melaksanakan idea imam besar utk selamatkan group ktorg. Hari tu, hero yg hensem xjoin eksperimen.Beliau bersama motor kapcainya terpaksa pergi suatu tpt utk selamatkan keadaan. Dalam satu jam lebih selepas tu hero yg hensem dtg balik bersama ‘discussion’ ktorg..maka selamatlah kami hari itu..arigato imam besar dan hero yg hensem!


nota kaki: kagum ngan pak syeikh yg senyum je walaupun keadaan gawat macam tu.huhu



Cerita 2: Kata-kata yang diangkat ke langit


Aku dalam perjalanan ke lab kimia dengan syaza waktu tu. Dalam perjalanan tu, syaza mengadu dia rasa macam nak demam. Aku sentuh dahi dia, aah panas sikit. Terlepas dari mulut aku, ‘aku dah lama xdemam’. Disebabkan kata2 aku tu,tuan2 nak tau apa jadi lepas tu? Mungkin waktu aku mengatakan begitu pintu langit ketujuh sedang terbuka. Makanya waktu itu waktu mustajab berdoa seperti yang aku pernah terbaca bahawa setiap hari ada waktu2 tertentu yang mana doa atau kata2 kita akan terus dimakbulkan, diangkat ke langit. Oleh sebab itu kita digalakkan sentiasa beristighfar dan ibu2 jgn sewenang-wenang menyumpah anak2 bila marah. Takut2 terus diangkat ke langit. Macam aku yang esoknya mula dapat selsema luar biasa. Bersin x henti2, mata merah berair dan kaki rasa sejuk. Sepanjang aku ‘menderita’ (kononla) tu aku teringat kata2 syaza sebaik saja aku melafazkan kata2 ajaib tu, ‘ko jgn cakap,nanti demam betul2’. Petang esoknya aku excuse class mandarin, xlarat betul dan malamnya aku demam. Buat aku berfikir, kata2 siapa sebenarnya yg diangkat ke langit, aku atau syaza? Wallahualam..:)


nota kaki: Waktu demam tu kan aku teringin betul nak balik rumah. Dapat layanan first class dari mama n mak.hehe




Cerita 3: Mimpi yg membahagiakan.


Dia punya byk cara untuk menghiburkan hambanya dan hari itu aku dihiburkan dgn mimpi. Mimpi yg membahagiakan. Bukan sekali aku bermimpi seperti itu. Emm ada la dalam empat kali. Hehe..dan setiap kali aku bgn daripada mimpi itu aku akan rasa tenang, lapang dan…bahagia. Bahagia yg membuatkan aku secara spontan menyebut ‘alhamdulillah’…Bahagia yg belum masanya aku rasai. Dan bahagia yg aku xboleh simpan sorg2, mesti akan cerita kat org lain. Huhu..jadi, ada la mangsa2 yg esoknya mendengar cerita mimpi ‘si aku’. Aku mmg begitu kawan2 suka berkongsi kebahagiaan dengan kamu biar pun bahagia itu aku hanya dapat dari sepotong mimpi.


nota kaki: Dan waktu aku diam memendam, termenung berfikir Kau mendengar bukan?




Cerita 4: Kamu menyentuh hati aku


Kamu mungkin xsedar hari itu kamu betul2 menyentuh hati aku. Kamu buat aku tersenyum berdikit2..:) Aku nampak kamu tapi wajah kamu xjelas. Jarak kita membataskan aku untuk mengecam wajah kamu. Kiranya selepas kejadian itu kamu ada berdiri di sebelah aku menunggu bas atau beratur di belakang aku utk membayar makanan aku xkan tahu itu kamu. Tapi xmengapa kiranya kalau ALLAH mahu menunjukkan itu kamu suatu hari aku akan tahu. Aku terlambat ke kelas hari tu dan kamu ada menyumbang sedikit dalam faktor yg melambatkan aku. Hehe..sikit. Sekurang-kurangnya kamu telah memperlahankan langkah aku..Bawah pokok yg redup itu aku nampak kamu dan dia. Kamu dgn gitarmu duduk di atas rumput dan dia dgn dirinya duduk di atas kerusi rodanya. Kamu mainkan lagu apa aku tidak dpt dgr dgn jelas. Tapi yg jelas aku nmpk dia senyum memandang kamu. Kamu berdua seperti berada dlm dunia kamu sendiri xpeduli apa ada di sekeliling. Aku perlahankan langkah aku waktu melihat kamu malah hampir berhenti. Aku betul-betul mahu lihat wajah kamu dgn jelas mendengar lagu yg kamu mainkan. Aku toleh ke belakang berkali-kali ke arah kamu waktu menuruni anak tangga itu tapi masih aku xdpt menangkap wajah kamu. Ampunkan aku ALLAH waktu itu. Kamu menyentuh hati aku dgn menghiburkan dia, hamba ALLAH yg istimewa itu. Pasti kamu bkn kawannya tapi sahabat. Aku xtahu apa yg sdg terjadi tapi aku mengandaikan itu sbb dia nmpk gembira waktu itu. Senyumannya jelas. Kamu buat aku jadi perindu. Rindu kan kawan2 yg lama aku xjumpa dek kerana jihad kita ini. Membuat aku terfikir apa yg aku pernah lakukan utk menggembirakan sekeping hati seorang sahabat. Akhirnya aku senyum sendiri..


nota kaki: ALLAH, rindu betul aku dgn sahabat aku yg berdua tu..sahabat ku yg cantik dan sahabatku yg hensem..J ALLAH, panjangkan jodoh persahabatan kami. Izinkan aku tua bersama-sama mereka dan hubungan kami dikekalkan disambung oleh anak cucu kami. Izinkan aku tua bersama mereka supaya kami boleh duduk bercerita bersama zaman muda kami..Izinkan ALLAH dan redalah atas persahabatan ini.

Thursday, March 13, 2008

Orang yang wangi!!

KAMU semua..

doakan KITA semua..

sentiasa ditemukan,dikumpulkan bersama ORANG2 YANG WANGI..

ORANG2 WANGI yang akhirnya membawa kita kpd WANGINYA SYURGA...

WANGI yang kekal selama2nya..


KAMU semua..

Doakan lagi...

Agar perjalanan kita ini...

Setiap langkah yang diatur..

Satu-satu..

Diringi iman dan taqwa..

Menuju ALLAH yang Esa..


Mungkin kamu dan aku kadang2 lupa janji sendiri..

Nah, aku sampaikan ayat ini untuk peringatan buat kamu2 yang aku sayang:)..Sungguh ni aku sayang kamu semua!
Dan utk diri aku juga..

"Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku hidupku dan matiku, adalah kerana ALLAH tuhan sekalian alam"

(6:162)

Jadi selepas ini jgn kamu teraba-raba lagi..
Jgn pura-pura xmengerti..
Pura-pura tuli..
Jgn butakan hati..
Mengejar yang tidak kekal..
Menunggu yang xpasti..
Sebab kamu dan aku pun tahu..
Arah mana yang harus dituju..

Monday, March 10, 2008

Hari itu..Kelmarin..Hari ini

Hari tu..
ari sdey aku..
'Love merah bersayap' aku putus da dr tali die..
da x berseri ag K750i kesayangan aku..
isk..isk..
serius sdey..
boleh ke disambung balik..
yg baru xkan same..:(

Kelmarin..
ari epi aku:)
dapat cap MU..
Hahaha..1st tym org ksik cap..
siap ad sulam AIR ASIA lg..
hahaha..phm2
neway thanks ea 'kawan' sbb dtg tgk aku..
sbb aku mmg ngah terlalu,teramat,tersangat lah rindukan..
semenanjung..
ko mmg besh!hee~~
won't forget till death..
HIDUP MU!!

Hari ni..
ari bengkek aku..
dr. jualang kate..
lab practical sekurang2nya die nak cukupkan sepuluh!!
waaaaa!!
kate mggu ni last..
cet~~


Kesimpulannya..
hidup ini bagaikan roda..
kejap di atas kejap di bawah..
heh,ada kaitan ke?

Wednesday, March 5, 2008

Teringat..

'ana ni bila la nak feminin sikit'

Keluhan mama.Jelas dari corong telefon mama mengeluh bila aku bgtau yg hasil daripada shopping nya aku di KK td adalah sehelai t-shirt Bontton berwarna putih.

't-shirt lagi..'

Hehe..nak buat macam mana dah aku berkenan dan kebetulan warna putih belum ada dalam koleksi.

Tapi mama mengeluh bukan x bersebab.Mama dah boring dgn penampilan aku yg asyik berseluar dan ber't-shirt'.

'Ana ni cubala pakai skirt pjg tu pulak.Asyik pakai seluar je x boring ke?'
'Ana ni asyik beli t-shirt je.Kaler hitam je pulak tu.Macam xtukar baju'
'Ana ni cubala try pakai kasut tinggi2 sikit bukan susah'

ngeh2..mama mama..

Bukan aku x teringin tapi terasa canggung pulak bila kenakan gaya macam tu.Memang aku xpernah beli baju ala ala perempuan sendiri.Blouse or baju kurung kebanyakannya pilihan mama.Sebabnya kalau pun hati aku berkenan dgn blouse yg feminin habis tu kononnya bila keluar je dari fitting room pasti niat aku nak beli blouse tu terhapus dgn sendirinya.Tanpa was was.Bukan sekali dua jadi macam ni.x payah la aku statekan di sini apa yg aku nampak dalam fitting room tu:p cukupla aku bagitau kat sini apa yg aku nampak di depan aku waktu tu membuatkan aku rasa xlalu nak memiliki blouse tersebut.haha!

Jadinya aku bgtau mama..

'mama belikanla blouse yg cantik2 untuk ana'

'ala,blouse yg mama belikan tu pun ana xpakai.Ni berlambak ni tinggal kat rumah'

Aku jadi garu kepala.Eh, betul jugak.Memang aku tinggalkan blouse2 tu.Sebabnya beg aku dah penuh dengan t-shirt2 aku yg kaler hitam,pink,merah n biru.huhu..

mama mama..:)

'ala ma, ana bawak t-shirt byk2 sebab ana rasa pakai t-shirt lagi fleksibel.Boleh bawak g mana2.Xkanla ana nak g library je beria2 nak pki blouse.isk'

'ala, padahal org nampak biasa je pun.Apa masalahnya pulak'

Isk,mama ni always got the point.Huhu..betul gak kat sini ramai je yg pakai blouse 'beria' g library even hari sabtu ahad.Org pandang biasa je.Aku pun pandang biasa je.

Tapi mama xtaw even anak perempuan kesayangan die ni cuma berseluar dan ber'tshirt' ada je org ckp die ni ayu.Plus comel lagi.Haha..Err tapi sebenarnya x boleh kira jugak sebab komen2 ni die terima waktu die berbaju kurung.Err..

Ha,tapi mama x tau yg aku tgh berusaha menjadi lebih feminin.Contohnya:

-latest kasut aku tingginya erm..1 inci lebih mungkin, yang bila aku pakai aku mampu menandingi ketinggian mana2 lelaki dalam kelas aku (yg mmg dah kalah tu tunduk jela hehe) dan yang bila aku pakai menyebabkan aku selalu ketinggalan bas menyebabkan aku ada rasa sedikit menyesal membelinya.
*Pernah ni waktu aku terkocoh-kocoh menaiki bas sebelah dari kasut 'perempuan' aku ni tertanggal membuatkan aku hampir tersepit pintu bas sebab nak capai kasut tu balik.Aduss,serius malu!Malang betul aku adalah penumpang terakhir yg naik bas kalau x pasti aku adalah Cinderella pada hari itu yang mana kasut ku itu akan diselamatkan oleh sang putera (yg aku harap adalah seorang yg hensem dan 'gentle' dan dgn begitu bergayanya menyerahkan kasut itu padaku sambil tersenyum puas kerana dapat menyelamatkan kasut kepunyaan seorang gadis yang comel.haha!!) dan pasti nya insiden aku hampir tersepit pintu bas tidak akan terjadi!

-latest sandal aku berwarna bronze.Jenama vincci.Bertumit sedikit menyebabkan aku tidak selalu memakainya disebabkan gaya aku yang kadang2 berseluar trek bila ke mana2 ataupun kalaupun aku berseluar slack aku lebih selesa ber'sneakers' (sedangkan berbaju kurung pun aku boleh ber'sneakers' inikan pulak berseluar jeans atau slack).

-dan aku ada membeli 'compact powder' buat pertama kalinya dalam hidup aku (tahniah kepada Silkygirl!! ) yang mana sehingga kini secalit pun tidak pernah aku oleskan pada pipi.ngeh3..

Waah!berusahanya aku!
(walaupun aku rasa kalau diizinkan ALLAH mama baca entri ini pasti mama akan tersenyum sambil menyembunyikan rasa 'berbuku' di hati..hehe.Betulkah ma?)

Iya,aku kadang2 membazir.Sebab aku kadang2 merasa aku masih tercari2 identiti yang ingin aku bawakan.Yang bila org2 melihat mereka berkata,'ya,itulah ana'.Jadinya aku byk bereksperimen.Suatu hari aku akan berhenti.Pasti.

Suatu hari..

Dan mama..ana anak mama..ana saaaayanggg mama:)
Walau macam mana pun ana, ana anak mama kan?

dan aku tidak risau lagi..:)

sakit..

Suatu malam..aku dah xingat malam bila..yang aku ingat aku balik bilik lambat sikit malam tu.habis kelas pukul 5 terus ke library online cari bahan tuk assignment.Keluar dari library hujan turun.lebat..tapi lembut macam biasa..dan aku suka..alhamdulillah.

Sampai kat kolej aku daki tangga 'batu cave' tu satu2..Alhamdulillah tangga tu dah berbumbung.Ok la sikit aku rasa kalau nak banding waktu x ada bumbung dulu.View cam blur je tambah lagi ngan tangga yang licin boleh menyebabkan adegan yang x ingin kita lihat kalau x hati2..huhu

Menuju puncak!

Sampai kat puncak,adeh..sakit betul hati aku ni anda2 sekalian..sungguh!dalam hati terdetik 'aih,hujan2 mcm ni pun ada jugak'

Zass!

Hati mcm kena toreh.Sakitnya ALLAH!Ya ALLAH kenapalah Kau bagi aku pandangan yg macam ni.Aku xmampu ya ALLAH utk berbuat apa2..Hanya mampu melihat dan membenci dalam hati.Itulah iman aku.Yang selemah2 nya.
Mereka2 ini mencacatkan suasana aku mlm tu..Aku suka hujan tapi mereka2 ni dah mencemarkan hujan aku.Kalau lah hujan itu diberi kuasa oleh ALLAH utk turun di mana2 saja yg mereka suka pasti hujan2 tu pilih utk tidak turun di situ.Jijik!Berdiri rapat2 di bawah payung nak mengelak hujan kononnya.Apakah?Kenapa mesti bertemu di situ?Kenapa mesti bertemu waktu itu?Atas urusan apa?pentingkah?Tersengih2 mcm kerang busuk.Serius kah yang dibincangkan.Sial!
Dia bertudung.Tapi x sempurna.Tidak dilabuhkan ke dada.Tapi itu bukan alasan.Bertudung itu sendiri sudah menunjukkan dia itu Islam,muslimah.Jadi kenapa tidak dijaga nikmat ALLAH yg paling besar itu?Kenapa tega2nya menjatuhkan maruah dia di situ?Maruah Islam.ALLAH..Apakah malu sudah tidak ada nilai lagi dalam dirinya?

Dan semoga ALLAH mengampunkan dosa dia si pelaku dan dosa aku si pe'lihat'..Dan anda doakan juga ya..takut2 aku dah penat.

Monday, March 3, 2008

homesick

hari itu hari sabtu..

ngah break wat revision sambil layan 'cardcaptor sakura' episode 18..
K750i aku b'bunyik (ringtone: opening honey n clover:p )menandakan telah masuknya waktu..err..menandakan ada org call masuklah!huhu..

aku tgk skrin hp 'canggih' aku (canggih ker?kuikui) terpapar wajah baba ku yg kacak..(mmg kacak taw..sape berani kate x,siap!!huhu)
sambil tu..ksik pause dulu ini cardcaptor sakura aa..

baba,'assalamualaikum..ana br bgn ke?'
aku,'ish,xde rr da lame da bgn ni.paagi paaaagi lg..hehe'
baba,'iye?da sarapan blum'
aku,'err..blum.minum kopi je td'

tiba2 cam dgr suara mbah..'na,ktorg nk pegi tgk aufa ni'
aku,'hah,ape?'
baba,'ni on the way nk tgk aufa ni'
aku,'oww,yeke..sume g ke?best rr aufa'

tiba2 dgr lak suara mak..'ana..gelang yg...'
aku,'aa mak..pe die?'
baba,'mak nk ckp ngan ana ke?nah..' (sbenarnya kalo xsilap dialog ni dlm bhs jawe.xpela aku translate kn tuk korg aa..huhu)

mak,'ana,gelang yg ana bg mak tu hlg la..mak xtawla letak kat mane'
aku,'aaa..xpe.nty ana beli lg ye..hehe'
mak,'ha,nty ana beli lg la..nty mak bayar la duit ana'
aku,'eh xpe,nty ana belikan mak'
mak,'hehe..'
aku,'mak, arini ana ad midterm titas'
mak,'ape?mittem??'
aku,'ana ad exam..paper titas..pukul 7 mlm'
mak,'owh pukul 7 examnye..npe mlm2?'
aku,'ntah..suke ati lecturer tu die nk wat mlm2..kol 7 sampai 8 je'
mak,'owh,xpela..jwb elok2la..'

baba,'ana ngah buat apa tu.xkuar ke'
aku,'x la..studi jela'
mak,'aah nk buat ape pun std jela ye na..'
masa ni aku rase dorg loudspeaker ni..kot


fon di'pass' ke baba blik

baba,'ana nk ckp ngan mama ke?'
aku,'em nak!'

mama,'assalamualaikum..'
aku,'waalaikumussalam..aufa demam lg ke ma?'
mama,'eh xdela..da ok da..dua ari je.ari rabu, kha..semalam da sekolah da'
aku,'oww..'
mama,'aufa tu homesick sbnanye.sampai demam2..die suruh2 mama tgk die kat sane.tp yela mama nk pegi mcm mane..sampai demam die'
aku,'laa..yeke.npe ma?die kna buli ke?die xseronok ke skola kat situ?'
mama,'ish,xdela..xde kena buli..sekolah seronok tp tula die homesick'
aku,'oww..'
mama,'tula die merayu2 mintak mama anta henset kat die.mama antala'
aku,'henset?'
mama,'eh,sekolah die bole.xksah..pastu aufa 5 6 kali kalnye..bgn tido telefon,nk g sekolah telefon,rehat nty telefon'
aku,'haha..telefon byk2 ckp ape?'
mama,'tula,die pun xtaw nk ckp ap.mama tny,aufa nak ckp ape ngan mama ni..tahla ma,aufa nak ckp ape ye ngan mama..haha!'mama gelak.
aku,'haha..'aku pun tgelak
mama sambung blik,'tula mama tny aufa,aufa ni asyik telefon2 aufa nk bgtau yg aufa nk keluar dr sekolah ke tp aufa tkt nk bgtau..yela sbb aritu baba tgk die,mase baba nk blik die ngs je..'
masa dgr ni,aku dlm hati alahai..siannye adek aku..sayu tol..huhu
pastu mama cakap g,'tula mama tny die xseronok ke sekolah..nk keluar ke..tp cepat2 die jwb,eh xdela ma..sekola ok je..pastu mama btaw die aufa kena kuatla..kalau aufa homesick cuba aufa pkir kak ana.die lg jauh..kat sabah tu..kalo die demam ke sakit ke xde sape leh tgkkn die.tp die ok je.maknanye die kuatla tu.so aufa kena kuatla'

hehe kembang sekejap..

then aku da xbpe ngat pe yg aku sembang ngan mama ag..ak just nk highlight kn kat ayat mama yg mengatakan aku kuat tu..huhu..sowi aa..hee~~

tapi kan..kuat kah aku?
aku rase aku bkn kuat..
cuma terlalu bz smpi xde masa nk rindu..huhu bolehkah?
ermm..
tahla..mgkin da besa jauh..awal2 dulu je aku tkt2..tp bl da ada kwn, da selesa ngan tpt ni then xde masalah..xpe..aufa pun akan jd kuat gak nty..die 'kecik' ag..muda2 da jauh ngan fam..aku even dulu sekolah asrama dr f1-f5 tp ari2 dpt tgk mama..haha!tu pun homesick gak kdg2..ngs rr sorg2 kat shower masa mandi..ngeh2..

tapi yg sebena2nye aku pikir aku mmg kena kuat..sbb xnk wat mama risau..kalau mama risau n then mama pkir that she cnnot reach me sbb aku jauh sgt mst mama susah ati..
jdnya aku kena kuatla..cukupla dgr mama tahan ngs masa aku btaw mama aku rindu mama tym kat matriks dulu..sbb aku pun jd ngs sekali..hee~~ aku kan anak mama..:)

terima kasih ma:)
anak mama mmg kuat!huhu

Kisah aku

kawan satu payung=)

Siapa kena timpa hujan?=)