Sunday, January 11, 2015

Kereyta Lowri Ottomen

Bismillaah...




"Lukish kereyta. Cepat2 "

Petak  bumbung. Petak badan. Dua tayar. Ekzos dan asap.
Siap.

" Agi. Kereyta agi"

Petak bumbung. Petak badan. Dua tayar. Ekzos dan asap.
Siap.

"Lukish minyak. Kat kereyta. Minyak"

Terdiam.

Apa? Minyak?

"Minyakkk. Kat kereyta. Cepattt."

Disua2 tangan kita ke papan  hitam.

Ooo. Petrol pam ke?

Petak. Garis2 pembahagi. Salur minyak. Tanda nama PETROL.
Siap.

"Kereyta agi"

"Pokok"

"Orang banyak2"

"Lowriiii"

Siap!

"Yeayyy. Samaaaa!"


Bakat terpendam : guru taska.





p/s: Lukisan terpadam  antaranya - ottomen melawan raksasa, beruang, rama2, kumbang dan bunga

Saturday, January 10, 2015

2015

Bismillaah...



Ini random.
Tapi aku rindu nak main basketball dengan Mus'ab lagi.

Melihat tangan kecilnya lincah mengawal bola (dribble?) I just can't stop smiling. 
Mus'ab baru berumur tiga tahun dan dia sudah sehebat itu. Bayangkan nanti umurnya enam belas tujuh belas tahun, sebaris Karim Abdul Jabbar mungkin? Tak? Shaquille O'neil then?

Haha.

Angankan anak orang. Apa saja kau dapat?


Kelmarin bercerita2 dengan anak HQ tentang benda2 kepunyaan paling kesayangan. Dari situ, aku melihat betapa perkara2 kecil, dengan modal tak seberapa mampu mengesankan hati asalkan datangnya dari orang tersayang. Ada adik seorang ini, begitu 'berpegang' kepada pensel mekanikal pertama miliknya hadiah dari ayah. Bertahun2 kekal di tangan.


Dan semalam dapat luang sedikit masa dengan famili, berlima kami adik beradik yang ada, campur mak dan keluarga Pakkin. Mereka cadangkan 'movie nite' di rumah - Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Tulisan buya HAMKA tahun 1938 yang ditayangkan layar Indonesia.


Tak pernah dalam sejarah kami adik-beradik duduk bersama menonton filem cinta tragis. Ini pertama kali. Surprisingly, it's not awkward at all. haha Patut arkibkan momen tersebut dalam kertas kecil, lipat, dan masukkan dalam 'happiness jar'. 


I smiled a lot yesterday.
A lot.
=)




Sunday, October 26, 2014

Pasar Pagi

Bismillaah...


Pagi Sabtu semalam,
bangun pagi terpisat2.
Gosok2 mata.
Garu2 kepala.
Mak dah duduk di sisi katil.

"Pergi pasar Ana"

Lalu satu2 barang dapur disenaraikan.
Yang bawang, yang lada, ayam berkaki dua. Semua2 lah.
Habis catat, badan rebah semula.
Maklum, malam sampai ke rumah jam satu. Letih mengharung trafik yang sesak masih belum hilang.

Tepat jam 8 bangun semula. Gosok gigi, basuh muka.
Sekadarnya.
Siap2 segera ke pasar.

Sampai sana, habis dikejar segala bawang, lada, serai, segala jenis daun (daun bawang, daun sup), ayam dua ekor dan juga lada. Tak masuk rempah ratus, serbuk kunyit, so'on?

Sampai sana juga, habis disapa semua yang kenal. Yang kenal juga senang hati menyapa kita. Salam tangan embah, salam tangan makcik, salam tangan cikgu lama. Dalam pening2 nak pilih bawang yang mana (bawang merah saja berjenis2), sedut asap motor, pening duit tak cukup bila sampai depan gerai ayam, seronok juga berjumpa dengan muka2 'familiar'.

Pulang dengan beban berkilo2 di kiri dan kanan.
Berkeringat kita, terhuyung hayang dengan segala barang.

Tiba2 terdengar ketawa gadis2 di belakang.
Kita lalu toleh.
Wajah segar,blouse atau cardigan cantik. Jalan berkumpulan,mengekek bersama. Di tangan masing2 cuma ada plastik asam atau keropok lekor dua ringgit mungkin.

Pandang diri sendiri semula.
Keringat,sememeh,tak mandi.

Enjoy your freedom now my lady. Come to my age later and you won't find yourself prettily dressed to pasar pagi.

Zaman pergi pasar cuma untuk bersiar2 sudah tiada...
Begitulah kita mengerti kita sudah dewasa.

P/s: catat dari telefon


Thursday, October 23, 2014

Dopamine perhaps?

Bismillaah...





And I even dancing on the court.
To my own version victory-dance.
I'm glad I don't lose my touch after so many years.





Blessed.

Thursday, June 5, 2014

Duabelasmalam 'hashtag'naiktahun

Bismillaah...



Mama,


On this day, twenty-six years ago,
thanks.


Ana rindu doa mama lewat SMS tepat duabelasmalam.
Mama tak pernah lupa.


Sejak mama pergi sebetulnya ana selalu 'sembunyikan diri' pada hari ini.
Tapi selalunya, ada saja yang jumpa.

Jadi terima kasih kepada kamu, walaupun mungkin separuh ikhlas aku membalasnya.


Terima kasih.



Friday, May 16, 2014

Bismillaah...



Setiap pagi, bila saja aku berjalan kaki atas laluan yang bersih dari daun2 kering semalam ke makmal, aku jadi teringat jahiliyyah2 yang sudah ditinggalkan.


Daun2 kering semalam itu ibarat jahiliyyah2 yang pernah ada dalam diri. Tak pernah dirisaukan, tak pernah rasa terganggu, tak pernah rasa berdosa. Malah seronok dipijak2, kadang disepak2. Daun2 kering itu semalam tak pernah difikirkan alangkah baiknya kalau tiada. Tak pernah peduli kalau ia bersepah2 menutupi jalan raya.


Ilham daripada Allah pagi itu, melihatkan jalan raya yang bersih dari daun2 kering semalam (selesai disapu tukang sapu fakulti) hati tiba2 berasa lapang. Alangkah bagusnya rupa jalan ini berbanding kelmarin! Lalu diibarat dengan hati yang bersih dari jahiliyyah semalam. Hati semalam yang sarat dilitupi dosa2 ibarat laluan jalan yang dilitupi daun2 kering. Waktu bergelumang kita merasakan tidak ada apa2. Selepas ditunjukkan cara, dibersihkan, dibukakan jalan barulah kita tahu apa yang lebih baik. Apa yang lebih manis dan nyaman. Maka, alangkah bagusnya hati hari ini.


Daun2 kering di jalan walaupun sesuatu yang indah pada foto2 lewat musim gugur (seperti yang terhidang dalam filem hindi empat jam Mohabbatein) bisa menyekat laluan2 air di saliran kita jika dibiarkan. Bencana kisahnya nanti. 


Nah sekarang, mana penyapunya?



Thursday, May 15, 2014

2014

Bismillaah








Subhanallah!
Selalu dalam mimpi. Tak pernah padam. Tak akan.


Owh, dah duaribuempatbelas ya?

Kisah aku

kawan satu payung=)

Siapa kena timpa hujan?=)