Friday, May 16, 2014

Bismillaah...



Setiap pagi, bila saja aku berjalan kaki atas laluan yang bersih dari daun2 kering semalam ke makmal, aku jadi teringat jahiliyyah2 yang sudah ditinggalkan.


Daun2 kering semalam itu ibarat jahiliyyah2 yang pernah ada dalam diri. Tak pernah dirisaukan, tak pernah rasa terganggu, tak pernah rasa berdosa. Malah seronok dipijak2, kadang disepak2. Daun2 kering itu semalam tak pernah difikirkan alangkah baiknya kalau tiada. Tak pernah peduli kalau ia bersepah2 menutupi jalan raya.


Ilham daripada Allah pagi itu, melihatkan jalan raya yang bersih dari daun2 kering semalam (selesai disapu tukang sapu fakulti) hati tiba2 berasa lapang. Alangkah bagusnya rupa jalan ini berbanding kelmarin! Lalu diibarat dengan hati yang bersih dari jahiliyyah semalam. Hati semalam yang sarat dilitupi dosa2 ibarat laluan jalan yang dilitupi daun2 kering. Waktu bergelumang kita merasakan tidak ada apa2. Selepas ditunjukkan cara, dibersihkan, dibukakan jalan barulah kita tahu apa yang lebih baik. Apa yang lebih manis dan nyaman. Maka, alangkah bagusnya hati hari ini.


Daun2 kering di jalan walaupun sesuatu yang indah pada foto2 lewat musim gugur (seperti yang terhidang dalam filem hindi empat jam Mohabbatein) bisa menyekat laluan2 air di saliran kita jika dibiarkan. Bencana kisahnya nanti. 


Nah sekarang, mana penyapunya?



No comments:

Kisah aku

kawan satu payung=)

Siapa kena timpa hujan?=)