Bismillaah...
Pagi Sabtu semalam,
bangun pagi terpisat2.
Gosok2 mata.
Garu2 kepala.
Mak dah duduk di sisi katil.
"Pergi pasar Ana"
Lalu satu2 barang dapur disenaraikan.
Yang bawang, yang lada, ayam berkaki dua. Semua2 lah.
Habis catat, badan rebah semula.
Maklum, malam sampai ke rumah jam satu. Letih mengharung trafik yang sesak masih belum hilang.
Tepat jam 8 bangun semula. Gosok gigi, basuh muka.
Sekadarnya.
Siap2 segera ke pasar.
Sampai sana, habis dikejar segala bawang, lada, serai, segala jenis daun (daun bawang, daun sup), ayam dua ekor dan juga lada. Tak masuk rempah ratus, serbuk kunyit, so'on?
Sampai sana juga, habis disapa semua yang kenal. Yang kenal juga senang hati menyapa kita. Salam tangan embah, salam tangan makcik, salam tangan cikgu lama. Dalam pening2 nak pilih bawang yang mana (bawang merah saja berjenis2), sedut asap motor, pening duit tak cukup bila sampai depan gerai ayam, seronok juga berjumpa dengan muka2 'familiar'.
Pulang dengan beban berkilo2 di kiri dan kanan.
Berkeringat kita, terhuyung hayang dengan segala barang.
Tiba2 terdengar ketawa gadis2 di belakang.
Kita lalu toleh.
Wajah segar,blouse atau cardigan cantik. Jalan berkumpulan,mengekek bersama. Di tangan masing2 cuma ada plastik asam atau keropok lekor dua ringgit mungkin.
Pandang diri sendiri semula.
Keringat,sememeh,tak mandi.
Enjoy your freedom now my lady. Come to my age later and you won't find yourself prettily dressed to pasar pagi.
Zaman pergi pasar cuma untuk bersiar2 sudah tiada...
Begitulah kita mengerti kita sudah dewasa.
P/s: catat dari telefon
Pilihanraya ke-14
6 years ago
11 comments:
so trueee.. ^_^
Best cerita nieee...boleh buat novel..kumpul pengalaman hidup n sharing..buat satu buku..awak ada imaginasi tentang future..the way u describe your observation is matured..I liked
Cara awak lihat kehidupan ni sangat kreatif=) saya baca juga post2 sebelum ni.. menarik cara diolahkan situasi yg awak lalui walaupun ia sama dgn reality org lain but u make it sensitively, emotionally. .very interesting...beautiful brain imagination.. sgt uncannily=)
Keep posting story..I liked ur emotional when u describe situation.gambate
Nak tanya..kenapa berjalan dalam hujan?? Apa syno ym nya tajuk ni dgn awak??
Salam,
Dear anon,
komen bertalu2 dari awak buat saya 'blushing' di sini. haha
Thanks for the good feedback. You are too generous I must say :)
Kenapa 'Berjalan Dalam Hujan'?. Tak ada sebab apa2. Itu tajuk tulisan online saya yang pertama. Tapi bukan di blogspot. Di Friendster. Saya tak pasti kalau saya ada simpannya di sini.
Sayang jugak kalau hilang.
Ehh saya nii kan ...kalau application blogspot ni boleh letak emoticon mcm wassap wecbat...sure sure bnyk emoticon bagai nk letak..ale aleh saya leh letak emoticon yg kedekut =)..but tak kedekot taw..jujur nya bila baca citer mama awak tu buat saya hargai mama n abah saya kerana saya masih memiliki mereka...penulisan awak mmberi impak yg besar untuk org yg beremosi mcm saya...terimaKasih sbb buat penulisan yg berfaedahh...setiap tahun awak teringat pasal mama.. n setiap 5 june..hashtag...agaknya tu tarikh lahir awak saya kira..saya minta maaf kalau terlalu lurus n terang terangan mengingatkan awak pasal mama..semoga mama awak ditempatka dalam kalangan ahli syurga dan itu yg penting...kalau tidak sia sia sahaja kita hidup di dunia..awak pun and saya pun bukan nya leh kekal lama..sbb kematian itu satu ketetapan dan yg penting kita tak melupakan untuk mendoakan kebaikan org yg ada signifikan..become tough girl taw...but awak jgn stop tulis blog..saya nak jadi kan blog ni sbg hobi untuk baca cerita cerita yg pandai n kreatif awak mainka citernya...haa saya dah sebut pasal mama..jgn nk sedih lama...zikir kan kasi kuat hati..maaf sekali lagi terpaksa bg emoticon yg kedekot ni=)..ok lah takat ni dulu ucapan Al fatihah saya sedekahkan pada mama yg awak sangat sayangi...haa jgn nak menitik sekarang..but tenkiu..awak berjaya buat saya sgt sayang pada mama saya sgt sgt.moga Allah berkati kehidupan kalian semua..last emoticon yg kedekot=)..tak cukup symbol..tepon murah..hehe
Ala panjang la..maaf panjang
Salam...mana post baruu??:) sebulan 1 kali la..setahun 12 POST boleh?? Baru impact blog ni..kan
Sy anonymous yg lain pulak. Sy suka baca luahan2 dlm blog awk. Sy bukan anonymous yg kat atas tu. Setiap yg berlaku dlm kehidupan tu Allah yg izinkan utk berlaku...jadi awk jgn pandang terlalu negatif dgn kehidupan yg lepas. Smile! :)
Dear,
anonymous yang lain pulak...
Kehidupan itu sentiasa ada negative positive...negative itu perlu sbb bateri pun ada negative positive..kalau tak ada negative positive tak kan wujudnya arus mengikut prinsip cam nicola tesla tuu..jadi lah bateri yg memberi kuasa pada filamen torch light..jadilah bateri pada jam tangan yg dah "10" (untuk author) tahun pun masih boleh jalan..sentiasa menyumbang untuk kebaikan...kereta pun pakai bateri...bayangkan bateri kereta mati...korang pulas la kunci takkan nak hidupnyaa...jadi negative itu perlu dan cara atasinya perlu positive..maaf senyum kedekot ni lagi=) my trademark taw!
Post a Comment