Saturday, April 4, 2009

Hiasan dunia paling indah

Bismillaah...

SENGET...

Awalnya semua rasa macam biasa.Mungkin kelam-kabut sikit pasal lab report tapi alhamdulillah semua ok.Semuanya Allah mudahkan.Tak ada printer,housemate si pipit yg entah siapa2 je dengan aku tu,bagi print free semua lab reports yg berpuluh-puluh keping tu.Lengkap pakej kertas dan ink.Aku doakan dia sungguh2 supaya dapat hidayah.

Uik,asal doa dapat hidayah ana?dia jahat ke?

bukanla.Aku memang gitu,suka doakan org yang buat baik dengan aku supaya dapat hidayah.Bagi aku,baik ke jahat ke orang tu semuanya perlukan hidayah Allah sentiasa.Baru selamat dunia akhirat.Betul tak?

Betul 3x

ok enough monologing...heh

Lepas tu lebih kurang pukul 1.45 ptg dalam aku mencongak2 dalam cuak yg aku bakal lewat ke kelas dr Z aku terserempak dgn Dbe (bukan nama sebenar).

"Dbe!leganya aku jumpa kau!ada geng datang lambat.hehe"

"Eh,ana.nda apa kita nek kereta.Aku mo nek kereta ni sama dorg.Sab,kalo tgu bas sure kita lambat ni"

"Eh,xpe ke?"

"Nda apa ba.Kita dua jak pun"

Alhamdulillaah...lega.Datang lambat ke kelas dr Z samalah macam korang dengan sengaja niat tak nak masuk ke kelas dia.

"Either you out,or i'm out"
Aku dah quote siap2 dalam kepala.hehe...

Masuk ke kelas,dengar lecture,take notes.Semuanya macam biasa.Aku tak ada masalah nak hadam ayat2 cinta dr Z.Sebab dia sangat loud and clear ok.Lagi la aku yang duduk di barisan kedua dari hadapan.Sangat tak wajar kalau aku jadi yang paling blur dalam kelas.Melainkan untuk beberapa istilah baru yang tak pernah aku dengar sebelum ni.Entah berapa banyak perkataan pelik dia keluarkan petang tu.Semua kami menggeleng tanda tak pernah dengar istilah2 baru tu dalam dunia tumbuh2an.

"...and you called yourselves a second year biotech students?"
tapi ini kali pertama kami ambil subjek tisu kultur.sigh~

She can be very synical sometimes though.Senyum jak ba.ehe=

Dan iye...aku doakan dr Z dapat hidayah Allah juga=).Ameen.

Habis je kelas pukul 4 petang.Adeh,badan mula menunjukkan tanda2 protes.

"Nak rehat!nak rehat!"

Seminggu yang menggila.Dua malam yang tidur tak tidur.Mata mula me'layu'.Kepala mula rasa sakit.Rasa terapung2 pun ada.Kepala ligat mencari sebab kenapa tiba2 rasa macam ni.Tadi semua pun ok.Em mungkin sebab sibuk nak submit reports maka signal2 yang dipancarkan dari badan aku buat2 tak paham.

Kamu belum makan lagi ana.Dari pagi lagi.Plus,kamu kurang tidur,kurang minum air dan banyak bergerak hari ni.So what do you expect man?Meter badan kamu mula menunjukkan ke angka zero mungkin.Ahh...hamba yang zalim Tuhan.

Batalkan semuanya...Kuliah baitulmuslim di masjid.Discussion penting di IP.Emosi aku betul2 senget.Rasa nak marah semua orang.Tapi tenang2.Aku hanya akan nampak bodoh kalau tunduk sangat dengan emosi waktu tu.

Usai asar,tergelimpang di katil.Berkira2 mahu ke surau.Mahu cari rehat di situ.Emm ni malam sabtu.Ada kuliah tafsir ustaz hafizullah.Dengar cerita best,mantap.Dan aku yg tiap2 duha berdoa supaya rezeki yg dekat dimudahkan maka aku mudahkan juga langkah aku ke surau.Itu yang paling dekat dan itu insyaAllah rezeki yg dimudahkan.

"Assalamualaikum muslimin muslimat.Kuliah tafsir malam ini terpaksa dibatalkan kerana ustaz hafizullah tak dapat hadir.Maaf juga kerana tak ada pengisian untuk kali ini.Minggu depan insyaAllah macam biasa"

Umum si pengumum selepas solat maghrib.Sigh~

Ada hikmahnya tu.Aku dengan kool teruskan mengaji sampai ke isya' cadangnya.Tapi muslimat yang lain jemput masuk ke halaqah dan...jeng jeng jeng...

Subhanallah...aku jumpa bidadari tuan2...Ye aku highlightkan pada tuan2 di sini..

AKU DAN BIDADARI sambung di bawah...


Biar aku jelaskan situasi aku yang sebenar2nya.Aku penat,letih,mengantuk.Tapi aku cuba cari rehat aku di surau dalam majlis ilmu.Tapi aku kecewa bila kuliah tafsir batal dan aku agak lost jugak nak buat apa sementara tunggu isya'.Aku niat i'tikaf dan mula mengaji.Sambil2 istighfar dalam hati kenapa aku macam terlepas rezeki hari ni.Tapi aku bersangka baik.Dapat jemaah di surau tu pun dah besar rezekinya.Dan tup tup aku dijemput join halaqah.Dan jeng jeng jeng (sekali lagi)...aku jumpa bidadari.

Bukan satu,tapi ramai!

Kami duduk dalam bulatan.Antara kami semuanya sama ada bertelekung atau bertudung labuh.Majlis dimula dan bidadari di sebelah aku ni yang jadi MCnya.Awal2 ditegur tadi aku dah jatuh cinta.Manisnya senyum dia!Senang hati tengok.Dan kemudian bidadari2 lain pun mula menyampaikan bicara.Adoi..aku rasa macam kena dodoi je.Setiap perkataan tu macam meresap terus dalam hati...ahh graf energi aku makin naik nampaknya.Sepanjang halaqah aku senyum je.Pandainya mereka2 ni sampaikan ayat2 Allah.Dan the fact that kami seusia membuatkan aku lagi kagum.Kebetulan tajuk halaqah malam tu adalah 'ujian'.Allah memang sayang aku.Dia bagi penawar dengan cara yang tak disangka2.Tekanan untuk seminggu ni semacam hilang sudah di bawa angin.Gone...gone with the wind.

Muhammad:7 At taubah:40 Al baqarah:286
Preskripsi yang diberi oleh bidadari2 ini yang dalam dunia nyatanya bakal bergelar doktor.Ok,rasa kagum semakin meningkat.Moe2 macam dalam Ouran.haha tapi ini lebih lagi ok.

Usai isya' kami makan bersama2 makanan yg disediakan ajk surau.Tiba2 salah seorang dari bidadari2 ni menyuakan aku makanan dari tangannya.Keledek goreng,tapi ada bekas gigitan orang.

"Eh,dia ni nak suapkan aku ke?"

terpinga2 jap.Tapi aku gigit juga sedikit keledek tu.Selepas aku,dia suapkan ramai lagi bidadari yang lain.Waah!mesranya.Semua gigit sikit2.Aku ketawa.Mereka pun.Subhanallaah...Serius sweet tuan2...Makan sama2,gurau sama2,sempat pulak aku meluahkan rasa penat di situ.Eh2..kenapa aku rasa dekat betul dengan mereka ni.Kenapa mereka2 yang semuanya aku tak kenal (kecuali dua orang) ni yang menyenangkan hati aku.Takjub di situ.Subhanallaah..rezeki kamu ana.Ya,inilah rezeki yang dekat dan dimudahkan.Syukur.Aturan Allah untuk hidup aku seperti biasanya menarik.Malah mungkin ada perkataan yang lebih baik dari menarik tapi aku tak dapat fikirkan sekarang.

Ringkasnya,bidadari2 sekalian,kamu mungkin tak sedar kamu sangat memberi kesan pada aku.Bagaimana kamu membuat aku rasa senang memandang kamu,mendengar tutur kamu membuat aku sedikit iri pada kamu.Indahnya kamu pada aku adakah sama indahnya aku pada kamu?Berkatnya kamu pada aku adakah sama berkatnya aku pada kamu?Semoga kamu kekal sebagai bidadari hingga ke syurga.Dan err..aku juga.ehe






p/s:Sebut tuan2 teringat 6 boyfriend aku kat rumah.Semoga mereka dapat bidadari yg cantik dunia akhirat.

p/s/s:Nak jumpa bidadari jugak cam aku? jom jom ke majlis ilmu!=)Wangi2 semuanya.

p/s/s/s: Oh ya,aku tak jadi terus ke kafe lepas tu.kenyang disuap bidadari.Balik terus tidur macam baby lamanya.hee=)

2 comments:

~AyaN~ said...

Subhanallah.
impressive.dan betul,penawar Allah itu senang je nk dpt.sama ada kita sedar atau tak yg penawar tu dah ada depan mata.

iffah said...

untuk diriku dan dirimu, mungkin beberapa minggu yang masih bersisa ini, betul-betul menguji kedekatan hati kita kepadaNYA...tabahlah, kerana perjalanan ke syurga itu semakin hampir...
"dan sungguh, ALLAH telah menolong kamu dalam perang badar, padahal kamu dalam keadaan lemah. kerana itu bertakwalah kepada ALLAH, agar kamu mensyukuriNYA...(3:123)

Kisah aku

kawan satu payung=)

Siapa kena timpa hujan?=)