Sunday, April 26, 2009

Sikit lagi

Bismillaah...

'cik pipit,cik pipit dengar ni!ala cik pipit ni tak dengar pulak'

'apa dia?'

'ni aku nak baca hadis sentap ni'

'weh ko sukahati namakan hadis nabi hadis sentap'

'haha.bukanla,tak isi dia ni sentap'

lalu si ana pun memperdengarkan hadis tersebut kepada seisi bilik cik pipit.2 kali hadis ini diulang atas permintaan cik pipit.kali kedua si ana membacanya dengan kelajuan ala ala 40km/sejam awas kanak2 sekolah sambil2 melamputinggikan isi2 penting.

*"Orang yang cerdik lagi berakal adalah mereka yang menghitung diri dan mengawal nafsunya serta beramal sebagai persiapan selepas mati.Orang yang lemah adalah mereka yang mengikut hawa nafsunya (di dunia) kemudian mengharapkan kemurahan Allah tanpa beramal salih"
(hadis yang dilaporkan oleh Tarmizi)

'sentap tak?sentap siot' sambil merapatkan tangan ke dada.membuat gaya jantungku-dipanah-arjuna.

'sentapla' senyum sebelum seterusnya menggumam tentang turun naik iman manusia.

*Minda muslim super-Dr Danial Zainal Abidin

Thursday, April 23, 2009

Tercambah sikit

Bismillaah...

Aku ada mau sesuatu dengan sangat sehingga aku bayangkan kalau itu aku dapat aku tak ingin apa2 lagi.Kalau dengan segala harta dunia dapat dilaksanakan harapan maka akan aku usahakan kalau cuma itu caranya.

Alhamdulillah,dua paper dah selesai.Dua2 dimudahkan.Si Pipit memang baik sedekahkan nota2 dia pada aku.Kalau fikir2 aku ni memang banyak menerima je dari dia tapi dia, paksalah macam mana pun payah betul nak terima sesuatu daripada orang hatta sebijik kuaci atau sesedut teh ais sekalipun.Kadang2 rasa nak merajuk pun ada.Orang nak pulangkan seringgit hutang dia pun dia tak nak terima.Alasan:sikit sangat.Aih..pipit ni la.Kadang2 nak je cakap straight to her face 'orang dah bagi tu amik jela!'.Tapi tak boleh pasal rasa kagum mengatasi.haha jarang sangat nak jumpa orang yang tak berkira2 langsung ni.Dan sangat sensitif dengan keperluan orang lain.I'm blessed.=) Dengan dia aku belajar kita ni bila berkawan bukan setakat kena terima kekurangan je kelebihan yang terlebih2 tu pun kena belajar adapt jugak.hehe

Waktu exam aku mesti duduk paling deeeeepan.Takut kena saiko dok belakang2 ni.Cuak usha sekeliling tekun gila tulis esei panjang2 tapi kite still blur lagi.Tercongok2 cari idea.Teringat midterm biofizik gila kena saiko dengan budak kaca mata.Aku duduk depan sekali dan dia duduk barisan sebelah.Aku jeling kiri esei dah half page.Aku jeling lagi die sibuk ketuk ketak kalkulator dia pulak,yang aku ni rumus pun tak ingat.waaaa...memang haru rr.Habis exam cerita dengan budak kaca mata macam mana beliau telah porak perandakan jiwa aku waktu ngadap paper tadi.Dia dengan sungguhnya mintak maaf.Aku kata tak apa.Aku bukan serius,niat main2 je.Tapi memang sejak tu dia tak adalah nak amik seat sebelah aku bila exam.Takut ter saiko aku lagi kot,aku punya perasan.Padahal sebab banyak je lagi seat lain.ehe.Dan ye seperti exam2 yang biasanya,majin buu masih lagi pegang rekod budak-yang-keluar-paling-awal-dari-exam-hall.(huh,boleh ke kira exam hall tuh?ah lantakkan).Tahniah la ye majin buu (version budak tutt.ehe).

Apa yang aku perasan fenomena biasanya sebaik saja lepas exam kalau tanya member2 'weh cane paper tadi?' rata2 akan bagi jawapan yang negatif 'aaa habisla aku...' atau 'hancurla final kali ni' dan yang sewaktu dengannya.Aku tahu mereka jujur tapi ayat2 sumpahan tula yang paling aku nak elak guna bila ada orang tanya soalan tipikal macam tu.Biar la sesusah mana pun tapi untuk mengatakan yang final aku hancur,habis rr final aku rasanya macam berlawanan betul dengan apa yang aku selalu mintak dengan Tuhan.Takut2 masa terucap benda2 macam tu betul2 waktu semua doa diangkat ke langit (waktu mustajab doa).Tak ke haru jadinya.Jadi tadi aku tegurla si cantik 'Rilek jangan sumpah2 paper ko.tawakal je'.Kalau susah cakapla susah tapi biarla bersambung dengan 'tak apa,aku tawakal dengan Allah'.Dengan syarat korang dah usaha gila babeng rr.Kalau tak dah salah konsep tawakal kat situ.Kejayaan tak ada sebab equation kejayaan (usaha+doa+tawakal=kejayaan) tak lengkap.Ada faham anak2?huhu

'i'm fail as a lecturer if one of my students get caught because of cheating'


Apa2 pun pandai2 mengurus stress waktu2 exam ni.Jangan stress2 laju je langkah ke 1B laju je langkah ke KK,ke K-BOX (ops,ada yang terasa ke.hehe ampun wak!),ke wayang,ke movie korea dalam laptop,anime,youtube ke mana2 yang tak sepatutnyala.KAU! terutamanya (sambil menghadap cermin dan dengan macho menunjuk dengan jari telunjuk imej di dalam.apakah? huhu).Sebaiknya amik wudu' gi solat sunat,gi tadabur ayat quran,tilawah tak pun amik handset masing2.dail nombor rumah.ngadu ngan mak ke ayah ke mintak doa banyak2.kita share problem sama2.Sharing is caring kan.huhu insyaAllah akan lega sikit lepas tu.Dalam quran dah ada bagi method sebenarnya macam mana nak handle hati2 yang tertekan ni.Sila jeling ke kanan blog aku.ada satu method aku letak kat situ paling atas sekali.Bawah sikit pun ada gak kan daripada opick.hafalkan ye anak2.=)

Doakan aku.Orang Islam jangan kau gagal.

p/s:myra kata passion tak perlu cari jauh2.it's already in you...emm kena start menggali dari sekarang...she's already found hers


Thursday, April 16, 2009

Dormant...mungkin.ehe

Bismillaah...

S.A.B.A.R dan G.O.O.D.L.U.C.K ana
S.A.B.A.R dan G.O.O.D.L.U.C.K semua orang=)

Wednesday, April 15, 2009

zaijian!

Bismillaah...


Kalau ada mula pasti ada akhir...


Gila mahu update sesuatu.Tapi study week ba.So study la.Lainla kalau ada yang nak wujudkan blog week lak.Boleh ber'blog' je seminggu terus-menerus 24/7.haha yay..kronik punya addict.Jangan buat begitu ye bloggers sekalian.hee


Sem ni adalah final sem untuk subjek mandarin aku.isk~ sedih..aku sayang kelas mandarin aku.Walaupun agak tension menghafal pinying,characters dan stroke orders yang berbagai tapi seronok ba.Kelas mandarin selalunya sangat happening.Gelakkan orang lain,gelakkan diri sendiri.haha sama2 tak tau,sama2 terabur tapi cakap jak ba.Tak tau campur2la dgn english.hehe Rasa seronok bila sekarang dah boleh faham sikit2 apa yang budak2 cina ni sembang.Sikitla.Tapi untuk aku cakap mandarin dengan fluent jauh lagi kot.Duduk dengan weng even sebut satu perkataan mandarin dengan dia pun dia dah tegur,'hype!salah bunyinya tu!'.Tekanan betul.haha ton mandarin bagi aku part paling payah.Selalu keliru second tone and third tone.Takpe,practice makes perfect.Em itupun kalau kamu nak practice ana.huhu


Final assignment,final oral aku buat betul2 dengan semangat dan jayanya.Kelas terakhir,final oral test kami,group aku dapat fei chang hao! dari classmates yang lain.macam biasa.ahaks!well,who wrote the scripts kalau bukan dak ana yang banyak imaginasi ni.haha masuk lif tekan button sendiri ye (pada yang berkenaan sori ye ciplak.ehe).Final assignment aku (sila rujuk gambar di bawah) laoshi kata nak gantung dalam toilet dia.Haih,ada ke patut.Busukla kisah wedding aku tu.huhu.apa2la asalkan markah assignment aku hen hao.ke yi ma laoshi?hehe Kelas terakhir mandarin laoshi buat surprise sediakan dan gao (kek) utk kitorang.Hen hao chi!(sgt sedap!).Yummy yammy cake,perisa keladi.Terharu gila seh.Before sesi potong-memotong kek laoshi buat request kitorang menyanyi lagu 'laoshu ai dami' ramai2.Part chorus je.

yosh!Your wish is our command!huhu maka bergegarlah BT12 dengan soprano kami.



yi,er,san!


wo ai ni,ai zhe ni,
i love you,loving you


jiu xiang laoshu ai dami,
as the mouse so love the rice

buguan you duoshao fengyu,wo dou hui yiran peizhe ni,
even daily they have storm,I will always by your side

wo xiang ni,xiangzhe ni,buguan you duome de ku,
I miss you,missing you,i don't care how hard it is

zhiyao neng rang ni kaixin,wo shenme duo yuanyi,
I just want you to be happy,I will do anything for you


zheyang ai ni
love you forever

Masa mula2 lirik ni aku belek2 dulu pelik gak kenapa nak bandingkan cinta manusia ni dgn cinta tikus pada nasi.Tergelak pun ada sebab macam kelakar pulak kan?hehe taklah,cute.=)

Habis kelas,semua orang,

Zaijian laoshi!Xiexie laoshi!Yi lu ping an laoshi!
See you again laoshi!thank you laoshi!have a safe journey laoshi!


'have a safe journey' pasal laoshi nak pergi vacation ke hong kong dengan tiket zero fee.keep bragging since minggu2 sebelumnya.Buat semua orangnye jaw dropped.haha



tadaa!inilah dia assignment aku yang terakhir.lupa da bila kali terakhir aku buat benda tampal2 ni.huhu ingat nak buat 'the knot' kat sebelah kiri yang kosong tu tapi tak ada material.ha,nama ikatan kat kad tu ikatan 'buku sila' tau.pehh,adala gak ilmu pengakap yang melekat lagi kat kepala ni.hehe



ni bahagian dalam.sempoi je.ha,sila la translete kalo terrer.hoho!


Yosh!studi week sudah mula.Kasik shuuh2! itu perasaan malas.everybody jia you!


Saturday, April 4, 2009

Hiasan dunia paling indah

Bismillaah...

SENGET...

Awalnya semua rasa macam biasa.Mungkin kelam-kabut sikit pasal lab report tapi alhamdulillah semua ok.Semuanya Allah mudahkan.Tak ada printer,housemate si pipit yg entah siapa2 je dengan aku tu,bagi print free semua lab reports yg berpuluh-puluh keping tu.Lengkap pakej kertas dan ink.Aku doakan dia sungguh2 supaya dapat hidayah.

Uik,asal doa dapat hidayah ana?dia jahat ke?

bukanla.Aku memang gitu,suka doakan org yang buat baik dengan aku supaya dapat hidayah.Bagi aku,baik ke jahat ke orang tu semuanya perlukan hidayah Allah sentiasa.Baru selamat dunia akhirat.Betul tak?

Betul 3x

ok enough monologing...heh

Lepas tu lebih kurang pukul 1.45 ptg dalam aku mencongak2 dalam cuak yg aku bakal lewat ke kelas dr Z aku terserempak dgn Dbe (bukan nama sebenar).

"Dbe!leganya aku jumpa kau!ada geng datang lambat.hehe"

"Eh,ana.nda apa kita nek kereta.Aku mo nek kereta ni sama dorg.Sab,kalo tgu bas sure kita lambat ni"

"Eh,xpe ke?"

"Nda apa ba.Kita dua jak pun"

Alhamdulillaah...lega.Datang lambat ke kelas dr Z samalah macam korang dengan sengaja niat tak nak masuk ke kelas dia.

"Either you out,or i'm out"
Aku dah quote siap2 dalam kepala.hehe...

Masuk ke kelas,dengar lecture,take notes.Semuanya macam biasa.Aku tak ada masalah nak hadam ayat2 cinta dr Z.Sebab dia sangat loud and clear ok.Lagi la aku yang duduk di barisan kedua dari hadapan.Sangat tak wajar kalau aku jadi yang paling blur dalam kelas.Melainkan untuk beberapa istilah baru yang tak pernah aku dengar sebelum ni.Entah berapa banyak perkataan pelik dia keluarkan petang tu.Semua kami menggeleng tanda tak pernah dengar istilah2 baru tu dalam dunia tumbuh2an.

"...and you called yourselves a second year biotech students?"
tapi ini kali pertama kami ambil subjek tisu kultur.sigh~

She can be very synical sometimes though.Senyum jak ba.ehe=

Dan iye...aku doakan dr Z dapat hidayah Allah juga=).Ameen.

Habis je kelas pukul 4 petang.Adeh,badan mula menunjukkan tanda2 protes.

"Nak rehat!nak rehat!"

Seminggu yang menggila.Dua malam yang tidur tak tidur.Mata mula me'layu'.Kepala mula rasa sakit.Rasa terapung2 pun ada.Kepala ligat mencari sebab kenapa tiba2 rasa macam ni.Tadi semua pun ok.Em mungkin sebab sibuk nak submit reports maka signal2 yang dipancarkan dari badan aku buat2 tak paham.

Kamu belum makan lagi ana.Dari pagi lagi.Plus,kamu kurang tidur,kurang minum air dan banyak bergerak hari ni.So what do you expect man?Meter badan kamu mula menunjukkan ke angka zero mungkin.Ahh...hamba yang zalim Tuhan.

Batalkan semuanya...Kuliah baitulmuslim di masjid.Discussion penting di IP.Emosi aku betul2 senget.Rasa nak marah semua orang.Tapi tenang2.Aku hanya akan nampak bodoh kalau tunduk sangat dengan emosi waktu tu.

Usai asar,tergelimpang di katil.Berkira2 mahu ke surau.Mahu cari rehat di situ.Emm ni malam sabtu.Ada kuliah tafsir ustaz hafizullah.Dengar cerita best,mantap.Dan aku yg tiap2 duha berdoa supaya rezeki yg dekat dimudahkan maka aku mudahkan juga langkah aku ke surau.Itu yang paling dekat dan itu insyaAllah rezeki yg dimudahkan.

"Assalamualaikum muslimin muslimat.Kuliah tafsir malam ini terpaksa dibatalkan kerana ustaz hafizullah tak dapat hadir.Maaf juga kerana tak ada pengisian untuk kali ini.Minggu depan insyaAllah macam biasa"

Umum si pengumum selepas solat maghrib.Sigh~

Ada hikmahnya tu.Aku dengan kool teruskan mengaji sampai ke isya' cadangnya.Tapi muslimat yang lain jemput masuk ke halaqah dan...jeng jeng jeng...

Subhanallah...aku jumpa bidadari tuan2...Ye aku highlightkan pada tuan2 di sini..

AKU DAN BIDADARI sambung di bawah...


Biar aku jelaskan situasi aku yang sebenar2nya.Aku penat,letih,mengantuk.Tapi aku cuba cari rehat aku di surau dalam majlis ilmu.Tapi aku kecewa bila kuliah tafsir batal dan aku agak lost jugak nak buat apa sementara tunggu isya'.Aku niat i'tikaf dan mula mengaji.Sambil2 istighfar dalam hati kenapa aku macam terlepas rezeki hari ni.Tapi aku bersangka baik.Dapat jemaah di surau tu pun dah besar rezekinya.Dan tup tup aku dijemput join halaqah.Dan jeng jeng jeng (sekali lagi)...aku jumpa bidadari.

Bukan satu,tapi ramai!

Kami duduk dalam bulatan.Antara kami semuanya sama ada bertelekung atau bertudung labuh.Majlis dimula dan bidadari di sebelah aku ni yang jadi MCnya.Awal2 ditegur tadi aku dah jatuh cinta.Manisnya senyum dia!Senang hati tengok.Dan kemudian bidadari2 lain pun mula menyampaikan bicara.Adoi..aku rasa macam kena dodoi je.Setiap perkataan tu macam meresap terus dalam hati...ahh graf energi aku makin naik nampaknya.Sepanjang halaqah aku senyum je.Pandainya mereka2 ni sampaikan ayat2 Allah.Dan the fact that kami seusia membuatkan aku lagi kagum.Kebetulan tajuk halaqah malam tu adalah 'ujian'.Allah memang sayang aku.Dia bagi penawar dengan cara yang tak disangka2.Tekanan untuk seminggu ni semacam hilang sudah di bawa angin.Gone...gone with the wind.

Muhammad:7 At taubah:40 Al baqarah:286
Preskripsi yang diberi oleh bidadari2 ini yang dalam dunia nyatanya bakal bergelar doktor.Ok,rasa kagum semakin meningkat.Moe2 macam dalam Ouran.haha tapi ini lebih lagi ok.

Usai isya' kami makan bersama2 makanan yg disediakan ajk surau.Tiba2 salah seorang dari bidadari2 ni menyuakan aku makanan dari tangannya.Keledek goreng,tapi ada bekas gigitan orang.

"Eh,dia ni nak suapkan aku ke?"

terpinga2 jap.Tapi aku gigit juga sedikit keledek tu.Selepas aku,dia suapkan ramai lagi bidadari yang lain.Waah!mesranya.Semua gigit sikit2.Aku ketawa.Mereka pun.Subhanallaah...Serius sweet tuan2...Makan sama2,gurau sama2,sempat pulak aku meluahkan rasa penat di situ.Eh2..kenapa aku rasa dekat betul dengan mereka ni.Kenapa mereka2 yang semuanya aku tak kenal (kecuali dua orang) ni yang menyenangkan hati aku.Takjub di situ.Subhanallaah..rezeki kamu ana.Ya,inilah rezeki yang dekat dan dimudahkan.Syukur.Aturan Allah untuk hidup aku seperti biasanya menarik.Malah mungkin ada perkataan yang lebih baik dari menarik tapi aku tak dapat fikirkan sekarang.

Ringkasnya,bidadari2 sekalian,kamu mungkin tak sedar kamu sangat memberi kesan pada aku.Bagaimana kamu membuat aku rasa senang memandang kamu,mendengar tutur kamu membuat aku sedikit iri pada kamu.Indahnya kamu pada aku adakah sama indahnya aku pada kamu?Berkatnya kamu pada aku adakah sama berkatnya aku pada kamu?Semoga kamu kekal sebagai bidadari hingga ke syurga.Dan err..aku juga.ehe






p/s:Sebut tuan2 teringat 6 boyfriend aku kat rumah.Semoga mereka dapat bidadari yg cantik dunia akhirat.

p/s/s:Nak jumpa bidadari jugak cam aku? jom jom ke majlis ilmu!=)Wangi2 semuanya.

p/s/s/s: Oh ya,aku tak jadi terus ke kafe lepas tu.kenyang disuap bidadari.Balik terus tidur macam baby lamanya.hee=)

Thursday, April 2, 2009

Energi yg tak akan habis=)

Bismillaah...


Kerana ia terlalu bagi aku

Buntu,sangkut,blur gabung jadi satu...

ahh,minimize semuanya sekaranggg!!!





















Tenung lama2..tarik nafas panjang...legakan segala saraf yang ada.Pulihkan balik energi.

Yosh!mari teruskan!

Kisah aku

kawan satu payung=)

Siapa kena timpa hujan?=)