Bismillaah..
Tadi,waktu aku sedang menunggu semi mencuba-cuba seluar yang mahu dibeli dalam fitting room baba telefon.Nombor pelantar.Oh ya,Baba masih di tengah2 laut. Aku lari-lari anak ke kedai butik yang lain sebab kedai Vunfa itu sedang bingit dengan lagu entah kafir mana.Aku jawab namun tak terdengar suara dari belah sana. Fenomena biasa.Talian terputus.Sebentar handphone aku bergegar kembali.
‘Helo,assalamualaikum…baba’
‘Helo,assalamualaikum..ana’
erk..aku pelik ni bukan suara baba ni.Aku tgk number yg tertera.Sah nombor pelantar baba.Tapi aku yg blur2 ni masih bahasakan suara di sebelah sana itu baba.
‘ ???ha…waalaikumussalam err baba..nape?’
‘Ana ni kawan baba ana ni…’
Waktu tu aku teringin nak bertanya ‘mana baba saya?ada apa2 jadi pada dia ke?’ tapi suara aku tersekat.Sebabnya aku perasan suara kawan baba tu biasa2 je.Tapi aku resah jugak.Mana baba ni?kenapa kawan dia pulak yang call?Nak cakap apa?
‘…ana kat mana sekarang ni?’
Suara itu menyambung.Agaknya dia perasan bunyi bingit lagu yang entah apa2 tu kot.
‘Err..ana outing…ngan kawan ni’
Tiba-tiba…
‘Ana keluar mana?’
Phew..suara baba.Lega sikit.
‘Ana keluar kk la.dengan kawan ni’
‘Belajar macam mana?ok?
‘Ok..ok..semua ok’ ok saja..hehe
‘Balik tak?Bila nak balik?’
‘Alamak ba,ana tak tau lagi la.nanti la ana bagitau baba’ aku nak cakap biar aku booking sendiri je.tapi tak tercakap sebab kalau aku cakap pun akhirnya tetap baba jugak yang buat semua tu.
‘Ok.nanti kalau nak balik bagitau la.Lain2 ada apa2 cite?Tak ada?’
‘Emm tak ada kot’
‘Tak ada?ha ok2.tadi tu yang cakap dengan ana mula2 tadi tu kawan baba.saja je’
‘Aaa yelah.kawan baba la tu’ aku tak tau nak respon apa.aku nak Tanya kenapa dia yang bercakap mula2 tu tapi entah tak tertanya.
Kemudian suara kawan baba pulak di talian.Entah apa yang dia cakap aku tak ingat sebab tak jelas.Cuma yang jelas talian sebelah baba sangat kecoh selepas tu.Padahal tadi senyap je.Rupa-rupanya ramai kawan2 baba di belakang.
‘Ana,ni kawan2 baba ni nak masuk minang ana lepas ana habis belajar boleh tak?’ bukan suara baba.
‘Haha diorang ni’ suara baba.
‘Ha,tak nakla.nak kena test hafal surah al anfal dulu ni’ mereka ketawa.
‘Ni ana.ada sorang ni nama ai***.dia budak baik’ bukan suara baba.
Suara-suara itu asyik bertukar2.Aku rasa baba on loudspeaker kot.
‘Ai*** ni budak baik.baba ana pun suka dia.ana suka dia tak?’
‘ha,eii tak suka,tak suka,tak suka!’ siapa pulak ai*** ni?aku pulak memandai jawab macam aku kenal dia.huhu
‘aiz*** nak datang rumah ana nanti.nak masuk meminang.boleh?’ aish..adakah aku digosipkan dgn ai*** di sana?musykil kenapa nama dia je yang aku dengar dari tadi.
‘ai*** datang siap dengan rombongan!’ suara2 ketawa bergema di sana.
‘ha?tak payahla haha’ dalam tak paham dengan situasi kenapa aku diusik macam tu aku ketawa jugak.aku rasa mereka kelakar.haha
‘Ai*** nak datang rumah kita cuti nanti.saja jela’ baba kembali di talian.
‘Oww datangla..err cuti?cuti mana?’
‘Cuti nantila.bulan 5 6’ dalam hati,oww..cuti sekolah..err cuti aku..gulp!
‘emm ok la ana.take care, I love you, assalamualaikum’
‘ok..I love you too=)..waalaikumussalam’
‘ok ana assalamualaikum bye.hehe’ suara kawan baba.
‘waalaikumussalam..’
Talian di sana belum off.Entah apa yg kecoh lagi aku tak jelas.Aku terus off talian dan cepat2 balik ke vunfa takut2 semi mencari.Sambil tu aku senyum sorang2,tergeleng2 mengenangkan baba dan kawan2nya. Baba2..padahal baba baru sangat tukar ke syarikat minyak yang baru ni.Tapi macam dah kamceng habis pulak.Well..baba ba tu.
Dan owh..rupa-rupanya bila umur kamu mula-mula mencecah 20 21 tahun,kamu bukan saja diusik oleh kawan abang kamu tapi boleh jadi jugak kawan baba kamu.aihh..dunia dan senda guraunya..=)
Pilihanraya ke-14
6 years ago
13 comments:
haha boleh kawen dah
salam cik ana
hoho
ana ni..mmg ramai peminat eh
take care ana~
kalau betul yg namanya ai**** tu nk minang k.ana,ape cte?
hahaha
jgn lpe jemput org eh kalau jd...
salam cato,ain,ayan~
tak ada,tak ada.mereka sume mmg suke bergurau bila tau abg org ada satu2nya adik pmpn n baba org ada satu2nya anak pmpn.dorg lbh nk mengusik baba n abg salunye tu.huhu
ana, ayah ana skrg keje ngan kompeni minyak mana? dlu petronas kan. aish org mnt la nak keje offshore tp skrg ngah survei lg nak pegi kompeni mana
haha...suh cato r kawen..haha
http://akunawfal.blogspot.com
k.lina~
ayah org dulu ngan exxon mobil,skang ngan petrofac.k.lina kalo nk mtak tlg ayah org bole je rasenye.sal ad org kg org std kat utp ayah org tlg anta resume.dpt da.tp die bkn offshore la.n result die bgs.
nawfal~
ish..cato?nk kena tggu along die kawen dlu haha=P
ana. exxon baru ja kol. tp skrg ni org still ngan petronas. huhuu. so exxon x leh nak ambik. macam mana.. sedihla. terikat lak 2. nti kalau la pas interview ngan pet mcm x brape nak ok.. org leh ke mtk tlg ayh ana.?
even scholar ngan pet pn lom tentu dorg akan amik kan. best nye. x offshore pn x pe. exxon slh 1 kompeni idaman. schlumbeger pn. hahaha. cite2 tinggi ni. malu ja kan
result org skrg overall pointer is 3.35. ok ke 2? huhuu. malunyaaa..
k.lina..oww exxon ye.ex-company tu..em bole kot.baba kerja lama situ.takpe2 nt k.lina contact ngan mama.xdpt exxon mtak petrofac pn nda apa ba.bgs jugak pe.yg pntg experience.nt da ckup leh la nk lari mana2.huhu pointer tu boleh pegi tu i.Allah..
huhu..lmanya aq x blogging(tulis pos dn bg komen kat blog org..)kelakarla pos ko ni..hehe..ana,owg kata,rzeki jgn dtolak..hehe
amar~
biar aku sambung...bala jgn dicari!huhu...main2 jak ba tu.ko ne..kan aku cakap dunia dan senda guraunya..huhu
baguslah kawin awal. mendirikan baitul muslim. dah masuk marhalah kedua dalam maratib amal tuh.
tapi kalau tak bersedia lagi, no komen la
kalau dah habes blaja, msti semua tu bukan gurauan lagi =P haha
Post a Comment