Tuesday, February 24, 2009

Bintang dilangit~

stars Pictures, Images and Photos

Bismillaah...

Bintang di langit

Kerlip engkau di sana

Memberi cahayanya di setiap insan

Malam yang dingin

Kuharap engkau datang

Memberi kerinduan di sela mimpi - mimpinya

Berjalan mendongak ke langit.Jauh benar kamu wahai sang bintang.Berkelip-kelip memandang ke bawah.Berzikirkah kamu?Tersenyumkah kamu?Ingatkah kamu wahai bintang,waktu aku menunjuk-nunjuk kamu yang aku mahu dengan senyum paling manis seumur hidup.Bersama mereka berjalan, yang dalam mereka aku hanya nampak satu.SATU.Bintang bintang…kamu saksi bukan?Senyum aku,tawa aku,suara aku,…bahagia aku…Aku perempuan yang dijadikan mudah wahai bintang.Garis aku senang ditelah.Maka jangan kamu kata kamu tidak faham.


Jangan,jangan kamu cela aku wahai bintang. Kerana kalau tidak ada aku saat itu,tidak wujud aku saat ini.Tuhan kata aku perlu saat itu.Tuhan kata saat itu yang terbaik untuk aku.Aku percaya Tuhan lebih dari aku percaya kamu.Suka itu yang terbaik untuk aku,sakit itupun yang terbaik untuk aku.Maka, aku berlapang dada.Kamu seharusnya banyak belajar dari aku wahai bintang.Seharusnya banyak.Aku perempuan yang dilindung sebaik-baik pelindung.Kamu tahu kan?


Bintang bintang, kamu tahu,kadang-kadang aku mahu jadi seperti kamu.Walau jauh,sinar kamu jelas.Walau jauh kamu mampu menjadi penunjuk jalan.Walau jauh kamu mampu menghiburkan.Kamu berkat wahai bintang.Nama kamu tercatat dalam kalam Tuhan.Aku seharusnya banyak belajar dari kamu.Seharusnya banyak.


Bintang bintang, kamu itu benar-benar menggamit kenangan.Kerana itu terkadang mata aku redup memandang.Ujian apakah bintang?Dosa apakah bintang?Terharungkah?Terampunkah?Kamu itu tidak sebaik-baik saksi.Tetap Tuhan saja yang maha mengerti. Tapi Tuhan… sungguh aku mohon Tuhan…tetapkanlah bintang di sana kerana aku belum penat dihiburnya.


Bintang bintang,jangan kamu pelik kalau terkadang kamu lihat aku menoleh-noleh ke belakang.Aku akan terus begitu sampai diizinkan Tuhan bertemu yang lebih baik di depan.Aku mengumpulkan takut,aku menanam peringatan.Jangan sampai aku tersungkur lagi kerana batu yang sama di jalanan.Sakit bintang,sakit!


Wahai bintang yang namanya tercatat,sampai kiamat namanya terpahat.Tetaplah…tetaplah kamu di situ…sampai akhir hidup aku.

Saturday, February 21, 2009

Aku,baba dan kawan-kawannya

Bismillaah..


Tadi,waktu aku sedang menunggu semi mencuba-cuba seluar yang mahu dibeli dalam fitting room baba telefon.Nombor pelantar.Oh ya,Baba masih di tengah2 laut. Aku lari-lari anak ke kedai butik yang lain sebab kedai Vunfa itu sedang bingit dengan lagu entah kafir mana.Aku jawab namun tak terdengar suara dari belah sana. Fenomena biasa.Talian terputus.Sebentar handphone aku bergegar kembali.

‘Helo,assalamualaikum…baba’

‘Helo,assalamualaikum..ana’

erk..aku pelik ni bukan suara baba ni.Aku tgk number yg tertera.Sah nombor pelantar baba.Tapi aku yg blur2 ni masih bahasakan suara di sebelah sana itu baba.

‘ ???ha…waalaikumussalam err baba..nape?’

‘Ana ni kawan baba ana ni…’

Waktu tu aku teringin nak bertanya ‘mana baba saya?ada apa2 jadi pada dia ke?’ tapi suara aku tersekat.Sebabnya aku perasan suara kawan baba tu biasa2 je.Tapi aku resah jugak.Mana baba ni?kenapa kawan dia pulak yang call?Nak cakap apa?

‘…ana kat mana sekarang ni?’

Suara itu menyambung.Agaknya dia perasan bunyi bingit lagu yang entah apa2 tu kot.

‘Err..ana outing…ngan kawan ni’

Tiba-tiba…

‘Ana keluar mana?’
Phew..suara baba.Lega sikit.

‘Ana keluar kk la.dengan kawan ni’

‘Belajar macam mana?ok?

‘Ok..ok..semua ok’ ok saja..hehe

‘Balik tak?Bila nak balik?’

‘Alamak ba,ana tak tau lagi la.nanti la ana bagitau baba’ aku nak cakap biar aku booking sendiri je.tapi tak tercakap sebab kalau aku cakap pun akhirnya tetap baba jugak yang buat semua tu.

‘Ok.nanti kalau nak balik bagitau la.Lain2 ada apa2 cite?Tak ada?’

‘Emm tak ada kot’

‘Tak ada?ha ok2.tadi tu yang cakap dengan ana mula2 tadi tu kawan baba.saja je’

‘Aaa yelah.kawan baba la tu’ aku tak tau nak respon apa.aku nak Tanya kenapa dia yang bercakap mula2 tu tapi entah tak tertanya.

Kemudian suara kawan baba pulak di talian.Entah apa yang dia cakap aku tak ingat sebab tak jelas.Cuma yang jelas talian sebelah baba sangat kecoh selepas tu.Padahal tadi senyap je.Rupa-rupanya ramai kawan2 baba di belakang.

‘Ana,ni kawan2 baba ni nak masuk minang ana lepas ana habis belajar boleh tak?’ bukan suara baba.

‘Haha diorang ni’ suara baba.

‘Ha,tak nakla.nak kena test hafal surah al anfal dulu ni’ mereka ketawa.

‘Ni ana.ada sorang ni nama ai***.dia budak baik’ bukan suara baba.
Suara-suara itu asyik bertukar2.Aku rasa baba on loudspeaker kot.

‘Ai*** ni budak baik.baba ana pun suka dia.ana suka dia tak?’

‘ha,eii tak suka,tak suka,tak suka!’ siapa pulak ai*** ni?aku pulak memandai jawab macam aku kenal dia.huhu

‘aiz*** nak datang rumah ana nanti.nak masuk meminang.boleh?’ aish..adakah aku digosipkan dgn ai*** di sana?musykil kenapa nama dia je yang aku dengar dari tadi.

‘ai*** datang siap dengan rombongan!’ suara2 ketawa bergema di sana.

‘ha?tak payahla haha’ dalam tak paham dengan situasi kenapa aku diusik macam tu aku ketawa jugak.aku rasa mereka kelakar.haha

‘Ai*** nak datang rumah kita cuti nanti.saja jela’ baba kembali di talian.

‘Oww datangla..err cuti?cuti mana?’

‘Cuti nantila.bulan 5 6’ dalam hati,oww..cuti sekolah..err cuti aku..gulp!

‘emm ok la ana.take care, I love you, assalamualaikum’

‘ok..I love you too=)..waalaikumussalam’

‘ok ana assalamualaikum bye.hehe’ suara kawan baba.

‘waalaikumussalam..’

Talian di sana belum off.Entah apa yg kecoh lagi aku tak jelas.Aku terus off talian dan cepat2 balik ke vunfa takut2 semi mencari.Sambil tu aku senyum sorang2,tergeleng2 mengenangkan baba dan kawan2nya. Baba2..padahal baba baru sangat tukar ke syarikat minyak yang baru ni.Tapi macam dah kamceng habis pulak.Well..baba ba tu.

Dan owh..rupa-rupanya bila umur kamu mula-mula mencecah 20 21 tahun,kamu bukan saja diusik oleh kawan abang kamu tapi boleh jadi jugak kawan baba kamu.aihh..dunia dan senda guraunya..=)

Sunday, February 15, 2009

sampah,layu,tahi


Bismillaah...


Sempena 14 Feb

"Perempuan ni..
bagi surat jadi sampah
bagi bunga jadi layu
bagi coklat jadi tahi!"


-my super duper senpai-

Sunday, February 8, 2009

Sayang dia buat aku speechless..

Bismillaah...

Ini ada dua kisah untuk kamu nilai dengan hati,untuk kamu faham erti akhlak hebat dan mungkin untuk kamu kuis2 kembali rasa rindu di balik hati berlapis dosa.Ini dua kisah yang seakan-akan sama namun dari zaman berbeza dengan dua watak yang beza akhlaknya lebih jauh dari jarak langit dan bumi untuk kamu sama-sama ambil ibrahnya.


Kisah 1
Penghujung Januari 2009

Anamunawwarah (bukan nama sebenar) sedang duduk-duduk santai di atas kerusi sambil2 menghadap nota entah subjek apa di atas meja studinya.Tiba-tiba dia didatangi teman sebiliknya,seorang ISLAM dari belakang sambil tangan menghulurkan separuh bahagian limau mandarin.Dia ada melihat limau sebiji itu terletak sebelum ini di atas rak buku kawan sebiliknya itu.Ringkas dia mengucapkan terima kasih sambil tersenyum.Dia menyambung semula studi sambil tangannya menyua seulas dari separuh limau itu ke mulutnya.Sebaik saja limau itu masuk ke mulutnya,masyaAllah!dia menjerit dalam hati.Masamnya!Studinya terhenti.Limau itu bukan saja masam tetapi juga ada rasa pahit2 sedikit.Dia pandang limau itu lama-lama sambil2 berfikir yang dia tak akan mampu menghabiskan limau ni walaupun cuma beberapa ulas,dia tak tertahan dengan rasa masam limau tersebut.Adoiyai..dia mengeluh.Dia baru saja bertekad berazam tak akan membuang2 makanan lagi.Akan cuba menghabiskan makanan walau apa pun rasa.Tapi nampaknya ujian pertama ini dia bakal gagal.Dia bersyukur kerana makan sambil membelakangkan kawan sebiliknya,kalau tidak tentu saja kerut dahi serta matanya yang terkenyit2 itu mengundang rasa bersalah pada kawannya.Dia capai lagi seulas kerana takut kawannya yang di belakang melihatnya makan.Kalau dia berhenti seakan menunjukkan ada yang tak kena pada limau tersebut,walaupun memang itulah yang sebenarnya!Dalam hati terdetik,takkanla dia ni tak tau yang limau ni masam rasanya,apsal still bg kat aku.adoii.Sangka baik…sangka baik…Namun begitu cukuplah dua ulas baginya.Limau itu terlalu masam tak tertahan rasanya.Dia berhenti makan.Membiarkan limau itu terbiar dua hari di atas meja,tak berusik sebelum membuangnya terus sewaktu ketiadaan kawan sebiliknya.


Kisah 2
Lebih kurang seribu empat ratus tahun dahulu


Lelaki ini sedang bersama-sama sahabat2nya yang lain.Apa butir perbincangan mereka tidaklah direkodkan dalam sejarah namun yang pasti bukanlah tentang perkara-perkara yang sia-sia.Tiba-tiba datang seorang wanita,KAFIR menuju ke arah halaqah mereka.Tangannya membawa beberapa biji limau untuk dihadiahkan kepada lelaki ini.Limau-limau itu kelihatan begitu cantik yang mana kalau sesiapa saja melihatnya pasti akan terliur. Hadiah itu dimakan oleh lelaki ini seulas demi seulas dengan senyuman. Biasanya lelaki ini akan makan bersama para sahabatnya, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka.Lelaki ini terus makan dan makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu.
Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari lelaki ini. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap lelaki ini sebentar tadi. Lalu mereka bertanya. Dengan senyuman lelaki ini menjelaskan ‘Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa aku merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, aku bimbang ada di antara kalian akan mengenyitkan mata atau memarahi wanita tersebut. Aku bimbang hatinya akan tersinggung. sebab itu aku habiskan semuanya’.

Lelaki ini…lelaki ini…tahukah kamu siapa lelaki ini?Ya, dialah rasul junjungan kita MUHAMMAD SAW.



Subhanallaah…subhanallaah…subhanallaah



Speechless..

My lovely silver T_T

Bismillaah...

Aihh..
Dari dulu lagi aku tak berminat.Payah nak telan,susah mau hadam,kalau hadam pun tak mau lawas.Buat sakit perut je...
Aku banyak berjalan hari ni.Melompat-lompat (tapi bukan versi mereka) dari satu ke satu.Tapi ahh aku makin dungu.Apakah?
Tak emosi..tidak.Kamu katalah apa pun.Aku mau buat kerja aku.Kerja Islam.Siapa pun akhirnya maka aku anggap itu pilihan Allah.Manusia-manusia ini hanya asbab.YA,tak lebih dari itu.Sama-sama kita ambil ibrahnya (pengajarannya).

"Ia bukan soal ideologi.

ia bukan soal negeri itu atau negeri ini

ia soal diri sendiri, soal ruh yang mengisi, soal jasad yang ditanggungi"

err sori senpai,aku cuit kata-kata kamu=)

p/s:Bakal-bakal ibu,bakal-bakal bapa mari produce AMIR yang benar-benar AMIR di masa
hadapan.Mari...mari.
p/s/s:Emm..kalau2 aku buat undi rosak (dgn sengaja) adakah aku bakal disoal 'di sana' kelak?

Monday, February 2, 2009

Entri untuk kamu sayang=)

Bismillaah..
Percaya tak kalau aku katakan yang aku saaaaayang sangat pada kamu.Tidak kira siapa kamu,apa bangsa kamu,apa agama kamu aku tetap saaaaaaayang sangat pada kamu. Sama ada kamu sedar atau tidak aku sudah berbuat baaaanyak perkara yang menunjukkan aku sayang pada kamu.Mungkin jugak aku tidak buat baaaanyak perkara kerana sayang sangat pada kamu.Supaya kamu sedar yang aku selama ini sayang sangat pada kamu dan supaya selepas ini kita saling sayang-menyayangi biarlah aku ceritakan apa yang selama ini aku buat untuk kamu.

Pertamanya,aku tak buang sampah merata-rata.Aku jadikan ini satu kepantangan dalam hidup aku.Kerana aku fikir tanah yang aku pijak ni bukan hak aku sorang.Hak kamu jugak.Maka disebabkan aku sayang sangat pada kamu,aku tak nak cemarkan hak kamu.Hatta,secebis sampah dari celah-celah gigi yang terhasil daripada usaha aku untuk membuka jajan yang aku beli tu pun aku tak sanggup buang ke jalan.Aku simpan dulu dalam poket atau telan terus (hehe tipu je tak telanla).Apalagi kalau sampah tu adalah plastic.Aku jadikan macam satu taboo untuk membuang plastik merata-rata.Kesian penyu-penyu di lautan mati tercekik plastik.Ha tengok,dengan penyu pun aku sayang tau.huhu Dan kalau adik-adik aku sendiri yang buang sampah merata-rata aku akan marah habis-habisan.Aku akan cakap,’tak guna belajar tinggi-tinggi tapi tak reti nak buang sampah kat mana’.dan mama akan sokong aku menyelar tindakan non sivik adik-adik aku ni.Oh,terima kasih mama sebab membantu usaha ana menyayangi mereka yang entah siapa-siapa ni.hehe

Keduanya,aku katakan tidak pada merokok.Iyew!Disebabkan aku sayang sangat sama kamu aku tinggalkan satu nikmat dunia ni.Aku tak merokok bukan sebab aku fikir akan membahayakan kesihatan aku tapi kerana takut aku membahayakan kesihatan kamu.Kamu tau kan perokok pasif itu (kamula yang tak merokok tapi menyedut asap rokok) adalah dua kali ganda mendapat risiko kanser paru-paru.Apalagi kalau kamu mengandung,bahan kimia dalam asap rokok tu boleh mengakibatkan kecacatan tau pada anak kamu.Jadi disebabkan aku sayang pada kamu dan pada anak kamu yang bakal lahir tu aku elakkan diri aku dari merokok.Eh,ingat senang ke??

Ketiganya,aku tak buang chewing gum merata-rata.Aku suka sangat mengunyah chewing gum.Kadang-kadang aku beli sendiri dan kadang-kadang aku ‘katok’ dari adik aku amirul.Bila saja rasa manis chewing gum yang aku kunyah itu hilang,automatik aku akan teringat kamu.Maka aku akan bungkus chewing gum aku tu elok2 dan buang ke dalam tong sampah (tengok tu,siap bungkus lagi tu.Anak siapa la yang sopan sangat ni huhu).Bukan apa,aku takut2 kalau sampah chewing gum tu tak masuk betul2 dalam tong sampah,jadi kalau kamu terpijak pun chewing gum tu takkan melekat pada kasut kamu.Tak menyusahkan atau merimaskan kan?Walaupun ada antara kamu (mungkin tak membaca entri ni) yang menyebabkan chewing gum melekat pada kasut aku (warna hijau aku ingat lagi.cett),pada kain sekolah aku,pada baju sekolah aku tapi tak apa,aku tak berdendam.Aku kan saaaaaayang pada kamu.

Keempatnya,aku selalu flush toilet bila mana aku selesai menggunakannya.Ha,yang ini aku buat betul-betul (tak bermaksud yang atas tu aku tipu ok).Selesai je guna aku akan pastikan aku tinggalkan toilet tu dalam keadaan asal.Hilang bau, rasa dan warna.Sebabnya aku saaaayang sangat pada kamu.Aku taknak la kamu terbau sisa kumbahan aku kan.Nanti hilang selera kamu.Takut2 pulak kamu sampai terkencing2 dalam seluar sementara cari toilet yang betul2 bersih.Isk,kesiannya.Walaupun kadang-kadang kamu selalu tinggalkan bau yang kurang menyenangkan atau ‘sesuatu’ yang sangat memualkan tapi tak apa,mungkin kamu belum khatam belajar istinjak.Bersihkan hingga hilang bau,warna dan rasa ok?Rasa tu jangan pulak rasa dengan lidah (tolong jgn jadi lurus bendul ok).Hilang rasa tu merujuk kepada hilang rasa akan kehadirannya.Err..ahh paham la tu kan.

Kelimanya,aku tak curi sandal kamu di masjid.Bukan sebab aku dah ada sandal sendiri.Tapi sebab aku saaaayang pada kamu (berapa kali nak bagitau daa).Sebab aku tau itu mungkin sandal atau flip flop kegemaran kamu.Lagipun aku kesian pada kamu yang terpaksa balik berkaki ayam kalau sandal kamu dicuri.Disebabkan aku saaaayang sama kamu maka aku tak ambil sandal kamu tu walau selawa mana atau semahal mana sandal yang kamu sidaikan depan masjid tu.Apalagi kalau sandal itu bertali,berwarna biru dan yang mak kamu baru belikan pulak semalamnya.Ish,aku takkan sanggup.Kesiaan kamu.Walaupun nanti kamu senyum2 tanda reda tapi aku tau dalam hati kamu sedih jugak kan sebab kamu suka sangat sandal tu.Kan?

Akhir sekali,aku tak pernah curi handset kamu.Sebabnya aku saaaaayang sangat pada kamu.Walaupun pada mata aku handset kamu itu sangat comel,berwarna putih dengan keychain berayun-ayun di tepi tapi aku tahan je hati nak curi handset kamu.Yela,nanti kesian pulak kamu bila kamu nak telefon rumah nak bagitau yang kamu sudah ada dalam bas sedar-sedar handset kamu tak ada.Kan menggelabah.Sebabkan aku sayang pada kamu aku tak nak ambil hak kamu.Sebabkan aku sayang pada kamu aku tak nak menyusahkan hati mak kamu.

Jadi percaya tak sekarang yang aku saaaaayang sangat pada kamu.Ada baaaanyak lagi sebenarnya,tapi tak apa la.Biarlah rahsia.huhu


Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW,
Baginda bersabda:

Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.


Meminjam kata-kata laksamana Sunan,
‘Maha Suci Allah…sebagai manusia…kita sayang padamu’


p/s:belajar menjadi sarcastic
p/s/s:buat jahat tak semestinya dibalas jahat=)
p/s/s/s:'heart' kamu=)

Kisah aku

kawan satu payung=)

Siapa kena timpa hujan?=)