Wednesday, January 28, 2009

Tusukan sukma

Bismillaah..


Wahai pemuda, seandainya kamu yakini fikrah ini dan kamu menjejaki langkah kami serta kamu berada bersama di atas jalan yang murni ini, kamu tinggalkanlah segala fikrah kamu kecuali fikrah Islam. Kamu wakafkanlah segala tenaga dan usaha kamu untuk akidah yang kamu yakini ini, maka semua itu akan mendatangkan kebaikan kepada kamu dunia akhirat. Tetapi sekiranya kamu enggan dan memilih untuk terumbang-ambing dan bersifat serba-salah antara seruan Islam dan selainnya, maka ingatlah sesungguhnya tentera Allah akan meneruskan perjalanan tanpa mengira bilangan sama ada sedikit ataupun ramai
-mustafa masyur
-



Diam-diam aku terkesan.Ini kata-kata yang menusuk sukma ku paling dalam.Aku berdoa dengan sesungguh-sungguh doa biarlah aku tergolong dalam yang sedikit itu.Biarlah mereka-mereka yang aku sayang tergolong dalam yang sedikit itu.Biarpun sedikit dengan ukhwah yang teguh tetap akan merasa banyak kan?Ah...jihad itu adalah kemuncak perjuangan dan cinta yang ditemui dalam berjuang adalah semanis-manis cinta.Maka aku mohon bertemu kedua-duanya.Macam yang baba doakan sebelum kami semua ke medan jihad masing-masing supaya anak-anaknya berpegang pada kalimah Laailaahaillallah di muka bumi ini,aku berharap kami dapat memegang kejap sekejap-kejapnya kalimah dari langit itu.

Tuhan,hamba memohon Kau tetapkanlah hati hamba atas jalan-Mu dan Kau izinkanlah hamba menyempurnakan hak seluruh sendi hamba dengan kalimah tahmid,takbir dan tahlil.

p/s:gembira kerana baru semalam aku berjumpa novel kisah Sultan Muhammad al Fateh.aku tak perlu fikir 2 3 kali-ambil,selak2 sedikit dan terus ke kaunter=)

No comments:

Kisah aku

kawan satu payung=)

Siapa kena timpa hujan?=)