Saturday, January 31, 2009

Tiba-tiba nak cerita pasal k.long...


Bismillaah…


‘Ana!Smlm k.long mimpi ana ngan kwn2 kte.rndunye chat?lately nh rndu kt ana sgt,xtaw nape.tharu x.heheh doakn k’


Terharu2!hehe dari jauh k.long msg aku ahad lepas.K.long,orangnya dengan ketinggian sederhana,berwajah bulat putih bersih.Comel,cantik,menarik kau memang da bom semua ada pada dia.Sekali pandang boleh jatuh cinta woo!huhu Dilahirkan dengan otak yang bergeliga dan akhlak yang memang two thumbs up!Memang pakej yang lengkaplah.Alhamdulillah ramai kawan-kawan perempuan aku yang macam tu.Mereka sangat outstanding.Tidak bergantung pada rupa semata tetapi that beauty comes with brain.Aku dengan k.long memang satu kelas dari form 1 sampai form 5.Tapi kami tidak pernah ber’jambu’ (istilah di semesti bermaksud berkawan rapat).Jambu k.long lain,jambu aku lain.Hehe..Jambu aku nanti lain kali aku cerita.


Alkisah aku mula rapat dengan k.long bila kami sama-sama masuk matrik negeri Sembilan.Aku ingat lagi k.long meluah rasa kecewa kerana dia gagal mendapat tawaran biasiswa MARA untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan medic.Tapi k.long cepat sedar balik dan mula bersangka baik dengan Allah- ada hikmah di sebalik yang tersurat.Kebetulan kami satu blok jadi aku selalu lah bertandang ke bilik k.long mintak dia ajar subjek2 yang aku tak faham.Kimia terutamanya.Hasil tunjuk ajar k.long jawapan kimia aku selalu lecturer suruh tulis di whiteboard jalan kerjanya.Semacam skema jawapan la pulak kan.Jadi dalam k.long kecewa dengan kegagalan dia mendapat tawaran MARA, aku diam-diam sangat hepi k.long dekat dengan aku sebab aku ada tempat merujuk untuk masalah studi.Tapi semua tu tak lama.K.long dapat jugak tawaran MARA ke Mesir dalam bidang perubatan.Aku ingat lagi hari k.long mahu angkat kaki dari kmns berat gila rasa hati nak masuk kelas hari tu.Rasa mcm nak duduk dengan k.long je sampai dia pergi.Tapi takut nanti nangis pulak.Jadi kami berpisah di kafe je.Aku pun tak tunjuk sangat sedih aku kot.Penatnya nak tahan nangis.Dalam kelas rasa tak semangat je.Lepas k.long pergi lee ‘pass’kan pada aku seutas gelang manic-manik Kristal.Dari k.long katanya.Adoiyaii sebak seh waktu tu.Balik tu terus nangis dalam shower.Perkara yang sama aku buat bila homesick di semesti (huh?homesick?=P).


Gelang tu aku pakai tak pernah tanggal2 sampailah tahun lepas gelang tu tiba-tiba putus.Sedihnya…terus mengadu pada k.long mintak gelang baru.Haha tak adalah.Mintak ukhwah kami tak putus macam gelang tu.Dan ikatan itu memang tidak pernah dan tidak akan putus.Buktinya,sms di atas.Selain dari gelang tu,k.long ada hadiahkan aku selendang warna oren dari Mesir.Warna oren warna kegemaran aku.K.long tau tu.Tapi selendang tu sampai sekarang terlipat elok dalam almari tak pakai-pakai.Sebabnya aku tak pandai pakai selendang lilit2 tu.huhu tak ada ilmu macam k.long.Tengok dia pakai cantiknya…Ahh k.long memang makin cantik sekarang.Mesti ramai pak2 arab jatuh chenta sama dia.hehe..

Hmm dah janji dengan k.long nak pakai selendang tu bila kami ada kesempatan bertemu semula tapi..


Err..kamu boleh ajar aku?


p/s: Bila dikenang-kenang balik rupa-rupanya k.long lagi banyak memberi dan aku sekadar menerima je.Hadiah,kad hari jadi etc.Aku macam tak pernah bagi apa-apa pada dia.isk~ teruknya…=(.K.long,orang akan selalu doakan yang terbaik untuk k.long.

Thursday, January 29, 2009

Aku kasar,dia lembut

Bismillaah...

Hari itu waktu aku 'lari' sekejap dari lab untuk bertemu Dr Jualang bersama dua lagi kawan,seorang coursemate aku,-lelaki berlari-lari anak bergaya-gaya manja dari kafe ke arah kami menuju ke lab sambil tangan terawang-awang dan badan meliuk-lentuk. Aku,antara berlawak dan serius,

"Eh ko ni jalan elok2 sikit boleh tak?Terajang kang.Kalau aku tackle tu sure tergolek-golek"
Dengan nada yang agak keras dan kuat.Coursemate aku tu sekadar berpaling memberi jelingan manja.

Tapi tak sempat pun aku habiskan ayat di atas tu,spontan salah seorang dari kawan aku yang mengekor di belakang berkata, dengan nada yang semacam memberitahu yang bahasa aku agak kasar (ala pendek kata macam nak soundla)
"Ala biarlah dia macam tu.Seronok ba dengan dia.Kelakar" (ringkasan dari kata2 beliau yang aku ingat).

Aku cuba senyum sambil simpan rasa bengkak dalam hati.Pada aku (dan jugak seorang kawan aku yang lain) mana boleh kita biarkan dia lari dari fitrah seorang lelaki-tegas,gagah kepada fitrah seorang perempuan yang lembut dan lemah.Lagi2 dia ni ada rupa,sayang ah..haha (ops tu bukan main pointnya di sini ok).Memang tak dinafikan dia seorang yang kelakar dengan lawak selamba yaya nye tu,tapi..aihh come on la,dia boleh jadi lebih lagi selain daripada menjadi bahan ketawa manusia sekeliling.Syaratnya,itulah,jadi lelaki sejati.

Dan aku,hmm,memang agak kasar lah dengan dia kadang2.Tapi sekasar mana pun bahasa yang aku pakai bila berinteraksi dengan dia,aku tengok dia tak terjejas sikit pun.Walaupun pernah seorang member baik aku beritahu,'Aku,bila tengok ana sound si 'tuut' aku lari jauh2.Takut.haha'.Aku cuma balas,'Uik apsal?'.Bermaksud aku tak sedar pun yang aku dah berkasar bahasa dengan dia.

Err..entah-entah aku sendiri yang lari dari fitrah tak?

Gulp..

Aish,tak mungkin!



p/s:anda mampu mengubahnya=)

Wednesday, January 28, 2009

Tusukan sukma

Bismillaah..


Wahai pemuda, seandainya kamu yakini fikrah ini dan kamu menjejaki langkah kami serta kamu berada bersama di atas jalan yang murni ini, kamu tinggalkanlah segala fikrah kamu kecuali fikrah Islam. Kamu wakafkanlah segala tenaga dan usaha kamu untuk akidah yang kamu yakini ini, maka semua itu akan mendatangkan kebaikan kepada kamu dunia akhirat. Tetapi sekiranya kamu enggan dan memilih untuk terumbang-ambing dan bersifat serba-salah antara seruan Islam dan selainnya, maka ingatlah sesungguhnya tentera Allah akan meneruskan perjalanan tanpa mengira bilangan sama ada sedikit ataupun ramai
-mustafa masyur
-



Diam-diam aku terkesan.Ini kata-kata yang menusuk sukma ku paling dalam.Aku berdoa dengan sesungguh-sungguh doa biarlah aku tergolong dalam yang sedikit itu.Biarlah mereka-mereka yang aku sayang tergolong dalam yang sedikit itu.Biarpun sedikit dengan ukhwah yang teguh tetap akan merasa banyak kan?Ah...jihad itu adalah kemuncak perjuangan dan cinta yang ditemui dalam berjuang adalah semanis-manis cinta.Maka aku mohon bertemu kedua-duanya.Macam yang baba doakan sebelum kami semua ke medan jihad masing-masing supaya anak-anaknya berpegang pada kalimah Laailaahaillallah di muka bumi ini,aku berharap kami dapat memegang kejap sekejap-kejapnya kalimah dari langit itu.

Tuhan,hamba memohon Kau tetapkanlah hati hamba atas jalan-Mu dan Kau izinkanlah hamba menyempurnakan hak seluruh sendi hamba dengan kalimah tahmid,takbir dan tahlil.

p/s:gembira kerana baru semalam aku berjumpa novel kisah Sultan Muhammad al Fateh.aku tak perlu fikir 2 3 kali-ambil,selak2 sedikit dan terus ke kaunter=)

Kesaksian

Bismillaah...

Kesaksian-Brothers

Get this widget Track details eSnips Social DNA




Bersaksilah tuhanku satu

Segala puji bagi tuhan
Hadir Muhammad bawa kebenaran
Walau disiksa dihina
Takkan sekali ku berpatah arah

Untukmu agamamu
Untukku kebenaran Tuhanku

Siksalah jasadku
Takkanku tunduk pada kejahilanmu
Kerna mengalir di seluruh tubuhku
Kalimah Tuhan dari lidah
Rasulku

Dan itu yang ku percaya
ALLAHU AHAD!


Deritaku menjadi saksi bisu
Tanda kasihku kepada Yang Terulung
Walau disirami debu yang menangis
Genggamku ini takku lepaskan
(Takku lepaskan)

Panaslah sang mentari
Lafaz kalimah takkanku henti

Siksalah jasadku
Takkanku tunduk pada kejahilanmu
Kerna mengalir di seluruh tubuhku
Kalimah tuhan dari lidah Rasulku
Dan itu yang ku percaya

Bersaksilah tuhanku satu

Takku lepaskan
Panaslah sang mentari
Lafaz kalimah takkanku henti

Siksalah jasadku
Takkanku tunduk pada kejahilanmu
Kerna mengalir di seluruh tubuhku
Kalimah tuhan dari lidah Rasulku

Dan itu yang ku percaya

Sunday, January 18, 2009

Kelakar

Bismillaah...


Manusia ini kelakar sifatnya.Bila diberi ujian dia mengatakan mengapa aku?Merungut,mengeluh mengatakan I don’t deserve this,I don’t deserve that.Kenapa bukan dia?Dia itu lebih sekian2 jahatnya dari aku.Tetapi bila diberi nikmat tak pulak sibuk bertanya mengapa aku bukan dia.I don’t deserve this,I don’t deserve that.Dia itu lebih kuat takwanya,mengapa bukan dia?Walhal manusia ini sering lupa Tuhan,selalu mungkir janji,selalu lupa bersyukur.Tak pulak rasa dia tidak layak mendapat nikmat-nikmat tersebut.Pada hal kalau dikira-kira dosanya Allah boleh-boleh saja menahan oksigennya selama 30 saat.Biar dia panik dan padam terus.Bukan sesuatu yang susah bagi Allah.Tetapi dia terus hanyut dalam sungai kealpaan tanpa sedar sekian banyak peluang telah dilepaskan.

Aihh..manusia..manusia..kau memang kelakar.Aku harap kau cepat-cepatlah terhantuk,terguling-guling jatuh tangga.Biar benjol,berdarah cedera parah.

p/s: bercakap dengan cermin.

Nyata vs sembunyi

Bismillaah...


Marilah mari kita fikirkan
Apa kan terjadi dunia akan datang
Siapa penegak siapa penghalang
Wawasan Islam perlu dipertahankan


Hmm..maka seperti yang kita sedia maklum isu Palestin sudah menjadi isu sejagat.Mana-mana di pelusuk dunia mereka mengutuk kekejaman Israel.Kanak-kanak yang disembelih,ibu-ibu yang dirogol dan bapa-bapa yang dipijak2 seperti binatang.Maka semua mula berkempen,mula berdemonstrasi.Semua mula mengeluarkan apa yang ada,apa yang mampu.Berdoa,memboikot,berceramah,berkempen.Semuanya,mengikut kemampuan hati masing-masing.Aku sendiri berdoa.Aku sendiri menangis mengenangkan nasib Palestin,nasib Gaza.

Suatu hari aku menghadiri suatu majlis ilmu.Diadakan sempena isu Palestin yang hebat melanda waktu ini.Solat Maghrib,Isya’ dan hajat secara berjemaah.Apa yang menarik yang ingin aku kongsikan di sini adalah suatu isu yang dibangkitkan dalam pengisian majlis tersebut yang berjaya menampar aku dengan kuat sekali dan aku harap selesai aku menceritakan kepada kamu,kamu akan rasa tertampar juga.Biar adil, betul tak?

Kisahnya,si penyampai mengajak kami membandingkan diri kita di Malaysia dengan diri saudara-saudara kita di Palestin.Perbandingan dilakukan dengan dua jenis kemusnahan,kemusnahan yang nyata dan kemusnahan yang tersembunyi.

Kalau aku tanyakan kepada kamu kita berada pada kemusnahan yang mana kamu pasti dengan bijak akan menjawab kemusnahan yang tersembunyi kan?Mengapa Palestin kemusnahan yang nyata dan kita kemusnahan yang tersembunyi?Kerana kemusnahan Palestin dapat dilihat.Nyata,terang dan jelas.Bangunan-bangunan yang hancur,bandar yang musnah,mayat yang bersepah.Oleh kerana ianya nyata maka rakyat Palestin berjuang habis-habisan.Kerana mereka dengan jelas nampak agama mereka diinjak-injak mereka berjuang tanpa mengira titis darah yang tumpah,saudara-saudara yang syahid.Dan kita sendiri,yang nyata-nyata melihat kemusnahan itu turut merasa sakit,menangis dan berdoa supaya Allah selamatkan Palestin kerana kasihan,kerana sayang akan mereka.

Tetapi bagaimana kita?Yang hidupnya mewah dengan teknologi,dengan harta dan kesenangan sebenarnya musnah sedikit demi sedikit dari dalam.Kita yang terlalu bahagia,ketawa setiap hari,lalai dengan hiburan,bola,mabuk kepayang dengan cinta adakah semangat jihad dalam diri kita?Kita yang makin jauh dengan Allah,lupa dengan sunnah Rasul akankah dikira syahid jika saat ini kita tiba-tiba diledak dengan bom-bom musuh Islam?Cukuplah kita imbas bagaimana kita menyambut tahun baru tahun ini.Semua yang dipaparkan di berita-berita adalah konsert konsert konsert.Cuba kalau waktu itu kita yang diserang musuh islam bukan Palestin.Apa yang tinggal?Semua anak-anak muda kita di situ.Berapa kerat yang bakal tinggal memerang musuh yang menyerang?Itu pun belum tolak mereka yang pengecut,menyorok sambil terkencing-kencing dalam seluar.Memikirkan ini aku berpendapat kita umat Islam yang hidup aman damai di Malaysia sebenarnya jauh lebih kasihan dari rakyat Palestin.Kerana kita sebenarnya sedang musnah tanpa kita sendiri sedari dan siapa yang mendoakan kita selamat dari kemusnahan waktu ini?Kebahagiaan,kesenangan yang tidak disyukuri ini ibarat ulat yang memakan dari dalam.Tahu-tahu kita sudah hancur dan segalanya sudah terlambat.

Kita terlalu yakin keamanan kita ini hakiki.Kita bakal selamanya terselamat.Kita silap kalau kita berfikiran begitu.Percaturan Tuhan kita tidak tahu.Memang Tuhan itu Maha Lembut,Maha Penyayang tetapi Tuhan juga ada sifat marah, murka dan tidak berbelas kasihan jika menghukum kerana itu wujudnya neraka.Maka jangan kita melampau dan mencabar Tuhan,nanti binasa.Untuk masa yang ada,demi ilham yang datang marilah kita mencari cinta Tuhan supaya nanti bila tiba waktu kita tidak ragu-ragu untuk berjihad.

Siapa penegak?Siapa penghalang?Fikirkan sendiri.

Satu peringatan dari penyampai bahawa kiamat itu tidak akan datang selagi Islam belum menang.Mungkin kemenangan itu on the way waktu ini,maka bersedialah untuk kiamat.

p/s:Tertamparkah?Tidak?Hmm..mungkin salah aku..=(

Friday, January 16, 2009

Dua Kali Aku Mencintaimu


Bismillaah..

‘Baba sayang ana’

Dua kali baba ucapkan pada aku sebelum aku berangkat ke sabah.Sambil peluk aku erat-erat.Namun untuk kedua-duanya aku diam.Tak ada daya untuk aku membalas kembali.Melalui itu aku terfikir bahawa nanti bila tiba suatu saat kalau ditakdirkan tuhan aku sangat berjaya aku tidak perlu angkuh,terlalu yakin bahawa aku mampu membalas semua kebaikan baba kerana ada suatu waktu,suatu saat yakni saat itu untuk membalas kembali ‘ana sayang baba jugak’ itu sangat payah.Semudah itu pun aku tak mampu.

Maka Tuhan,jangan biarkan aku angkuh.

Untuk baba yang selalu menggembirakan anak perempuannya dengan lidah dan tangannya maka Kau tunaikanlah janji-Mu padanya.

Saturday, January 3, 2009

i'm leaving..

Bismillaah..


Esok hari ahad,bakal sepilah kediaman hj abd Rashid.banglo cengal ini akan semakin kurang isinya.bakal kurang menghasilkan bunyi yang selalunya hingar.bakal kembali aman,mungkin.sebab sekarang adam berteman.maka aman itu tidak terjamin.hehe kadang2 gempa itu pasti.gempita suara mereka bersilat lidah bakal ditadah telinga2 seisi rumah.agaknya sampai masa adam menurut jejak2 yg atas baru orang2 di rumah boleh lega mengurut dada.

Esok hari ahad,bakal bertebaranlah cucu2 hj Rashid di muka bumi.paling dekat di gopeng paling jauh nuuunn di sabah.yg paling ganjil itu yg dihantar jaaauh jaaauhh..biar bertambah special.biar paling jauh dari mata tapi paling dekat dengan hati.hehe kadang2 dia suka perasan sendiri.

Semalam hari jumaat,baba mengeluh lg.sambil2 memohon maaf yg entah ke berapa kali.lusa anak2 sudah mula berangkat.baba mengeluh untuk masa yg begitu singkat.tak sempat bercuti ke mana2.baba dgn kerjanya 2 minggu di laut 2 minggu di darat.sampai di darat bukan selalu dapat rehat.rumah yg baru tegak beberapa tiang tu byk urusannya.byk jugak pelaburannya.maka perlu berjimat.perancangan bercuti takkan ada selagi rumah belum tersergam sempurna,selagi mama dan baba belum tunai hajinya.insya-Allah semua bakal selesai tahun ini.jadi baba mohon anak2 faham.bukan baba tak sayang tapi ada priority lain yg harus segera diselesaikan. maka baba selalu pesan anak2 byk berdoa.biar semua lancar.biar kita sekeluarga dapat berkumpul selalu.kata baba tak apa kita berpisah sekarang.berpisah kita kerana Allah.anak2 berjihad untuk ilmu baba berjihad untuk rezeki.semuanya yg diwajibkan Allah.baba menyebut nama yg paling ganjil.kerana yg paling ganjil itu paling jauh.masa bersamanya yg paling kurang.tak apa ba,si ganjil faham.dan sebenarnya bila baba sebut2 ‘berkumpul’ itu si ganjil sudah terbayang ‘berkumpul di syurga’.kerana untuk dapat selalu berkumpul di dunia si ganjil dapat rasa sgtlah payah.mungkin tak lama si ganjil akan dibawa pergi.kerana dia yg plg ganjil maka dia yg akan dibawa pergi paling jauh.oleh sebab itu,si ganjil mula doa diam2 semoga di syurga dapat semua berkumpul-mama baba,abg din,arep,iman,amirul,aufa dan adam.si ganjil akan tunggu waktu itu.

Hari ini hari Sabtu.Hati si ganjil mula tak keruan.Sambal tempe sudah mula siap,ahh si ganjil mula pening kepala,sakit perut dan rasa nak muntah…

p/s: si ganjil yg tahun ini bakal mencapai umur 21 thn masih lg bersilat dgn adik2nya.ahh tanda si ganjil belum bersedia dibawa pergi..hehe


Kisah aku

kawan satu payung=)

Siapa kena timpa hujan?=)