Saturday, April 26, 2008

Kisah Bilal r.a

Saidina Bilal r.a dan cinta Rasul s.a.w.Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, saidina Bilal r.a antara sahabat yang tidak mampu lagi bermukim di bumi Madinah. Segala-galanya di kiri dan kanannya mengingatkan kembali kepada nostalgia bersama nabi s.a.w. Lantas beliau membawa diri ke Badariaan – sebuah tempat berdekatan Syam – untuk mengurangkan kesedihan hati.Satu hari saidina Bilal r.a didatangi oleh baginda s.a.w dalam mimpi. Baginda s.a.w berkata: “Mengapa kamu menyepi wahai Bilal? Tidakkah kamu teringin menziarahiku ketika ini?”.Tersedar daripada tidur dengan dalam keadaan sedih dan takut, beliau dengan segera menunggang kenderaan menuju ke Madinah dan terus mendatangi kuburan nabi s.a.w. Kesedihan menyelubungi diri, kisah pahit manis perjuangan bersama nabi s.a.w telah meletakkan cintanya kepada rasulullah s.a.w melebihi daripada segala-galanya. Kini semuanya tinggal kenangan dalam memori.Sesuai melepas rindunya kepada baginda s.a.w di perkuburan tersebut, dia mencari-cari cucu kesayangan nabi s.a.w, Hasan dan Husin r.a. Mereka dipeluk cium tanda cinta yang tidak berbelah bahagi. Pinta mereka kepada saidina Bilal r.a; “kami berharap sangat untuk mendengar kembali azanmu yang telah dikumandangkan kepada Rasulullah s.a.w di masjid.”Bagi tidak menghampakan harapan tersebut, bumbung masjid tempat yang selalu dia berdiri mengalungkan azan dipijaknya kembali. Azan pertama dalam sejarah Islam dari mulut bekas seorang hamba ini merupakan satu penghargaan nabi s.a.w kepadanya.Nafas ditarik…..azan dilaungkan dengan penuh syahdu. Bila kalimah ‘Allahu Akbar! Allahu Akbar!’ dialunkan, bergegarlah seisi Madinah.‘Asyahadu an la ilaha ila Allah’, jiwa penghuni Madinah makin bergetar. Suara yang pernah didengari pada waktu dan ketika nabi s.a.w masih hidup kembali memenuhi ceruk-ceruk Madinah.Takkala laungan ‘Ashadu an na Muhammadan Rasulullah’ kedengaran, keluarlah para wanita daripada rumah-rumah mereka seraya berkata ; ‘Adakah Rasulullah s.a.w telah dibangkitkan?’.Seisi Madinah diselubungi hiba, azan saidina Bilal r.a mengingatkan kembali kepada nostalgia manis bersama baginda s.a.w. Tidaklah dilihat satu hari pun yang paling banyak manusia menangis di Madinah selepas kewafatan nabi s.a.w selain daripada hari tersebut, dek kerana rindu dan teringatkan nabi s.a.w.Inilah tanda cinta para sahabat kepada Rasulullah s.a.w, yang sukar untuk kita temui sekarang.(Adaptasi daripada riwayat ibnu asakir daripada sanad junaid)Pesan Hassan al-Banna“Duhai manusia, datanglah kepada kami. Sesiapa yang tidak boleh menziarahi Rasulullah s.a.w datanglah kepada kami. Kami adalah pengemis di pintu Rasulullah s.a.w. Sesiapa yang tidak pernah mendengar kisah hidup Rasulullah s.a.w, patut sekali datang mendengarnya daripada kami.”‘Baginda Rasulullah s.a.w hidup di dalam hati kami dan baginda mendengar segala-galanya. Rasulullah s.a.w hidup di dalam hati-hati yang mempertahankan Islam dan juga di dalam hati yang penuh dengan kasih sayang serta iman yang datang daripada ajarannya.’Muhasabahlah cinta kita kepada Rasulullah.

dipetik dari www.iluvislam.com

Pelangi Cantik..

Kelas terakhir mandarin..aku nampak pelangi dari luar tingkap bilik tutorial 14,tingkat tiga bangunan ppib ni. I realize that the view outside this window is always magnificent. Super magnificent…and that day,there’s no exception. Subhanallah…cantiknya pelangi..dari tingkat paling atas bangunan ni serasa boleh capai je pelangi itu..sebab pelangi tu macam begitu dekat. Memenuhi ruang tingkap bilik tutorial aku yang panjang dan lebarnya dalam lingkungan 1 meter setengah…Aku duduk di barisan kedua dari hadapan..makanya, untuk aku melihat pangkal dan hujung pelangi itu aku terpaksa meneleng-nelengkan kepala ke belakang. Bersungguh-sungguh gaya aku waktu tu untuk melihat pelangi. Warna –warni pelangi sentiasa mengagumkan aku walaupun dah berjuta kali rasanya aku melihat fenomena alam selepas hujan ni. Apa yang Chu laoshi ajar kat depan aku tak ambik pusing.

Nak tengok pelangi..nak tengok pelangi..isk, tak puas-puas..

Tapi bila Chu laoshi menghadap studentnya kembali terpaksa aku pusingkan kepala ke depan. Cuba untuk fokus sambil hati fikirkan pelangi..cantiknya..cantiknya..
Chu laoshi pandang balik ke whiteboard.Aku ambik kesempatan ni telengkan kepala ke belakang. Nak tengok pelangi,tapi…

Pelangi tu dah tak ada. Hilang. Sekejap je rasanya aku pandang ke depan tadi,tapi bila aku cuba tengok balik, pelangi tu dah tak ada di situ. Sekejapnya…kecewanya..
Buat aku terfikir kenapa begitu sekejap pelangi itu muncul. Aku belum puas menikmati pelangi tadi.Belum lagi.Nak lagi..nak lagi..

Tapi kalau pelangi itu terus ada di situ sepanjang kelas terakhir aku ni apa akan jadi pada aku?Terus telengkan kepala ke belakang tak peduli apa Chu laoshi tulis dan terangkan di whiteboard?Rugi besarlah aku kalau begitu.Sebabnya waktu tu Chu laoshi tengah sibuk terangkan format-format serta contoh-contoh soalan exam dan biasanya Chu laoshi akan terlanjur bocorkan soalan.Hehe..Rugi besarlah sesiapa yang tak jot down apa yang dia tulis di whiteboard.Ish,memang rugi!

Dan aku pun tersenyum sendiri..Terima kasih ya ALLAH kerana selamatkan aku.

Satu perkara yang aku dapat, kecantikan itu bukan saja untuk dinikmati tetapi untuk diingati.Bagi akula..Sebab sampai sekarang aku masih ingat lagi cantiknya pelangi itu…Seingat aku,aku tak pernah tengok pangkal dan hujung pelangi walaupun dah berjuta kali aku tengok pelangi.Entah.Mungkin aku lupa.Tapi yang ini aku tak akan lupa sebab ia sgt besar dan cantik.Dan sebab hari itu hari terakhir kelas aku di bilik tutorial 14, tingkat 3 bangunan PPIB…

ALLAH,adakah dunia ini seperti pelangi?Bahagia pun,adakah ia seperti pelangi?...

Friday, April 11, 2008

Inilah AKU..

Berfikir membuatkan aku menyarung stoking lambat-lambat,dari hujung jari ke buku lali seperti penuh tertib gayanya.Membuatkan aku diam terkaku dalam dunia sendiri.Menyeret kasut melangkah malas.Kadang-kadang membuatkan aku pejam mata rapat-rapat membayangkan hujung cerita pemikiran itu.Merungkaikan yg kusut menyimpulkan yg rapi.Mengerutkan dahi.Bermonolog sendiri.Terkadang membuat aku menarik nafas dalam-dalam,sedalam yang boleh dan menghembusnya kuat,sekuat yang boleh.


Namun di hujung cerita itu aku tersenyum.Kerana dengan berfikir itu terbuka luas jalan untuk ku.Satu persatu diteliti.Bertemu solusi.Bertemu sebab musababnya.Bertemu dgn cerita di sebalik cerita.Tersirat dan tersurat.Memahami setiap hikmah yg berlaku.Memahami bahawa kebetulan tidak wujud atas kesedaran Engkau menjadikan sesuatu bukan sia-sia.Meniliti satu persatu. Bertemu aku,dia dan Engkau.Mendekatkan aku pada-Mu ghairah untuk mengenal ma’rifat-Mu..Tunduk dan rendah dlm tindakan ku..Akhirnya membentuk aku sebagai hamba-Mu…

Itu DIA..

THAT’S ALLAH..


Have u ever been down and out and

nobody seems to be around for you to talk to..

THAT’S ALLAH…He wants you to talk to Him.

Have u ever been just sitting there and

all of sudden you feel like doing nice for someone you care for…

THAT’S ALLAH…He talks to you.

Have u ever been thinking about somebody

that u haven’t seen in a long time and then

next thing u know u see them or receive a phone call from them..

THAT’S ALLAH…there’s no such thing as ‘coincidence’

Have u ever received something wonderful

that u didn’t ask for..

THAT’S ALLAH..He knows the desires of ur heart.

Have u ever been in a situation and

u had no clue how it is going to get better,

but now u look back on it…

THAT’S ALLAH..He passes us through tribulation to see

a brighter day

In all that we do, we should totally give ALLAH

thanks and our prayers blessings will

continue to multiply…


~Sadia Marium~

ALLAH Maha Mengetahui

Kisah yang aku petik dari sebuah risalah yang dikeluarkan oleh ISEUMS. InsyaALLAH ada pengajaran...

* * * * * * *
Seorang pemuda yang dipilih ALLAH untuk istiqamah dalam menghadiri majlis-majlis ilmu pergi mengikuti suatu pengisian di masjid seperti kebiasaannya.
Pada malam itu, sang mua’lim telah memberi pengisian mengenai ‘ALLAH maha mendengar dan mengikuti petunjuk dari ALLAH melalui intuisi’. Ketika berlangsung pengajian, hati kecil pemuda itu tertanya-tanya,’Adakah ALLAH (SWT) masih berbicara kepada manusia melalui intuisi?

Sesudah usai pengisian, pemuda tadi keluar minum bersama-sama beberapa orang teman di kedai kopi berdekatan. Beberapa orang kawannya telah berkongsi pengalaman peribadi mereka tentang bagaimana ALLAH (SWT) telah memberi petunjuk serta hidayah kepada mereka dalam pelbagai cara, dan akhirnya mereka sedar bahawa yang telah membantu mereka menunjukkan jalan kepada mereka selama ini ialah ALLAH (SWT).

Jam menunjukkan pukul 10 malam ketika pemuda tadi memulakan perjalanannya ke rumah. Ketika dia duduk di bangku empuk kereta sedannya, dia mula berdoa kepada ALLAH, ‘Oh ALLAH..Jika Engkau masih berbicara kepada hati manusia, berbicaralah kepada ku. Aku akan mendengar. Dan aku berusaha sebaik mungkin untuk menuruti perintah-Mu’.

Ketika dia dalam perjalanan ke rumahnya, tiba-tiba hati kecilnya berbisik dengan kuat menyuruh dia berhenti dan membeli seliter susu segar. Dia mengeleng2kan kepalanya dan berkata,”ALLAH,adakah itu Engkau?” Memandangkan tiada siapa menjawab,dia pun meneruskan perjalanan ke rumah.

Namun,tidak lama kemudian, hatinya kembali berbisik menyuruh dia membeli seliter susu.”Baiklah ALLAH jika benar itu pesanan dari-Mu, aku akan beli susu itu.” Nampaknya, ujian ketaatan itu tidaklah sesusah yang disangka. Dan dia juga boleh minum susu itu ketika sampai di rumah nanti. Lalu dia pun memberhentikan keretanya dan membeli susu itu dan kembali meneruskan perjalanannya pulang.

Ketika dia melepasi Jalan 7, tiba-tiba dia mendapat satu perasaan yang kuat, “Turuni jalan itu!”.Ini adalah kerja gila, gumamnya sendirian.Namun, sekali lagi, dia mendapat perasaan yang kuat menyeru agar dia membelok masuk ke Jalan 7. Pada simpang yang seterusnya, dia membelok dan masuk ke jalan itu. Separa bercanda dia berkata,”Baiklah Tuhanku, aku turuti perintah-Mu.”

Dia memandu melintasi beberapa blok sehinggalah tiba-tiba dia merasakan dia patut berhenti. Dia menekan pedal brek, berhenti dan memerhati keadaan di sekeliling kawasan itu.
Di sini ialah kawasan perumahan orang-orang pertengahan. Ini bukanlah kawasan yang paling cantik, namun ia juga bukanlah kawasan orang-orang yang paling miskin.Banyak kedai-kedai telah tutup dan hampir semua rumah telah gelap, menandakan penghuninya sudah masuk kekamar tidur.

Namun sekali lagi, dia merasakan sesuatu berkata-kata dalam hatinya,”Pergi dan berikan susu itu kepada penghuni rumah di seberang jalan.” Pemuda itu memerhatikan keadaan rumah itu. Suasananya gelap.Mungkin penghuninya sudah tidur atau mungkin mereka tiada di rumah. Dia kembali melangkah menuju ke keretanya dan mula kembali masuk ke tempat duduk kereta.
“ALLAH ini ialah kerja gila. Penghuni rumah itu sudah pun nyenyak tidur, dan jika aku kejutkan mereka, sudah pasti mereka akan marah dan aku akan kelihatan seperti orang bodoh.” Namun, dia masih merasakan dia perlu mengikut kata-kata hatinya.

Akhirnya, dia membuka semula pintu kereta, “Baiklah ALLAH, jika ini ialah Engkau, aku akan pergi ke pintu rumah itu dan berikan mereka susu. Aku rela berkelakuan seperti orang gila ini jika itulah yang Engkau mahukan. Aku harap Engkau akan membalasnya kemudian hari, namun jika tiada sesiapa yang menjawab di pintu, aku akan terus beredar dari tempat ini.”
Dia berjalan melintasi lorong kecil itu dan menekan loceng. Dia dapat mendengar sedikit bunyi bising dalam rumah. Satu suara garau memecah kesunyian malam itu,”Siapa tu? Apa yang kau mahu?” Dan pintu rumah itu dibuka dengan cepat sebelum pemuda tadi sempat melarikan dirinya ke kereta.

Seorang pemuda dalam usia empat puluhan tercegat berdiri di belakang pintu bersama t-shirt lusuh. Dia kelihatan agak keliru dan pelik dengan kehadiran seorang tetamu yang tidak dikenalinya di depan pintu rumah pada waktu-waktu malam begini.

“Ada apa?”

Pemuda tadi menghulurkan susu tadi dan berkata,”Ambillah, aku bawakan ini untuk kau.”
Lelaki tadi terus merentap susu tadi dan bergegas lari masuk ke dalam rumah. Kemudian turun dari dalam rumah, seorang perempuan menyambut susu tadi dan pergi ke dalam dapur. Lelaki tadi mengikut rapat perempuan itu, dan dalam dukungan kemasnya duduk seorang bayi kecil. Dan bayi itu menangis kuat sekali. Kelaparan agaknya. Dan air-air hangat mengalir laju dari mata lelaki separuh umur itu.

Dan dalam esak tangisannya, lelaki itu berkata,”Kami baru sahaja selesai solat. Kami terpaksa membayar banyak hutang bulan ini, dan akhirnya kami kehabisan wang. Kami tidak punya apa-apa untuk si kecil ini. Aku baru sahaja berdoa kepada ALLAH (SWT) untuk memberikan jalan kepadaku bagaimana untuk mendapatkan susu untuknya.”

Kemudian, terdengar suara sang isteri menyambut halus dari belakang suaminya,”Aku meminta dari ALLAH agar menghantarkan kepada kami seorang malaikat bersama seberkas susu. Adakah engkau malaikat itu?”

Pemuda tidak menjawab. Dia lalu menyeluk saku, mengeluarkan dompet dan menarik semua duit yang ada padanya ketika itu dan menyerahkannya kepada tangan lelaki tadi. Dan dia berpusing ke belakang berlari ke arah keretanya dengan pecahan-pecahan manik jernih pada hujung matanya.

Dan kini dia tahu bahawa ALLAH (SWT) itu masih mendengar akan doa hamba-hamba-Nya.

Kisah aku

kawan satu payung=)

Siapa kena timpa hujan?=)