"Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menjadikan awan bergerak perlahan, kemudian mengumpulkannya, lalu Dia menjadikannya bertumpuk-tumpuk, lalu engkau lihat hujan keluar dari celah-celahnya, dan Dia (juga) menurunkan (butiran2) es dari langit, (yaitu) dari (gumpalan2 awan seperti) gunung2, maka ditimpakanNya (butiran2 es) itu kepada siapa yang dikehendaki dan dihindarkanNya dari siapa yang dikehendaki. Kilauan kilatnya hampir2 menghilangkan penglihatan" (24:43)
Sunday, September 6, 2009
"the little imperfections that makes them perfect"
sedang mood menggodek2 blog fynnjamal.aku cari sesuatu yang aku terjumpa tak lama dulu tapi tak jumpa pulak sekarang.mana hilang entah.tapi aku jumpa yang di bawah ni.yang mungkin lebih baik...
"the little imperfections that makes them perfect"
p/s: aku gila tak sempurna.sempurnakanlah aku dengan kekurangan kamu.ikhlas=)
Tuesday, September 1, 2009
Seminggu yang kosong...
Hari tu, waktu berjalan balik dari gerai,bawah hujan renyai2 aku perasan purse aku missing dari plastik makanan.Perasan diuji di bulan puasa,hati dah mula2 nak kembang riang.Aku telefon cik pipit kalau2 dia ada 'save'kan sebab dia balik awal ke bilik.Jawapannya negatif.Yes!dalam hati.Tapi langkah kaki menuju semula ke gerai.Nak jugak usaha cari kalau2 ada tercicir di mana2.
'Ha kak ana,ni dompet akak.Lupa nak bagi tadi' dia senyum lebar.
Aku?bersyukur dalam hampa =|
Baru perasan nak diuji...hmm..
Hari ni,aku dapat berita dari seorang saudara perempuan aku yang dia kemalangan.
Motor vs kereta.
Dalam perjalanan pulang dari mengajar budak2 mengaji,baca ABC di sebuah kampung.Dia dilanggar kereta waktu nak keluar simpang.Salah perkiraan,pemandu tu bawak laju.
Dia luka2 teruk.Perlu bertayamum untuk solat.Motor rosak dan masalahnya dia tak ada lesen untuk ambil apa2 tindakan.
aHH 'jealous'nya aku ya Allah...simpati ada,tapi cemburu pun juga.
Ok perlu ziarah dia untuk menghilangkan rasa jealous.hehe
Happy Independence Day MALAYSIA.Doa aku untuk 'kamu' rahsia.hehe.ameenkan saja siapa2 yang berdoa baik2 untuk 'kamu'.
p/s: Mesej mama dua belas malam tadi untuk wish birthday.Tanya mama ni untuk yang ke berapa ye (umur).Mama balas yang mama sendiri tak pasti,tapi yang pasti dah capai umur seorang mak yang layak terima menantula.
adehh...=p
Tak pe abg din ada.hehe
Happy Birthday ma.Ana saaaaaaaaaaaayang mama=)
Wednesday, August 26, 2009
Pertama kali
‘Akak goncang kuat sikitlah,akak ni ayu sangatlah!’
Dia separuh menengking.
Aku separuh terkejut.
Aku pandang cik pipit,
cik pipit pandang aku.
Aku pandang dia.
Muka penat,ada garis2 tegang.Aku positif dia tak sedar dengan nada apa dia bercakap.
Positif……..=.=
Lapangkan dada dan teruskan kerja…
***
Cik pipit selalu cakap ‘there’s always first time for everything’.
Dan hari ni hari pertama aku berniaga.Semuanya pun tak dirancang.Syif sebenar esok tapi sebagai persediaan nak tinjau2 la gerai,adaptasi dengan suasana supaya tak begitu terkejut nanti.
Aku sedikit musykil,cuaca tak adalah begitu panas tapi jualan ice blended gerai kelab aku ni kencang amat.Sampai ada ‘queue’.Mungkin antara salah satu sebab adalah;
2. Cuma kami satu2nya gerai yang menjual ice blended maka semua peminat ice blended
tertumpu di gerai kami atau juga
3. Kedua-duanya.
Ehe..Mana2lah janji dadih licin (tiba-tiba dadih=p).Syukur…
Budak kaca mata memang dah pesan,pelanggan ramai.Agak kelam kabut nak layan semua dengan blender cuma satu (alahai) tapi jangan lupa senyum.Walaupun ibu jari dah mula sakit sebab nak pulas benda alah pada blender tu untuk hidup dan matikan dia (blender lama,benda alah untuk hidup dan matikan blender cuma tinggal besi je) walaupun pelanggan dah mula merungut2 lambat (tapi masih dalam nada2 bergurau.Kesian bha kami semua perempuan2 yang berpuasa.heee) dan ada yang cancel order, blender tiba2 hang,semput2 nak ‘blend’kan ais (ha kau blender pun pandai tunjuk protes penat) tapi tetap teruskan senyum.Aku rasa aku dah senyum sesenyum mungkin dan mintak maaf sebanyak mungkin pada pelanggan2 yang sedia menunggu dan jugak pada pelanggan2 yang kami terpaksa tolak permintaannya sebab takut tak termampu dengan blender cuma satu dan ‘queue’ yang masih panjang sedangkan waktu berbuka tinggal beberapa minit.
Hikmahnya bekerja dengan blender tua,menyebabkan kami banyak baca bismillaah dan istighfar.
‘Bismillaah kak bismillaah’ sebelum hidupkan blender.
‘Astaghfirullahalazim’ tiga kali bila 2 3 kali pulas, blender tu tak mahu jugak jalan2.
Aihh…ok, jangan merungut.
Hari ni nak berniaga lagi.Biar macam mana penat,bila fikir ini sunnah tetap bersemangat.Yosh!
Dan hari ni takkan kena marah lagi.Positif.
Sebab aku dah tak ayu lagi.lalalala~~
=p
Sunday, August 23, 2009
30 Hari Mencari Cinta
Bismillaah…
Dalam keadaan2 tertentu aku cemburu dengan manusia yang banyak cakapnya.Dalam kepala ada saja idea untuk bercakap.Mereka ini selalunya orang yang ramah,yang boleh masuk dengan sesiapa saja tak kira golongan dan ramai kawannya.
Tapi bila salah seorang manusia yang aku cemburu itu suatu hari mengatakan yang dia cemburu dengan betapa diamnya aku dan betapa kadang2 dia teringin menjadi aku,aku merasakan…
Ahh ironinya…
Allah maha adil…kan?
=)
p/s: nak jadi peramah macam baba.naak sangat...hehe
Friday, July 31, 2009
1511H
Bismillaah…
1511H [KOMBAT]
Begitu terkesan.Aqilah aku lambat beberapa tahun dari kamu.Teringat waktu di semesti qila semangat ‘promote’ buku faisal tehrani yang satu ini.Teringat qila menyebut2 tentang lebah tentang pemuda pilihan hajjah nusaybah.Tapi dari bahagian mana yang dia quote aku sudah lupa.Waktu tu aku tak begitu tertarik.Aku lebih terpengaruh dengan Zed.Sibuk meminjam novel2 karya meg cabot ataupun chicken soup for the soul.Atau pun novel2 cinta alaf 21 yang begitu membuai2 kisahnya.Sesuai dengan jiwa perempuan,jiwa remaja .Kononlah.
Tapi bila umur dah menginjak selera pun jadi berubah.Aku masih lagi layan beberapa novel. Tapi yang ‘berisi’,yang mungkin jugak bisa membangun jiwa.Novel2 cinta picisan yang cuma banyak mendedahkan realiti bukannya hakikat aku tolak jauh2.Mual sudah kot disajikan dengan kisah peluk,pegang2 tangan,belai2 hujung rambut lelaki perempuan yang belum bernikah.Apa lagi baru2 ni aku selak2 satu novel ni dah berani pulak buat ‘scene’ kissing mulut ke mulut (istighfar2) yang adegannya ‘dilakonkan’ lelaki dan perempuan muslim.Geleng2 kepala…kecewa -.-
Cukup di situ.Ada yang panas pulak nanti.hehe (panas hati kamu panas lagi hati aku kot.ehe)
Berbalik kepada 1511H [KOMBAT].Ini cerita tentang harapan.Apa yang kita harap terjadi pada masa depan.Bahawa Islam yang maju dengan ilmu bukan lagi nostalgia atau mimpi.Jiwa2 pemuda bukan lagi tidur tetapi bangkit dengan semangat jihad,mengejar syahid.Bahawa yang kaya tidak lagi mengumpul kekayaan untuk anak isteri tetapi diinfakkan sepenuhnya untuk agama. Ini kisah perang.Luarnya dilihat sebagai perang fizikal,teknologi senjata yang super canggih,bio-bots,cyborg,cipher,sacros dan segala macam yang perlu dibelek2 ke muka surat glosari untuk pemahaman.Lebih dari itu ia bercerita tentang kedekatan kepada Tuhan,keyakinan yg sebenar2 yakin dengan pertolongan Allah yang melampaui batas akal manusia.Bahawa untuk Islam itu menang kita perlu menjadi hamba.Hamba yang sebenar2 hamba dan kepada satu2nya Tuhan.Tidak ada hamba hiburan,pekerjaan,anak isteri dan lain2nya.Mereka yang dari jeneral,komander,saintis ditarbiyyah memegang teguh ilmu futuwwah.Dan satu perkara yang pasti Islam itu pasti akan menang.Kerana kiamat tidak akan datang selagi Islam itu diinjak2 oleh umat sendiri atau musuh yang lain.Kiamat itu pasti, maka kemenangan Islam itu juga pasti.
Persoalannya bagaimana Islam itu menang?
Terkesan dengan watak utama komander Muhammad Ameen Muhammad.Berusia 19 tahun tetapi dipilih Allah untuk mengimami pertahanan Makkah melalui mimpi berulang2 hajah nusaybah.Terkesan kerana penulis menjadikan watak yang begitu muda sebagai tunjang utama,orang yang bertanggungjawab menawan Rumah Putih dan menukarkan nama White House kepada White Mosque,menukarkan nama Washington kepada kota Emrullah.Tak hairanlah beliau yang masih begitu muda diwasiatkan untuk menggantikan tempat jeneral nusaybah yang syahid oleh wanita itu sendiri.Ibrahnya di sini betapa kita yang masih muda dengan kudrat dan tenaga yang masih lagi kental seharusnya berdiri di barisan hadapan untuk perjuangkan agama.Seharusnya sedar bahawa kita ini masing2 diwasiatkan menyambung perjuangan baginda Rasulullah yang kita sayangi untuk menegakkan kalimah laailaahaillallaah di muka bumi ini.
Gunakanlah segala potensi yang ada.Kalau kita pandai menulis maka sampaikanlah Islam melalui penulisan,kalau kita petah berbicara sampaikanlah Islam melalui ucapan2,kalau kita kreatif berkarya,berjiwa halus sampaikanlah Islam melalui syair2,puisi2 islami.Apa juga cara,sampaikanlah…walau cuma melalui salam atau senyuman =)
Allahuakbar!
p/s: susah betul nak jumpa novel inggeris yg betul2 ‘bersih’.Baru jumpa satu-to kill a mockingbird.ok tau aku memang dah berabad ketinggalan dari kamu.ohh~
inferior
Kadang2 manusia yang kamu lihat baik itu datangnya dari manusia yang pernah membuat dosa yang lebih besar dari kamu.Kalau saja kamu baca sejarah hidupnya yang hitam...kalau saja.........ahh
Ya Allah hijabkanlah aib2 kami sampai kiamat...hanya Engkau pelindung sebenar-benar pelindung...
ameen
Thursday, July 2, 2009
Bahasa
Bismillaah…
Aku tak pernah suka pakai skirt atas lutut waktu kecik2.Atau pun dress yang lengan bajunya pendek atas siku.Sebab aku rasa lutut dan siku aku buruk.Malu nak tunjuk2 kat orang.Waktu tu aku sangat lasak rasanya.Sikit2 jatuh,luka,jatuh,luka.Siku dan lutut selalu jadi mangsa.Jadi aku malulah nak tunjuk bekas2 kudis kering kat lutut dan siku tu.Tapi aku tak pernah bagitau mama sebab tu (sampai sekarang).Macam jugak aku tak bagitau mama yang aku tak suka anak patung Barbie atau mana2 anak patung yang bentuk macam manusia-yang bila dibaringkan dia pejam mata,bila didirikan dia bukak mata sebab aku takut dia ‘hidup’ dan jugak sebabkan baunya yang aku rasa melekat pada baju aku.Atau kenapa aku menangis pagi2 bila bangun lambat bila semua orang dah siap-siap bersarapan pagi- sebab aku rasa ‘tertinggal’.Aku nangis hentak2 kaki dengan harapan semua orang dalam rumah tu faham yang aku nak semua orang duduk semula di kerusi masing2 dan sarapan bersama2 dengan aku.
Aku yang 14 15 tahun dulu macam tak ada bezanya dengan aku yang sekarang.Kadang-kadang aku taktau bahasa apa yang sesuai untuk aku guna supaya orang faham apa yang aku rasa.Macam kes waktu aku kecik2,bila aku tak mampu nak sampaikan dengan bahasa lidah maka aku akan gunakan bahasa badan-mama belikan dress atau skirt cantik2 aku cuma pakai dua tiga kali dan lepas tu perukkan dalam almari,ada satu anak patung yang mama belikan untuk aku,agak besar dengan rambut kasar warna oren,aku main2 sekejap dan kemudian pura2 patung tu hilang entah mana (aku masih ingat lagi aku ada rasa sikit bersalah dengan mama kalau aku tunjukkan muka yang aku tak suka anak patung tu jadi aku buat2 suka main dengan anak patung tersebut sampai suatu masa aku tak rasa bersalah dan puff!patung tu hilang.Ampun ma!hehe) dan yup aku nangis hentak2 kaki bila aku rasa ‘ditinggalkan’.
Tetapi semakin kita besar fikiran kita semakin complicated.Bahasa2 badan yang begitu telus ni menjadi sesuatu yang kurang praktikal pada kita sebab kita terlalu memikirkan consequences dari perbuatan kita.Sebab itu kita selalunya tercari2 bahasa yang sesuai untuk kita sampaikan perasaan kita pada orang lain yang kalau boleh create win-win situation dan selalunya bila kita gagal,kita akan diam atau mengatakan sesuatu yang bertentangan dengan apa yang kita rasa.Maka timbullah frasa2 seperti ‘even when I say I don’t mind actually I do mind’ ataupun ‘even when I say I’m alright actually it’s hurt’.Adik2, orang dewasa selalu berpura2-ini realiti.Ada dua sebab mungkin kenapa perkara ini berlaku:1)kita merasakan perasaan kita itu remeh dan tak perlu dibesar2kan walaupun sebenarnya ia sedikit sebanyak mempengaruhi diri kita-emosi terutamanya atau 2)sebab kita terlampau yakin apa jugak bahasa yang kita gunakan untuk sampaikan rasa kita,orang takkan faham.Sebab mereka tak bercakap dengan menggunakan bahasa kita atau dalam bahasa omputihnya,’they just don’t speak our language’ (direct translation.ehe).
Sebab itu Islam mengajar kita hidup secara berjemaah.Bergerak bersama2 supaya sentiasa ada yang faham ‘bahasa’ kita.Dan memang fitrah manusia sendiri hidup saling bergantung,melakukan simbiosis sentiasa mencari teman yang memahami.Sebab tu ada istilah ‘kawan baik’,’keluarga’,’suami isteri’ dsb.Istilah yang kita gunakan untuk mereka yang biasanya faham ‘bahasa’ kita.
‘Dan di antara tanda-tanda kekuasan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri ,supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar2 terdapat tanda2 bagi kaum yang berfikir’
(30:21)
Mungkin satu benda yang aku nampak,secara naturalnya,mereka yang saling berkasih sayang itu se’bahasa’.Sebab mereka saling mahu memahami dan difahami.Kalau gagal dengan bahasa lidah maka bahasa badan yang lebih jujur itu mereka gunakan,kadang2 tanpa sedar .Sedar atau tak,orang kata tak kira ‘topeng’ apa pun yang kamu pakai untuk sorokkan wajah sebenar kamu,orang yang sayang kamu sentiasa tahu itu kamu.
Macam mama yang faham aku dan sentiasa tahu apa yang aku sembunyikan-yang selalunya buat aku tertanya2 itu dari pengalaman atau kurniaan?hmm…
“Mommy,how do you understand exactly the way I’m feeling even when I’m not saying a word?”
“Sweetheart,those are ‘my genes’ that you are living with.Even when there’s a silence between us,'we' actually ‘speaking’”
Ladang Ilmu
Kisah mereka
-
Pilihanraya ke-148 years ago
-
-
Karnival kewangan9 years ago
-
hepi 28th years10 years ago
-
-
Undo the knot11 years ago
-
Menanti Ramadhan 143611 years ago
-
-
-
Fraser Hill Night Ride12 years ago
-
Kisah Sedih : Hargai Pengorbanan Ibu Bapa13 years ago
-
-
-
Laman Sosial Yang Ramai Lupakan13 years ago
-
#Medicine#Study13 years ago
-
Siapa 'Ismail' kita?13 years ago
-
۞ Mencari Kebahagiaan Yang Hakiki14 years ago
-
Kelebihan bekerja ikhlas14 years ago
-
saya sayang kerja saya14 years ago
-
-
-
...Have a cup of coffee...17 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Selalu Singgah
-
36 soalan untuk suami isteri?2 weeks ago
-
-
-
-
Relationships are work8 years ago
-
tak faham9 years ago
-
najihaa:πππ9 years ago
-
Tolong Nu'man Kawan-Kawan!10 years ago
-
Seandainya anda berkomitmen10 years ago
-
Suara dalam Diri10 years ago
-
Isam & Amnani12 years ago
-
Karya Sulung BroHamzah | Monolog Dari Hati12 years ago
-
imam yang hilang.12 years ago
-
-
Cerpen: Gerimis Cinta15 years ago
-
-
-