Aku selalu fikir manusia2 asing di sekeliling aku ni tak pernah perasan akan kewujudan aku. Di bangunan fakulti inilah yang aku maksudkan. Aku tak kisah. Hubungan kami ni tak ada nama. Kalau ada pun aku nak namakan hubungan ni sebagai hubungan selisih. Sebab berjumpa tu kalau selisih saja. Selisih di lif, selisih di tandas, selisih di surau.Tak lebih dari itu.
Tetapi antara manusia2 yang aku biasa bertemu cuma di jalan ni, ada yang tolong tekankan nombor tingkat makmal aku dalam lif tanpa aku beritahu, yang mana dalam masa yang sama aku tidak tahu tingkat mana duduk letak makmalnya. Ada antara mereka yang perasan akulah yang selalu bermalam berhari2 di surau bawah. Pemilik kereta Kenari merah, bernombor plat sekian sekian. Katanya, kelibat kereta aku buat dia rasa selamat datang ke makmal seawal Subuh-momen paling gelap dan sunyi sekitar makmal. Tetapi rupa dan nama perempuan itu tak pernah aku ingat sampai hari ini.
Ada juga yang tolong pulangkan telefon tangan ke makmal selepas cuai keciciran di surau. Sedangkan namanya aku tak pernah tahu dan di makmal mana dia bekerja pun aku masih keliru. Ada pula yang tiba2 memanggil nama aku dan bertanyakan bila waktu maghrib masuk sedang dalam kepala aku tak mampu recall di mana aku berjumpa perempuan ini? Macam mana nama aku boleh keluar dari mulutnya?
Maka sebenarnya bukan mereka yang tak perasankan kewujudan aku, tetapi akulah yang tak kisahkan kewujudan mereka. Kalau dalam khalayak tu mungkin jasad aje yang nampak bersama, tetapi fikiran lalalala dalam dunia sendiri.
Habis kalau tak perhati umat, nak beri apa pada umat?
Urut2 dahi sendiri.