Tuesday, September 11, 2012

Perasan kuat

Bismillaah...


Kadang2 ada masa2nya yang Allah nak beritahu yang kita sebenarnya tak adalah kuat mana. Sekuat mana pun kita nampaknya, segagah mana pun perasaan itu cuba ditahan di dalam sana, jauh di dasar hati kita tahu, diam bagaimana sekali pun kita mahu - ada tangan yang mengusap lembut bahu kita, yang menggenggam erat tangan kita, sambil perlahan bertanya,

"Kamu ok?"


"Ok..."


Kita menjawab dengan wajah tersenyum sambil mata sudah mula berair, manakala wajah sudah bertukar kemerah-merahan. Cuma itu dan diam. Sambil terus2 tersenyum (waktu itu baru sedar, oh aku sedang 'sakit' rupanya).Ah, kalaulah Allah beri sedikit masa lagi, pasti sudah terhambur segala. Tapi syukur, perasaan ketika itu masih lagi rahsia. Pelukan, sentuhan buat masa itu sudah cukup. Kita tidak mahu tamak. Biarlah Allah beri sedikit2. Energi yang diberi akan digunakan untuk menampal lompong2 kekuatan yang mula bertompok2.


Betul, ada masa2nya aku bertanya mana lagi hendak dicari sentuhan dan suara yang menenangkan. Waktu2 jatuh, waktu2 semangat makin luruh. Ajaib sentuhan itu tak perlu kata2 untuk cerita semua masalah yang ada. Cukup dengan balik kampung, ketuk pintu, bagi salam. Wajah pertama yang tersembul di muka pintu ketika itu mampu menerbangkan segala kekusutan di kepala.


Mama.


Ajaibnya.


Dan betul aku terseksa dengan rindu yang tidak bersambut ini. Dulu sering dibalas dengan suara di hujung telefon, disambut dengan wajah penuh kasih di muka pintu. Sekarang, Allah sudah tarik semua itu. Ada masanya menyesakkan, ada masanya sepi, riuh bagaimana pun keliling aku rasa dunia aku sunyi.


Aihh.


Akhirnya, senyum walau cuma tampalan dan tetap berjalan walaupun terpaksa. Yakin bahawa Allah itu ada dan melihat walaupun kadang2 hati rasa penat. Bersabar sedikit lagi, kuat sedikit lagi. Bahawa sakit ini tidak apa2, bahawa nanti bila dibentang syurga neraka di depan mata, ujian2 ini jadi tidak bernilai, terlalu kerdil berbanding azab mahupun  nikmat yang tersedia kekal. Saat ini teringat kata2 akhwat,


"Yakinlah bahawa Allah tak mungkin beri kita ujian untuk menjatuhkan kita. Malah ujian itu sebenarnya untuk menaikkan lagi darjat kita"


Subhanallah. Serius rasa nak peluk ketat2 ummu mus'ab waktu itu.hehe


Ada masa2 penat dan teringatkan mama yang sudah diberi rehat. Rasa cemburu ada, sayu pun ada. Suatu hari nanti janji Allah pada aku pula akan tiba. Waktu rehat itu akan tiba. Kerehatan yang sempurna hendaknya.


Ameen. 




Dinner ibarat anak kambing kurang kasih sayang 







2 comments:

Nor Amalina Mohamed Johari said...

Assalamualaikum wbt.

Kak Ana, be strong. Allah ada bersama-sama kita selalu. Dia bagi ujian, beserta jalan keluar. InsyaAllah, kalau bukan sekarang di kemudian hari kita jumpa pencerahannya. :))

anamunawwarah said...

Waalaikumussalam wbt,

Ama, jazakillah khairan kathira.

InshaAllah ama =)

Kisah aku

kawan satu payung=)

Siapa kena timpa hujan?=)