Bismillaah...
Aku semakin takut untuk menangis atau bercerita apabila melihat betapa mereka di sekeliling bertarung di medan perang yang lebih dahsyat lagi. Kerisauan2 aku perlahan2 aku cuba positifkan. Aku jadi sentiasa meluruskan niat bahawa duduknya aku di sisi mama bukan dengan menyangka cara itu akan buat mama lebih sihat. Dari awal, minda dan hati sudah ditetapkan bahawa apa pun akhirnya, ketentuan itu akan diterima dengan hati yang redha. Duduk aku di sisi mama tidak lain adalah satu usaha daripada banyak usaha ketaatan aku kepada Tuhan. Tak lebih tak kurang.
"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah2, dan menyusukannya selama dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu, hanya kepadaKulah kembalimu"
(31:14)
Kadang2 atas dasar ketaatan itu ada keperluan untuk aku berjauhan seketika daripada mama. Berat. Kepala memang sarat dengan wajah mama selalunya. Tetapi selalu ditenteramkan dengan doa perlindungan daripada Allah untuk mama. Aku keluar bukan untuk bermain2, maka jagalah mama untuk ku ya Allah.
Rindu.
3 comments:
berdoa dari jauh.
guru juga ibu bapa.
tak lebih, tak kurang.
sama, juga berdoa dari jauh.
kak ana, template cerah.
ada suria setelah hujan, kan?
(:
"Ya Allah,Kau jagakanlah dia untukku.."
InsyaAllah,Allah is always hear your voices...
Post a Comment