Thursday, February 11, 2010

Psikologi


Bismillaah…


Semalam waktu bercakap dengan embah,suara embah lemah betul di hujung talian sana.Embah mengah-mengah lagi.Aku tanyakan mak kalau bacaan kencing manis embah tinggi.Mak kata kalau hari ni 10 la.Owh aku fikir tak adalah tinggi sangat kalau nak dibandingkan dengan dulu.Sampai tak keluar bacaan langsung!Tapi mama pernah cakap embah mengah-mengah teruk macam ni mungkin sebab psikologi.Sunyi.Bukanlah kencing manis tu sebab utama.Sebabnya bila ada orang datang ziarah embah (sebab embah lama tak ke masjid atau berziarah ke Sungai Pergam) embah macam sihat.Boleh sembang2 macam biasa je.Tapi bila tetamu2 semua dah balik mengah embah jadi balik.


Hmm…psikologi.Mungkin.Macam cerita Tuksu.Katanya embah demam selepas dua tiga hari mama dan baba berlepas ke Mekah tunaikan haji.Embah terus terang bagitau Tuksu yang embah rasa sunyi, rasa lain bila mama baba tak ada kat rumah.Dan hari yang kami semua berkonvoi balik ke rumah dari airport dan sampai di rumah dalam pukul 2 3 pagi tu embahlah yang paling semangat menyambut di tangga.Peluk mama erat2 lepaskan rindu.


Dan kali ni adam.Yang penghabisan meninggalkan rumah.Mungkin embah rasa lain bila tak dengar bunyi adam bersilat2 gegarkan papan rumah atau suara adam merengek2 ‘cari gaduh’ dengan mama atau jugak sekadar kelibat adam berjalan2 dalam rumah tu.Mungkin jugak terasa kosong bila tengok tak ada bayang adam duduk makan tengah hari sama2.


Mungkinlah.


Tapi lebih menguatkan teori ‘psikologi’ tu sebenarnya bila mak bagitau yang embah dah siap2 beli buah pisang sebelum cuti raya cina ni.Mak bagitau embah cakap biar bila cuti nanti pisang tu dah siap2 masak boleh buat goreng cekodok kegemaran adam.


Haa…sahihlah tu!

Ahh…

Tiba2 terbayang nasib embah2 yang dihantar terus ke rumah orang2 tua tanpa dijenguk langsung anak2.Macam mana mereka menanggung sunyi sendiri ya?

=(

4 comments:

gusarsayu said...

ya tentunya mereka sangat sunyi.dahulu pernah orang berkata bau busuk badan anak cucu/orang kita sayangi pun boleh jadi yang dirindukan.

setelah ibu saya meninggal baru saya faham betapa sunyinya dia di rumah menunggu kami sekeluarga pulang dari kerja/sekolah.

atiqahdahalan said...

sunyi embah awak tu buat dy stress agaknya. sebab tu physical condition pun terjejas sama. wallahua'lam.

sy nak tumpang tanya, sy dgr ada bedah buku di UTP within next week by ustaz hasrizal & habiburrahman sherazy, soalannya : biasanya dekat UTP kalau ada program macam tu, ada org jual rakaman tak, and kalau ada, mcm mana nk dapatkan yea?

tq ni advance.
assalamualaikum.

atiqahdahalan said...

ok.thanks yer, sy ingatkan awk kat UTP.huhu. sorry3...(malu sangat dah ni) huahua...

tak bleh nak komen pula di cbox.

Unknown said...

seyesla ana...btul la tu..psikologi...embah kte pn da dok umh kte...dia kate,rumh kte ramai owg...dia sonok walopn da x dpt nk buat ap2...

tgok mak jge embah...agak2 t bile tyme kite...boleh x kite jge mak cmne mak jge embah...
risaw...

Kisah aku

kawan satu payung=)

Siapa kena timpa hujan?=)