Bismillaah…
dua puluh satu tahun
duduk sejenak, mengambil sedikit masa menayangkan kembali masa2 yang telah lalu
menyusun kembali segala memori yang telah diarkibkan supaya menurut kronologi sejarah
sejarah hidup aku
dua puluh satu tahun
bukan jangka masa yang pendek kawan
umur ini Sultan Muhammad al Fateh sudah pun berjaya melakar sejarah luar biasa anak muda
menumpaskan kerajaan paling berkuasa seantero dunia
menjadikan Turki sebagai salah satu destinasi wajib untuk aku jejaki suatu hari nanti
insyaAllah
kronologi hidup aku begini,begini dan beginilah.aku ditemukan dengan ini,ini dan itu.sekecil2 perkara jika kau teliti atas dasar iman maka kau akan temukan garis2 halus yang menghubung antara cerita dengan cerita.kejutan dan kejutan yang aku terima rupanya saling berhubungan, rupanya sebuah jawapan.begitulah yang aku dapat bila aku gema2kan soalan mengapa aku di sini bukan di sana?
ahh mana pernah Allah jadikan sesuatu itu dengan sia2 kawan.
kadang2 jiwa itu selalunya dilumat2 dengan realiti tanpa belas.manusia datang hanya dengan dua tujuan: untuk mengecewa atau dikecewakan.kadang2 bukan atas kita pilihan sama ada untuk berada antara satunya melainkan semua sudah tertulis di loh mahfuz sana.
dan ironinya manusia yang selalu datang mengecewakan diri sendiri adalah diri sendiri juga.
umur ini kisah yang paling banyak aku rekodkan dalam diari mungkin.iya, berlembar2 muka surat (setelah aku membelek secara begitu2 sebentar tadi) tercoret dengan tahun dua ribu sembilan,bulan enam dan ke atas di sisi kanan.dan kalimah bismillaah jangan pernah tinggal kerana segala yang terjadi itu datang dariNya dan akan kembali kepadaNya.
sialnya perasaan yang mahu supaya masa ini jangan berlalu.supaya tetap2 beginilah dan berputar2 pada radius yang sama sampai jemu.tapi kaki ingin benar berlari cuma hati ada ragu2.jalan mana harus aku pandu kamu hai kaki?
kita berlari mencari ‘cinta’ nak?
masa makin suntuk ni
aduhh..
Pilihanraya ke-14
6 years ago
5 comments:
Pray that it comes at the right time :)
da penat mencari sis..
nak berhenti :)
myra dan ana~
yuk2 cari cinta yg SATU tu=)
Post a Comment