Sunday, December 6, 2009

Entri seram2 sejuk +_-



Bismillaah…



Masa aku sampaikan pada ms Otaku yang mama dan baba dapat pergi haji tahun ni antara ayat ms otaku sebagai respon berbunyi begini:

‘Ana,alang2 dah mak ko kat sana ko mintakla mak ko doakan jodoh yang baik2 utk ko.hehe’

Aku ketawa sambil mengiyakan.

Mengingatkan itu,dan mengingatkan betapa berkatnya bumi yang sedang mama pijak, aku dengan riang hati menghantar mesej ini pada mama:

‘…ma,ana terfikir alang2 mama dah dekat tanah yang makbul doanya mama doakanlah ana dapat suami yang baik dan soleh,yang memang boleh complete me…ececeh ’

Antara serius dan tidak,sambil bibir menguntum senyum senget aku hantar mesej tersebut kepada mama.

Petang esoknya,usai bertungkus lumus di lab,aku lelap atas katil dengan baju tak berganti dan badan masam tak hingat.

Woo haha!text message!

Nada mesej handset aku hinggap gegendang telinga.

Dalam mamai2 tu aku capai handset dan tekan ‘OK’.Inbox dibuka.

Hjh Mama: ‘…ana ada dengan siapa2?kalu ok mama boleh doakan terus’ (aku gelapkan bahagian2 tak perlu)

Syukurlah aku mamai2 waktu tu,kalau tak mungkin aku akan tepuk dahi sambil gelak sorang2 baca mesej mama.hehe.Taktau kenapa hati aku rasa lucu bila baca mesej mama tu walaupun mesej mama tu tak ada pun ‘haha’,’hehe’,’huhu’ atau ‘huehuehue’ yang selalu mama buat.Sebab mungkin mama bertanya sesuatu yang dia sendiri tahu jawapannya.

‘Tak adala ma.Ana tak ada perasaan kat siapa2 pun.Ana tak rapat pun dgn mana2 lelaki’

Send.

Dan tadi,selepas maghrib,waktu aku sedang aman damai menikmati suapan nasi pertama untuk hari ini handset aku berbunyi.Ada mesej masuk.

Hjh mama: ‘...mama pergi ziarah.Masa kat jabal rahmah mama dan baba berdoa untuk anak2 dapat jodoh orang yang beriman.Makcik Kelantan yang sebilik dengan mama berminat nak berbesan dengan mama (teringat mek jah (bukan nama sebenar) cakap benda yang sama).anak dia kat UTP baya ana jugak.Dulu sekolah Shah Pekan….blablabla’

Palpitation tiba2.

Rasa darah menyerbu ke kepala.Hujung2 jari rasa sejuk.Kaki aku pun turut sama naik sejuk.Nasi putih bergaul ayam lemak kuning tu dah rasa macam pasir bergaul air.Suhu badan macam turun tiba2.Kali ni mesej mama yang tak ada ‘haha’,’hehe’,’huhu’ atau ‘huehuehue’ di hujungnya tu dah mula aku rasa keseriusannya.Mesej ni macam membawa makna,

‘Ini bukan cobaan,ini betul2’

Dan macamnya kalau aku respon,

‘ow,iye?entahla ma,ana serah je pada mama.mana mama rasa baik ana ikut’

maka insyaAllah sesi ta'aruf akan berlaku dan kalau tak ada aral melintang, mungkin kita semua akan merasa nasi minyak kat banglo kuning Taman Mewah yang aku belum sempat pun rasmi lagi cuti sekolah bulan dua belas tahun depan.Aku tag korang pada kad jemputan kahwin aku dalam facebook.ehe.

Aihh mama.

Kalau aku refer benda ni pada iman,iman mesti balas

‘hahahahahaha…rilek sudey.sejuk2 watpe.menggelabah rr’

Kalau arep

‘Takpe na.kalo tak nak cakap taknak.aku support ko’

Ok aku pilih iman.

Imaaaaaannnn!!!



p/s: kenapa rasa macam nak dapat sijil degree tahun depan tu macam ada aura2 dapat sijil nikah ha?ahh menggelabah ana menggelabah.haha

7 comments:

hazeleyed lady said...

Ass-salam sis
InsyaAllah..segala doa dimakbulkan...itu lah Mekkah.
Kak Hazel tumpang gembira boleh?

fitri ezwan said...

salaam

wau..

tahniah! =)

anamunawwarah said...

wsalaam
err...k.hazel n senpai,
tahniah dr anda berdua membuatkan sy lebih freezing...

ehe

=)

satu said...

kak ana...


waaaaaa...

kalau betul,yan sanggup balik dari India ke Teluk Intan tau sebab nak tgk org tu menggeletar seram sejuk secara live.

hehe

anamunawwarah said...

ayan...

haha
sila la
bukan selalu dpt tgk tau.huhu

anyway,anggap jela org gelabah tak tentu pasal.

ow tapi mama sgt serius tahu!
bikin takut!

-_-

Nami said...

Ha ha.. kalau dh jodoh x ke mana punye..

anamunawwarah said...

nami~

nooo lahh..
aku je menggelabah lebih...hehe

sbb takut sgt fikir kawen.hahaha

kawen2 thing laaaama lg nk jadi..

Kisah aku

kawan satu payung=)

Siapa kena timpa hujan?=)