Thursday, July 2, 2009

Bahasa

Bismillaah…

Aku tak pernah suka pakai skirt atas lutut waktu kecik2.Atau pun dress yang lengan bajunya pendek atas siku.Sebab aku rasa lutut dan siku aku buruk.Malu nak tunjuk2 kat orang.Waktu tu aku sangat lasak rasanya.Sikit2 jatuh,luka,jatuh,luka.Siku dan lutut selalu jadi mangsa.Jadi aku malulah nak tunjuk bekas2 kudis kering kat lutut dan siku tu.Tapi aku tak pernah bagitau mama sebab tu (sampai sekarang).Macam jugak aku tak bagitau mama yang aku tak suka anak patung Barbie atau mana2 anak patung yang bentuk macam manusia-yang bila dibaringkan dia pejam mata,bila didirikan dia bukak mata sebab aku takut dia ‘hidup’ dan jugak sebabkan baunya yang aku rasa melekat pada baju aku.Atau kenapa aku menangis pagi2 bila bangun lambat bila semua orang dah siap-siap bersarapan pagi- sebab aku rasa ‘tertinggal’.Aku nangis hentak2 kaki dengan harapan semua orang dalam rumah tu faham yang aku nak semua orang duduk semula di kerusi masing2 dan sarapan bersama2 dengan aku.

Aku yang 14 15 tahun dulu macam tak ada bezanya dengan aku yang sekarang.Kadang-kadang aku taktau bahasa apa yang sesuai untuk aku guna supaya orang faham apa yang aku rasa.Macam kes waktu aku kecik2,bila aku tak mampu nak sampaikan dengan bahasa lidah maka aku akan gunakan bahasa badan-mama belikan dress atau skirt cantik2 aku cuma pakai dua tiga kali dan lepas tu perukkan dalam almari,ada satu anak patung yang mama belikan untuk aku,agak besar dengan rambut kasar warna oren,aku main2 sekejap dan kemudian pura2 patung tu hilang entah mana (aku masih ingat lagi aku ada rasa sikit bersalah dengan mama kalau aku tunjukkan muka yang aku tak suka anak patung tu jadi aku buat2 suka main dengan anak patung tersebut sampai suatu masa aku tak rasa bersalah dan puff!patung tu hilang.Ampun ma!hehe) dan yup aku nangis hentak2 kaki bila aku rasa ‘ditinggalkan’.

Tetapi semakin kita besar fikiran kita semakin complicated.Bahasa2 badan yang begitu telus ni menjadi sesuatu yang kurang praktikal pada kita sebab kita terlalu memikirkan consequences dari perbuatan kita.Sebab itu kita selalunya tercari2 bahasa yang sesuai untuk kita sampaikan perasaan kita pada orang lain yang kalau boleh create win-win situation dan selalunya bila kita gagal,kita akan diam atau mengatakan sesuatu yang bertentangan dengan apa yang kita rasa.Maka timbullah frasa2 seperti ‘even when I say I don’t mind actually I do mind’ ataupun ‘even when I say I’m alright actually it’s hurt’.Adik2, orang dewasa selalu berpura2-ini realiti.Ada dua sebab mungkin kenapa perkara ini berlaku:1)kita merasakan perasaan kita itu remeh dan tak perlu dibesar2kan walaupun sebenarnya ia sedikit sebanyak mempengaruhi diri kita-emosi terutamanya atau 2)sebab kita terlampau yakin apa jugak bahasa yang kita gunakan untuk sampaikan rasa kita,orang takkan faham.Sebab mereka tak bercakap dengan menggunakan bahasa kita atau dalam bahasa omputihnya,’they just don’t speak our language’ (direct translation.ehe).

Sebab itu Islam mengajar kita hidup secara berjemaah.Bergerak bersama2 supaya sentiasa ada yang faham ‘bahasa’ kita.Dan memang fitrah manusia sendiri hidup saling bergantung,melakukan simbiosis sentiasa mencari teman yang memahami.Sebab tu ada istilah ‘kawan baik’,’keluarga’,’suami isteri’ dsb.Istilah yang kita gunakan untuk mereka yang biasanya faham ‘bahasa’ kita.

‘Dan di antara tanda-tanda kekuasan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri ,supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar2 terdapat tanda2 bagi kaum yang berfikir’

(30:21)

Mungkin satu benda yang aku nampak,secara naturalnya,mereka yang saling berkasih sayang itu se’bahasa’.Sebab mereka saling mahu memahami dan difahami.Kalau gagal dengan bahasa lidah maka bahasa badan yang lebih jujur itu mereka gunakan,kadang2 tanpa sedar .Sedar atau tak,orang kata tak kira ‘topeng’ apa pun yang kamu pakai untuk sorokkan wajah sebenar kamu,orang yang sayang kamu sentiasa tahu itu kamu.

Macam mama yang faham aku dan sentiasa tahu apa yang aku sembunyikan-yang selalunya buat aku tertanya2 itu dari pengalaman atau kurniaan?hmm…


“Mommy,how do you understand exactly the way I’m feeling even when I’m not saying a word?”

“Sweetheart,those are ‘my genes’ that you are living with.Even when there’s a silence between us,'we' actually ‘speaking’”

p/s:mungkin untuk memahami 'bahasa' orang lain itu memerlukan seni.Seni apa ya?hmm..

2 comments:

Anonymous said...

salam rindu dari kejauhan, biar diam seribu bahasa tapi berfikir sejauh beribu-ibu kilometer. salah satu hikmah ALLAH mencipta kita dengan satu bahasa tetapi lain pemahaman adalah agar kita banyak berfikir daripada bercakap...terus menerus perbaiki diri kita bersama agar pemikiran yang terzahir dari bahasa kita lebih mendekatkan diri kita kepadaNYA...

Nami said...

Kecik2 lagi dah pandai guna bahasa badan. Bagusnya..

Sekarang ni pun hentak2 kaki lagi ke?

Kisah aku

kawan satu payung=)

Siapa kena timpa hujan?=)