Wednesday, May 20, 2009

Sentuhan

Bismillaah...

'Budak2 ni bukannya bodoh!bukannya slow learner!bukannya tak pandai!tapi malas!jadi buat apalah buat extra kelas,kelas petang,tuisyen semua tu.Cuba cari cara lain untuk tekel budak-budak tu'

'Budak2 tu bukannya jahat,tak.Kalau dibandingkan dengan budak2 luar diorang lebih baik lagi.Ada lagi yang lebih samseng kat luar sana tu.Tapi yelah bila dah dikumpulkan dengan budak2 yang baik2 dioranglah yang nampak paling jahat.Jadi kalau cikgu2 ikut solat berjemaah,pelajar2 yang bermasalah dibiarkan duduk di saf depan.Habis solat bagi tazkirah,salam dan peluk budak2 ni bagi nasihat,bisik kat telinga,kalau lama2 tak lembut hati budak2 tu?'

Maka sentuhan apa yang lebih kena,yang lebih berkesan?Cara tekel apa yang mampu melunakkan hati2 yang keras,malas dan sentiasa memberontak ini?Bila kes2 disiplin yang timbul begitu menyesakkan dada secara refleks masing2 cuba mencari punca dan solusi.

'Saya nak tanya,budak2 ni solat lima waktunya cukup tak?'

Soalan yang aku kira cukup tepat untuk mencari punca segala permasalahan yang timbul baik dari segi disiplin mahu pun akademik.Lebih meyakinkan lagi soalan ini ditanya oleh seorang yang telah begitu banyak pengalamannya,begitu arif membaca sikap dan ulah para pelajar.SOLAT.Itu yang paling asas,namun itu juga yang paling berat.Merupakan perkara pertama yang disebut dalam rukun islam.Hikmahnya Allah menjadikan solat itu sesuatu yang paling asas tetapi dalam masa yang sama adalah paling berat supaya manusia itu yang sifatnya sentiasa mahu menguasai yang asas dahulu dalam apa2 perkara akan cuba menguasai solat dahulu.Dan bila solat itu dapat dikuasai,dengan izin Allah manusia itu sebenarnya mampu menguasai apa sahaja,baik ilmu mahupun nafsu kerana jika solat yang paling berat itu dapat dikuasai apalagi perkara2 yang selepasnya.Menguasai solat tidak hanya bermaksud mencukupkan lima waktu sehari semalam sahaja.Sebaliknya penguasaan solat itu juga bermaksud ketepatan waktu,kesucian,jemaah serta kekhusyukan dalam perlaksanaan solat itu terjaga (mungkin ada lagi yang lain tetapi aku yang lemah ini hanya mampu fikirkan perkara ini sahaja).Mungkin dalam kita menggali-gali punca mengapa kes2 disiplin yang serius sentiasa berlaku elemen2 dalam solat di atas harus dirujuk.Untuk kes pukul dan kes buli misalnya mungkin perlaksanaan solat jemaah itu harus diteliti.Jika dalam sesebuah sekolah berasrama itu wujud dua jemaah dalam satu waktu solat hanya kerana atas dasar tradisi dan senioriti maka aku menganggap ini sebagai sesuatu yang sangat tidak wajar.Perpecahan jemaah ini tidak sedikit pun membawa apa2 kebaikan sebaliknya hanya menimbulkan rasa takut dalam diri junior kepada senior melebihi rasa takut mereka kepada Dia.Ini tidak mustahil saudara2 sekalian.Sungguh ini yang sedang terjadi tanpa kita sedari.Lima tahun aku hidup sebagai pelajar sekolah berasrama aku tak nafikan bahawa senioriti itu penting tetapi bersederhanalah.Laksanakan sekadar keperluan (keperluan apa aku setakat ni tak mampu fikir melainkan bagi mengelakkan junior2 naik tocang.ehe).Mungkin ini salah satu sebabnya mengapa ada seorang guru ini yang bila saja mic diberikan kepadanya dia dengan semangat mengulang2 wujudkan semangat cintakan sekolah!bukan cintakan batch!Kerana guru ini mahu para pelajarnya melihat bahawa di sekolah hanya wujud satu jemaah bukannya lima!

Untuk segala permasalahan yang timbul (yang kini sudah mencapai paras hidung,susah nak bernafas) aku melihat perlunya usaha agresif dari pihak guru dan pelajar sendiri.Mungkin langkah pertama adalah betulkan niat,betulkan solat.Kalau pun elemen2 solat diatas tidak mampu dikuasai secara total tetapi usaha dan kesungguhan itu seharusnya ditonjolkan.Ingat,Allah tidak melihat kepada hasil tetapi kepada usaha.Selain itu,guru tidak dapat tidak perlu turun padang.Kenal pelajar2 bermasalah,fahami mereka.Sentuhlah mereka.Sentuhan guru sentuhan emas,keringat guru keringat emas insyaAllah mampu melahirkan pelajar yang mempunyai golden attitude.Guru itu bukan sekadar guru tetapi juga seorang murabbi yang sentiasa mendidik dan menyentuh hati anak2 muridnya.Pada aku guru yang menang mengajar itu tak semestinya menang mendidik tetapi insyaAllah guru yang menang mendidik itu dalam masa yang sama turut menang mengajar.

Untuk abang2,kakak2,adik2 serta sekalian saudara seperjuangan yang sekarang ini sedang tetap menyusun langkah menuju ke depan,aku ingin mengajak untuk sesekali tolehlah ke belakang fikirkan apa sebenarnya yang telah kita tinggalkan di perhentian lima tahun kita.Jejak apa yang kita biarkan orang2 selepas kita turuti.Jejak yang lurus jalannya ataupun yang bengkang-bengkok yang banyaknya menuju kepada perkara2 yang tak perlu.Jejak yang kita sangka kita tinggalkan atas pasir pantai tapi rupa2nya atas lantai simen basah yang sekarang ni sudah mengeras.Kalau jejak itu jejak yang baik selamatlah orang2 selepas kita,tetapi kalau jejak itu jejak yang buruk kita harap biarlah mereka mampu tutup jejak kita dengan simen yang baru.ehe

Dan untuk mama,ana mintak maaf kalau selama ni ana tak ambik tau susah payah mama,keringat mama,air mata mama yang dah banyak tumpah untuk sekolah.Tapi mama seriously u rock!huhu i am certainly move with your amazing stories.Boleh buat buku chicken soup for the teacher's soul.hehe melebih2 pulak.Tapi insyaAllah doa untuk mama bukan saja datang dari tujuh orang anak mama ni tapi jugak anak2 murid mama yang kat luar sana yang panggil mama mak,ibu,ummi yang tanpa sedar mama mungkin dah sentuh hati2 mereka.Ini pelaburan mama yang modalnya adalah air liur dan hati yang ikhlas.InsyaAllah.Proud to be anak cikgu fathiah=)

Tiba2 rasa menyesal tak apply jadi cikgu dulu.ehe

Saturday, May 16, 2009

Pengalaman=Guru

Bismillaah...

'Kenapa kamu sayang semesti?'
'Sebab di semesti segala emosi aku terluah dengan sangat jujur (marah,suka,sayang,benci,menyampah etc etc...haha)'

Menggelabah
'Kita sempoi je eh.Akak nak merapu je ni'
'Ok2 kita sempoi je kak'

'Kak ana ok ke mic tinggi ni?'
'Kak ana nak pegang ke nak biar mic kat stand?'
'Kak ana lahir kat mana?tarikh lahir?'
'Akak duk mana?'
'Sambung studi kat mana sekarang?'
'Eh akak lagi sekali tarikh lahir akak 5 ke 15?'
'Kak ana 2 jam ni nak kena cakap.ok ye'

Gila banyak soalan untuk aku yang masa tu dah mula peluh dingin.Tapak tangan sejuk je.Mereka fasi2 yang peramah dah mula keliling.Pelajar2 yang malang kerana terpaksa menadah telinga mendengar aku membebel dah mula mengambil tempat.duhh..
Satu cara aku untuk meneutralkan rasa gugup ni adalah dengan berkongsi perasaan gugup tersebut dengan orang lain.Terima kasih banyak2 untuk manusia2 terpilih.Kamulah,yang wish good luck,all the best,yang bagi tip genggam pen waktu berucap,yang brainstorming dengan aku,yang ajak aku rehearsal dulu sebelum berucap esoknya,yang meng'upload' gambar2 batch dan yang mungkin menyelongkar cd2 lama mencari flash presentation batch kita dahulu.Tapi ampun maaf kepada yang bersusah payah untuk aku yang kononnya nak buat sedikit slide presentation tapi akhirnya tak jadi sebab laptop aku meragam pulak tiba2.Jadi aku berucap dengan 'aku' sahaja.Apa yang ada.Aku,pengalaman aku,pengalaman aku dengan kamu,pengalaman aku dengan mereka,aku cuba2 adun menjadi suatu perkongsian ilmu.

'We are actually in the same boat.Cuma masa dan waktu yang berbeza.Destinasi kita mungkin sama'

'Aku risaula kalau diorang boring tertido lak'
'Takpe,teruskan je bercerita'

Awalnya aku macam rasa kosong dalam kepala.Tangan kiri aku memegang helaian nota2 kecil isi yang aku nak sampaikan pada mereka takut2 aku 'lost' di tengah2 jalan,adalah tanda arah poin mana yang aku harus sampaikan seterusnya.Aku senyum sembunyikan gugup tapi tangan kiri aku ni macam taknak bekerjasama.Menggigil dengan sangat ketara (adoii..).Tapi itu tak lama.Bila aku mula rasa selesa dengan mic,selesa dengan diri sendiri,perasan suara sendiri sedap,selesa dengan audiens maka rasa gugup hilang.Intonasi suara yang berubah2,senyuman yang tak lekang,mimik muka yang kadang2 berubah mengikut cerita semuanya macam terjadi sendiri.Aku usik mereka,mereka usik aku (mentang2 aku penceramah termuda.huh) semuanya secara spontan.Ya sesi 'talk' 2 jam itu agak santai dan sempoi.Pedulikan cikgu yang hadir aku redah je dan pedulikan jugak budak2 yang tidur.huhu ala ramai je yang duduk tegak fokus ke arah aku.Ada jugak yang bangun terpisat2 bila seisi dewan ketawa mendengar celoteh aku.

'Ini bukan ceramah agama ye'

Bila aku selitkan sikit2 ayat2 quran,hadis dan sirah rasul.Aku cuba relevankan perjuangan nabi dan sahabat dengan perjuangan kita sebagai seorang pelajar.Bagi aku biarpun kita berlainan zaman tapi perjuangan yang kerana Allah itu yang menghubungkan umat Islam zaman berzaman.Menghubungkan kita umat akhir zaman dengan Rasulullah walaupun dah beribu tahun baginda meninggalkan kita.Semoga ada manfaatnya isi2 yang aku sampaikan.Sesungguhnya islam itu sangat mudah,dengan satu ayat saja pun boleh menyampaikan ilmu.

'Kak ana dah lebih masa ni.patutnya sampai pukul 430 petang tadi.sekarang ni sebenarnya waktu diorang makan' amirul datang berbisik sambil menunjukkan jam di tangan.

Gaa..lebih 15 minit!lambatla jugak adik fasi ni 'alert'kan aku.

'Alamak terlebih sudah' sambil mata memandang mereka kembali.

'Takpe kak,habiskan je.Teruskan,teruskan!' mereka melaung kerana cerita aku belum habis.
Aku habiskan sisa2 cerita,nasihat sikit2 gaya orang yang makan garam dulu kononnya,mintak maaf salah silap dan mintak halal masa yang terlebih.

'Kata takut tadi speech sampai dua jam,sekali terlebih' faiq 'bermukadimah' sambil tersenyum sebelum bertanya serba sedikit tentang aktiviti untuk petang tersebut.Aku senyum je.Tekak dah perit,perut baru mula terasa pedih bahana terlalu nervous,aku cuma makan sebijik pisang goreng je waktu sarapan pagi.Bayangkan!

Adik2 itu bagi respon yang cukup baik (secara lisan):

'Terima kasih kak ana!'
'Ceramah bernas'
'Terima kasih untuk motivasi!'
'Best!'
'Inspiring!'
'Akak ni cute sangatla!'
(ok macam jugak kamu aku xboleh terima jugak tang 'sangat' tu.haha)



Untuk aku yang pencapaian cuma biasa2,tidak terlalu cemerlang apa lagi gemilang,tidak pernah mendapat anugerah lencana separuh apa lagi lencana penuh,tidak jugak yang namanya terpahat sebagai pelajar terbaik pmr spm,penolong ketua umum atau olahragawati di Dewan Besar sekolah tetapi masih boleh 'inspired' beberapa jiwa.Memikirkan ini aku terasa...entah...lega

Sebab rupanya aku hanya perlu menjadi aku=)

maka apa pula mereka2 yang benar2 cemerlang,mendapat anugerah lencana penuh,pelajar terbaik,olahragawati atau pemimpin berkaliber di zaman sekolah tentu mereka mampu berbuat lebih hebat lagi bukan?

Iya,kamulah tu=)

Sunday, May 10, 2009

Bogoshipda

Bismillaah…


"Akak dulu sekolah semesti ke?"

"Aaah..tu sebab saja datang sini tolong2"

"Ooo mesti rindu sekolah kan bila tengok diorang ne" sambil mata mengarah ke arah budak2 semesti yang sedang sibuk mengurus kaunter di depan kami.

"Rindu giler" pendek,sayu.

Blazer hitam tu, smartnya mereka kelihatan di dalamnya.Aku se'smart' tu ke dulu waktu mengenakan blazer yang sama?ehe

Flashback...

*****

Prep malam tahun 2004.Aku dengan hani berjalan perlahan menyusur sepanjang koridor kelas form 1.Berbaju kurung putih sekolah berkain merah.Langkah kami sama2 menuju ke DB.Tiba-tiba tergerak hati nakal nak kacau junior yang sedang prep ni.Sampai di depan pintu kelas paling hujung (1a1 kalau tak silap) aku sergah junior aku yang duduk paling depan.

‘Hoh buat apa tu!’

Terkejut,junior aku tu pantas berdiri sambil matanya bulat memandang err..belakang aku.Eh,belakang aku?

‘Err..rilek rr.Orang je ni’

‘Bukan..tu abg prefek dah datang’ sambil buat muka takut2.

Aku dan hani pantas toleh ke belakang.Mencari wajah the-so-called-abg prefek.Ya itu dia en Bayern kita berjalan dengan gaya cool,segak berbaju melayu putih bersampin maroon kotak2.Air muka serius sambil jalan tak pandang kiri kanan.

Eh Bayern duti sorang2 je ke malam ni?Bukan selalu kena berdua ke?Eh diorang ni…Bayern macam jauh je lagi tadi..macam mana…aha

‘Ooo korang ni,kalau prefek hensem dari jauh lagi dah nampak ye’ sengih sambil pandang muka junior aku yang putih bersih ni.Cantik,patutla ramai peminat budak ni.

Dia tak membalas.Matanya tak lepas dari menyoroti langkah Bayern.Riak muka dia waktu tu bukanlah riak muka seorang junior yang terpandang senior yang dia admire tapi lebih kepada…emm kepada muka cuak?berjaga-jaga?muka macam ternampak pengetua sekolah berjalan2 sambil di tangan memegang rotan.muka err..muka tahan nafas.takut nak keluarkan bunyi.

Confuse.Pelik.Bayern je tu pada halnya.

Aku dan hani angkat kaki dari kelas tu.Sampai di sebelah DB dari luar aku ternampak junior2 aku sedang berbaris menunggu giliran mereka membuat rehearsal persembahan mereka.Baju berwarna-warni.ada biru kilat2.

‘Haha comelnya junior2 aku’ sambil mata sebenarnya menala pada seorang junior yang agak montel di situ.

‘Ala yang kat atas pentas tu lagi comel’

Aku mengarah mata ke atas pentas.Aku tak tau hani memerli atau apa.Budak perempuan tu galak menari balet dengan baju ketat ropol2 warna biru.

‘Kak hani,jangan lupa ye malam ni.meeting pukul 2 pagi’ Aku toleh ke arah hani yang dah berjalan agak depan dari aku.

‘Eh hani meeting apa?Ko join benda ni ke?’ Aku pelik sebab hani ni selalunya sangat low profile.Mana nak join handle function2 besar macam ni.Hani diam tak menjawab.dan aku baru perasan hani dah pakai jaket ala-ala budak majlis tertinggi selalu pakai.Dan akhirnya aku dan hani tiba di belakang pentas DB.Tiba-tiba ramai cikgu2 lelaki datang memenuhi belakang pentas.cikgu tan,cikgu lee,cikgu halim,cikgu azhar dan eh2 ada beberapa orang cikgu baru yang aku tak kenal.hani senyum dan senyum.aku makin pelik dan pelik…rehearsal apa yang hani handle ni?

Dan…

teet...teet...teet (alarm berbunyi)

Terpisat2.Mata memandang jam di handset.em pukul 4 dah?aku tak habis studi biofizik lagi.sambungla.


p/s:dah berapa malam berturut2 aku mimpi semesti.junior aku,senior aku,cikgu2,kawan2.Main2 dalam hujanla,asrama lima bintangla,menangis,ketawa semua lengkap.

rindu siott...

Thursday, May 7, 2009

S untuk S-E-M-P-U-R-N-A

Bismillaah...

Sempurna?apa tu?biskut ke?bukan?err...kuih?bukan?habis tu?



Suatu hari, mulla nasruddin berjalan2 dengan seorang teman sambil bersembang.

”Besok saya bakal menikah, mulla,” kata temannya dengan nada gembira.
”Bukankah perkahwinan itu menyenangkan?apakah mulla pernah berfikir untuk menikah?” tanyanya.

Nasruddin tersenyum dan berkata,” Di masa muda, tiada yang saya fikirkan selain menikah. Pada kenyataannya, begitu inginnya saya mendapatkan isteri sempurna sampai saya keliling dunia untuk mencarinya. “Di Damaskus, saya bertemu dengan seorang wanita cantik yang baik dan menyenangkan. Tapi dia tak punya pengetahuan umum tentang dunia.

“Di Isfahan, saya bertemu pula dengan perempuan yang baik, cantik, dan berpengetahuan luas, tapi dia sosial dan tidak tertarik pada kehidupan yang bertunjangkan keagamaan.”

Tanya temannya, “Mulla seterusnya pergi ke mana?”

Nasruddin kembali tersenyum “Saya terlupa ke mana saya, tapi saya bertemu dengan seorang perempuan yang benar-benar cantik, agamanya baik dan berpengetahuan luas tapi sayangnya, dia tidak mampu berkomunikasi dengan baik.

“Akhirnya saya ke Cairo dan di sana sesudah mencari ke sana sini, saya bertemu dengan seorang calon yang pada pandangan saya cukup sempurna. Dia memiliki segala sesuatu yang saya dambakan sebagai seorang isteri selama ini. Dia benar-benar sempurna.”

“ Habis, kenapa Mulla tidak menikah sahaja dengannya dan masih membujang sehingga kini?”

Sambil menggeleng-gelengkan kepalanya, Nasruddin membalas: “Itulah. Dia juga mencari suami sempurna.”


"Dan orang-orang yang berkata: Ya Tuhan kami, berilah kami isteri-isteri dan anak-anak yang menggirangkan hati kami,dan jadikanlah kami imam (ikutan) bagi orang-orang yang bertakwa.Orang-orang yang tersebut itu akan diberi balasan dengan darjat yang tinggi (syurga),kerana mereka berhati sabar dan mereka akan disambut dengan kehormatan dan keselamatan di dalamnya"

(al furqan:74-75)

Saturday, May 2, 2009

perisa hidup

Bismillaah...



Terfikir ini waktu kali pertama merasa wasabi a.k.a sambal belacan jepun,

"Hidup tak perlu selalunya manis macam cotton candy.Kadang-kadang perlu jugak rasa pahit-pedas-pelik-annoying macam wasabi"


ehe.


'Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa,dan buah-buahan.Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar'

(Al baqarah:155)

Kisah aku

kawan satu payung=)

Siapa kena timpa hujan?=)