Bismillaah...
"Serabut dengan dakwah tanahair...
Ustaz dan tok2 guru aliran pondok menghentam wahabi dan salafi sambil
memuji Ahbash, aliran Habaib (habib-habib) pula sibuk dengan Maulid
akbarnya, manakala pengikut syiah ghairah dengan memperluaskan ajarannya
sikit-sikit karbala dan me'nasibi'kan ahli sunnah. Manakala jemaah
dakwah versi haraki dok berselisih siapa lebih 'ori' Ikhwan Musliminnya,
kumpulan pendokong Sunnah pula join UMNO .
Dakwah non-Muslim slow, anak-anak muda ramai yang biadap dan kurang
ajar nak mampus, ustaz popular tak membantu dakwah sebaliknya menebalkan
taasub, bawa ajaran pelik-pelik, orang tua-tua bergaduh soal politik,
kerajaan semakin zalim dan mencuri duit rakyat. Hiburan berleluasa,
hari-hari cerita rogol dan bunuh, harga barang naik, bukan Islam makin
bencikan Islam dan hilang hormat pada umat Islam.
Aduhai dakwah, apa yang mahu diseru? Segenap penjuru diserbu...Mengah jika berseorangan mujur ada ukhuwah yang dapat meneman.
Biarkan...biarkan aku mencari redha Allah bukan 'like' dan 'komen'
sokongan. Aku akan terus dengan jalanku, mengajak kepada tauhid dan
Tuhan yang satu walaupun jalannya panjang dan cabarannya berliku !"
-ustaz emran-
Cukup dengan baris2 ini sebagai justifikasi mengapa aku tidak mampu berfikir untuk bersenang2. Kalau orang lain mungkin boleh meletakkan umur2 tertentu untuk berehat, menuai hasil berpenat lelah bekerja bertahun2, membesarkan anak2 etc etc, tetapi subhanallah, dakwah dan tarbiyah ini seolah tidak mengizinkan aku untuk membayangkannya pun. Mengangankannya juga begitu jauh. Tidak ada kerehatan di dunia. Kerehatan bukan di sini tetapi di 'sana'.
Moga saja Allah izinkan dihimpun tenaga raksasa, iman yang perkasa yang bekalnya tahan sampai ke penghujung. Yang dengannya, segala janji kepada Yang Maha Agung tetap terjunjung.
Doakan.