Thursday, July 19, 2012

Hujan pagi dan alunan Mohamed Taha

Bismillaah...


Aku ada satu habit baru selepas mama pergi- setiap kali melihat satu2 tarikh lepas, kepala akan terus mengingat2 bahawa waktu ini mama ada,waktu ini mama tak ada,waktu ini mama begini begini. Sambil mengangguk2 kadang2. Sambil hela nafas panjang kadang2.

Sewaktu mama sakit sampai mama pergi, sampai sekarang, tiap kenalan baru yang aku jumpa (yang boleh dibilang dengan jari) selalu2 tak pernah tidak menerka aku anak yang sulung. Semalam pun. Jumpa seorang kakak tua dua tahun dalam bas, bila bicara tentang famili dengan yakin mengatakan aku ini pasti anak sulung. Oh, bukan. Saya anak nombor dua. Owh, patutlah. Anak nombor dua yang selalu akak jumpa memang nampak dedikasi. Kadang2 lebih dedikasi dari yang sulung.

Erk?


Aku tak tahu sisi mana yang keluar, sisi mana yang berubah selepas semua yang gelap2 itu jadi. Tapi mungkin ia merubah aku somehow. Luar sedar aku mungkin.

"Kak ana anak sulung eh?"
"Tak,orang anak nombor dua, sorang perempuan"
"Owh, patutlah nampak kuat"
"???"


Puasa makin hampir. Cepat benar rasanya. Teringat puasa yang lepas, sebelum puasa sebetulnya, baba kumpulkan kami sebelum kami bergerak ke medan masing2. Baba nak bagi tazkirah ramadhan. Dan lepas tu baba bagi setiap kami bercakap. Tiba giliran mama, dalam suara yang menggeletar menahan tangis, mama minta maaf pada kami adik-beradik sebab mama dan baba tak mampu nak bagi didikan agama yang sempurna pada kami. Dan bila hampir ke sepuluh malam terakhir ramadhan, baba sampaikan yang mama menghidap brain tumor, betul2 sebelum aku mengambil tempat dalam saf teraweh. And the rest, is history.


Puasa tahun ini takkan sama. Suasananya, perasaannya.
Tetap saja moga dapat dilalui dengan lebih baik. Ibarat puasa terakhir. InshaAllah.
Untuk berbaki dua hari ini,

"Allahumma balighnaa Ramadhaan"



2 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum ukhti, kalau tak keberatan add ana di fb Annur Hamdan. jzkk ukhti. moga semakin dekat & hampir kpd Allah.

Indra Al Ghazali said...

amin

Kisah aku

kawan satu payung=)

Siapa kena timpa hujan?=)