Friday, June 1, 2012

Pagi Jumaat

Bismillaah...




'There's nothing i wouldn't do 
to have just one more chance
To look into your eyes 
and see you looking back...'


Mama,
Mimpi tadi kejam amat ana rasa. Ana pegang tangan mama. Ana nampak mama senyum. Ana cakap2 dengan mama. Ana pandang wajah mama dan mama...mama pandang ana semula. Mama nampak lebih muda dan cantik dari biasa2 mama di dunia. Tahi lalat mama, tahi lalat yang hampir di dagu kanan tu paling menyerlah. Berseri2.

'Mama ingat ana?'
'Ingat!Mama ingat ana!'

Sungguh2 mama menyatakan. Macam takut benar ana ingat mama dah lupa ana. Dan lepas tu kita sama2 mengongoi menangis.

Ana terjaga dengan mata basah. Sedang wajah, suara mama sebentar tadi masih jelas. Kehadiran mama benar2 terasa. Ana jadi terpaksa membetulkan semula kepala. Membetulkan semula fakta. Yang mama sebenarnya dah tak ada. Dah jauh.

Ana sambung menangis mengogoi semula. Kali ini di dunia sebenar. Kali ini berseorangan. Kali ini tanpa mama.

Ma...


3 comments:

Fara Qiela said...

kak ana,fara selalu rasa nak menitik air mata bila bukak bl0g kak ana...

KC Lee said...

Ana, be strong!

eika_sabri said...

setiap yang hidup pasti akan mati...kita yang hidup kena teruskan perjalanan kita..saya harap ana akan jadi anak yang tabah dan selalulah doakan keamanan mama ana disana..sama2lah kita doakan yang terbaik utk beliau...al-fatihah..

Kisah aku

kawan satu payung=)

Siapa kena timpa hujan?=)