Tuesday, May 8, 2012

"Ini jihad ana..."



Bismillaah...



Aku tak tahu kalau ada dalam dunia ini anak perempuan yang tak pernah berselisih, bergaduh dengan ibunya. Kalau ada, meh sini aku nak tabik spring satu kali. Dalam keluarga, walaupun aku paling rapat dengan mama tetapi akulah agaknya paling banyak menyakiti hatinya. Pantang cuti panjang di rumah, ada saja perkara nak diselisihkan. Perang dingin tak sah kalau tak berlaku. Dan aku yang waktu tu dah hidup dalam tarbiyah dua tiga tahun tertekan lah juga dengan keras hati sendiri yang seolah2 tak ada siapa dapat tolong. Lebih tekanan bila hal2 terasa, bermasam muka ni berlaku atas sebab2 yang tak syari'e. Serius aku rasa nak hantuk kepala sendiri berkali2.


Selalunya, mamalah yang paling banyak bersabar. Aku merajuk macam mana pun (kunci bilik, tak tolong masak, tak nak makan, diam tak bercakap, tambah lagi buat muka masam), mama tak sikit pun buat muka terkesan. Selalu datang jenguk bilik dengan muka tenang, sama ada untuk ajak makan atau untuk beritahu apa2. Mama juga tak pernah sekalipun guna line 'Ana ni, nama je ikut usrah tapi perangai...' walaupun rasanya, itulah 'line' yang paling layak untuk aku terima dan selalu bermain di kepala bila kami berdua 'berperang'. Tekanan, cukup tekanan.


Akhirnya, Allah bagi jalan solusi untuk aku berubah dengan hilangkan sedikit kesabaran mama. Akhir tahun 2010, itulah kali terakhir aku dan mama bergaduh. Mama akhirnya meninggikan suaranya sedikit, menegur sikap aku. Seharian aku berkurung dalam bilik, menangis, dan aku ambil masa tiga hari untuk dapat bercakap dengan mama semula. Bukan sebab tak dapat terima teguran, tapi sebab rasa malu. Malu dengan sikap sendiri yang masih anak2 dan tidak matang sampai perlu ditegur begitu. Malu kalau2 sikap aku ini menjadi fitnah dakwah dan orang2 yang ditarbiyah. Tetapi mama tetap mama. Yang tahu dan terima bahawa Ana tetap Ana. Aku berubah baik macam mana pun, mama tak pandang aku seperti malaikat yang 'diharamkan' untuknya berbuat silap. Aku tetap anak mama yang perlu sentiasa diingatkan, perlu sentiasa ditegur, perlu sentiasa mempunyai kesabaran yang sama waktu membesarkan. Dari mula sampai akhir hayat. Sampai akhir hayat mama.


Petang itu, setelah tiga hari malu nak bertegur sapa aku dilihat sudah berbaring di riba mama. Petang yang damai, sambil mama mengelus lembut rambut ku, aku pandang ke luar tingkap. Jauh. Jauh ke langit yang dilitup awan petang. Rasa sebak menyerbu masuk tiba2.


"Mama, doakanlah ana ni lembut hati"
Air mata menitik.
"Ana, manusia ni baik macam mana pun dia tetap ada satu kelemahan yang perlukan dia berjihad untuk buang kelemahan tu. Ini jihad ana..."
Tenang mama menjawab.



"Ini jihad ana..." aku tak akan lupa itu sampai bila2.


               
                    Ma...

1 comment:

arcane said...

"....manusia ni baik macam mana pun dia tetap ada satu kelemahan yang perlukan dia berjihad untuk buang kelemahan tu..."

-____-

Kisah aku

kawan satu payung=)

Siapa kena timpa hujan?=)