Friday, August 6, 2010

Medan

Bismillaah...



Cubaan pertama gagal.

Normal la tu kan?Macam yang pernah diberitahu dulu,tak pernah dalam rekod aku berjaya buat sesuatu dengan baik untuk untuk cubaan pertama.

Selalu end up with failure.

Cuma yang satu ini aku harap gagalnya bukan kerana dihijab oleh dosa-dosa aku.

Ana,untuk manusia-manusia macam kamu yang ditakdirkan Allah dibiasakan dengan kerja-kerja benchwork dalam lab sepatutnya lebih semangat untuk cuba dan cuba lagi.Betul kan?

Dan iya,sila jadikan pencipta mentol thomas edison tu sebagai role model bahagian perseverance.
ehe.

Tapi seriously,ada masa-masanya aku rasa macam nak jerit kuat-kuat 'damn,why is this happening to me?!!'

ana...ana...

just fight and make us proud.
will you?



p/s: ey,that 'us' might be you,right?=)













Ok dah p/s tapi tak rasa nak berhentikan post ni setakat tu je.
hehe
aku cuma nak kata jangan pernah perasan dalam hidup ni cuma ada kita dan perjuangan kita je.ada kita dan masalah kita sendiri je.rasa alone.rasa sorang-sorang.macam kita sorang je yang fight untuk hidup dan dalam masa yang sama tak tahu sama ada boleh hidup atau tak.

salah amat persangkaan tu brothers sisters sekalian.

hakikatnya kita semua sedang berjuang untuk hidup.walaupun tentunya untuk perkara yang berbeza-beza.memikirkan yang setiap kita sedang fight untuk apa yang kita nak (atau tak nak) entah macam mana membuatkan aku rasa tak keseorangan lagi.lebih-lebih lagi bila kamu dikelilingi oleh manusia yang sedikit jauh cara berfikir dan pendapatnya daripada kamu.

sudah-sudahlah merasa isolate.sudah-sudahlah hidup syok sendiri.

aihh~













Ok ada lagi sikit.
Baru menghabiskan Versus karya Hlovate.
Banyak part yang buat aku senyum sendiri.Karya Hlovate kadang-kadang terasa terlampau dekat dengan aku.Yeah,isi-isinya banyak yang kena.Lebih-lebih lagi Versus ni.

Point yang aku dapat,susah kan nak berubah menuju Dia?Susah kan nak buang segala karat jahiliyah yang dah berkerak dalam diri ni.Susah amat wa cakap lu.Sekali dua mesti tersungkur punya.

*yeke sekali dua?heh*

Tapi aku suka line Sun pada Minn bila mana Sun mula memahami perubahan Minn,

"..you'll never reach perfection because there's always room for improvement.Yet, along the way to perfection you'll learn to get better"

Nice job Sun!Walaupun err..kau kata kau cilok dari sorang uncle nama erm...Ol' Joe (?).

Ok, syabas Uncle Joe!haha

Dan tertarik jugak dengan persoalan Minn,

"Wonder why would people go for perfection if it's impossible then."

Jawab Sun,

"Ain't it nothing but obvious?Self satisfaction of course.If you do it to please everybody but yourself what's the point then?"

Tapi aku pilih untuk more than just self satisfaction...=)
Harapnya mampu.

Apapun my best memory ever with Hlovate tetap Rooftop Rant.
Trisy and Jade.
Sebab Jade pakai glasses macam John Lennon (huh?).
=)


Tahniah Hlovate kerana selalu saja 'mentarbiyahkan' watak-watak utama dalam novel kamu.
Cuma kadang-kadang aku rasa aku lebih suka kalau peresentation novel itu lebih kemas dan bahasa melayunya err...lebih teratur.
ehe.



Selamat berjuang semua!
^^v

Monday, August 2, 2010

Satu dan Dua

Bismillaah...


Serius mahu cerita banyak.

Mahu luah apa aku rasa bila aku melihat dunia.

Mahu kongsi pening kepala bila baca berita.

Mahu sampai rasa teruja bila dapat ilmu baru.

Mahu sampai rasa trauma bila dapat pengalaman ‘hantu’.

Gila.



Tapi beb, sebelum apa2 mehla sini aku nak share satu hadis yang aku amanahkan diri sendiri untuk hafal dan harap dapat amalkan dengan baik.Dan err…dapat simpan hafalan dengan baik juga.

Hadis ni hadis pendek.Ambil dari Terjemah Hadits Arba’in An-Nawawi.Buku nipis bersaiz poket.

“Abu Muhammad Abdullah bin ‘Amru bin Al-‘Ash ra berkata,Rasulullah saw bersabda,

Tidak sempurna iman seseorang dari kalian sehingga hawa nafsunya tunduk mengikuti apa yang telah aku bawa”

(hadits shahih yang diriwayatkan di dalam kitab hujjah yang disusun oleh Abu Alfath Nashr Ibnu Ibrahim Al-Maqdisy dengan sanad shahih)





Ok sekarang mari sini aku mahu dengarkan kisah jiwa aku dengan ringkas tapi padat;


Cerita satu


Kau tau,jumaat hari tu aku nampak manusia,lelaki,muda dari aku,jatuh bangunan.Jatuh mengiring.Dia

mati,meninggal di situ juga.


Darah dia memercik...memercik sikit ke dinding.

Sikit?


Nasib dinding itu dicat merah,kurang sikit horror aku melihat pekatnya darah.Dan syukur juga dia jatuh

mengiring ke kanan membelakangkan aku.Kalau tak...kalau tak mungkin aku akan...ahh...malas nak cakap.


Itupun jeritannya masih bergema2 di kepala.


Allah...




Cerita dua


Tak ada.Nantilah.




ehe.




Kisah aku

kawan satu payung=)

Siapa kena timpa hujan?=)