Saturday, December 11, 2010

Musafir

Bismillaah...


Orang berilmu dan beradab tidak akan diam di kampung halaman
Tinggalkanlah negerimu dan merantaulah ke negeri orang
Merantaulah, kau akan dapatkan pengganti dari kerabat dan kawan
Berlelah-lelahlah, manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang

Aku melihat air menjadi rosak keran diam tertahan
Jika mengalir jernih, jika tidak, akan keruh menggenang

Singa jika tidak tinggalkan sarang tidak akan dapat manngsa
Anak panah jika tidak tinggalkan busur tidak akan kena sasaran

Jika matahari di orbitnya tidak bergerak dan terus diam
Tentu manusia bosan padanya dan enggan memandang

Bijih emas bagaikan tanah biasa sebelum digali dari tambang
Kayu gaharu tidak ubahnya seperti kayu biasa jika di dalam hutan


Imam Syafii

******


Kata mutiara ini aku petik dari novel karya a.fuadi, 'Negeri 5 Menara'. Menurut footnote yang dicatatkan di bawahnya, kata mutiara ini diajarkan kepada siswa tahun empat di Pondok Modern Gontor. Sekolah lama penulis aku kira. 'Kata mutiara' menurutnya.Tapi aku lebih cenderung memanggil ini puisi yang diterjemahkan. Mungkin lebih indah dalam lughah asalnya.

Pagi ni bakal bermusafir jauh. Satu perkara yang aku suka bab bermusafir ni ialah, orang yang bermusafir doanya mustajab. Jadi bila mana aku dalam keadaan musafir aku akan doa banyak-banyak dalam hati apa yang aku nak dalam hidup. Se’detail’ yang boleh.

Maka berjalanlah,bermusafirlah.Melihat kebesaran Tuhan yang diciptakan untuk mereka yang berfikir dan bersyukur di atas nikmat dan kurniaNya...???huh?


Eh,ni macam dah lirik lagu.

ahahaha

=p


Ada siapa-siapa mahu kirim sekeping dua keping doa?

hehehe


Friday, December 10, 2010

Jatuh

Bismillaah…
Masa,
adalah nikmat selain kesihatan  yang manusia tertipu dengannya. Ini rasulullah yang kata, bukan aku. Untuk yang hampir tiga bulan aku duduk di rumah aku mengaku aku gagal mengisi masa dengan baik. Seorang senior hebat berkata, jika kita tidak mengisi masa kita dengan sesuatu,maka sesuatu akan mengisi masa kita- lebih kurang katanya begitu. Dan rasanya ‘sesuatu’ telah mengisi masa aku.
hmm…
Kadang-kadang bingung memikirkan bagaimana mahu mengekalkan momentum yang dibekal.Sampai bila nak menyalahkan suasana yang tak membantu atau aku yang belum habis keringat berusaha?
Nombor dua,ya,pasti yang nombor dua itu.
Tahun hijrah ini aku tak berazam. Lesu benar aku untuk berazam. Takut benar aku kalau-kalau tak bermotivasi untuk memulakan fasa baru Jan nanti. Aku tak ada azam!
Ini futur yang dahsyat. Paling dahsyat,aku kira.

Sunday, November 21, 2010

AHAD!

Bismillaah...


"AHAD!"

Why shed these tears of sorrow?
Why shed these tears of grief?
Ya nafsy how soon you forget,
After trials come sweet relief

Why turn you from Ar-Rahman?
Why yearn for a listening friend?
Ya nafsy, do you not remember,
On ALLAH, you must depend?

Read you not those stories,
of the trials in days gone by,
Of the Sahabi beloved by Allah,
Who for Allah's cause did strive?

Why loosen your hold upon him?
Why fling away, His outstretched Hand?
Ya nafsy, do you not remember,
Bilal's sabr on the blazing sand?

"Ahad! Ahad!" He cried,
While his flesh did drip and burn.
"Ahad! Ahad!" He cried,
To Allah alone he turned.

Forget you the firmness of Hamza,
As the gleaming swords did fall?
With Sabr he turned to Allah,
as the qureish did slice and maul.

Why drown in salty teardrops?
How can you dare compare your pain?
To that of Yasir and Summayah,
As the lay tortured on the scorching plain?

Forget you the charring of Khabbab,
As on burning coals he lay?
Ya nafsy how meager your suffering,
Wherefore do you lose your way?

Why befriend you not Al-Wali?
Why not in Salat to Him complain?
Like Job who only to Allah,
Turned in all his grief and pain?

Forget you those trials in this life,
Cleanse your heart and make it clean?
Ya nafsy, why all this sadness?
Do you not wish your heart to gleam?

Be patient in all your hardships,
Allah hears your cries of woe.
So trust Him and His hikma,
For He knows best and you don't know.

So tighten your hold upon him,
Lest He withdraw His outstretched Hand!
And remember the example of Bilal,
As he lay anchored on the blazing sand.

"Ahad! Ahad!" he cried,
While his flesh did drip and burn.
"Ahad! Ahad!" he cried,
To Allah alone he turned.

Monday, November 8, 2010

Seteguh Gunung



Bismillaah...


"No matter how the wind howls, the mountain cannot bow to it"

-Mulan, 1998-

Sunday, October 31, 2010

Cerita tertangguh

Bismillaah...




Aku dah selamat bergraduasi alhamdulillah.Dah hampir sebulan dah pun.Sekarang sibuk berkursus rumahtangga (...lah sangat).haha.Sudah capai umur dua puluh dua tapi masih kekok di dapur memang rasa nak tampar diri sendiri.adehh

Tiba2 teringat cik pipit yang cekap di dapur.Konvo hari tu dah siap jumpa bakal mentua (baca:insyaAllah).Si cantik pulak dah maju sikit ke depan.Sebelum konvo lagi dah siap bertunang waktu raya ketiga.Alhamdulillah...=) Dan kalau tak ada apa2 aral tahun depan bakal berlangsung akadnya.InsyaAllah.

Anyway,jangan risau semua orang aku tak kena peer pressure.hehe Sungguhlah,soal jodoh bukanlah sesuatu yang aku risaukan (baca:buat masa sekarang.ehe).Ada jodoh,jumpalah bak kata qila.

Waktu ni sebenarnya sedang berusaha untuk melaksanakan planning pra-ijazah.Tapi ya Allah,sungguhlah ini ujian.Peluang dah ada untuk aku teruskan dengan rancangan awal tapi kenapa ya dalam hati begitu ragu2.Ahh solat sunat dua rakaat sangat2 diperlukan untuk ini.Kalaulah aku ada sedikit keberanian dan keyakinan...Sedikit saja ya Allah.


Apapun bersyukur bahawa 'hidup' ini belum pernah terhenti.
=)

Saturday, October 9, 2010

Cerita hari ini

Bismillaah...

Current location: Kota Kinabalu


Terdiam lagi.

Manusia dan ceritanya yang mengejutkan
Nanti di masa akan datang puluhan tahun masa ke hadapan
Kau dan aku sama menyaksikan
Doa yang kita ameenkan di kala hujan
Akhirnya dizahirkan dengan kasihNya Tuhan

Ameen ameen ameen~

=)



p/s: kadang aku rasa hikmahnya dosa itu adalah menuju sempurna.benar?

Saturday, October 2, 2010

Lafaz Sakinah

Bismillaah...


Seorang teman baik di facebook tampal video ini di dindingnya.
Curious,aku klik butang 'play'.








aihh...syahdu!
:'(

Sunday, September 26, 2010

Al amin- Pak Samad=)

Bismillaah...


Sebahagian dari yang dicari,diidam
ketemu...

alhamdulillah...
*senyum*

"Hari panas ketika itu,mentari mempunyai kisahnya sendiri,dan langit masih penuh rahsia.Hari panas ketika itu,alam mempunyai kisahnya sendiri,dan gurun masih penuh rahsia.Nabi meminta bejana air,diseluk ke air dan diusap wajahnya,berkata tenang datangnya ajal dan rela.Di pangkuan isteri kepalanya,berkata ia sukar diterka,dan tengah hari Rabiulawal tahun 11 Hijrah Nabi yang mulia menghembus nafas akhirnya.
Hari panas ketika itu,mentari mempunyai kisahnya sendiri,dan langit masih penuh rahsia.Hari panas ketika itu,aduh Nabi sudah tiada"



Honorarium yang bakal ditunai,RM70 aku tahu mahu ke mana.

*senyum lebar lagi dan lagi*

=))


.....

Bismillaah...


"Jika perjuangan satu ummah itu ibarat satu tembok yang besar dan kuat, sekurang-kurangnya jadilah walau satu batu kecil yang turut menjadi sebahagian tembok itu"



Dan aku masih belum cukup yakin untuk berkata yang aku adalah salah satu batu-batu kecil itu.Menjadi sebahagian debu-debunya pun belum tentu.

.....

Wednesday, September 1, 2010

terima kasih=)


Bismillaah...


Apa benda yang manis tanpa ada madu atau gula?
Jawapannya; senyuman saya.

Apa benda yang manis tanpa perlu gula atau madu?
Jawapannya; senyuman kamu.


=))

Friday, August 6, 2010

Medan

Bismillaah...



Cubaan pertama gagal.

Normal la tu kan?Macam yang pernah diberitahu dulu,tak pernah dalam rekod aku berjaya buat sesuatu dengan baik untuk untuk cubaan pertama.

Selalu end up with failure.

Cuma yang satu ini aku harap gagalnya bukan kerana dihijab oleh dosa-dosa aku.

Ana,untuk manusia-manusia macam kamu yang ditakdirkan Allah dibiasakan dengan kerja-kerja benchwork dalam lab sepatutnya lebih semangat untuk cuba dan cuba lagi.Betul kan?

Dan iya,sila jadikan pencipta mentol thomas edison tu sebagai role model bahagian perseverance.
ehe.

Tapi seriously,ada masa-masanya aku rasa macam nak jerit kuat-kuat 'damn,why is this happening to me?!!'

ana...ana...

just fight and make us proud.
will you?



p/s: ey,that 'us' might be you,right?=)













Ok dah p/s tapi tak rasa nak berhentikan post ni setakat tu je.
hehe
aku cuma nak kata jangan pernah perasan dalam hidup ni cuma ada kita dan perjuangan kita je.ada kita dan masalah kita sendiri je.rasa alone.rasa sorang-sorang.macam kita sorang je yang fight untuk hidup dan dalam masa yang sama tak tahu sama ada boleh hidup atau tak.

salah amat persangkaan tu brothers sisters sekalian.

hakikatnya kita semua sedang berjuang untuk hidup.walaupun tentunya untuk perkara yang berbeza-beza.memikirkan yang setiap kita sedang fight untuk apa yang kita nak (atau tak nak) entah macam mana membuatkan aku rasa tak keseorangan lagi.lebih-lebih lagi bila kamu dikelilingi oleh manusia yang sedikit jauh cara berfikir dan pendapatnya daripada kamu.

sudah-sudahlah merasa isolate.sudah-sudahlah hidup syok sendiri.

aihh~













Ok ada lagi sikit.
Baru menghabiskan Versus karya Hlovate.
Banyak part yang buat aku senyum sendiri.Karya Hlovate kadang-kadang terasa terlampau dekat dengan aku.Yeah,isi-isinya banyak yang kena.Lebih-lebih lagi Versus ni.

Point yang aku dapat,susah kan nak berubah menuju Dia?Susah kan nak buang segala karat jahiliyah yang dah berkerak dalam diri ni.Susah amat wa cakap lu.Sekali dua mesti tersungkur punya.

*yeke sekali dua?heh*

Tapi aku suka line Sun pada Minn bila mana Sun mula memahami perubahan Minn,

"..you'll never reach perfection because there's always room for improvement.Yet, along the way to perfection you'll learn to get better"

Nice job Sun!Walaupun err..kau kata kau cilok dari sorang uncle nama erm...Ol' Joe (?).

Ok, syabas Uncle Joe!haha

Dan tertarik jugak dengan persoalan Minn,

"Wonder why would people go for perfection if it's impossible then."

Jawab Sun,

"Ain't it nothing but obvious?Self satisfaction of course.If you do it to please everybody but yourself what's the point then?"

Tapi aku pilih untuk more than just self satisfaction...=)
Harapnya mampu.

Apapun my best memory ever with Hlovate tetap Rooftop Rant.
Trisy and Jade.
Sebab Jade pakai glasses macam John Lennon (huh?).
=)


Tahniah Hlovate kerana selalu saja 'mentarbiyahkan' watak-watak utama dalam novel kamu.
Cuma kadang-kadang aku rasa aku lebih suka kalau peresentation novel itu lebih kemas dan bahasa melayunya err...lebih teratur.
ehe.



Selamat berjuang semua!
^^v

Monday, August 2, 2010

Satu dan Dua

Bismillaah...


Serius mahu cerita banyak.

Mahu luah apa aku rasa bila aku melihat dunia.

Mahu kongsi pening kepala bila baca berita.

Mahu sampai rasa teruja bila dapat ilmu baru.

Mahu sampai rasa trauma bila dapat pengalaman ‘hantu’.

Gila.



Tapi beb, sebelum apa2 mehla sini aku nak share satu hadis yang aku amanahkan diri sendiri untuk hafal dan harap dapat amalkan dengan baik.Dan err…dapat simpan hafalan dengan baik juga.

Hadis ni hadis pendek.Ambil dari Terjemah Hadits Arba’in An-Nawawi.Buku nipis bersaiz poket.

“Abu Muhammad Abdullah bin ‘Amru bin Al-‘Ash ra berkata,Rasulullah saw bersabda,

Tidak sempurna iman seseorang dari kalian sehingga hawa nafsunya tunduk mengikuti apa yang telah aku bawa”

(hadits shahih yang diriwayatkan di dalam kitab hujjah yang disusun oleh Abu Alfath Nashr Ibnu Ibrahim Al-Maqdisy dengan sanad shahih)





Ok sekarang mari sini aku mahu dengarkan kisah jiwa aku dengan ringkas tapi padat;


Cerita satu


Kau tau,jumaat hari tu aku nampak manusia,lelaki,muda dari aku,jatuh bangunan.Jatuh mengiring.Dia

mati,meninggal di situ juga.


Darah dia memercik...memercik sikit ke dinding.

Sikit?


Nasib dinding itu dicat merah,kurang sikit horror aku melihat pekatnya darah.Dan syukur juga dia jatuh

mengiring ke kanan membelakangkan aku.Kalau tak...kalau tak mungkin aku akan...ahh...malas nak cakap.


Itupun jeritannya masih bergema2 di kepala.


Allah...




Cerita dua


Tak ada.Nantilah.




ehe.




Kisah aku

kawan satu payung=)

Siapa kena timpa hujan?=)