Tuesday, August 14, 2012

Monday, August 13, 2012

Ihya' Ramadhan Semesti '12

Bismillaah...




Hari aku datang mengemas barang2 tinggalan mama di sekolah. Sehari selepas mama pergi.


"Tu mama ada tinggal kasut2 dia bawah meja. Ana ambikla pakai. Tapi mama cakap, ana tak pakai kasut2 macam ni. =)"

- Cikgu Faizah-


Mama dah tak ada, cikgu Faizah dah tak ada, cikgu Wan Zul pun dah tak ada. Abang Sayed Munawwar kata batch beliau dua orang dah tak ada. Dalam hati aku balas,'batch kami pun sudah dua orang tak ada'.


Hari itu, aku mengenang yang tiada.

Tuesday, August 7, 2012

Lapan belas

Bismillaah...





I sat up a few nights reading everything I could about the different aid groups and projects. I was shocked when I read about 20 million people under the care of UNHCR and how they are the most vulnerable people in the world. I felt refugees were something I should have known about. I was then determined to tell others about it.
                                                                                                                         Angelina Jolie in interview about Afghanistan




Sudah terlalu lama rasanya kita 'menggunakan' Tuhan untuk mendapatkan nikmat2nya- Nak skor kesemua A subjek SPM kita solat hajat, nak pointer cemerlang ijazah kita solat hajat, nak bahagia kahwin solat istikharah, nak lulus temuduga kerja kita solat hajat. Pendek kata untuk setiap nikmat yang kita mahu dapat di dunia, kita jadi meminta dan 'berbuat baik' kepada Tuhan. Kita lamakan sujud, kita panjangkan doa.

Kali ini, aku mohon diubah. Diubah daripada 'menggunakan' Tuhan untuk mendapatkan nikmat yang kita cinta kepada  menggunakan nikmat untuk mendapat cinta dariNya. Semoga Ramadhan ini bisa membuat kita menghitung nikmat yang tidak terkira, bersyukur, dan memanjangkan nikmat itu kepada yang memerlukan. Semoga panjangnya sampailah kepada cinta nan satu yang kita tuju. Dan akhirnya dipanjangkan kepada saham kita di belah 'sana'.

 Dua perkara ini- 'menggunakan' Tuhan untuk mendapatkan nikmat dan menggunakan nikmat untuk mendapatkan Tuhan, kelihatan sama saja dari segi metod dan gerak kerjanya. Apa yang membezakan keduanya adalah niat. Niat yang hanya boleh dibaca Tuhan dan empunya diri. Berdoalah, mohon dibantu Tuhan bagi mendapat keikhlasan.


InshaAllah.

Kisah aku

kawan satu payung=)

Siapa kena timpa hujan?=)