Tuesday, March 29, 2011

sayang embah


Bismillaah…

Balik hari tu,yang ada aku, arep, mama dan baba dalam kereta baba tiba2 pesan soal embah. Aku tak ingat pokok pangkal ceritanya bermula yang aku tahu tiba2 baba ingatkan kami supaya menjenguk embah balik cuti kali ni. Sememangnya itupun rutin yang berlaku bila balik ke perak.Kisahnya seperti kami ada dua kampunglah di Perak sana. Satu yang memang betul2 kampunglah, yang jauh sikit dari pekan2 besar. Yang satu eloklah terletak di tengah2 pekan. Tapi pekan biasa2 saja. Atas sikit dari pekan koboi rasanya.


Begitu diingatkan dalam pesan baba supaya selalu2 ingat nak jenguk embah,berbakti pada embah. Baba kata bapa mertuanya itu telah banyak berjasalah dalam membesarkan kami bertujuh. Selama berpuluh tahun yang hidup di rumah embah dari belum mumayyiz sampai remaja yang sedang2 elok dipinang memang apalah yang embah tak buat untuk kami bertujuh.

Yang ajar kami solat,ngaji, embah.

Yang ajar baca kitab kuning sirah nabi2, embah.

Yang buat jadual belajar,tengok tv,embah.

Yang ajar bawa motosikal,embah.

Yang ajar masuk kebun kerjakan sawit,embah.

Yang ajar buat meriam tanah,embah.

Dan seterusnya,seterusnya…

Embah juga lah yang tolong marah2kan, tangan2kan,rotan2kan kami semua bila masing2 nakal macam anak hantu. Kalau2 diingatkan kecil2 kami dulu,nakal lah jugak. Jangan biar kami bergaduh dulu2 waktu kecil. Memang yang tersaji cuma aksi2 18SG. Aku sendiri masih ingat senak perut diterajang dan pinar kepala dibaling lori mainan tu apa rasanya. Tapi tak apa,aku dah bagi balasan setimpal dah pun.Jadi kira kosong-kosonglah masing2.hehe Hakikatnya sepak terajang tu lah yang merapatkan kami adik-beradik. Kadang2 memang rindu nak terajang kesayangan2 ni lagi. Ada masa2nya lah.ehe


Baba pesan lagi,masa embah masih ada ni la nak minta doa banyak2 daripada embah. Minta embah doakan berjaya dunia akhirat. Jangan nanti bila embah dah tak ada menyesal. Dah kurang satu orang mendoakan. Mungkin berkat doa embahlah murah rezeki aku dapat ikut pelan hidup aku dengan baik sekarang ini.


Baba tambah lagi, seumur hidup baba yang tinggal bersama embah di banglo cengal tu, tak pernah sekali lah baba lihat embah tinggal solat malam dan duhanya. Aku akui hal yang sama. Bahkan embah lah orang yang pertama kenalkan aku pada solat2 malam. Seawal usia 12 tahun tak silap. Dari abang din sampai ke adam. Embah ajar kami bangun solat tahajud dan hajat bermula umur 12. Untuk UPSR.hehe Kalau tengok sungguh2nya embah bangun malam, aku yang muda ni memang terasa malu. Sakit2 embah dulu pun gagah juga bertahajud dan duha siangnya. Jadi apa alasan untuk kamu malas2 lagi ana?aish~


Kalau nak tahu,aku belajar sedekah juga dari embah. Embah memang pemurah. Terutama dengan budak2. Kisahnya, cucu2 saudara embah yang lemah longlai kalau ajak ziarah rumah saudara boleh segar bugar kalau dengar nak ke rumah wak asid (panggilan untuk embah). Seronok katanya, sebab embah selalu bagi duit. Waktu embah sakit pun, embah tetap tak lupa hulur not2 ringgit pada cucu2 saudaranya yang ikut berziarah. Aku harap yang kecil2 itu dapat belajar sesuatu dari sifat pemurahnya embah. InsyaAllah.

Embah, embah, embah…

Sekian banyak yang aku belajar dari embah, terima dari embah (doa dan kasih sayang) entah apa cara terbaik untuk membalasnya selain dari doa yang aku ada. Kalau balik tu sikit2 bolehlah nak berjasa dengan urut2 kaki embah.Kalau penat2 embah datang, urut saja kaki embah nescaya lelahnya itu akan hilang.Kalau nasib baik, dapatlah dengar bunyi ‘kain koyak’ waktu mengurut tu (ilham cerita p.ramlee).

Prett...prettt...prettt

“Alah na,koyaklah kain embah na.hehehe”

Belum sempat aku balas, embah menyambung selamba,

“Ala tak apa. Kentut bunyi tak berbau”

Aku cuba2 bau. Oh yes, memang tak ada!

Kagum.

Monday, March 14, 2011

Tercungap-cungap


Bismillaah...



Mula dengan revolusi di tunisia, terus ke mesir, bahrain, libya dan seluruh tanah arab. Kemudian gempa di christchurch, new zealand dan kini tsunami di jepun.

Untuk pertama kalinya aku merasa tercungap2 mengejar kisah2 terkini dunia bulan2 kebelakangan ini.

Cungapan,sedihan atau apa saja emosi yang melanda sewaktu menyerap berita2 ini satu persatu tidak ada satu pun yang tertinggal dari doa2 memohon belas kasihan dari Tuhan.Semoga diberi kekuatan mereka2 di sana dan semoga kita2 ini sedar hakikat akan dunia ini berTuan.



"Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri; dan jika Ia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka Ia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."[Al-An'aam 6:17]







Friday, March 11, 2011

45 saat

Bismillaah...



7,kasut,non fiction english,fiction malay,perempuan,hamba,cotton candy,oren,hujan,gunung,awan,carrot,ice skating




Di atas adalah random tentang aku yang dapat aku fikir dalam masa 45 saat. Tipikal much?
Anda bagaimana?

ehe=)







gambar random ambil di sini

Tuesday, March 8, 2011

el-ar-ti


Bismillaah...




Aku suka bergerak ke mana2 dengan public transport. Sebabnya satu- suka melihat manusia.hehe. Kalau kamu pengguna elarti (el-ar-ti) atau monorel tegar seperti aku,pasti kamu dapat melihat manusia2 berikut:


  • Yang sepanjang perjalanan menuju ke stesennya, tidur tak kira dalam keadaan berdiri atau duduk. Selalunya pada waktu pagi2 hari bekerja. Ataupun petang2 selepas office hour. Yang ajaibnya,tak kisahlah kalau kamu melihat mereka2 ini tidur mati,tangkap lentok,meleleh air liur basi dan sebagainya sebaik saja sampai ke stesen, selamba bangun keluar dari tren. Gila hebat timing tidur.hehe ok,aku simpati. Ni mesti kes tak cukup tidur selalu ni. Ish3.
  • Pasangan gelifren dan boyafren yang berdiri rapat dan cakap bisik2 dekat telinga.
  • Budak comel, chubby, lelaki, berkulit cerah, umur 2 atau 3 tahun duduk sambil muka ditekapkan pada cermin. Kadang2 mulutnya memuncung ‘woo~’ kagum dengan kelajuan tren. Kadang2 telunjuknya mengunjuk2 ke luar tingkap, mengarah kepada sesuatu yang menarik perhatian.
  • Budak comel jugak, tapi tak berapa chubby, kulit cerah jugak, umur pun baya2 budak comel di atas. Duduk sambil mukanya dihadapkan ke tingkap. Tapi tak ada muncung ‘woo~’. Tapi raut mukanya bukan tak ada perasaan, cuma muka itu muka terdiam, tergamam dengan lajunya tren. Mungkin. Mungkin ini budak cuma ‘woo~’ dalam hati.hehe
  • Budak comel jugak jugak, tangan bulat, pipi bulat. Ralit main pistol mainan. Tapi bila kamu saja2 usik cuit tangan dia, dia mintak tangan kamu, salam dan cium. Aww~ =)
  • Perempuan yang kamu tak dapat bezakan dengan lelaki, atau lelaki yang kamu tak dapat bezakan dengan perempuan.
  • Lelaki kacak, smart dengan kemeja dan tali leher serta beg hitam sandang belakang, sumbat telinga dengan earphone atau headphone, pisahkan diri dari alam.

  • Lelaki biasa2 dengan DSLR yang macam mengarah kameranya ke arah kamu (atau yang kamu perasan mengarah kameranya ke arah kamu) dan kamu tiba2 rasa taktau nak buat apa.Nak gaya apa.Tertanya2 ‘eh2,betul ke dia tengah amik gambar aku ni?Kalau betul macam mana?Patut ke aku suruh dia delete?’=p. E’eleh, rileks sudah der.
  • Lelaki jugak yang sibuk perhati kamu sedang baca buku apa. Kamu perasan, lalu angkat buku tinggi2 sampai tutup muka bagi nampak tajuk buku yang kamu baca.
  • Perempuan cantik yang buat kamu nak lirik dua tiga kali tapi takut tertangkap.
  • Foreigner yang berbau macam…berbau macam apa?haa itu yang kita taktau tu.hehe
  • Lelaki atau perempuan yang ber’sms’ sambil senyum2 kambing.
  • Lelaki atau perempuan yang salah bajet pintu tren buka belah mana. Nampak macam yakin, sedia nak keluar ikut pintu belah kiri sebelum tren betul2 sampai stesen. Tapi rupa2nya stesen belah kanan. Terpaksa pusing badan 180 darjah ke pintu belah kanan.Ok, lame.
  • Foreigner yang menghalakan kamera videonya ke sini sana dan bila terhala ke arah kamu, kamu buat isyarat jari ‘peace’ pada dia. Ya Allah, tolonglah!

Dan sebagainya.

Ini baru cerita dalam tren. Belum cerita manusia2 di stesen. Tak apalah, sambung lain kali. Kalau rajin. Tapi ehem, nak bagitau aku suka turun ke stesen kampung baru pada waktu pagi. Dah jatuh hati dengan gelagat2 manusia kampung baru di pagi hari.hehe =)

Tuesday, March 1, 2011

Tangan


Bismillaah...




Tangan2 manusia itu sentiasa ada kuasa untuk memberi. Dan jiwa sekecil2 semut (dan sebagainya) itu sentiasa ada hak untuk menerima. Maka aku kira yang paling tepat adalah tangan ini bukan sekadar kuasa,tetapi...

Amanah.

Betul?


Ringkasnya, hiduplah untuk memberi. Kebahagiaan ada di situ. InsyaAllah=)








"Barangsiapa mengerjakan kebajikan, maka itu untuk dirinya sendiri, dan barangsiapa mengerjakan kejahatan, maka itu akan menimpa dirinya sendiri; kemudian kepada Tuhanmu kamu dikembalikan"

(45:15)

Kisah aku

kawan satu payung=)

Siapa kena timpa hujan?=)